Perkembangan Kes Pusaka Arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis

Perkembangan Kes Pusaka Arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis

Ibu kepada Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Aminah Abdullah, 85, akan meneruskan perbicaraan saman terhadap dua cucunya iaitu Nur Anis, 34, dan Ikwan Hafiz, 32 berhubung dakwaan gagal memasukkan syer tiga buah syarikat lebih RM1.3 bilion dalam senarai aset harta pusaka. 

Aminah telah memfailkan saman itu pada 3 Januari yang lalu yang mendakwa kedua-dua defendan sebagai pentadbir bersama harta pusaka arwah Jamaluddin gagal memasukkan sebahagian syer tiga buah syarikat iaitu Rantai Wawasan Sdn. Bhd.; Alpine Motion Sdn. Bhd. dan Ivory Insights Wawasan Sdn. Bhd. ke dalam senarai aset dan liabiliti milik Allahyarham.

Aminah mendakwa tindakan itu dibuat bertujuan menafikan hak dan kepentingannya selaku plaintif sebagai benefisiari (pe­nerima) terhadap harta pusaka itu.

Aminah juga mendakwa ke­dua-dua cucunya itu gagal menyatakan anggaran nilai bagi setiap satu syer tiga syarikat itu yang bernilai RM1,384,312,154 dua tahun enam bulan selepas kematian Jamaluddin dan gagal memberi maklumat berhubung harta pusaka sebelum plaintif melantik peguam syarie dan peguamcara untuk bertindak bagi pihak plaintif.

“Pada hari ini kedua-dua defendan ada menawarkan untuk memberi wang faraid (pembahagian harta) kepada anak guam kami namun kami menolak tawaran itu kerana mendapati ia tiada mengena dengan saman sivil mengenai saham syarikat yang dikemukakan di mahkamah ini,” katanya.

Defendan-defendan juga didakwa gagal memasukkan ke dalam senarai aset yang dimiliki Allahyarham iaitu sebuah apartmen di Beacon Street, Boston, Amerika Syarikat dengan anggaran nilai RM10 juta yang dilampirkan bersama surat pentadbiran.

Selain itu beliau mendakwa ada diminta menandatangani dua dokumen iaitu surat penolakan berkaitan permohonan defendan untuk geran surat kuasa dan ikatan perkiraan keluarga. Menurutnya, kedua-dua defendan tahu bahawa plaintif seorang buta huruf.

Sehubungan itu Aminah menuntut kedua-dua defendan memindah milik saham tiga syarikat itu kepada pentadbir bersama harta pusaka.

Beliau juga menuntut pentadbir bersama harta pusaka meminda senarai aset di dalam geran surat kuasa dengan memasukkan saham yang dituntut serta mengakaunkan dividen, bonus, keuntungan dan isu terbitan dalam tiga syarikat kepada beliau.

Turut dituntut kedua-dua defendan menandatangani kesemua dokumen yang perlu selain kos serta relif lain yang sesuai.

Sumber: Kosmo

Bilionair India berebut empayar syarikat dengan anak

Bilionair India berebut empayar syarikat dengan anak

Bila masuk bab harta, semua boleh jadi keliru dan tamak. Sungguh sedih bila kita lihat hubungan keluarga retak bila berebut harta. Sebagai contoh, ayah yang berhasrat nak mewariskan rumah kepada anaknya terus membuat Hibah Mutlak dengan menukar nama rumah kepada nama anaknya. Dengan tidak disangka, anak yang dikasihinya berpaling tadah dan menghalau si ayah keluar dari rumah.

Jika anda sangka orang berebut harta kerana nilai harta itu tinggi, anda sudah silap. Orang berebut harta kerana dia tahu dia berhak untuk menuntut hak ke atas harta itu. Sense of entitlement. Perebutan harta antara orang kaya lebih mendapat perhatian kerana ia menjadi topik sensasi di dada akhbar dan media sosial. Maka bila anda baca kisah bilionair India ini berebut harta dengan anak, ia sebenarnya masih relevan dengan kita golongan pertengahan. Malah relevan juga kepada golongan B40.

Jika anda nak beri harta kepada anak tetapi risau anak berubah dan berpaling tadah, solusinya ialah buat Hibah Bersyarat. Di geran masih kekal nama anda.

Vijayat dan empayar Raymond Group

Vijayat Singhania, seorang bisnesman dan bilionair India yang berjaya

Tiga tahun lepas, Vijaypat Singhania telah memberi kuasa kepada anaknya Gautam untuk menguruskan Raymond Group, sebuah syarikat tekstil miliknya yang bernilai billion dollar.

Malangnya, hubungan mereka menjadi buruk sejak itu. Vijaypat mendakwa anaknya telah menipunya dan menghalaunya dari ofis syarikat yang dengan susah payah dibinanya sendiri.

Vijaypat yang kini berumur 80 tahun menyesal dengan keputusannya. Tapi semuanya telah terlambat. Raymond Group telah dibina olehnya dari sebuah bisnes tekstil kecil dan pada masa ini telah menjadi nama yang disebut-sebut di India dan antara pengeluar terbesar ‘worsted wool suits’ yang berkualiti tinggi.

Laporan Credit Suisse menyatakan bahawa India berada di tangga ketiga di dunia bagi kategori bilangan syarikat konglomerat yang dimiliki dan dikuasai oleh keluarga. Negara lain yang berada di atas ialah China dan United States.

Kes perebutan harta lain yang popular

Perebutan kuasa dan berpaling tadah setelah menguasai harta dan syarikat seperti kes Vijaypat bukanlah sesuatu yang asing.

Ia berlaku juga kepada lelaki terkaya Asia, Mukesh Ambani.

mahligai ambani
Antilia, mahligai milik Mukesh Ambani bernilai $2 bilion. Memerlukan 600 orang staf untuk diuruskan 24 jam sehari

Ambani bergaduh dengan adiknya Anil merebut penguasaan ke atas syarikat konglomerat Reliance selepas ayah mereka Dhirubhai meninggal dunia TANPA MENINGGALKAN WASIAT (Ambil perhatian: Fungsi wasiat untuk orang Islam TIDAK SAMA dengan fungsi wasiat/will untuk orang bukan Islam. Aktanya berbeza).

Dalam kes lain, keadaan meruncing sehingga ke tahap berbunuh-bunuhan. Tokey liquor dan hartanah Ponty Chadha pada tahun 2012 berebut syarikat sehingga ke tahap tembak menembak sesama sendiri. Kedua-duanya mati. Kerana tamak, tiada seorang pun yang dapat syarikat diidamkan.

Sambungan kisah Vijaypat

Berbalik kepada kes Vijaypat, masalah bermula apabila dia menyerahkan 37% hak ke atas Raymond Group pada tahun 2015. Dalam perjanjian yang telah dibuat pada tahun 2007 yang bertujuan menyelesaikan pergolakan dalam keluarga, Vijaypat sepatutnya menerima sebuah apartmen mewah di Mumbai. Harga yang dipersetujui berjuta-juta dollar di bawah harga pasaran, maka disebabkan itu Gautam menasihatkan lembaga pengarah agar tidak menjual apartmen itu yang merupakan aset berharga syarikat.

Berikutan keadaan menjadi panas selepas itu, maka lemabaga pengarah pun bertindak menarik balik posisi pengerusi syarikat daripada Vijaypat atas tuduhan menggunakan kata-kata tidak sopan dalam suratnya kepada syarikat. Vijaypat kemudiannya mendakwa dia dihalau dari ofisnya.

Vijaypat sudah TIDAK BERCAKAP DENGAN ANAKNYA SELAMA DUA TAHUN dan merancang untuk menggunakan undang-undang tahun 2007 di bawah mahkamah India yang membenarkan ibu ayah mengambil balik aset yang diberikan kepada anak-anaknya jika mereka tidak menunaikan keperluan asas ibu ayah mereka.

Setelah semua ini berlaku, berikut nasihat Vijayat:

“Saya menasihatkan semua ibu bapa di mana-mana sahaja agar tidak membuat kesilapan menyerahkan kesemua simpanan kepada anak-anak SEMASA ANDA MASIH HIDUP”

Sumber: thestar