Hidup kita tidak terlepas daripada hutang. Sama ada ianya hutang dengan manusia seperti pinjaman duit daripada rakan, pinjaman perumahan, dan PTPTN. Ataupun sejenis hutang yang sering kita terlepas pandang – hutang dengan Allah, iaitu zakat, kaffarah, nazar dan fardhu haji.

.

Hutang yang ditinggalkan, sama ada ianya hutang dengan manusia atau Allah, tidak akan lupus dengan meninggalnya seorang anak Adam. Hutang itu akan dibawa sehingga selepas mati. Roh arwah akan tergantung dan tidak tenang selagimana hutang tidak dilangsaikan, sepertimana sabda Rasulullah:

.

“Jiwa (roh) seseorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hingga hutangnya dilunasi”.

.

Kalau ditanya kepada masyarakat, saya pasti tiada orang yang mahu selepas matinya orang mengungkit keburukan yang dibuat semasa hidup. Begitu juga apabila ia berkait dengan hutang. Bukan sahaja roh tergantung, malah waris yang ditinggalkan juga mungkin akan dicemuh akibat tidak mampu membayar balik hutang yang diwariskan.

.

Disebabkan itu, kita ada 2 pilihan, sama ada..

.

i) Tidak membuat hutang langsung.

ii) Berhutang dengan sekadarnya. Tetapi disusuli dengan membuat langkah awal bagi memastikan hutang tersebut diselesaikan.

.

Jika berkemampuan, sudah pasti pilihan i) yang terbaik. Tetapi, secara realistik dan praktikalnya, tidak ramai yang boleh mengelakkan dari membuat hutang.

.

Untuk pilihan ii), ada kemungkinan kita tidak sempat untuk menyelesaikan keseluruhan hutang kerana meninggal awal, contohnya. Jangan terus menyerah. Untuk hutang seperti pinjaman rumah, kereta dan sebagainya, apa yang perlu anda lakukan ialah mengambil perlindungan Takaful yang akan melangsaikan pinjaman sekiranya musibah tersebut berlaku.

.

Langkah awal pastikan hutang selesai

.

Komposisi hutang terbesar rakyat Malaysia ialah hutang pinjaman perumahan. Nilai pinjamannya besar. Jika ia gagal dibayar secara konsisten, bank berhak untuk melelong rumah tersebut. Bagaimana dengan nasib waris yang hendakkan tempat untuk berteduh?

.

Jika diberhentikan kerja, bankrap atau tiada duit, anda tiada cara lain untuk membayar ansuran perumahan melainkan terpaksa mencari duit dengan meminjam atau berikhtiar melalui cara lain.

.

 

Tetapi kalau anda melalui 2 situasi ini, . >> Meninggal sebelum pinjaman habis dibayar >> Sakit kritikal atau hilang upaya sehingga tidak mampu bekerja . Ada perlindungan Takaful yang akan bantu untuk cover bayaran tersebut. Tapi bukan semua, anda kena teliti kandungan polisi betul-betul!

.

Jenis Plan Takaful yang dimaksudkan ialah sama ada:

.

1) MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful

2) MLTT – Mortgage Level Term Takaful

.

Secara ringkasnya, MRTT adalah plan Takaful yang kebiasaannya diambil bersama-sama semasa menandatangani perjanjian pinjaman membeli rumah dengan pihak bank. Untuk MRTT, bank adalah benefisiari di mana kepentingannya sebagai pemiutang pinjaman perumahan akan dilindungi. Ini bukanlah sesuatu yang negatif, kerana bagi pihak waris, mereka akan bebas daripada bebanan hutang.

.

Fungsi MLTT pula secara amnya sama dengan Hibah Takaful. Saya akan terangkan mengenai Hibah Takaful, iaitu sejenis plan Takaful yang akan memberikan pampasan wang apabila pemegang polisi meninggal dunia, direct kepada penerima Hibah sepertimana dipersetujui dalam kontrak. Untuk Hibah Takaful, anda boleh ambil plan A-Lifelink ataupun A-Life Signature daripada AIA Public Takaful. Menerusi Hibah ini, waris penerima akan menerima pampasan yang boleh digunakan untuk kelangsungan hidup, di samping membayar baki tunggakan pinjaman perumahan dan segala hutang-hutang lain yang ada.

.

Hibah Takaful dan Wasiyyah Shoppe

Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa penerima Hibah TIDAK TERIKAT untuk melangsaikan hutang-hutang anda dengan pampasan yang diterima. Hibah itu adalah harta miliknya sepenuhnya. Bukanlah niat saya untuk menimbulkan prasangka terhadap pasangan atau waris. Namun situasi boleh berubah. Begitu juga manusia. Dan kita perlu sentiasa bersedia.

.

Anda sudah tentu tidak mahu ruh tergantung kerana hutang yang tidak selesai. Sebenarnya ada yang boleh dilakukan untuk mengikat. Untuk menjamin hutang dijelaskan dengan sebahagian pampasan Hibah, anda hanya perlu gandingkan Hibah Takaful dengan Surat Ikatan Amanah yang ditawarkan oleh Wasiyyah Shoppe. Dengan cara ini, anda boleh tentukan sendiri dan mengikat bagaimana pampasan Hibah Takaful itu perlu digunakan, meskipun pada masa itu anda sudah tiada di dunia ini.

.

Jangan remehkan hutang

Hutang adalah suatu yang besar dan tidak patut dipandang remeh. Perihal hutang telah dijelaskan secara terperinci dan panjang lebar dalam surah al-Baqarah:282 untuk menunjukkan betapa Islam menitikberatkan tentang isu hutang. Islam tidak mengharamkan hutang, malah memberikan lorong untuk memudahkan hutang tersebut dilangsaikan. Manfaatkan instrumen Hibah Takaful dan Surat Ikatan Amanah sebaiknya.

Share This

Share this post with your friends!