Teruskan pemberian BULANAN walaupun sudah meninggal (Bukan Hibah Takaful)

Teruskan pemberian BULANAN walaupun sudah meninggal (Bukan Hibah Takaful)

Dalam kes perbicaraan arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis baru-baru ini, seorang saksi iaitu adik tirinya memberitahu yang arwah semasa hidupnya konsisten memberikan elaun bulanan RM15,000 dan RM10,000 hingga RM20,000 setiap kali berkunjung ke rumahnya. Pemberiaan itulah yang digunakan untuk menampung keperluan makan minumnya dan ibunya, perbelanjaan rumah, di samping untuk menjelaskan bil perubatan kerana beliau menjalani rawatan dialisis. Rawatan dialisis ini jika dijalani di hospital swasta memang akan membebankan kewangan, terutamanya ia perlu dilakukan secara kerap beberapa kali setiap minggu.

Yang menarik perhatian saya ialah bantuan ini tetap diteruskan walaupun setelah arwah meninggal dunia. Namun, bantuannya ada yang kekal, ada yang berkurangan dan ada yang terhenti selepas beberapa ketika. Yang terhenti ialah bekalan ikan segar dari Pahang dan pembayaran bil Astro (baru diteruskan bayaran Astro dan bekalan ikan sebulan yang lalu). Elaun bulanan diteruskan namun berkurang sedikit demi sedikit sehingga akhirnya terhenti pada Julai 2017.

Elaun bulanan itu disalurkan melalui tiga syarikat milik arwah dan pembayaran elaun itu dikendalikan oleh sahabat rapat arwah yang juga pekerja di syarikat tersebut. Mereka lah yang dipercayai oleh arwah untuk menjaga keluarganya.

Setelah elaun terhenti, beliau terpaksa bergantung kepada bantuan maknya dan pinjaman sahabat rapat arwah.

Pemberian Terhenti Bila Pemberi Meninggal

Adik tiri arwah Tan Sri Jamaluddin dan ibunya banyak bergantung kepadanya dari segi kewangan. Dalam keadaan adik tirinya itu perlu menjalani dialisis, bantuan kewangan itu sangat penting sebagai talian hayat untuk perbelanjaan kehidupannya dan ibunya. Bantuan kewangan elaun yang disalurkan oleh arwah pun bukanlah sedikit. Sudah tentu lifestyle dan perjalanan hidup seharian akan terganggu apabila elaun berkurangan dan akhirnya terhenti.

Beliau bergantung kepada ihsan sahabat rapat arwah untuk meneruskan pemberian elaun seperti sebelum kematian arwah. Pergantungan kepada manusia ada kelemahannya. Manusia boleh berubah (Tidak menolak kemungkinan ada faktor luaran lain yang mempengaruhi). Faktor manusiawi yang tidak tentu ini yang membuatkan kita risau tentang kebajikan waris yang tidak terjamin bila kita tiada.

Nampak lompongnya di situ?

Produk Amanah Wasiyyah Shoppe

Di sinilah Wasiyyah Shoppe selaku syarikat amanah yang terikat dengan Akta Syarikat Amanah 1949 dapat memenuhi aspirasi pemilik harta yang risau jika manusia yang dipercayai tidak dapat memenuhi hasratnya. Akta ini mengikat Wasiyyah Shoppe untuk melaksanakan amanah yang telah digariskan oleh pemilik harta. Jika disabitkan ada pelanggaran arahan itu, maka syarikat boleh dikenakan hukuman denda yang sangat berat.

Bentuk arahan yang boleh dibuat agak fleksibel. Dalam kes di atas, arahan pengagihan seperti memberikan elaun bulanan kepada individu tertentu boleh dibuat dan boleh dinyatakan syarat seperti berapa lama tempoh pemberian itu dilaksanakan.

Dalam isu lain, pemilik harta boleh meletakkan hendak memberi elaun bulanan kepada orang yang akan memelihara anaknya, jika dia meninggal dahulu. Contohnya semasa hidup dia dah berpesan kepada adiknya untuk menjaga hal ehwal anaknya. Takkan nak pesan suruh jaga saja tanpa sediakan wang, betul? Bila dah ada sediakan wang pula, bagaimana nak memastikan adiknya akan menunaikan tanggungjawab menjaga anaknya dengan baik? Wasiyyah Shoppe boleh membantu menjaga amanah tersebut.

Ada endless possibilities bentuk arahan amanah yang boleh dibuat oleh pemilik harta. Tapi of course, semuanya ada had. Pemilik boleh nyatakan concern, hasrat dan perancangan cara agihan, dan syarikat akan menentukan samada ia boleh dilaksanakan. Sebab jangan dilupa, bila arahan itu telah tertulis dalam dokumen amanah, maka WAJIB untuk syarikat melaksanakan amanah tersebut sebaiknya. Ada Akta yang melindungi amanah pemilik.

Kenapa Bukan Hibah Takaful?

Banyak misconception yang berlegar di kalangan agen Takaful yang katanya Hibah Takaful akan melangsaikan hutang dan membolehkan waris meneruskan lifestyle seperti biasa. Lifestyle ini dikira berdasarkan kos sara hidup yang sekarang ini dan pampasan Hibah disyor untuk cukup menampung keperluan sara hidup atau lifestyle untuk tempoh 10 tahun.

Apa yang silapnya? Waris tak dapat ke pampasan tu?

Part tu memang tak silap. Waris akan dapat seperti yang tertera dalam polisi.

Tapi waris bukan dapat secara bulanan. Dan berlainan dengan harapan pemilik harta, waris tidak terikat untuk melangsaikan hutangnya dengan menggunakan hibah Takaful.

Syarikat Takaful akan menyerahkan Hibah secara segelempuk atau lump sum. Apa yang merisaukan ialah situasi psikologi penerima Hibah yang menerima wang runtuh seperti itu dikhuatiri mungkin ada kesamaan dengan pemenang loteri atau penerima wang gratuiti atau VSS. Akan ada kehendak untuk melabur sana sini seperti MLM, membazir membeli barangan mewah atau membeli tanpa had. Bayangkan anda peroleh wang sejuta ringgit yang sebelum ini difikirkan mustahili.

Ramai pemenang loteri yang hit huge jackpot menjadi miskin dalam masa yang singkat. Pastinya bukan itu hasrat pemilik harta. Hasratnya agar Hibah Takaful itu dapat sustain dan digunakan dalam tempoh yang panjang. Sekurang-kurangnya 10 tahun untuk mengekalkan lifestyle yang sama, contohnya.

Sinergi Produk Amanah dan Hibah Takaful

Saya belum sebut tentang sumber harta yang boleh diambil untuk menunaikan hasrat amanah yang telah digariskan oleh pemilik harta.

Connecting the dots, antara sumber harta itu adalah Hibah Takaful. Anda dah tahu kekurangan dari pelaksanaan Hibah Takaful. Syarikat Takaful hanya bertanggungjawab untuk menyerahkan pampasan wang itu kepada penerima. Tetapi arahan lanjut dan hasrat perlaksanaan seperti pengagihan secara berkala, atau pemberian khas apabila berlaku situasi tertentu seperti elaun penjagaan anak atau bayaran perubatan hanya boleh dilengkapkan dengan mengambil produk amanah. Malah penyelesaian hutang menggunakan Hibah Takaful juga boleh dinyatakan.

Dah jelas betapa power nya produk Amanah?

Boleh lah contact saya Ansari di 019-749 8210 atau KLIK SINI.

Rujukan berkaitan kes TS JJ: hmetro

Semangat Buy Muslim First (BMF) Dalam Wasiyyah Shoppe

Semangat Buy Muslim First (BMF) Dalam Wasiyyah Shoppe

Bahang Kempen #BuyMuslimFirst masih lagi terasa. Bagi pihak peniaga, kempen ini membawa rezeki mencurah-curah kerana membuka peluang free marketing kepada berjuta hungry crowd. Dalam group Facebook yang sudah melebih 1 juta followers itu, followers ini bukan sahaja ‘like’ posting peniaga Muslim yang mempromosikan produk mereka, malah dengan semangat #BMF ini, saya yakin ada lonjakan drastik dari segi jualan mereka.

Bagaimanapun, semangat #BMF ini banyak tertumpu kepada makanan dan bahan mentah. Kurang sekali tumpuan diberikan kepada produk servis seperti Takaful, Unit Trust mahupun servis perancangan harta dan pengurusan pusaka seperti yang ditawarkan oleh Wasiyyah Shoppe.

Pilih Wasiyyah Shoppe, Pilih BMF

Wasiyyah Shoppe mempunyai visi dan misi yang selari dengan syariat Islam (atau BMF šŸ˜€), iaitu menjadi organisasi perancangan harta dan pengurusan pusaka yang bukan sahaja mengendalikan harta dan pusaka umat Islam, tetapi yang paling penting ianya berlandaskan Patuh Syariah.

1. Patuh Syariah 2. Personalized Service

1. Patuh Syariah 2. Mendidik masyarakat 3. Solusi syariah yang inovatif dan komprehensif 4. Personalized service 5. Kos minima

Wasiyyah Shoppe 100% Muslim

Dalam artikel sebelum ini, saya ada menulis tentang ‘produk Muslim’ yang tidak sepenunya menepati #BMF apabila ada sumber bahan mentahnya diperoleh dari non-Muslim. Sudah pasti, dalam keadaan sekarang ini sangat sukar untuk kita dapatkan ‘Muslim’ dalam setiap level supply chain.

Dalam bidang servis juga tidak banyak bezanya. Adakalanya sesebuah syarikat itu ‘terpaksa’ mendapatkan bantuan non-Muslim untuk kepentingan sustainability bisnes seperti mendapatkan suntikan modal bisnes, nasihat, pengaruh dan sebagainya.

Kini setelah 15 tahun beroperasi di tanah air, WSB menjadi syarikat amanah yang paling banyak mengeluarkan dokumen Hibah di Malaysia. Produk servis yang ditawarkan telah melebihi 30 produk iaitu merangkumi produk perancangan harta, pengurusan pusaka dan produk Amanah.

Pencapaian ini lebih manis lagi apabila Wasiyyah Shoppe diterajui oleh Muslim kesemuanya:

  • Pemegang saham Wasiyyah Shoppe 100% Muslim
  • Lembaga Pengarah 100% Muslim
  • Pengurusan Kanan dan staf kakitangan 100% Muslim
  • Perunding 100% Muslim (TIADA non-Muslim dibenarkan menjadi perunding)

Muslim 100% Sahaja Belum Cukup..

Industri pewarisan Muslim ini sangat teknikal kerana ia berkait dengan undang-undang Sivil dan Syariah. Maka untuk menyediakan dokumen Hibah yang lengkap dan sempurna, terutamanya Hibah Harta Bercagar bukanlah sesuatu yang mudah. Perlunya pengetahuan undang-undang tempatan, ilmu syariah dan hubungan networking yang jitu agar servis yang ditawarkan sentiasa updated dengan perkembangan dan perubahan dalam industri.

Undang-undang tempatan bukanlah statik, ianya bersifat dinamik dan boleh berubah. Contoh yang terdekat ialah pindaan kuasa Pusaka Kecil untuk menguruskan harta di bawah RM5 juta baru-baru ini.

Saya tidak akan sarankan anda ambil servis Wasiyyah Shoppe hanya kerana ianya 100% Muslim.

Taruhan anda ialah masa depan waris, apabila anda sudah tiada di muka bumi dan tidak mampu lagi mempertahankan hak waris yang disayangi. Maka, syarat yang WAJIB dipenuhi juga ialah Ilmu dan Kepakaran, seperti yang dijelaskan di atas.

Panel Penasihat Wasiyyah Shoppe adalah ilmuan ustaz ustazah yang khusus dalam bidang pusaka, bekas pegawai yang pernah memimpin cawangan Pejabat Tanah dan Galian dan Pengerusi Panel Syariah Wasiyyah Shoppe yang juga bekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan menjadi pakar rujuk Hakim Mahkamah Syariah, Dato’ Seri Dr Md Yusop Che Teh.

jawatankuasa

Mendaulatkan Mahkamah Syariah

Kita sebagai seorang Muslim yang bukan hanya pada nama seharusnya berusaha sedaya upaya untuk menaikkan darjat Mahkamah Syariah. Hal ehwal undang-undang khusus berkaitan umat Islam di Malaysia seperti Hibah, Wasiat, Harta Sepencarian, Hadhonah dan sebagainya ditadbir di bawah Mahkamah Syariah.

Anda jangan terkejut.

Ada syarikat pusaka yang membuat dokumen ‘Hibah’, tetapi dokumen yang disediakan itu adalah dokumen Mahkamah Sivil. Bermaksud, ia sebenarnya bukanlah Hibah seperti yang kita fahami, tetapi berselindung di sebalik nama Hibah

Visi dan misi Wasiyyah Shoppe adalah Patuh Syariah. Maka dokumen Hibah yang disediakan terlebih dahulu diselia dan dibincang dengan mendalam oleh panel Syariah agar menepati requirements yang ditetapkan oleh Mahkamah Syariah. Maka sekiranya ada pertikaian, Hakim Mahkamah Syariah lah yang akan memutuskan, bukannya Hakim Mahkamah Sivil.

Ada kalanya geran penyelidikan diberi kepada penyelidik universiti contohnya seperti Hibah Rumah Bercagar. Ini untuk benar-benar memastikan dokumen Hibah itu bertepatan dengan syariah dan juga sesuai dengan keperluan undang-undang. Syarikat tidak mahu menzalimi waris-waris client yang tidak dapat menuntut harta yang telah diHibah, hanya kerana dokumen Hibah yang dibuat tidak mencukupi rukun Hibah.

Support BMF, Support Wasiyyah Shoppe

Dah cukup rasanya hujah-hujah yang saya kemukakan. Secara jujur, saya bukanlah nak sokongan simpati dan menggunakan sentimen BMF yang tengah hangat sekarang ini. Saya cuma nak menarik perhatian pembaca yang kita ada solusi patuh syariah untuk merungkai masalah aset beku lebih RM70 bilion.

Solusi Sivil pun ada. Tapi bukan dengan kami, Wasiyyah Shoppe.

Pilihan di tangan anda.

Boleh Whatsapp saya, Ansari 019-749 8210 atau klik SINI.

Kempen Buy Muslim First. Wajarkah?

Kempen Buy Muslim First. Wajarkah?

Kempen #BuyMuslimFirst (#BMF), #BuyMuslimBumiputeraFirst (#BMBF), dan #BeliProdukMuslim sangat viral dan hangat diperkatakan di media sosial. Sana sini orang menyebut tentang produk Muslim; ada yang brand nya tak pernah didengari, tapi dibawa ke hadapan kerana diusahakan oleh usahawan Muslim. Ataupun produk Muslim mainstream, tetapi dikedepankan berbanding produk non Muslim. Ada juga produk bertulisan jawi, tetapi diā€™kantoiā€™kan yang ianya bukanlah produk Muslim.Ā 

Sebenarnya definisi ā€˜produk Muslimā€™ itu tidak dijelaskan dengan lengkap. Banyak andaian yang dibuat kerana masing-masing ada definisi mengikut kefahaman sendiri. Kebanyakannya membuat klasifikasi bersandarkan kepada nama pengusaha atau pengilang di label produk. Jika namanya bunyi seperti Melayu, maka ia adalah pengusaha Muslim. Okay, katakanlah syarikat itu memang milik usahawan Muslim. Bagaimana kesnya jika dalam supply chain penghasilan ā€˜produk Muslimā€™ itu, bahan mentahnya diambil daripada non Muslim? Adakah ia masih dikira sebagai produk Muslim?

Bagaimana pula situasinya jika pengilangnya non Muslim, disahkan Halal, dan sumber bahan mentah diambil dari Muslim? Adakah patut ia ditolak, meskipun ia turut membantu Muslim dengan mendapatkan bekalan bahan mentah?

Dari satu segi, kempen #BMF ini menggambarkan ruh kesatuan umat Islam di Malaysia yang ingin saling bantu membantu menguatkan ekonomi umat. Angka 1 juta follower cepat sahaja dicapai dalam satu group Facebook yang memperjuangkan #BMF. Malah ia dihangatkan dengan diskusi dan engagement dalam setiap posting di group tersebut yang sangat rancak. Namun, isu bangsa dan agama adalah isu yang sensitif. Ada sahaja bad apples atau pihak yang ingin mengeksploitasi peluang yang ada. Dakwaan membuta tuli dan tidak berasas seperti yang dilemparkan terhadap pasaraya Econsave yang dimiliki oleh non Muslim boleh menjejaskan kempen ini. Malah ada juga yang mengaitkan kempen ini dengan political mileage, apatah lagi apabila kempen ini pada asalnya bermula dengan kempen boikot produk non Muslim. Unsur ini harus dibuang jauh-jauh.

Satu masa dahulu, kumpulan Arqam telah berjaya membentuk kekuatan ekonomi yang besar. Sayang kerana pimpinan dan ajarannya telah difatwa sesat. 

Kempen #BMF diharap dapat menguatkan ekonomi umat Islam di Malaysia dengan mempromosikan kebergantungan dan sokongan sesama sendiri, serta mendapat sokongan dari non Muslim juga. Namun ia boleh juga membina jurang antara kaum dan bangsa jika ia tidak dikawal. Atau boleh juga ia menjadi hangat hangat tahi ayam. Hanya rancak seketika.

Yang lebih penting, pilihlah produk yang Halal dan Thoyyiban kerana itulah saranan agama kita.

Perkembangan Kes Pusaka Arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis

Perkembangan Kes Pusaka Arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis

Ibu kepada Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Aminah Abdullah, 85, akan meneruskan perbicaraan saman terhadap dua cucunya iaitu Nur Anis, 34, dan Ikwan Hafiz, 32 berhubung dakwaan gagal memasukkan syer tiga buah syarikat lebih RM1.3 bilion dalam senarai aset harta pusaka.Ā 

Aminah telah memfailkan saman itu pada 3 Januari yang lalu yang mendakwa kedua-dua defendan sebagai pentadbir bersama harta pusaka arwah Jamaluddin gagal memasukkan sebahagian syer tiga buah syarikat iaitu Rantai Wawasan Sdn. Bhd.; Alpine Motion Sdn. Bhd. dan Ivory Insights Wawasan Sdn. Bhd. ke dalam senarai aset dan liabiliti milik Allahyarham.

Aminah mendakwa tindakan itu dibuat bertujuan menafikan hak dan kepentingannya selaku plaintif sebagai benefisiari (peĀ­nerima) terhadap harta pusaka itu.

Aminah juga mendakwa keĀ­dua-dua cucunya itu gagal menyatakan anggaran nilai bagi setiap satu syer tiga syarikat itu yang bernilai RM1,384,312,154 dua tahun enam bulan selepas kematian Jamaluddin dan gagal memberi maklumat berhubung harta pusaka sebelum plaintif melantik peguam syarie dan peguamcara untuk bertindak bagi pihak plaintif.

“Pada hari ini kedua-dua defendan ada menawarkan untuk memberi wang faraid (pembahagian harta) kepada anak guam kami namun kami menolak tawaran itu kerana mendapati ia tiada mengena dengan saman sivil mengenai saham syarikat yang dikemukakan di mahkamah ini,” katanya.

Defendan-defendan juga didakwa gagal memasukkan ke dalam senarai aset yang dimiliki Allahyarham iaitu sebuah apartmen di Beacon Street, Boston, Amerika Syarikat dengan anggaran nilai RM10 juta yang dilampirkan bersama surat pentadbiran.

Selain itu beliau mendakwa ada diminta menandatangani dua dokumen iaitu surat penolakan berkaitan permohonan defendan untuk geran surat kuasa dan ikatan perkiraan keluarga. Menurutnya, kedua-dua defendan tahu bahawa plaintif seorang buta huruf.

Sehubungan itu Aminah menuntut kedua-dua defendan memindah milik saham tiga syarikat itu kepada pentadbir bersama harta pusaka.

Beliau juga menuntut pentadbir bersama harta pusaka meminda senarai aset di dalam geran surat kuasa dengan memasukkan saham yang dituntut serta mengakaunkan dividen, bonus, keuntungan dan isu terbitan dalam tiga syarikat kepada beliau.

Turut dituntut kedua-dua defendan menandatangani kesemua dokumen yang perlu selain kos serta relif lain yang sesuai.

Sumber: Kosmo

Pindaan – Pusaka Kecil Kini Urus Harta Bawah RM5 juta

Pindaan – Pusaka Kecil Kini Urus Harta Bawah RM5 juta

Usai urusan pengkebumian, antara urusan yang perlu diselesaikan secepat mungkin ialah menguruskan prosedur tuntuan pusaka arwah. Arwah sudah beralih ke alam Barzakh, maka harta pusaka itu kini hak kepunyaan waris Faraid. Bagaimanapun, harta Faraid yang tinggal untuk dibahagikan adalah bakinya setelah menolak kos pengkebumian, hutang arwah dengan Allah dan manusia, hibah dan wasiat. Sekiranya ada harta arwah yang telah dihibahkan semasa hidup, dokumen hibah yang berkait dengan harta itu perlu dikemukakan kepada waris untuk membolehkan harta itu diasingkan dari harta pusaka.

Bagi yang tidak berpengalaman menguruskan harta pusaka, prosedur ini boleh menjadi rumit dan memakan masa yang lama. Masa yang lama ini juga termasuklah waris bertangguh2 untuk memulakan prosedur pengurusan, atau tidak mencapai kata persetujuan dan kerjasama dari waris yang lain.

Perkara pertama yang perlu dipastikan oleh Wasi atau pentadbir harta pusaka yang dilantik ialah menentukan terlebih dahulu institusi mana yang perlu dituju untuk memulakan prosedur tuntutan pusaka. Ada tiga institusi terlibat dan secara umumnya jenis dan nilai harta yang diuruskan adalah seperti berikut:

  • Pejabat Pusaka Kecil – Harta bawah nilai RM2 juta dan MESTI ada HARTA TAK ALIH seperti tanah atau rumah
  • Mahkamah Tinggi – Harta Alih/Tak Alih atas nilai RM2 juta
  • Amanah Raya – Harta Alih bernilai RM600,000 ke bawah

Perbezaan kos dan caj bagi setiap institusi di atas tidak sama. Caj di Pusaka Kecil adalah yang terendah. Namun begitu, sekiranya pusaka si mati hanya terdiri daripada harta alih sahaja seperti wang simpanan, saham, ASB dan sebagainya, urusan pusaka akan ditolak ke Amanah Raya atau Mahkamah Tinggi. Urusan di Mahkamah Tinggi jauh lebih mahal dan perlu diwakili oleh peguam untuk kelancaran prosedur, tetapi tempoh prosedur lebih cepat.

Perubahan Nilai Kes di Pusaka Kecil

Baru-baru ini pada 2 Ogos 2019, Mesyuarat ke-75 Majlis Tanah Negara (MTN) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah bersetuju untuk meminda Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 dengan meningkatkan bidang kuasa nilaian pejabat pusaka daripada RM2 juta kepada RM5 juta.

Mesyuarat juga telah menghapuskan syarat perlunya ada Harta Tak Alih (seperti yang ditulis di atas) dan permohonan pusaka boleh difailkan di mana-mana pejabat pusaka di dalam negeri di mana harta tak alih itu berada.

Kesan Pindaan Akta Harta Pusaka Kecil

Kesan signifikan kenaikan nilaian dari RM2 juta kepada RM5 juta ialah ia akan membolehkan urusan prosedur tuntutan pusaka dilaksanakan pada kadar yang lebih murah kerana ia boleh diurus di Pusaka Kecil, bukannya ditolak ke Mahkamah Tinggi yang jauh lebih tinggi kosnya.

Kos ini perlu dikeluarkan dari poket waris, atau didahulukan wangnya. Sekiranya kos tersebut diambil dari harta pusaka si mati sekalipun, ia akan mengurangkan harta pusaka yang ada untuk dibahagikan secara Faraid. Sudah tentu, wang simpanan dari pusaka tersebut perlu dipastikan cukup untuk menampung kos pengurusan ini, dan tidak dilupa untuk membayar hutang arwah yang perlu dilangsaikan. Maka, yang lebih murah itu lebih utama dan menguntungkan kepada para waris.

Sumber: Bernama

Perbezaan Pendapat Tentang Hibah Harta Bercagar

Perbezaan Pendapat Tentang Hibah Harta Bercagar

Saya tertarik dengan ulasan sahabat saya tentang hibah harta bercagar. Rasanya perlu saya ulas kerana secara direct ia berkaitan tentang perkhidmatan yang ditawarkan Wasiyyah Shoppe Bhd. Walaupun telah beberapa kali saya ulaskan isu ini, saya tetap akan mengulasnya kembali apabila ditimbulkan.

Untuk pengetahuan masyarakat, kami telah menjalankan satu kajian ilmiah tentang hibah harta bercagar. Laporan penyelidikan setebal 380 ms ini telah menjadi panduan kepada kami dalam penghasilan perkhidmatan HIBAH HARTA BERCAGAR.

geran penyelidikan hibah harta bercagar
DARI kiri: Pensyarah kanan FPI UKM, Dr Noor Lizza Mohamed Said; Timbalan Dekan FPI UKM, Prof Madya Dr Salasiah Hanin Hamzah; Koordinator Undang-Undang Wasiyyah Shoppe, Affendy Nanyan; Pengarah Eksekutif Wasiyyah Shoppe, AriffinĀ Sabirin; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri UKM, Prof Dato Dr Imran Ho; Dekan FPI UKMĀ , Prof Dr Wan Kamal Mujani dan Ketua Jabatan Syariah FPI UKM, Dr Mat Noor Mat Zain. (Sumber: Berita Harian)

Pandangan ulama’ muktabar dan kes-kes yg telah diputuskan Mahkamah Syariah Malaysia menjadi kajian dan telah ditemui satu panduan jelas baik dari segi hukum mahupun undang-undang yg terguna pakai di Malaysia bahawa hibah harta bercagar adalah SAH & MENGIKAT tetapi mestilah berdasarkan panduan ketat tertentu. Bukan semberono sahaja amalannya.

Hujah Dibenarkan Hibah Harta Bercagar

Walaupun hujah saya banyak tetapi saya akan hanya ketengahkan 4 hujah sahaja.

1. Pemindahan hakmilik dari sudut undang2 sivil dan hukum syarak adalah berbeza sifatnya.

Undang-undang Sivil menafsirkan ‘pemindahan hakmilik’ ialah tukar nama dari nama ayah kepada nama anak. Ini adalah PINDAHMILIK & bukan HIBAH secara harfiahnya.

Hukum syarak pula menafsirkan hibah sebagai tindakan pemberian secara sukarela dan ia sempurna apabila lengkap rukun dan syaratnya. Pindahmilik nama dalam geran TIDAK PERNAH menjadi syarat kepada sempurnanya hibah. Ada puluhan kes di dalam Jurnal hukum yang disahkan oleh mahkamah syariah tetapi tidak berlaku pindahmilik.

Rukun hibah ialah harta, pemberi, penerima, ijabqabul dan disempurnakan dengan al qabd. Pindahmilik nama dalam geran hanyalah salah satu bentuk al qabd iaitu al qabd hukmi.

Al qabd juga boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Antaranya ialah saya hibahkan rumah saya kepada anak dan sempurna rukunnya . Saya tidak pindahmilik nama dalam geran sebaliknya saya hanya memberikan kunci rumah sahaja kepada anak. Itupun al qabd dan hibah itu sempurna.

Undang-undang hibah Brunei yang telah diwartakan secara jelas menyebut bahawa hibah itu sempurna apabila rukun dan syarat al qabd berlaku. Undang2 Brunei juga secara jelas menyatakan bahawa PINDAHMILIK nama dalam geran tidak perlu berlaku ketika aqad hibah dilaksanakan. Pindahmilik boleh berlaku pada bila-bila masa selepas aqad. Perlu kita faham Brunei memegang ketat pandangan Shafie jauh lebih ketat dari Malaysia sendiri.

2. Mahkamah Syariah bebas menggunapakai pandangan selain Shafie dalam urusan muammalat.

Benar kebanyakan hakim Mahkamah Syariah berpegang kepada pandangan Shafie namun bukan dalam semua keadaan rigidnya begitu. Hakim akan membuat keputusan berdasarkan hujah peguam, maslahah, panduan kes-kes lepas ( namun bukan precedent ) dan ijtihad. Enakmen Pentadbiran Islam Negeri2 juga memperuntukkan kebenaran penggunaan pandangan mazhab lain dan juga penggunaan ijtihad.

Peguamlah yang perlu berhujah kenapa kes hibah harta bercagar tersebut adalah sah berdasarkan pandangan2 ulamak. Untuk menyampaikan hujah yang baik pula para peguam perlulah melengkapkan diri dengan ilmu yang mantap.

3. MRTT / MRTA sebagai jaminan hutang.

Isu ini juga diulaskan sahabat saya. Pandangan yang diberikan ialah secara logik. Secara ilmiahnya perlu dihujahkan pandangan ini dari konteks kes-kes yang telah diputuskan dan kitab2 ulamak muktabar.

Dari sudut kes-kes yg telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah, ada alasan penghakiman Mahkamah Syariah telah menyebut secara jelas bahawa Mahkamah mengambilkira MRTA sebagai salah satu bentuk dhaman. Jika hakim yang bijaksana dan mempunyai kuasa undang-undang boleh menerima MRTA/MRTT sebagai jaminan siapa pula kita orang biasa ini nak menidakkan kebijaksanaan hakim ? Kes mana yang alasan penghakimannya begitu ? Boleh search sendirišŸ˜Š.

Dari segi pandangan ulamak pula ada pandangan Allahyarham Dr Wahabah Zuhaili di dalam kitabnya yang menyebut secara jelas bahawa hibah harta bercagar boleh dilaksanakan dengan syarat didatangkan satu bentuk jaminan kepada pembiaya. Kitab mana? Kena search sendiri jugalah šŸ˜Š

4. Hibah ini kuasa Mahkamah Sivil atau kuasa Mahkamah Syariah?

Antara sebab utama kekeliruan dalam masyarakat tentang hibah ini ialah apabila ia dlihat dari perspektif undang-undang sivil. Kita bicara tentang hibah tetapi kita melihat dari perspektif sivil sedangkan hibah itu bidangkuasa mahkamah syariah. Kanun Tanah Negara juga memperuntukkan tentang bidang kuasa mahkamah syariah.

Ya saya faham pandangan sivil tidak boleh diketepikan tetapi ia juga tidak boleh digunakan 100% untuk mentafsir hibah. Kalau inilah yang kita buat, maka apa gunanya kita ada mahkamah dan undang-undang syariah? Baik kita balik semula kepada zaman sebelum 1988 apabila kes2 berkaitan Islam dibicarakan di mahkamah sivil oleh hakim sivil & kadi hanya dipanggil sebagai saksi sahaja.

Bukankah kita sebagai orang Islam bertanggungjawab untuk memertabatkan undang-undang dan mahkamah syariah? Kalau bukan kita siapa lagi? Ini jugalah antara misi Ketua Hakim Syariah Malaysia Dato Dr Na’im apabila saya bertemu dengannya 22hb Jun yang lepas.

Kesimpulan

Ulasan tentang hibah harta bercagar perlulah dibuat berdasarkan kajian ilmiah dan bukan sekadar bertanya2 kepada dua tiga orang kawan atau sekadar dari pengalaman sendiri sahaja kerana kapasiti kita secara individu adalah terhad.

Di Wasiyyah Shoppe Berhad, kami melalui proses yang panjang dengan disiplin ilmiah yang sangat ketat sebelum dihasilkan apa2 perkhidmatan. Dapatan penyelidikan dibentang di depan pakar undang2 Syariah dan dibahaskan secara terperinci. Keputusan dibuat secara kolektif bukan individu.

Malah pengerusi panel syariah kami yang baru Dato Seri Dr Hj Md Yusup Che Teh juga merupakan salah seorang mantan hakim mahkamah rayuan syariah yg telah meluluskan kes hibah harta bercagar yg ‘landmark’. Secara peribadi saya banyak belajar selok belok perundangan syariah dari beliau.

Apapun kita meraikan pandangan yang pelbagai ini dan semua orang berhak kepada pandangan masing2 berdasarkan pengetahuan dan pengalaman masing2. Khilaf itu rahmah dan tidak menjadikan kita bermusuh. Kita tetap bersaudara walaupun berbeza pandangan sebagaimana adabnya ulamak2 terdahulu dalam berkhilaf. Wallahuaklam.

~ En. Ariffin Sabirin, CEO Wasiyyah Shoppe