Apabila seorang anak Adam meninggal, dia akan meninggalkan harta pusaka kepada para waris. Untuk melindungi hak waris yang berhak, harta pusaka yang berdaftar akan dibekukan daripada sebarang pengeluaran dan pindahmilik.

 

Pembekuan harta ini juga bertujuan untuk melindungi kepentingan si mati. Ini kerana sebelum diagihkan kepada waris, harta pusaka tersebut terlebih dahulu akan digunakan untuk melangsaikan hutang yang ditinggalkan. Samada ianya hutang dengan manusia, ataupun hutang dengan Allah seperti badal haji, nazar dan sebagainya. Hutang itu wajib dilangsaikan meskipun kita sudah meninggal.

 

Harta yang dibekukan tidak akan ‘cair’ dengan sendiri. Ianya perlu diurus oleh seseorang, iaitu pentadbir yang dilantik semasa si mati masih hidup. Sekiranya tiada pentadbir atau penama yang dilantik, perkara akan jadi lebih rumit. Mahkamah yang akan menentukan siapa pentadbir yang berkelayakan untuk dilantik. Sudah tentu ini akan memanjangkan urusan dan tempoh pembahagian.

 

Siapa pentadbir yang boleh dilantik?

 

Pentadbir ialah seseorang yang memegang amanah untuk menguruskan permohonan harta pusaka sehinggalah ke tahap pembahagian. Beliau boleh jadi antara penerima pusaka (benefisiari) ataupun tidak. Ada yang salah faham dengan menyangka pentadbir ini yang akan menerima kesemua harta pusaka kerana beliau yang bersusah payah membuat permohonan. Ini adalah fahaman yang tidak tepat dan boleh menyebabkannya individu itu bersalah dengan memakan harta batil dan mengambil hak waris.

 

Berat sebenarnya amanah sebagai seorang pentadbir. Kerana itu, langkah terbaik ialah melantik institusi amanah seperti Wasiyyah Shoppe yang akan mengambil alih tugasan pentadbir. Sekiranya meninggal, waris tidak perlu bersusah payah menguruskan pusaka kerana ianya telah diuruskan oleh Wasiyyah Shoppe.

 

Cabaran pentadbir

Bagi mendalami tugasan seorang pentadbir, berikut saya sertakan antara cabaran dan tanggungjawab dalam menyelesaikan tugasan tersebut:

 

1) Bukti Kematian

Sijil perakuan kematian perlu dilampirkan sebagai bukti kematian arwah. Bukti ini penting bagi mengelakkan berlakunya penipuan dalam tuntutan harta pusaka arwah. Sijil tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara setelah kematian arwah didaftarkan.

 

2) Kematian berlapis

Kematian berlapis berlaku apabila waris yang berhak menerima harta pusaka meninggal semasa prosedur tuntutan sedang dijalankan. Bahagian waris tersebut kini menjadi hak kepada waris-warisnya yang ditinggalkan pula.

Masalah ini timbul antaranya kerana waris lambat membuat permohonan mentadbir, tiadanya muafakat antara waris, atau pantang larang yang dipercayai oleh waris yang menyebabkan tertangguhnya proses pengurusan harta pusaka.

Kematian berlapis menjadikan prosedur semakin rumit dan memakan masa yang lebih panjang kerana bertambahnya waris yang berhak menuntut.

 

3) Penentuan waris

Pentadbir perlu memastikan pembahagian harta pusaka dibuat kepada waris yang sah. Bukti pertalian darah dan nasab seperti dokumen sijil pernikahan dan sijil kelahiran perlu dikemukakan bagi membuktikan waris tersebut berhak mendapat harta pusaka.

 

4) Penentuan aset – bukti milik arwah

Pentadbir perlu mengesahkan aset pusaka milik arwah. Aset tanah contohnya perlu disahkan melalui carian rasmi di Pejabat Tanah. Terdapat juga kes yang sukar diselesaikan apabila geran tanah atau rumah tidak dapat diperolehi.

 

5) Penentuan Liabiliti

Pentadbir bertanggungjawab menyelesaikan hutang arwah menggunakan harta pusaka yang ditinggalkan, sebelum bakinya dibahagikan kepada waris. Pentadbir perlu menyenaraikan segala hutang waris dan setiap tuntutan hutang itu perlu dipastikan sahih sebelum dilangsaikan.

Tuntutan harta sepencarian juga perlu diselesaikan sebelum baki pusaka diagihkan.

 

6) Penentuan pembahagian – Mendapatkan persetujuan waris

Waris yang berhak dan bahagian hak masing-masing telah ditentukan menerusi hukum syarak bagi orang Islam dan Akta Pembahagian 1958 bagi bukan Islam. Bagaimanapun, ada situasi di mana waris enggan bersetuju dengan bahagian yang diterima dan mengemukakan bantahan. Pertikaian seumpama itu perlu diselesaikan di Mahkamah, dan akan melibatkan kos yang tinggi dan masa yang panjang.

 

Pentadbir yang amanah akan menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas dan jujur, tanpa mengambil sesen pun daripada harta pusaka yang bukan daripada haknya. Namun ada kalanya harta pusaka disalah guna secara tidak sengaja kerana waris jahil dan tidak tahu. Contoh yang biasa ialah waris mengambil sedikit harta pusaka untuk mengadakan kenduri arwah.

 

Jika anda sayangkan waris, anda sebolehnya mahu mengelakkan mereka memakan harta batil secara sengaja ataupun tidak sengaja. Solusi yang bernas ialah dengan melantik Wasiyyah Shoppe sebagai pentadbir dan pengurus harta pusaka anda. Urusan waris menuntut harta pusaka akan menjadi mudah. Malah ianya PERCUMA bagi mereka, kerana kos pengurusan tersebut telahpundibayar awal-awal lagi oleh anda, semasa hidup.