Perkhabaran duka pagi semalam..

Bekas Pengerusi Panel Syariah Wasiyyah Shoppe Bhd, Ustaz Hj Ridzuan Awang telah kembali ke rahmatullah.

وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

AlFatihah.


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Allahyarham telah bersama Wasiyyah Shoppe Berhad semenjak penubuhan pada 2004. Lebih 35 tahun pengalaman di dalam bidang fiqh mawarith dan merupakan antara individu paling berpengalaman di dalam bidang ini di Malaysia. Menduduki pelbagai Jawatankuasa
dan panel syariah pelbagai institusi. Allahyarham Ustaz Hj Ridzuan instrumental dalam perkembangan produk2 Wasiyyah kerana telah bersama Wasiyyah Shoppe selama 14 tahun.

jawatankuasa
Arwah yang berada di tengah barisan hadapan

Semoga Allah menempatkan Allahyarham Ustaz Hj Ridzuan di kalangan orang soleh dan beriman. Terima kasih di atas sumbangan beliau didalam industri pewarisan dan ummah.