Wasiyyah Shoppe Melebar Pengaruh Hibah di Perak

Wasiyyah Shoppe Melebar Pengaruh Hibah di Perak

Wasiyyah Shoppe telah diberikan HAK EKSKLUSIF sebagai rakan strategik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) selama 3 tahun untuk manjalankan aktiviti kesedaran Hibah di Perak. Penekanan yang bakal diutamakan ialah Hibah Hartanah dan Hibah Saham.

Satu sejarah baru dalam bidang pengurusan harta pusaka!

Perkembangan ini memberi peluang besar bagi Wasiyyah Shoppe bergerak mengadakan ceramah dan mengadakan klinik Hibah untuk membantu rakyat Perak mendapatkan maklumat lengkap mengenai Hibah.

Malah usaha ini mendapat sokongan daripada Sultan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Pada 1 Mac yang lalu, Sultan Nazrin telah berkenan bertitah dalam Majlis Pelancaran Gerakan Kesedaran Hibah Peringkat Negeri Perak mengenai pentingnya membuat Hibah bagi mengurangkan kes harta beku umat Islam.

kesedaran hibah perak

Titah baginda sungguh teliti dan nampak jelas sokongannya  untuk mempromosikan Hibah sebagai satu instrumen yang dapat menyelesaikan masalah harta beku dalam kalangan umat Islam di Malaysia. Tiada disebut tentang wasiat kerana saya yakin baginda Sultan juga memahami limitasi instrumen Wasiat dan peranan sebenarnya.

 

Usaha memberi penerangan memperkenalkan hibah, hendaklah diperluaskan ke semua daerah dan jajahan di negeri Perak, hingga sampai ke mukim dan kampung, dilakukan secara berterusan dan secara berkesinambungan. Hibah, telah Beta titahkan dijadikan tema khutbah Jumaat di semua masjid di negeri Perak, minggu depan.

“Hendaklah dijadikan sasaran, agar di negeri Perak Darul Ridzuan, akan tercapai indeks sifar masalah, dalam urusan pengagihan harta selepas kematian.

“Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak bersama Jabatan Agama Islam negeri Perak, hendaklah menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat mengenai hibah di peringkat negeri dan di peringkat daerah serta jajahan; diikuti dengan melatih pegawai di semua masjid di negeri Perak, agar memiliki pengetahuan untuk memberi khidmat nasihat yang tepat mengenai hibah kepada ahli kariah masing-masing,” titah baginda.

.

Sumber: Sinar Harian, hmetro