JIKA SEMASA HIDUPNYA DIA TIDAK MEMANFAATKAN HARTANYA SELEPAS KEMATIANNYA DENGAN BERWAKAF, WASIAT DAN SEBAGAINYA, KENAPA PULA KAMI PERLU MEMANFAATKAN HARTA TERSEBUT BAGINYA (DENGAN BERWAKAF DSBNYA) SELEPAS KEMATIANNYA!!!!!!

Seorang hakim di Riyadh telah menerima satu kes kematian seorang lelaki di hospital yang merupakan seorang ahli perniagaan. Lelaki yang meninggal dunia tersebut tidak mempunyai isteri dan anak-anak. Si mati juga tidak mempunyai ibu, bapa dan adik beradik lelaki mahupun perempuan juga saudara mara lain yang terdekat.

Segala harta si mati telah dipindahkan kepada mahkamah dan telah dicairkan untuk diagihkan kepada yang berhak menerima harta si mati itu. Melalui kad pengenalan diri dan dokumen-dokumen peribadi si mati, pihak berkuasa dapat mengesan 3 orang saudara jauh si mati yang mempunyai hubungan darah melalui jaluran datuk yang sudah jauh ke atas. Namun inilah sahaja 3 orang waris terdekat yang berjaya ditemui.

Melalui siasatan dan rujukan kepada dokumen-dokumen yang diperolehi, pejabat mahkamah berjaya menghubungi waris si mati yang bertiga itu.

Mereka bertiga telah dipanggil ke mahkamah. Lalu ketiga-tiga merekapun hadirlah ke mahkamah. Dilihat kepada keadaan mereka dapatlah disimpulkan bahawa mereka bertiga ini bukanlah orang senang kehidupannya. Lalu mereka duduk di hadapan hakim dalam keadaan terpinga-pinga sebab mereka dipanggil ke mahkamah.

Adakah ada sesiapa yang membuat pengaduan terhadap mereka?

Hakim pun bertanya: “Kenalkan kamu kepada polan bin polan”.

Mereka menjawab: “ Ya kami kenal. Dia seorang ahli perniagaan dan merupakan saudara kami juga. Namun ikatan kekeluargaan antara kami adalah sangat jauh. Sejak sekian lama hubungan kami dengannya sudah tiada. Tiada kunjung-mengunjung antara kami, tiada juga menghadiri sebarang majlis keraian, perkahwinan antara kami dan dia.Sehinggakan nombor telefon beliau juga kami tidak ada. Apa yang kami tahu beliau adalah seorang ahli perniagaan yang terkenal”.

Sebenarnya mereka bertiga ini tidak mengetahui bahawa ahli perniagaan tersebut sudah meninggal dunia. Mereka menyangka bahawa ahli perniagaan tersebut ada masalah sekarang ini.

Akhirnya hakim berkata: “Sebenarnya ahli perniagaan itu sudah meninggal dunia”. Berita kematian yang dibawa oleh hakim ini tidaklah memberikan sebarang kesan kepada mereka bertiga ini. Memandangkan hubungan keluarga yang terlalu jauh ini, berita ini tidak menimbulkan rasa sedih kepada mereka.

Hakim bertanya: “Adakah kamu tahu sama ada si mati mempunyai anak atau adik beradik?”. Mereka menjawab: “Apa yang kami tahu si mati tidak mempunyai adik beradik dan anak-anak. Beliau juga telah lama menceraikan isterinya tanpa dikurniakan anak. Selebihnya kami kurang tahu pasal kehidupannya”.

Hakim mengatakan: “Apa yang kamu sebut itu adalah benar. Melalui siasatan kami memang si mati tiada anak dan juga isteri”.

Hakim menyambung: “Sebenarnya kamu bertiga ini adalah pewaris hartanya”. Mereka bertiga amat terkejut dengan berita ini.

hibah wasiat

“KAMU BERTIGA AKAN MENERIMA SETIAP SEORANG 115 JUTA RIYAL SAUDI (bersamaan 30 juta US dollar)”.
Mendengar berita yang ini, salah seorang daripada mereka jatuh pengsan. Seorang lagi menangisi kematian si mati. Manakala yang ketiga terkejut sambil meminta pengesahan berkali-kali daripada hakim tentang perkara ini.

Lalu diberikan kepada mereka setiap seorang 115 juta riyal saudi dalam bentuk cek.

Selepas diserahkan cek, hakim berkata kepada mereka: “Tuan-tuan sekelian. Si mati ini kami tidak menemui sebarang wasiat tentang harta peninggalannya itu. Sudikah kamu semua menyumbang setiap seorang 1 juta riyal yang dengannya boleh kita berpakat membina masjid untuknya?”.

Lalu lelaki pertama berkata: “Er..er..maaf tuan hakim, saya ni hutang banyak. Sangat perlu wang ini untuk melangsaikan hutang-hutang saya ini”.

Lelaki kedua turut mengelak dengan beralasan mempunyai anak-anak yang ramai.

Manakala lelaki ketiga pula berkata: “JIKA SEMASA HIDUPNYA DIA TIDAK MEMANFAATKAN HARTANYA SELEPAS KEMATIANNYA DENGAN BERWAKAF, WASIAT DAN SEBAGAINYA, KENAPA PULA KAMI PERLU MEMANFAATKAN HARTA TERSEBUT BAGINYA (DENGAN BERWAKAF DSBNYA) SELEPAS KEMATIANNYA!!!!!!”.

Lalu ketiga-ketiga orang ini keluar daripada pejabat mahkamah membawa cek tersebut tanpa menyumbang walaupun 1 riyal untuk si mati!!!!!!

Oleh itu, bagi yang berharta tulislah sesuatu wasiat berkaitan harta kamu ini.

===========================

Jakamullahu khaira kepada penterjemah:
#drjamaludinhashim

***

Ulasan saya

Jangan biarkan nasib kita di sana ditentukan oleh orang yang masih hidup. Sungguhpun orang itu orang yang kita sangkakan baik dan boleh dipercayai. Kerana manusia itu boleh berubah. Pelbagai cabaran dan tekanan mahupun keseronokan hidup yang boleh mengubah sikap manusia yang kita percayai. Buat jaminan akhirat dengan membuat perancangan pusaka melalui Hibah dan Wasiat.

Ambil pengajaran dari kisah di atas. Ketiga-tiga saudara si mati yang sudah lama tidak berhubung mendapat HARTA TERPIJAK, namun mereka menganggap itu HAK mereka walaupun mereka tidak membantu walau sedikit pun semasa si mati hidup. Sesen pun tidak akan mereka bantu untuk kesejahteraan si mati.

Apa yang si mati boleh buat sekarang?

Sumber: Dr. Abu Anas Madani, Tulisan asal Syeikh Dr Muhammad bin Abd Rahman Al-Erefe

Share This

Share this post with your friends!