Semalam seorang telemarketer Melayu dari bank ‘sotong’ telefon saya, nak menjual produk insurans. Saya yakin ramai yang dapat cold call sebegini yang memberi khabar gembira, kononnya kita terpilih untuk berpeluang mendapatkan produk insurans yang ‘limited’. Kita di’paksa’ mendengarnya berceloteh tentang kelebihan produk dan akhirnya secara halus membuat trial close dengan meminta keizinan untuk deduct direct akaun bank.

Awalnya saya hendak putuskan sahaja talian kerana sudah lali dengan jualan insurans dari bank. Namun di Wasiyyah Shoppe, kami selalu diingatkan tentang kewajipan mengikhlaskan niat dan bekerja untuk mendaulatkan hukum Syariah. Setiap usaha kita itu dakwah mengajak masyarakat ke arah mengamalkan Syariat Islam.

Kesal rasanya apabila seorang Melayu Islam masih tegar menjual insurans, dalam keadaan bersepah sudah produk Takaful yang halal. Maka saya teguhkan diri melayan telemarketer itu dengan niat hendak menegurnya tentang kesalahan menjual insurans.

Beberapa hari lepas seorang prospek bertanya tentang pewarisan, selain harta lain, beliau mempunyai polisi insurans dan polisi Takaful. Saya maklumkan bahawa insurans itu haram hukumnya, yang halal diambil dan diwariskan hanyalah nilai premium yang dibayar. Tiada khilaf tentang pengharaman insurans, dan ada Fatwa Kebangsaan yang memutuskan.

Fatwa Kebangsaan Haramnya Insurans Konvensional

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah membincangkan mengenai insurans. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:

  1. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan) 
  2. Mengandungi unsur judi. 
  3. Mengandungi muamalah riba.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Kajian Hukum Insurans Am. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum ke atas Insurans Am adalah tidak diharuskan oleh Islam.

Malah mempromosikan insurans juga haram hukumnya.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 – 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. 

Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. 

Status Pampasan Polisi Insurans

Dalam muzakarah kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011, telah diputuskan:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.      

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.     

Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.   

Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara di atas.

Perbezaan Asas Antara Insurans dan Takaful

Perbezaan insurans dengan Takaful bukan hanya setakat perbezaan istilah. Ia berbeza dari sudut konsep asas yang digunakan. Insurans haram kerana ada unsur riba, maisir dan gharar. Syarikat untung bila kurang claim, rugi bila terlalu banyak claim. Gharar kerana ketidaktentuan jika akan ada claim.

Takaful halal kerana akadnya tabarru’ dan para peserta polisi bekerjasama dalam melindungi satu sama lain. Apabila ada peserta yang sakit, kos claim akan dikeluarkan dari tabung Tabarru’. Bila claim kurang dari kutipan sumbangan peserta, surplus akan diberikan semula kepada peserta.

Itu perbezaan secara ringkas.

Namun ada dalam kalangan agen Melayu Islam yang menjual dan meng’halal’kan insurans dengan menggunakan alasannya. Samada sengaja atau memang jahil. Berikut antara alasan mereka yang memang TIDAK BETUL sama sekali:

Yang pertama, polisi insurans berkait pelaburan (investment-linked) halal atas alasan ia dilaburkan di kaunter Syariah.

Kedua, polisi insurans medical standalone halal dengan beralasan ia tidak ada unsur pelaburan – maka tiada langsung bahagian premium yang dilabur ke kaunter tidak patuh syariah.

Macam mana nak counter? Mudah saja.

Samada ia polisi berkait pelaburan mahupun medical standalone, asalkan ianya produk syarikat insurans, maka kedua-duanya HARAM kerana premium yang dibayar oleh peserta ditadbir dengan menggunakan konsep insurans.

Saya syarahkan perbezaan ini kepada telemarketer tersebut. Setelah tergamam tak tahu nak respons bagaimana, ini last resort respons yang diberi olehnya..

“Ikutlah NAWAITU kita. Kita nak lindungi keluarga kita dengan mengambil insurans ni”

Wahai adikku telemarketer sesama Islam, nawaitu tak menghalalkan cara. Nak lindung keluarga ambillah produk Takaful. Dah ada 11 syarikat Takaful di Malaysia, kenapa masih nak jual insurans?

Bagi prospek pewarisan, surrender sajalah polisi insurans itu. Nak rugi di dunia atau rugi di akhirat?

I’ve done my part untuk menyedarkan. Alhamdulillah, dan perlu terus lagi usaha. Tapi jangan tanya saya tentang polisi Takaful. Saya sudah tidak lagi terikat sebagai agen syarikat Takaful.

Tapi tidaklah fully tinggalkan Takaful. Dengan Wasiyyah Shoppe, saya mempromosikan produk Takaful Amanah.

Apa bezanya tu?

Whatsapp saya Ansari 019-749 8210 🙂