Kenapa WSB Melabur Untuk Penyelidikan Hibah Harta Bercagar?

Kenapa WSB Melabur Untuk Penyelidikan Hibah Harta Bercagar?

Apabila saya berjumpa dengan prospek dan membuat presentation tentang hibah, saya gemar menekankan tentang usaha Wasiyyah Shoppe yang telah mengeluarkan geran kepada universiti tempatan untuk menjalankan penyelidikan hibah harta bercagar. Saya ingin prospek beroleh perspektif sepertimana yang saya yakini bahawa syarikat ini serius dalam memastikan produk servis yang ditawarkan 100% Patuh Syariah dan efektif apabila nak dilaksanakan nanti.

Bermaksud, dokumen yang disediakan tidak mengandungi klausa yang bercanggah dengan undang-undang sivil maupun syariah. Dan juga berkesan dan efektif. 

Bercakap tentang keberkesanan dokumen yang dibuat… anda jangan terkejut, masih ada syarikat pusaka yang mempromosi wasiat 1/3 kepada waris. Wasiat ini hanya terpakai jika waris lain bersetuju. Berkesankah dokumen itu, atau hanya mengharapkan takdir menyebelahi? 

Dalam membuat perancangan harta, objektif akhir ialah untuk memastikan dokumen atau solusi yang diambil akan terlaksana. Tambahan lagi sebagai orang Islam, kita juga mesti memastikan solusi tersebut selari dengan hukum syariah.

Kembali semula kepada cerita geran penyelidikan… kebanyakan prospek tiada reaksi bila saya tekankan point itu, unimpressed!

Namun, sebenarnya reaksi itu sudah saya expect. Kerana prospek tidak arif dengan teknikaliti dalam industri ini, lebih-lebih mengenai khilaf pendapat berkenaan hibah harta yang masih dalam pinjaman. Disebab kurang faham, maka ada yang memilih peguam, instead of Wasiyyah Shoppe untuk menyediakan dokumen hibah kerana dikatakan lebih ‘murah’, walaupun tiada rekod dokumen hibahnya berkesan. Jika dokumen hibah tersebut gagal meyakinkan hakim, maka harta itu akan kembali kepada pembahagian secara Faraid.

Apa jua kesannya, waris lah yang akan menanggung.

Yang majoriti kita tidak difahami ialah hibah penuh dengan ilmu teknikal. Saya sendiri pun curious nak tau apa yang dibincangkan dalam penyelidikan ini. Berikut saya serahkan kepada CEO Wasiyyah Shoppe, En. Ariffin untuk terangkan dalam statusnya ini..

————————————

PENYELIDIKAN ILMIAH HIBAH HARTA BERCAGAR.

Soalan di pm kepada saya selepas panjang lebar penerangan berkaitan HIBAH HARTA BERCAGAR saya semalam.

“Kenapa Wasiyyah Shoppe Bhd berani memperkenalkan HIBAH HARTA BERCAGAR sedangkan ada individu tertentu kata hibah harta bercagar berisiko menjadi tidak sah?”

Di Wasiyyah Shoppe Berhad kami berani memperkenalkan hibah harta bercagar kerana sebelum memperkenalkan hibah harta bercagar secara agresif, penyelidikan ilmiah telah pun dibuat.

Saya bukan penyelidik. Saya tiada disiplin & kelayakan sebagai penyelidik. Saya hanya seorang ‘practitioner’ yang mahu memberikan solusi kepada masyarakat yang banyak menghadapi masalah dalam urusan harta2 yang masih bercagar / dalam pinjaman bank.

Jadi apa yang kami buat ? Wasiyyah Shoppe Berhad memberi geran penyelidikan kepada sekumpulan penyelidik dari UKM yang kami tahu memang berkepakaran dan berpengetahuan luas di dalam bidang fiqh mawarith . Kami perlu pastikan bahawa apa sahaja yang ingin kami lakukan mestilah patuh syariah( Syariah compliance )

Merekalah yang bertanggungjawab mengkaji pelbagai kitab dari ulama2 tersohor yang diyakini kemantapan pandangannya dan meliputi semua pandangan ahlus sunnah wal jamaah ( Bukan pandangan Shafie sahaja ).

Di saat kesimpulan peribadi individu tertentu hanya menjurus kepada pembacaan kitab terpilih secara sekerat2 yang hanya menjurus kepada apa yang ingin diketahui sahaja atau perbualan dengan individu2 tertentu sahaja, disiplin ilmu penyelidikan ilmiah membawa kumpulan penyelidik ( beberapa orang, bukan seorang sahaja ) kepada pembacaan kitab2 secara menyeluruh dan lebih meluas.

Kumpulan Penyelidik mengkaji latarbelakang penulis kitab sama ada penulis kitab itu seseorang yang mempunyai kredibiliti dalam bidang yang ditulis dan adakah pandangannya disokong dengan nas, hadis dan ijmak ulama yang sahih dan kukuh.

Kitab yang dikaji juga merentas masa, zaman dan pemikiran serta datang dari pelbagai sumber negara2 Islam ( bukan Malaysia sahaja ) sehingga boleh dibuat kronologi aliran pemikiran penulis berkenaan.

Kes2 yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah seluruh Malaysia juga dikaji alasan penghakimannya bagi mengenalpasti apa faktor yang diambilkira oleh Mahkamah Syariah dalam membuat keputusan.

Kumpulan penyelidik yang terdiri dari ahli2 akademik ini mempunyai disiplin tinggi untuk mencari kebenaran berdasarkan fakta2 yang ditemuinya. Berbeza pendekatan individu tertentu yang hanya mahu membaca apa yang menyokong pandangannya sahaja. Pandangan yang tidak sealiran dengannya ditolak ketepi malah ada yang disembunyikan !

Dapatan penyelidikan yang pelbagai kemudiannya dibentang dan dibincang secara terperinci di kalangan penyelidik. Hanya pandangan yang benar2 mantap sahaja dimasukkan ke dalam hasil penyelidikan manakala pandangan yang tidak kuat hanya dijadikan rujukan. Panduan umum hibah harta bercagar diformulasikan.

Laporan penyelidikan ini kemudiannya dibentang kepada Wasiyyah Shoppe Berhad dan menjadi panduan kepada pembangunan produk dan perkhidmatan kami.

Wasiyyah Shoppe Berhad TIDAK BOLEH sesuka hati membuat apa yang kami mahukan kecuali jika telah diluluskan oleh Panel Syariah kami dan diendorse oleh Lembaga Pengarah Syarikat. Ini tadbirurus korporat yang dipegang secara ketat oleh kami.

Individu tertentu berkenaan boleh menyatakan apa sahaja yang dikehendakinya tanpa terikat apa2 sekatan tetapi Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai syarikat amanah berdaftar di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 tidak boleh bertindak sesuka hati kerana terikat dengan tadbirurus korporat yang ketat.

Selepas dapatan penyelidikan diputuskan , Wasiyyah Shoppe Berhad berkongsi maklumat ini dengan pihak2 berautoriti di Malaysia yang kemudiannya memberi maklumbalas sama ada hujah2 dan dapatan ini boleh memberi kesan kepada pengesahan hibah harta bercagar atau tidak.

Inilah disiplin ilmu yang dipegang Wasiyyah Shoppe Berhad yang menyebabkan kami berani memperkenalkan hibah harta bercagar kepada masyarakat Malaysia.

MONKEY SURPRISE !

Saya terperanjat bila melihat slide2 individu tertentu berkaitan hibah harta bercagar. Hujah2 di dalam slidenya hampir menyerupai slide yang dihasilkan oleh kumpulan penyelidik.

Saya terperanjat beruk ( monkey surprise ) kerana ada ayat2 di dalam slide itu ‘sebiji2’ diceduk dari slide kumpulan penyelidik. Kumpulan penyelidik lagilah terperanjat kerana titik peluh mereka senang2 diciplak oleh individu tertentu tanpa sebarang kredit diberikan.

Ya berkongsi ilmu itu sesuatu yang baik tetapi adab perlulah dijaga. Janganlah semudah itu menciplak hasil titik peluh kumpulan penyelidik tanpa memberi kredit dan memohon keizinan. Fikirlah sendiri tindakan mengambil tanpa keizinan tuanpunya itu apa maksudnya ?

Dengan penjelasan ini saya berharap masyarakat dapat membuat penilaian sama ada ingin memegang pandangan individu tertentu atau pandangan Wasiyyah Shoppe Berhad sebuah syarikat amanah berdaftar yang disokong penyelidikan ilmiah berdisiplin. Pilihan di tangan anda.

RANCANG HARTA DAN URUS PUSAKA KINI TEPAT DAN MUDAH.

Harta Yang Boleh Dihibah

Harta Yang Boleh Dihibah

Objektif membuat perancangan harta ialah untuk memastikan hasrat pemilik harta tercapai, khususnya apabila dia sudah berada di alam lain.

Jika hasrat itu dizahirkan melalui dokumen hibah, maka dokumen yang dibuat mestilah sempurna.

Ramai yang menyediakan servis penyediaan dokumen hibah seperti peguam, syarikat amanah dan syarikat berkaitan pusaka. Namun begitu, bagaimanakah untuk kita pastikan dokumen yang disediakan itu sempurna rukun hibah dan syaratnya dan akhirnya mencapai tujuan iaitu tidak bermasalah untuk dilaksanakan?

Indicator yang menentukan kesempurnaan sesuatu dokumen hibah itu ialah apabila dokumen tersebut dibicara di Mahkamah Syariah dan berjaya disahkan.

Antara kriteria yang diteliti oleh hakim ialah samada dokumen hibah itu menepati empat rukun Hibah, iaitu:

➡️ Pemberi (al-Wahib)

➡️ Penerima (al-Mawhub lahu)

➡️ Harta yang dihibah (al-Mawhub)

➡️ Sighah (ijab dan qabul)

Syarat Harta Yang Boleh Dihibah

Harta yang dihibah mestilah memenuhi syarat berikut:

👍 Harta yang halal. 

👍 Mempunyai nilai di sisi syarak.

👍 Harta itu milik pemberi hibah. 

👍 Harta itu boleh diserah milikkan. 

👍 Harta sudah wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah barang yang belum ada seperti menghibahkan anak lembu yang masih dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan sedangkan masih belum berbuah dan sebagainya. 

👍 Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh dipisahkan seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang tidak termasuk tanah.

Harta yang Tidak Boleh diHibah

Secara umumnya, harta yang tidak boleh dihibah ialah harta yang tidak menepati sekurang-kurangnya salah satu daripada ciri-ciri di atas.

Untuk lebih mudah faham, antara contoh harta yang TIDAK BOLEH DIHIBAH ialah:

👎 KWSP (Paling popular – rujuk artikel ini untuk penjelasan lanjut)

👎 Pencen terbitan (rujuk di SINI)

👎 Ganjaran terbitan

👎 Pampasan insurans/Takaful caruman majikan

👎 Harta milik orang lain

👎 Harta yang dipegang sebagai pemegang amanah

👎 Harta tidak patuh syariah

Mahal ke kos buat Hibah?

Mahal ke kos buat Hibah?

Saya banyak terima persoalan tentang kos penyediaan Hibah terutamanya kos hibah rumah. Soalan ini memang relevan, sebab tiada servis dan perkhidmatan yang disediakan secara percuma. Namun begitu, untuk terus meletakkan harga sebenarnya tidak win-win kepada saya mahupun kepada anda. Beri peluang kepada diri sendiri untuk faham kenapa harga servis berbeza-beza.

Mudah-mudahan dengan membaca artikel ini seterusnya, anda akan faham kenapa anda patut:

  • Tolak tawaran penyediaan dokumen hibah dengan kos rendah yang tidak masuk akal
  • Tolak servis peguam yang kepakarannya BUKAN dalam bidang hibah dan pusaka
  • Faham apa prioriti yang perlu diambil berat untuk memilih syarikat yang layak menyediakan dokumen Hibah anda
  • Dokumen Hibah adalah dokumen legal, dan perlu sentiasa relevan dengan perkembangan undang-undang semasa
  • Kayu ukur berkesannya Hibah yang dibuat: berjaya disahkan di Mahkamah Syariah

Hibah adalah sejenis dokumen teknikal yang belum ada aktanya di Malaysia, perlukan kepakaran peguam yang faham tentang complexity berkenaan hibah, dan memastikan dokumen itu tiada masalah untuk disahkan di mahkamah syariah.

Kos dan nilai servis saling berhubung kait. NILAI dokumen Hibah yang disediakan perlu difahami betul-betul oleh prospek.

Kenapa nak hibah, bukan wasiat atau Faraid sahaja?

Kenapa buat Hibah dengan Wasiyyah Shoppe?

Kenapa sini ‘mahal’, syarikat sana buat murah?

Adakah penyedia dokumen pernah mengesahkan dokumen Hibahnya di Mahkamah Syariah?

value what you get

 

Nilai Dokumen Hibah

Setiap orang ada nilai diri yang dikejar.

Kenapa sesetengah graduan yang baru saja bekerja sanggup menghabiskan separuh gajinya untuk Honda City? Tetapi ada pula yang cuma pakai Myvi, tetapi menghabiskan gaji untuk beli rumah?

Wang gaji kita terhad, oleh itu ke mana kita belanjakannya bergantung kepada nilai yang dipegang semasa itu – nakkan status, utiliti, bahagia, ketenangan dan sebagainya. Nilai itu banyak dipengaruhi oleh emosi, peer pressure dan social proof. Maka boleh jadi kita terlalu terikut-ikut dengan kawan sehingga merugikan peluang untuk dibelanjakan kepada keperluan.

Bila kita keluarkan kos untuk Hibah, nilainya bukan untuk diri sendiri; tetapi untuk kebaikan penerima Hibah.

Bukan juga pada masa ini, tetapi pada masa hadapan, setelah kita tiada. Semasa kita dah tidak boleh berbuat apa.

Sebab itu, nilai sebuah dokumen Hibah ialah nilai kasih sayang. 

Kerana sayangkan penerima, kos menjadi prioriti kedua. Prioriti utama ialah untuk memastikan dokumen Hibah itu LENGKAP DAN BERKESAN.

Lengkap kerana dibuat oleh syarikat atau peguam yang benar-benar faham tentang Hibah – rukun dan syarat perlaksanannya, dan menyediakannya sesuai dengan keperluan Mahkamah Syariah serta tidak bertentangan dengan Mahkamah Sivil. 

Apabila ada perubahan dari segi undang-undang yang berkait dengan kesahan dokumen Hibah yang disediakan, syarikat akan advise sekiranya perlu amendment. Bermakna, Wasiyyah Shoppe sentiasa peka dengan perkembangan semasa. Barulah berkesan.

Proses nak menyediakan dokumen yang lengkap dan berkesan perlu kepada penyelidikan dan input dari ilmuan dan pemain industri, yang sudah tentu memakan kos yang besar. Ianya penting, dan disebabkan itu Wasiyyah Shoppe tidak akan mengabaikan proses tersebut. Maka kos yang terlibat dikongsi bersama dengan pelanggan Hibah.

 

Berapa Kos Dokumen Hibah?

Kos penyediaan Hibah oleh Wasiyyah Shoppe bermula dari RM1,600, bergantung kepada harta yang nak dihibah. Bagi yang berminat tetapi kurang bajet, cara pembayaran seperti ansuran boleh dibincangkan.

Cuba bandingkan kos hibah itu dengan nilai harta yang dihibahkan. Contohnya hibah rumah yang bernilai RM500,000 pada harga semasa. Rumah itu mungkin akan meningkat nilainya semasa meninggal nanti, dan jika hendak ditebus nilai dengan hak Faraid waris lain, sudah pasti bila dibandingkan, kos hibah hanya celah gigi saja.

Dan yang sering dilupakan ialah tebus pusaka hanya boleh dilaksanakan jika waris lain bersetuju. Jika waris bertegas mahukan rumah itu, maka tiada makna nilai wang yang ditawarkan.

Perbandingan Kos Hibah Dengan Syarikat Lain

Bagi yang nak bandingkan kos Hibah dengan syarikat lain, terus terang saya kata, ia tidak mudah. For starter, anda kena tahu beza Hibah Mutlak dan Hibah Bersyarat. Isu lain, apakah jenis kontrak yang digunakan. Nama saja dokumen Hibah, tetapi di dalamnya berbeza-beza; ada yang gunakan instrumen Mahkamah Sivil dan namakannya Hibah.

Yang buat Hibah Bersyarat pula, syarat apa yang digunakan? Dengan kontroversi dan khilaf berkaitan Hibah Bersyarat, sejauh mana anda konfiden dengan peguam yang tidak pernah pun melalui perbicaraan pengesahan Hibah?

Oleh demikian, yang lebih selamat ialah percaya kepada reputasi syarikat penyedia dokumen.

 

Reputasi Wasiyyah Shoppe

Objektif syarikat ialah untuk memastikan dokumen Hibah yang disediakan laku dan tiada masalah untuk disahkan di Mahkamah Syariah sekiranya dicabar. Di samping itu, dokumen yang disediakan sentiasa dipastikan menepati garis panduan hukum Syariah dan tidak bercanggah dengan undang-undang sivil dan syariah negara kita.

Untuk mencapai tahap itu, kertas kerja penyelidikan berkaitan Hibah Harta Bercagar telah terhasil melalui geran yang diberikan kepada universiti tempatan. Kertas kerja ini menilai secara komprehensif dan menyeluruh mengenai isu berkaitan hibah bersyarat dan hibah harta yang masih dalam pinjaman. Jika anda sudah survey, hampir kesemua syarikat pusaka hanya menyediakan hibah untuk harta yang sudah habis dibayar sahaja. Wasiyyah Shoppe terkecuali.

hibah rumah bercagar

Wasiyyah Shoppe juga melantik panel Syariah berkaliber bagi memastikan perkhidmatan sentiasa selari dengan perubahan undang-undang negara. Panel syariah ini bukan main tangkap muat.. mereka semua ini  mempunyai ilmu dan pengalaman relevan dengan industri ini. Seorang daripadanya adalah bekas Hakim Mahkamah Rayuan.   

panel syariah wasiyyah shoppe

 

Teruskan dengan Hibah?

Saya tak kata Hibah Wasiyyah Shoppe ini yang paling murah. Tapi saya yakin bahawa ianya ialah yang paling lengkap dan berkesan.

Wasiyyah Shoppe adalah pengeluar Hibah terbanyak di Malaysia. 

Dengan rekod lebih 300 kes Hibah berjaya disahkan, Wasiyyah Shoppe adalah syarikat syarikat yang paling terkehadapan dalam Hibah. Bagi yang buat Hibah dengan peguam atau syarikat lain, cuba tanya mereka jika mereka pernah sahkan Hibah?

Jika nak proceed, boleh Whatsapp saya Ansari 019-749 8210 atau klik SINI.

 

Insurans Haram, Pilihlah Takaful Yang Halal

Insurans Haram, Pilihlah Takaful Yang Halal

Semalam seorang telemarketer Melayu dari bank ‘sotong’ telefon saya, nak menjual produk insurans. Saya yakin ramai yang dapat cold call sebegini yang memberi khabar gembira, kononnya kita terpilih untuk berpeluang mendapatkan produk insurans yang ‘limited’. Kita di’paksa’ mendengarnya berceloteh tentang kelebihan produk dan akhirnya secara halus membuat trial close dengan meminta keizinan untuk deduct direct akaun bank.

Awalnya saya hendak putuskan sahaja talian kerana sudah lali dengan jualan insurans dari bank. Namun di Wasiyyah Shoppe, kami selalu diingatkan tentang kewajipan mengikhlaskan niat dan bekerja untuk mendaulatkan hukum Syariah. Setiap usaha kita itu dakwah mengajak masyarakat ke arah mengamalkan Syariat Islam.

Kesal rasanya apabila seorang Melayu Islam masih tegar menjual insurans, dalam keadaan bersepah sudah produk Takaful yang halal. Maka saya teguhkan diri melayan telemarketer itu dengan niat hendak menegurnya tentang kesalahan menjual insurans.

Beberapa hari lepas seorang prospek bertanya tentang pewarisan, selain harta lain, beliau mempunyai polisi insurans dan polisi Takaful. Saya maklumkan bahawa insurans itu haram hukumnya, yang halal diambil dan diwariskan hanyalah nilai premium yang dibayar. Tiada khilaf tentang pengharaman insurans, dan ada Fatwa Kebangsaan yang memutuskan.

Fatwa Kebangsaan Haramnya Insurans Konvensional

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah membincangkan mengenai insurans. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:

  1. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan) 
  2. Mengandungi unsur judi. 
  3. Mengandungi muamalah riba.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Kajian Hukum Insurans Am. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum ke atas Insurans Am adalah tidak diharuskan oleh Islam.

Malah mempromosikan insurans juga haram hukumnya.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 – 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. 

Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. 

Status Pampasan Polisi Insurans

Dalam muzakarah kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011, telah diputuskan:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.      

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.     

Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.   

Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara di atas.

Perbezaan Asas Antara Insurans dan Takaful

Perbezaan insurans dengan Takaful bukan hanya setakat perbezaan istilah. Ia berbeza dari sudut konsep asas yang digunakan. Insurans haram kerana ada unsur riba, maisir dan gharar. Syarikat untung bila kurang claim, rugi bila terlalu banyak claim. Gharar kerana ketidaktentuan jika akan ada claim.

Takaful halal kerana akadnya tabarru’ dan para peserta polisi bekerjasama dalam melindungi satu sama lain. Apabila ada peserta yang sakit, kos claim akan dikeluarkan dari tabung Tabarru’. Bila claim kurang dari kutipan sumbangan peserta, surplus akan diberikan semula kepada peserta.

Itu perbezaan secara ringkas.

Namun ada dalam kalangan agen Melayu Islam yang menjual dan meng’halal’kan insurans dengan menggunakan alasannya. Samada sengaja atau memang jahil. Berikut antara alasan mereka yang memang TIDAK BETUL sama sekali:

Yang pertama, polisi insurans berkait pelaburan (investment-linked) halal atas alasan ia dilaburkan di kaunter Syariah.

Kedua, polisi insurans medical standalone halal dengan beralasan ia tidak ada unsur pelaburan – maka tiada langsung bahagian premium yang dilabur ke kaunter tidak patuh syariah.

Macam mana nak counter? Mudah saja.

Samada ia polisi berkait pelaburan mahupun medical standalone, asalkan ianya produk syarikat insurans, maka kedua-duanya HARAM kerana premium yang dibayar oleh peserta ditadbir dengan menggunakan konsep insurans.

Saya syarahkan perbezaan ini kepada telemarketer tersebut. Setelah tergamam tak tahu nak respons bagaimana, ini last resort respons yang diberi olehnya..

“Ikutlah NAWAITU kita. Kita nak lindungi keluarga kita dengan mengambil insurans ni”

Wahai adikku telemarketer sesama Islam, nawaitu tak menghalalkan cara. Nak lindung keluarga ambillah produk Takaful. Dah ada 11 syarikat Takaful di Malaysia, kenapa masih nak jual insurans?

Bagi prospek pewarisan, surrender sajalah polisi insurans itu. Nak rugi di dunia atau rugi di akhirat?

I’ve done my part untuk menyedarkan. Alhamdulillah, dan perlu terus lagi usaha. Tapi jangan tanya saya tentang polisi Takaful. Saya sudah tidak lagi terikat sebagai agen syarikat Takaful.

Tapi tidaklah fully tinggalkan Takaful. Dengan Wasiyyah Shoppe, saya mempromosikan produk Takaful Amanah.

Apa bezanya tu?

Whatsapp saya Ansari 019-749 8210 🙂

Mahal ke kos buat Hibah?

Hibah, Wasiat dan Pewarisan Kepada Anak Angkat

Anak angkat seringkali dijaga dan dipelihara seperti menatang minyak yang penuh. Ibubapa angkat menjaga mereka sepertimana seorang anak kandung dipelihara; Makan minum semuanya dijaga rapi, keperluan hidup dipenuhi sebaiknya, lebih-lebih lagi jika anak itu diambil untuk dipelihara sejak bayi lagi. Apabila bayi itu merengek di tengah malam, ibu bapa penjaga tak dapat nak tidur untuk meredakannya sehingga kembali nyenyak. Lama kelamaan akan terbit naluri keibuan dan sukar untuk dipisahkan umpama hubungan kandung.

Antara maqasid syariah dalam Islam ialah memelihara nasab keturunan dan jalur darah kekeluargaan. Walaupun penjagaan anak ini merupakan usaha terpuji, isu dan batasan hubungan antara keduanya perlu dipatuhi dan diamati agar tidak melangkaui ajaran Islam. Antara isu yang sering dibangkitkan dalam masyarakat ialah isu pewarisan anak angkat, menjadi wali nikah dan meletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ kepada ayah angkat.

Anak Angkat di Zaman Nabi

Rasulullah juga pernah mengambil anak angkat, iaitu Zaid ibn Harithah, yang juga sahabat Nabi yang sama-sama berjuang untuk Islam. Zaid adalah seorang bekas hamba milik isteri baginda, Khadijah binti Khuwailid. Rasulullah sangat rapat dengan Zaid sehingga penduduk Mekah mem’bin’kan Zaid dengan Muhammad. Namun Allah menegur penggunaan ‘bin’ tersebut dengan turunnya ayat Al-Ahzab:5

“Panggilah mereka (anak angkat itu) dengan ber”bin”kan kepada bapa mereka sendiri; Cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara kamu yang seugama dan sebagai “maula” kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Al-Ahzab:5

Selain itu, Rasulullah juga telah mengahwini bekas isteri Zaid, iaitu Zainab binti Jahsy. Peristiwa ini menangkis adat Jahiliyyah yang menganggap anak angkat sebagai anak sendiri; dengan berlakunya peristiwa ini, maka jelas tiada halangan untuk Rasulullah atau sesiapa pun mengahwini bekas isteri anak angkat. Ini kerana hukumnya tidak sama dengan mengahwini bekas isteri anak kandung.

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: “Jangan ceraikan isterimu (Zainab) itu dan bertaqwalah kepada Allah”, sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan nyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah lebih patut engkau takuti (melanggar perintah-Nya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri anak angkat mereka, apabila anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.

AL-Ahzab:37

Hukum Pewarisan Anak Angkat

Antara batasan dalam hubungan ialah yang bersangkutan dengan pewarisan harta pusaka. Seseorang itu boleh mewarisi dan mewariskan hartanya kepada orang lain apabila berlakunya perkahwinan, pertalian darah dan perhambaan. Pendaftaran yang sah di Jabatan Pendaftaran Negara bukanlah tiket untuk membolehkan pewarisan berlaku. Sekiranya ibu bapa angkat meninggal, anak angkat tidak boleh menuntut walau sesen pun pusaka mereka, walaupun telah lama tinggal bersama dan berkhidmat menjaga mereka ketika sakit.

Begitu juga sebaliknya.

Sekiranya anak angkat itu meninggal dahulu, ibubapa dan keluarga kandungnya adalah waris yang berhak mendapatkan hak Faraid, meskipun mereka tidak pernah datang menjenguk. Sekiranya kemunculan semula mereka hanya kerana nak menuntut hak, maka tiada yang dapat menghalang. Kerana dari segi hukum Syariah, mereka memang ada hak, walaupun mereka sebelumnya gagal menunaikan tanggungjawab sebagai ibubapa kandung menjaga anak mereka.

Oleh sedemikian, keluarga yang mempunyai anak angkat adalah antara golongan kritikal yang perlu membuat perancangan harta untuk pewarisan. Kebajikan anak akan terjejas sekiranya ibubapa angkat meninggal dahulu dan menyebabkannya hilang tempat pergantungan sumber kewangan, fasiliti dan tempat berteduh. Adik beradik angkat yang merupakan anak kandung mereka mungkin enggan untuk menyerahkan sebahagian hak mereka kepada kepada anak angkat itu, kerana statusnya yang kekal sebagai ‘orang luar’.

Sebagaimana kita tidak boleh menduga pakcik berkopiah akan berkeras apabila menuntut harta pusaka, lebih kritikal lagi bagi anak angkat yang sememangnya tidak layak mendapat sebarang bahagian pusaka.

Wasiat Atau Hibah?

Bagi merancang pewarisan, ada dua pilihan iaitu untuk membuat wasiat atau hibah.

i) Wasiat. Anak angkat bukan waris Faraid, maka tiada halangan untuk meletakkannya sebagai penerima dalam surat wasiat. Hadnya tertakluk kepada batasan umum wasiat, iaitu terhad kepada 1/3 harta setelah ditolak peruntukan hutang, kos kebumi dan sebagainya. Untuk harta tak alih, kurang isu untuk membahagikan 1/3 harta. Tetapi jika hasratnya untuk memastikan anak angkat ada tempat berteduh, maka agak sukar untuk mewasiatkan 1/3 daripada nilai rumah, yang tertakluk juga kepada penyusutan harta pusaka apabila digunakan untuk membayar hutang tinggalan arwah.

ii) Hibah. Hibah tiada had; boleh diberikan kepada sesiapa sahaja dan tiada had berapa banyak yang hendak diberikan. Maka ini adalah solusi yang baik jika hendak memastikan anak angkat akan dapat rumah sebagai tempat berteduh. Hibah terlaksana semasa hidup, maka ia tidak tertakluk kepada penyusutan harta pusaka berikutan penyelesaian hutang. Harta yang dihibah diasingkan daripada pusaka dan Faraid. Ini bermakna waris Faraid tidak berhak menuntut hak ke atas harta yang dihibah. Namun begitu, ada sedikit cabaran dari segi prosedur tuntutan Hibah di Malaysia amnya dan khasnya untuk penerima bukan waris qadim seperti anak angkat. Isu ini telah dikenalpasti oleh Wasiyyah Shoppe dan ada penyelesaiannya dalam produk yang ditawarkan.

Untuk mendaftar Hibah Anak Angkat, boleh Whatsapp terus ke saya, Ansari di 019-749 8210 atau KLIK SINI.

Pendaftaran Pengangkatan Anak

Undang-undang Malaysia tidak mensyaratkan pengambilan anak angkat didaftarkan. Namun begitu, anak yang tidak didaftarkan akan mengalami kesukaran untuk melengkapkan urusan rasmi seperti mendaftar sekolah, permohonan kad pengenalan, passport. Malah penjaga tersebut juga tidak boleh mengambil polisi Takaful bagi melindungi anak itu kerana sijil pengangkatan diperlukan untuk mendaftar polisi.

Proses pendaftaran pengangkatan de facto memerlukan mereka yang berhasrat agar memelihara anak tersebut selama sekurang-kurangnya 2 tahun sebelum boleh didaftarkan sebagai anak angkat di Jabatan Pendaftaran Negara secara sah.

Tempoh 2 tahun itu bermula di saat ibu bapa kandung menyerahkan anak mereka kepada ibu bapa angkat melalui Surat Keizinan Berkanun. Setelah cukup tempoh,mereka boleh memohon untuk mendapatkan sijil pengangkatan yang akan dikeluarkan oleh JPN. Pengiktirafan sijil pengangkatan ini penting untuk melindungi hak ibu bapa dan anak angkat; contohnya apabila ibu bapa kandung berhasrat untuk mengambil semula jagaan anak mereka, walaupun setelah bertahun-tahun lamanya anak tersebut telah diserahkan kepada orang lain untuk dijaga. Dengan adanya sijil ini, pengangkatan itu sudah muktamad dan tindakan mereka salah dari segi undang-undang sivil.

Wakaf Dengan Menggunakan Hibah

Wakaf Dengan Menggunakan Hibah

Wakaf adalah satu instrumen yang digunakan untuk mendapatkan pahala jariah yang berpanjangan sehingga selepas mati. Berbeza dengan sedekah, harta yang diwakafkan perlulah bersifat kekal, di mana pahala orang mewakaf akan mengalir kepadanya selagimana harta yang diwakafkan itu memberi manfaat kepada orang lain. Pahala sedekah pula diperoleh hanya apabila amalan sedekah itu dibuat.

Wakaf juga disebut sebagai sedekah jariah sepertimana sabda Rasulullah SAW:


إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: Jika mati seorang manusia itu akan terputuslah catitan amalannya melainkan pada tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan baginya kebaikan.

Harta yang dikumpul dengan jerit lelah itu hanya menjadi milik kita apabila kita beroleh manfaat daripada harta itu. Manfaat boleh datang dalam pelbagai bentuk, samada dalam bentuk material duniawi ataupun ukhrawi iaitu ganjaran pahala. Nikmat manfaat harta dalam bentuk material duniawi hanya boleh kita dapatkan selagi mana kita hidup di dunia. Bila ajal datang, kita tidak dikuburkan bersama-sama dengan kereta mewah dan emas perak.

Jika harta kemewahan itu dikuburkan sekali dengan jasad sekalipun, ia perlu dikeluarkan semula. Kerana hak harta itu secara syariahnya sudah berpindah milik kepada waris Faraid yang masih hidup.

Wakaf An Nur

Awal minggu ini kami didatangi oleh wakil daripada Wakaf an-Nur yang ditubuhkan oleh Johor Corporation. Wakaf an-Nur adalah satu entiti wakaf korporat yang melabur banyak dalam pembangunan bandar baharu seperti Bandar Dato’ Onn dan fasiliti seperti klinik, hospital wakaf, hartanah, masjid dan penganjuran program komuniti.

Infomasi tentang penubuhan Wakaf an-Nur ini ada dicatat dalam Buku tulisan arwah Tan Sri Ali Hashim, “Khalifah Ganti Superman”. Review buku tersebut ada saya tuliskan di link tersebut pada tahun lalu.

JCorp telah mewakafkan saham bernilai RM258.01 juta mengikut nilai aset bersih, yang terdiri daripada saham syarikat Kulim, KPJ Healthcare, Johor Land dan TPM Management. Saham tersebut telah diwakaf dan didaftarkan atas nama Waqaf An-Nur Corporation Bhd (WANCorp), iaitu syarikat di bawah jaminan JCorp yang bertindak selaku mutawali bagi saham dan aset JCorp yang telah diwakafkan.

Wakaf Korporat berbeza dengan wakaf konvensional yang diurus oleh pihak berkuasa agama negeri. Dalam Wakaf Korporat, WANCorp mengurus aset wakaf kerana pengurusan korporat MAIJ tidak berupaya. Namun kepentingan MAIJ masih terpelihara dengan wakilnya dilantik menjadi ahli lembaga pengarah WANCorp. 5% dividen disumbang kepada MAIJ, 25% untuk program fisabilillah dan kebajikan, selebihnya 70% dilaburkan semula untuk manfaat berterusan.

Menurut wakil yang hadir, sebelum ini tawaran untuk turut serta dalam progam wakaf mereka hanya dibuka untuk internal sahaja. Setelah bertahun-tahun beroperasi dan melebarkan sayap, Wakaf an-Nur sudah bersedia untuk membuka penyertaan dari pihak luar. Atas sebab itu, agensi kami menjadi rakan strategik kepada Wakaf an-Nur untuk mempromosikan wakaf kepada umat Islam.

Istimewanya Wakaf an-Nur kerana ia ditubuhkan oleh badan konglemerat JCorp yang berpengalaman luas melabur dan mendapat keuntungan yang tinggi. Maka harta yang diwakafkan berpotensi untuk memberi ROI yang berbaloi dan dapat diluaskan kepada lebih ramai penerima dan kemudahan yang pelbagai.

Hibah Wakaf

Sebagai rakan strategik, penawaran kami ialah menyediakan dokumen Hibah bagi potential customer yang ingin mewakafkan harta selepas beliau meninggal dunia.

Harta tersebut akan disalurkan kepada wakaf an-Nur dan dimanfaatkan kepada masyarakat yang memerlukan. InsyaAllah kami pun mengharapkan pahala iaitu melalui membuka ruang kepada anda untuk beramal jariah dengan menyalurkan harta wakaf ke institusi yang berpotenti tinggi.