Kecoh apabila seorang pengunjung galeri di Miami bertindak drastik dan dengan beraninya memakan hasil seni yang dipertontonkan kepada khalayak yang datang. Hasil seni itu yang berupa pisang yang dilekatkan ke dinding galeri diambil dan dimakannya dengan senang hati. Mujur saja dia dilepaskan tanpa dikenakan hukuman. Namun peristiwa ini menarik, kerana pengunjung itu seakan meluahkan satu sindiran terhadap hasil seni tersebut.

Memang tiada yang special tentang hasil seni itu dari pandangan kita. Mungkin ada nilai abstrak yang menjadi simbolik kepada mesej yang nak disampaikan. Tetapi dari segi praktikalnya, kita tidak memerlukan seorang artis Itali, Maurizio Cattelan untuk menghasilkan sebuah artwork yang terlalu simple itu. Sehinggakan pisang asal boleh ditukar dengan pisang yang baru, oleh sesiapa pun!

Namun mustahil untuk kita hasilkan artwork yang sama dan berjaya menjualnya pada harga super ultra premium US$120,000 (RM499,000). Malah bagi percuma pun tak laku. Yang menjadikannya begitu mahal ialah idea di sebalik hasil seni tersebut. Dan mahalnya idea itu terletak pada sijil keasliannya (certificate of authenticity) iaitu berkait dengan Cattelan, artis yang menghasilkan idea tersebut.

Dan atas sebab itulah pengunjung yang nakal itu tidak dikenakan sebarang tindakan. Kerana pisang itu memang akan ditukar ganti pun. Nilai hasil seni itu iaitu ideanya tidak terjejas.

Sekiranya hasil seni ini hendak dihibahkan, maka yang dihibah ialah sijil keaslian tersebut. Pisang akan rosak, manakala duct tape mungkin akan menjadi kurang lekat setelah berpindah-pindah tempat dan sekian lama, maka akhirnya tiada material asal yang tinggal. Adakah selepas itu nilainya akan jatuh?

Ia hanya releven jika artwork itu boleh mendapatkan pembeli seterusnya. Ada ke?

Share This

Share this post with your friends!