Insurans Haram, Pilihlah Takaful Yang Halal

Insurans Haram, Pilihlah Takaful Yang Halal

Semalam seorang telemarketer Melayu dari bank ‘sotong’ telefon saya, nak menjual produk insurans. Saya yakin ramai yang dapat cold call sebegini yang memberi khabar gembira, kononnya kita terpilih untuk berpeluang mendapatkan produk insurans yang ‘limited’. Kita di’paksa’ mendengarnya berceloteh tentang kelebihan produk dan akhirnya secara halus membuat trial close dengan meminta keizinan untuk deduct direct akaun bank.

Awalnya saya hendak putuskan sahaja talian kerana sudah lali dengan jualan insurans dari bank. Namun di Wasiyyah Shoppe, kami selalu diingatkan tentang kewajipan mengikhlaskan niat dan bekerja untuk mendaulatkan hukum Syariah. Setiap usaha kita itu dakwah mengajak masyarakat ke arah mengamalkan Syariat Islam.

Kesal rasanya apabila seorang Melayu Islam masih tegar menjual insurans, dalam keadaan bersepah sudah produk Takaful yang halal. Maka saya teguhkan diri melayan telemarketer itu dengan niat hendak menegurnya tentang kesalahan menjual insurans.

Beberapa hari lepas seorang prospek bertanya tentang pewarisan, selain harta lain, beliau mempunyai polisi insurans dan polisi Takaful. Saya maklumkan bahawa insurans itu haram hukumnya, yang halal diambil dan diwariskan hanyalah nilai premium yang dibayar. Tiada khilaf tentang pengharaman insurans, dan ada Fatwa Kebangsaan yang memutuskan.

Fatwa Kebangsaan Haramnya Insurans Konvensional

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah membincangkan mengenai insurans. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:

  1. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan) 
  2. Mengandungi unsur judi. 
  3. Mengandungi muamalah riba.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Kajian Hukum Insurans Am. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum ke atas Insurans Am adalah tidak diharuskan oleh Islam.

Malah mempromosikan insurans juga haram hukumnya.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 – 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. 

Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. 

Status Pampasan Polisi Insurans

Dalam muzakarah kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011, telah diputuskan:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.      

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.     

Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.   

Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara di atas.

Perbezaan Asas Antara Insurans dan Takaful

Perbezaan insurans dengan Takaful bukan hanya setakat perbezaan istilah. Ia berbeza dari sudut konsep asas yang digunakan. Insurans haram kerana ada unsur riba, maisir dan gharar. Syarikat untung bila kurang claim, rugi bila terlalu banyak claim. Gharar kerana ketidaktentuan jika akan ada claim.

Takaful halal kerana akadnya tabarru’ dan para peserta polisi bekerjasama dalam melindungi satu sama lain. Apabila ada peserta yang sakit, kos claim akan dikeluarkan dari tabung Tabarru’. Bila claim kurang dari kutipan sumbangan peserta, surplus akan diberikan semula kepada peserta.

Itu perbezaan secara ringkas.

Namun ada dalam kalangan agen Melayu Islam yang menjual dan meng’halal’kan insurans dengan menggunakan alasannya. Samada sengaja atau memang jahil. Berikut antara alasan mereka yang memang TIDAK BETUL sama sekali:

Yang pertama, polisi insurans berkait pelaburan (investment-linked) halal atas alasan ia dilaburkan di kaunter Syariah.

Kedua, polisi insurans medical standalone halal dengan beralasan ia tidak ada unsur pelaburan – maka tiada langsung bahagian premium yang dilabur ke kaunter tidak patuh syariah.

Macam mana nak counter? Mudah saja.

Samada ia polisi berkait pelaburan mahupun medical standalone, asalkan ianya produk syarikat insurans, maka kedua-duanya HARAM kerana premium yang dibayar oleh peserta ditadbir dengan menggunakan konsep insurans.

Saya syarahkan perbezaan ini kepada telemarketer tersebut. Setelah tergamam tak tahu nak respons bagaimana, ini last resort respons yang diberi olehnya..

“Ikutlah NAWAITU kita. Kita nak lindungi keluarga kita dengan mengambil insurans ni”

Wahai adikku telemarketer sesama Islam, nawaitu tak menghalalkan cara. Nak lindung keluarga ambillah produk Takaful. Dah ada 11 syarikat Takaful di Malaysia, kenapa masih nak jual insurans?

Bagi prospek pewarisan, surrender sajalah polisi insurans itu. Nak rugi di dunia atau rugi di akhirat?

I’ve done my part untuk menyedarkan. Alhamdulillah, dan perlu terus lagi usaha. Tapi jangan tanya saya tentang polisi Takaful. Saya sudah tidak lagi terikat sebagai agen syarikat Takaful.

Tapi tidaklah fully tinggalkan Takaful. Dengan Wasiyyah Shoppe, saya mempromosikan produk Takaful Amanah.

Apa bezanya tu?

Whatsapp saya Ansari 019-749 8210 🙂

Jangan Jadi Seperti Prospek Ini

Jangan Jadi Seperti Prospek Ini

Sama ada kita ini penjual atau perunding, saban hari tugasan ini memerlukan kita untuk berkomunikasi dengan prospek. Lebih ramai prospek yang ditemui, lebih tinggi peluang untuk menukar ‘prospek’ tersebut kepada ‘pelanggan’. Dalam bahasa bisnes, proses ini dinamakan closing rate.

Seorang penjual/perunding sentiasa mensasarkan untuk mendapat closing rate yang tinggi kerana..

Well, itulah sumber pendapatan kami vs usaha/learning cost/operational cost sebagai seorang penjual/perunding. Ada pelbagai kos yang perlu ditanggung seperti kos pembelajaran seperti yuran seminar (continuous learning itu pilihan perunding), kos perjalanan, toll, kos marketing dan sebagainya. Kos yang terlibat ini kurang menjadi perhatian pelanggan, sepertimana dalam kerjaya servis2 yang lain juga lah. Maka tanpa closing, efeknya kuranglah bajet untuk bertemu prospek, dan berkuranglah hidangan di atas meja makan keluarga.

Oleh itu, by hook or by crook nak hidup perlulah dicari jalan untuk closing. Namun itu tak menjadikan kami desperate untuk close kes.

Seorang perunding akan men’diagnose’ keperluan pelanggan dan menawarkan solusi yang bersesuaian. Untuk sampai ke tahap itu, perunding perlu menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu teknikal produk, prosedur dan akta undang-undang. Bila perunding sudah mantap dengan pengetahuan prosedur dan teknikaliti, barulah nasihatnya ada nilai. Bukan sahaja menuruti kemahuan pelanggan yang hendak buat Hibah, kerana barangkali pelanggan hanya ada limited knowledge dalam bidang pewarisan ini.

Berapa Kos Hibah?

Saya dah banyak ber’Whatsapp’ dengan potential customer, dan soalan tentang kos servis seperti Hibah di awal-awal perbincangan memang tak asing lagi. Memang dah biasa, perkara pertama yang ditanya dan menjadi concern ialah harga. Dah tahu harga, terus krik krik.. sebab apa tu?

Malah ramai penjual online di Facebook juga yang tidak letak harga.

Bagi pembeli yang tidak pernah menjual, ada yang bengang kerana perlu PM penjual dulu untuk tahu harganya. Tapi bagi penjual online, tidak meletakkan harga itu adalah taktiknya untuk menjual dengan jayanya. Pelanggan perlu PM penjual dahulu, dan ruang itulah yang digunakan untuk penjual membina rapport dan mengenalpasti keperluan pelanggan. Seterusnya penjual akan menapis atau qualify pelanggan yang sesuai dengan produk/servis yang dijual dan mengetengahkan nilai dan manfaatnya. Bila nilai produk sudah jelas di mata pelanggan, barulah pelanggan boleh buat informed decision untuk teruskan dengan pembelian.

Boleh bandingkan nilai yang diperoleh dengan wang RM yang dibayar.

Qualify Pelanggan

Langkah ‘qualify’ customer ini adalah langkah penting untuk mendapatkan info lanjut tentang pelanggan; keperluan dan kemampuannya. Lazimnya ia dilakukan melalui soalan-soalan yang akan merungkai situasi potential customer itu dan hasrat yang hendak dicapai melalui Hibah; adakah beliau perlu untuk Hibah? Dan jika ya, apakah plan yang terbaik untuknya? Dan sebelum itu, siapa waris Faraid?

Perlu diingatkan, bidang pewarisan adalah bidang yang kompleks kerana berhubungkait dengan undang-undang yang menaungi aset tersebut. Untuk umat Islam, pewarisan ini tertakluk kepada bidangkuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Jika tak mahir, mungkin ada lompong dalam perancangan yang dibuat!

Hibah bukanlah solusi plug-and-play yang boleh selesai untuk segala permasalahan. Sebab itu adanya Perunding untuk BERUNDING!

Elakkan Bersikap Seperti Prospek Ini

Dalam banyak-banyak prospek yang saya berhubung, yang ini yang paling rare. Baru nak start enjin, dah dihantuk ke dinding!

Mungkin prospek ini seorang yang kaya, dan mempunyai reputasi tinggi di tempat kerja. Tapi ketahuilah… kita ni nak berbincang tentang pewarisan, yang berkait rapat dengan kematian. Sepatutnya itu menjadikan kita lebih merendah diri dan hormat menghormati.

Qualify pelanggan bermaksud perunding juga berhak memilih pelanggan yang senang untuk berurusan. It’s not a one way street, di mana customer always right dan berhak mengarah perunding untuk mengikut kemahuan sendiri.

Atas dasar itu, saya memilih untuk disqualify potential customer di atas kerana respons nya yang kurang rasional. Bukan atas sebab saya arrogant ya.

Saya mementingkan ‘mutual respect’. Dari respect inilah lahirnya trust. Seorang perunding bukanlah pihak inferior yang harus menurut saja kata dan arahan potential customer. Perunding adalah advisor dalam bidang expertise yang khusus.

Ketengahkan Nilai Produk/Servis

Antara sebab seorang perunding tidak meletakkan harga siap-siap ialah untuk membuka ruang baginya mengetengahkan nilai produk itu, versus harga yang ditawarkan.

Sebabnya simple. Harga itu bersifat relatif. Contohnya mudah saja. Kenapa perlu beli kereta BMW jika tujuannya adalah untuk bergerak dari point A ke point B? Jika hanya harga yang kita nampak, bukankah Kancil ‘legend’ dah mencukupi untuk kita capai tujuan itu? Nilai yang diberi oleh BMW ialah status di mata masyarakat, dan untuk mendapatkan nilai itu, RM yang tinggi perlu dibayar. Jika pembeli tidak mengejar nilai status itu, maka BMW akan jadi ‘mahal’ buatnya.

Kancil ‘legend’ yang viral baru-baru ini

Hibah yang disediakan oleh Wasiyyah Shoppe boleh jadi mahal, dan boleh juga jadi murah di mata pelanggan. Relatif juga. Ia menjadi murah bila pelanggan faham bahawa produk dan servis yang diambil memenuhi keperluannya dan merupakan solusi kepada permasalahan dan kerisauannya.

Yakni jika pelanggan itu meninggal dahulu, semua keperluan pewarisan untuk waris yang ditinggalkan dah taken care.

Tapi jika pelanggan enggan bekerjasama , maka boleh jadi solusi yang diberi tak menyelesaikan masalah sehingga selesai.

Apa Yang Nak Disampaikan Sebenarnya?

Kerjaya perunding sama seperti doktor. Perlu kenalpasti keperluan, diagnose dan barulah tawarkan solusi. Saya tidak beri anda menu dengan harganya macam itu saja. Kalau itu yang anda mahukan, bolehlah ke farmasi beli ubat sendiri tanpa rujuk nasihat pharmacist.

Silap beli ubat, tanggung sendiri 😀

Semangat Buy Muslim First (BMF) Dalam Wasiyyah Shoppe

Semangat Buy Muslim First (BMF) Dalam Wasiyyah Shoppe

Bahang Kempen #BuyMuslimFirst masih lagi terasa. Bagi pihak peniaga, kempen ini membawa rezeki mencurah-curah kerana membuka peluang free marketing kepada berjuta hungry crowd. Dalam group Facebook yang sudah melebih 1 juta followers itu, followers ini bukan sahaja ‘like’ posting peniaga Muslim yang mempromosikan produk mereka, malah dengan semangat #BMF ini, saya yakin ada lonjakan drastik dari segi jualan mereka.

Bagaimanapun, semangat #BMF ini banyak tertumpu kepada makanan dan bahan mentah. Kurang sekali tumpuan diberikan kepada produk servis seperti Takaful, Unit Trust mahupun servis perancangan harta dan pengurusan pusaka seperti yang ditawarkan oleh Wasiyyah Shoppe.

Pilih Wasiyyah Shoppe, Pilih BMF

Wasiyyah Shoppe mempunyai visi dan misi yang selari dengan syariat Islam (atau BMF 😀), iaitu menjadi organisasi perancangan harta dan pengurusan pusaka yang bukan sahaja mengendalikan harta dan pusaka umat Islam, tetapi yang paling penting ianya berlandaskan Patuh Syariah.

1. Patuh Syariah 2. Personalized Service

1. Patuh Syariah 2. Mendidik masyarakat 3. Solusi syariah yang inovatif dan komprehensif 4. Personalized service 5. Kos minima

Wasiyyah Shoppe 100% Muslim

Dalam artikel sebelum ini, saya ada menulis tentang ‘produk Muslim’ yang tidak sepenunya menepati #BMF apabila ada sumber bahan mentahnya diperoleh dari non-Muslim. Sudah pasti, dalam keadaan sekarang ini sangat sukar untuk kita dapatkan ‘Muslim’ dalam setiap level supply chain.

Dalam bidang servis juga tidak banyak bezanya. Adakalanya sesebuah syarikat itu ‘terpaksa’ mendapatkan bantuan non-Muslim untuk kepentingan sustainability bisnes seperti mendapatkan suntikan modal bisnes, nasihat, pengaruh dan sebagainya.

Kini setelah 15 tahun beroperasi di tanah air, WSB menjadi syarikat amanah yang paling banyak mengeluarkan dokumen Hibah di Malaysia. Produk servis yang ditawarkan telah melebihi 30 produk iaitu merangkumi produk perancangan harta, pengurusan pusaka dan produk Amanah.

Pencapaian ini lebih manis lagi apabila Wasiyyah Shoppe diterajui oleh Muslim kesemuanya:

  • Pemegang saham Wasiyyah Shoppe 100% Muslim
  • Lembaga Pengarah 100% Muslim
  • Pengurusan Kanan dan staf kakitangan 100% Muslim
  • Perunding 100% Muslim (TIADA non-Muslim dibenarkan menjadi perunding)

Muslim 100% Sahaja Belum Cukup..

Industri pewarisan Muslim ini sangat teknikal kerana ia berkait dengan undang-undang Sivil dan Syariah. Maka untuk menyediakan dokumen Hibah yang lengkap dan sempurna, terutamanya Hibah Harta Bercagar bukanlah sesuatu yang mudah. Perlunya pengetahuan undang-undang tempatan, ilmu syariah dan hubungan networking yang jitu agar servis yang ditawarkan sentiasa updated dengan perkembangan dan perubahan dalam industri.

Undang-undang tempatan bukanlah statik, ianya bersifat dinamik dan boleh berubah. Contoh yang terdekat ialah pindaan kuasa Pusaka Kecil untuk menguruskan harta di bawah RM5 juta baru-baru ini.

Saya tidak akan sarankan anda ambil servis Wasiyyah Shoppe hanya kerana ianya 100% Muslim.

Taruhan anda ialah masa depan waris, apabila anda sudah tiada di muka bumi dan tidak mampu lagi mempertahankan hak waris yang disayangi. Maka, syarat yang WAJIB dipenuhi juga ialah Ilmu dan Kepakaran, seperti yang dijelaskan di atas.

Panel Penasihat Wasiyyah Shoppe adalah ilmuan ustaz ustazah yang khusus dalam bidang pusaka, bekas pegawai yang pernah memimpin cawangan Pejabat Tanah dan Galian dan Pengerusi Panel Syariah Wasiyyah Shoppe yang juga bekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan menjadi pakar rujuk Hakim Mahkamah Syariah, Dato’ Seri Dr Md Yusop Che Teh.

jawatankuasa

Mendaulatkan Mahkamah Syariah

Kita sebagai seorang Muslim yang bukan hanya pada nama seharusnya berusaha sedaya upaya untuk menaikkan darjat Mahkamah Syariah. Hal ehwal undang-undang khusus berkaitan umat Islam di Malaysia seperti Hibah, Wasiat, Harta Sepencarian, Hadhonah dan sebagainya ditadbir di bawah Mahkamah Syariah.

Anda jangan terkejut.

Ada syarikat pusaka yang membuat dokumen ‘Hibah’, tetapi dokumen yang disediakan itu adalah dokumen Mahkamah Sivil. Bermaksud, ia sebenarnya bukanlah Hibah seperti yang kita fahami, tetapi berselindung di sebalik nama Hibah

Visi dan misi Wasiyyah Shoppe adalah Patuh Syariah. Maka dokumen Hibah yang disediakan terlebih dahulu diselia dan dibincang dengan mendalam oleh panel Syariah agar menepati requirements yang ditetapkan oleh Mahkamah Syariah. Maka sekiranya ada pertikaian, Hakim Mahkamah Syariah lah yang akan memutuskan, bukannya Hakim Mahkamah Sivil.

Ada kalanya geran penyelidikan diberi kepada penyelidik universiti contohnya seperti Hibah Rumah Bercagar. Ini untuk benar-benar memastikan dokumen Hibah itu bertepatan dengan syariah dan juga sesuai dengan keperluan undang-undang. Syarikat tidak mahu menzalimi waris-waris client yang tidak dapat menuntut harta yang telah diHibah, hanya kerana dokumen Hibah yang dibuat tidak mencukupi rukun Hibah.

Support BMF, Support Wasiyyah Shoppe

Dah cukup rasanya hujah-hujah yang saya kemukakan. Secara jujur, saya bukanlah nak sokongan simpati dan menggunakan sentimen BMF yang tengah hangat sekarang ini. Saya cuma nak menarik perhatian pembaca yang kita ada solusi patuh syariah untuk merungkai masalah aset beku lebih RM70 bilion.

Solusi Sivil pun ada. Tapi bukan dengan kami, Wasiyyah Shoppe.

Pilihan di tangan anda.

Boleh Whatsapp saya, Ansari 019-749 8210 atau klik SINI.

Kempen Buy Muslim First. Wajarkah?

Kempen Buy Muslim First. Wajarkah?

Kempen #BuyMuslimFirst (#BMF), #BuyMuslimBumiputeraFirst (#BMBF), dan #BeliProdukMuslim sangat viral dan hangat diperkatakan di media sosial. Sana sini orang menyebut tentang produk Muslim; ada yang brand nya tak pernah didengari, tapi dibawa ke hadapan kerana diusahakan oleh usahawan Muslim. Ataupun produk Muslim mainstream, tetapi dikedepankan berbanding produk non Muslim. Ada juga produk bertulisan jawi, tetapi di’kantoi’kan yang ianya bukanlah produk Muslim. 

Sebenarnya definisi ‘produk Muslim’ itu tidak dijelaskan dengan lengkap. Banyak andaian yang dibuat kerana masing-masing ada definisi mengikut kefahaman sendiri. Kebanyakannya membuat klasifikasi bersandarkan kepada nama pengusaha atau pengilang di label produk. Jika namanya bunyi seperti Melayu, maka ia adalah pengusaha Muslim. Okay, katakanlah syarikat itu memang milik usahawan Muslim. Bagaimana kesnya jika dalam supply chain penghasilan ‘produk Muslim’ itu, bahan mentahnya diambil daripada non Muslim? Adakah ia masih dikira sebagai produk Muslim?

Bagaimana pula situasinya jika pengilangnya non Muslim, disahkan Halal, dan sumber bahan mentah diambil dari Muslim? Adakah patut ia ditolak, meskipun ia turut membantu Muslim dengan mendapatkan bekalan bahan mentah?

Dari satu segi, kempen #BMF ini menggambarkan ruh kesatuan umat Islam di Malaysia yang ingin saling bantu membantu menguatkan ekonomi umat. Angka 1 juta follower cepat sahaja dicapai dalam satu group Facebook yang memperjuangkan #BMF. Malah ia dihangatkan dengan diskusi dan engagement dalam setiap posting di group tersebut yang sangat rancak. Namun, isu bangsa dan agama adalah isu yang sensitif. Ada sahaja bad apples atau pihak yang ingin mengeksploitasi peluang yang ada. Dakwaan membuta tuli dan tidak berasas seperti yang dilemparkan terhadap pasaraya Econsave yang dimiliki oleh non Muslim boleh menjejaskan kempen ini. Malah ada juga yang mengaitkan kempen ini dengan political mileage, apatah lagi apabila kempen ini pada asalnya bermula dengan kempen boikot produk non Muslim. Unsur ini harus dibuang jauh-jauh.

Satu masa dahulu, kumpulan Arqam telah berjaya membentuk kekuatan ekonomi yang besar. Sayang kerana pimpinan dan ajarannya telah difatwa sesat. 

Kempen #BMF diharap dapat menguatkan ekonomi umat Islam di Malaysia dengan mempromosikan kebergantungan dan sokongan sesama sendiri, serta mendapat sokongan dari non Muslim juga. Namun ia boleh juga membina jurang antara kaum dan bangsa jika ia tidak dikawal. Atau boleh juga ia menjadi hangat hangat tahi ayam. Hanya rancak seketika.

Yang lebih penting, pilihlah produk yang Halal dan Thoyyiban kerana itulah saranan agama kita.

Agensi Adalah Lantikan Wasiyyah Shoppe, Bukan Syarikat Asing atau Pihak Ketiga. Jangan Keliru

Agensi Adalah Lantikan Wasiyyah Shoppe, Bukan Syarikat Asing atau Pihak Ketiga. Jangan Keliru

Pada Hari Raya Aidil Adha hari ke-2 yang baru saja berlalu, saya telah meluangkan masa bertemu dengan prospek suami isteri yang berniat hendak mendaftar Hibah. Walaupun masih dalam mood bercuti Raya, saya setuju untuk berjumpa kerana ini sahaja masa yang mereka ada kerana mereka akan bekerja pada hari berikutnya. Prospek mempunyai sebab yang kuat untuk mendaftar Hibah, kerana mereka masih belum dikurniakan anak. Tambah lagi, loan rumah yang dibuat di bawah nama isteri seorang, tetapi rumah dimiliki bersama dengan suami.

Perbincangan berlangsung seperti yang biasa dilakukan. Saya ceritakan kesemuanya tentang pros and cons Hibah dan plan pengurusan al-Wasitah. Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar saya ambil dan prospek tandatangan dokumen akuan sebagai tanda bersetuju. Namun begitu, tindakannya hanya sekerat jalan. Keesokan harinya, prospek memaklumkan yang dia hendak batalkan pendaftaran Hibah. Alasan yang dinyatakan adalah ‘curiga’ sy adalah ‘pihak ketiga’, bukan directly di bawah WSB. Pihak ketiga, kerana ada tertera nama dan alamat agensi Kausar di name card.

Saya tarik nafas dalam-dalam. Cuba untuk jelaskan dengan tenang. Sebagaimana syarikat Takaful dan hartanah, perunding yang hendak menjual produk dan servis syarikat haruslah berdaftar di bawah agensi sah yang berdaftar dengan syarikat. Syarikat biasanya tidak akan melayan prospek yang ingin berurusan terus dengan HQ, kerana itulah sistem jualan yang dipraktikkan. Syarikat ada peranannya yang tersendiri. Begitu juga agensi dan perunding pun ada peranannya yang tersendiri. Intrusions dalam melaksanakan peranan yang sepatutnya diuruskan oleh pihak lagi satu akan menjejaskan sistem jualan dan servis yang dibina. HQ tidak menjual, kerana ia akan mengakibatkan ‘persaingan’ yang tidak sihat. Malah mereka lebih produktif dan efisien bila fokus dalam job scope yang telah dikhaskan seperti menyediakan dokumen Hibah, product development dan sebagainya. Kerja-kerja jualan di leverage kepada perunding.

Agensi lah yg akan melaksanakan training produk dengan lebih mendalam, mengajar konsep dan skil jualan, memotivasikan perunding dan mewujudkan suasana positif dalam kalangan perunding. Biasanya perunding menjadi produktif bila berada di bawah agensi yg proaktif. Dalam konteks Pewarisan yg sarat dgn ilmu teknikal, agensi juga yang banyak berperanan menjawab persoalan dan berkongsi ilmu. Selain inisiatif perunding dan perkongsian dari Wasiyyah Shoppe itu sendiri lah.

Walaupun setelah saya nyatakan bahawa agensi BUKANLAH PIHAK KETIGA atau syarikat asing, in fact ini adalah sistem yang dilaksanakan oleh WSB, seperti yang dijelaskan di atas (sebagai info tambahan, saya adalah perunding di bawah Kausar, iaitu agensi di bawah Wasiyyah Shoppe yang terbesar), mereka tetap berkeras utk batalkan. Jarang sekali saya dapat prospek yg ada kekeliruan begini, tapi for the sake of clarity ingin sekali lagi saya tegaskan…

Kami perunding berdaftar di bawah WSB dan bukan pihak ketiga. Agensi Kausar tempat kami bernaung bukanlah syarikat yg terasing dari WSB, tapi ia adalah part of sistem jualan dalam WSB.