Apabila berlakunya kematian, permohonan untuk menuntut pusaka mestilah dibuat secepat mungkin. Tujuannya bukanlah kerana tamakkan harta, tetapi antaranya untuk kepentingan arwah seperti melangsaikan hutang yang belum diselesaikan; dan juga untuk keperluan kelangsungan hidup waris-waris yang ditinggalkan. Malah ia juga bertujuan untuk mengelakkan kerumitan kematian berlapis yang boleh berlaku apabila ada waris yang berhak kepada pusaka tersebut meninggal dunia sebelum urusan pusaka dapat diselesaikan.

Bergantung kepada nilai dan jenis harta pusaka yang ditinggalkan, urusan permohonan tuntutan pusaka dijalankan di Pusaka Kecil, Mahkamah Tinggi atau Amanah Raya. Untuk prosedur pengurusan pusaka yang dijalankan di Pusaka Kecil, ciri-ciri berikut mestilah ditepati:

a) Nilai semasa keseluruhan harta alih dan tak alih yang di bawah nama arwah berada di bawah aras RM2 juta

b) Dalam senarai harta tersebut mesti ada harta tak alih seperti bangunan, rumah atau tanah

Senarai Borang di Pusaka Kecil

Antara borang-borang yang lazimnya digunakan apabila membabitkan urusan permohonan prosedur pusaka di Pusaka Kecil adalah seperti berikut. Setiap borang adalah untuk urusan yang tertentu:

BORANG A

Borang permohonan untuk mendapatkan perintah pentadbiran Pusaka.

BORANG DDA

Dokumen waris menolak Penerimaan pusaka atau menyatakan persetujuan pembahagian pusaka.

BORANG F

Perintah melantik mana mana individu menjadi pentadbir pusaka si mati.

BORANG HH

Perintah memasukkan Kaveat pendaftar disebabkan ada waris bawah umur.

BORANG E

Perintah Pembahagian harta pusaka.

BORANG P

Permohonan berikut disebabkan ada harta pusaka tertinggal ataupun membatalkan pentadbir atau membatalkan pemegang amanah.

BORANG T

Perintah yang dikeluarkan disebabkan oleh permohonan dibuat melalui borang P.

Melantik Pentadbir Pusaka

Untuk urusan di Pusaka Kecil, waris yang dilantik sebagai pentadbir boleh menguruskannya sendiri tanpa memerlukan peguam. Walaupun ia tidak sukar, tapi ia mungkin akan mengambil masa yang lama bagi waris atau kalangan kita sendiri yang tidak tahu langsung tentang di mana dan bagaimana hendak menguruskannya. Soalan basic – Tahukah anda di mana terletaknya pejabat Pusaka Kecil?

Ini antara sebabnya harta beku yang tidak dituntut di Malaysia sudah mencecah RM70 bilion dan semakin meningkat naik. Kebanyakannya adalah melibatkan harta tak alih seperti rumah dan tanah. Bila waris bertangguh kerana tidak tahu dan tidak ada masa untuk berurusan di Pusaka Kecil, maka harta pusaka itu tidak dapat dipindahmilik kepada waris-waris yang sepatutnya. Kerugiannya bukan sahaja kepada waris, malah kepada umat Islam keseluruhannya. Urusan ekonomi seperti penjualan rumah, cukai kerajaan dan sebagainya terbantut kerana geran masih kekal di bawah nama arwah. Ini belum lagi melibatkan emosi waris-waris yang tidak tenang selagi belum dapat hak masing-masing.

Kerana itu Wasiyyah Shoppe ada menawarkan plan pengurusan Wasitah untuk membantu waris menguruskan permohonan prosedur pusaka dengan mudah dan pantas. Dengan adanya bantuan dari syarikat, waris tak perlu tahu dan mencari-cari bagaimana caranya proses untuk menuntut pusaka kerana hampir kesemuanya akan diuruskan oleh staf profesional dari Wasiyyah Shoppe.

Ada beberapa lagi kelebihan apabila anda melanggan plan pengurusan Wasitah. Anda boleh Whatsapp saya Ansari 019-7498210 untuk urusan selanjutnya.