Hibah, Wasiat dan Pewarisan Kepada Anak Angkat

Hibah, Wasiat dan Pewarisan Kepada Anak Angkat

Anak angkat seringkali dijaga dan dipelihara seperti menatang minyak yang penuh. Ibubapa angkat menjaga mereka sepertimana seorang anak kandung dipelihara; Makan minum semuanya dijaga rapi, keperluan hidup dipenuhi sebaiknya, lebih-lebih lagi jika anak itu diambil untuk dipelihara sejak bayi lagi. Apabila bayi itu merengek di tengah malam, ibu bapa penjaga tak dapat nak tidur untuk meredakannya sehingga kembali nyenyak. Lama kelamaan akan terbit naluri keibuan dan sukar untuk dipisahkan umpama hubungan kandung.

Antara maqasid syariah dalam Islam ialah memelihara nasab keturunan dan jalur darah kekeluargaan. Walaupun penjagaan anak ini merupakan usaha terpuji, isu dan batasan hubungan antara keduanya perlu dipatuhi dan diamati agar tidak melangkaui ajaran Islam. Antara isu yang sering dibangkitkan dalam masyarakat ialah isu pewarisan anak angkat, menjadi wali nikah dan meletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ kepada ayah angkat.

Anak Angkat di Zaman Nabi

Rasulullah juga pernah mengambil anak angkat, iaitu Zaid ibn Harithah, yang juga sahabat Nabi yang sama-sama berjuang untuk Islam. Zaid adalah seorang bekas hamba milik isteri baginda, Khadijah binti Khuwailid. Rasulullah sangat rapat dengan Zaid sehingga penduduk Mekah mem’bin’kan Zaid dengan Muhammad. Namun Allah menegur penggunaan ‘bin’ tersebut dengan turunnya ayat Al-Ahzab:5

“Panggilah mereka (anak angkat itu) dengan ber”bin”kan kepada bapa mereka sendiri; Cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara kamu yang seugama dan sebagai “maula” kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Al-Ahzab:5

Selain itu, Rasulullah juga telah mengahwini bekas isteri Zaid, iaitu Zainab binti Jahsy. Peristiwa ini menangkis adat Jahiliyyah yang menganggap anak angkat sebagai anak sendiri; dengan berlakunya peristiwa ini, maka jelas tiada halangan untuk Rasulullah atau sesiapa pun mengahwini bekas isteri anak angkat. Ini kerana hukumnya tidak sama dengan mengahwini bekas isteri anak kandung.

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: “Jangan ceraikan isterimu (Zainab) itu dan bertaqwalah kepada Allah”, sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan nyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah lebih patut engkau takuti (melanggar perintah-Nya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri anak angkat mereka, apabila anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.

AL-Ahzab:37

Hukum Pewarisan Anak Angkat

Antara batasan dalam hubungan ialah yang bersangkutan dengan pewarisan harta pusaka. Seseorang itu boleh mewarisi dan mewariskan hartanya kepada orang lain apabila berlakunya perkahwinan, pertalian darah dan perhambaan. Pendaftaran yang sah di Jabatan Pendaftaran Negara bukanlah tiket untuk membolehkan pewarisan berlaku. Sekiranya ibu bapa angkat meninggal, anak angkat tidak boleh menuntut walau sesen pun pusaka mereka, walaupun telah lama tinggal bersama dan berkhidmat menjaga mereka ketika sakit.

Begitu juga sebaliknya.

Sekiranya anak angkat itu meninggal dahulu, ibubapa dan keluarga kandungnya adalah waris yang berhak mendapatkan hak Faraid, meskipun mereka tidak pernah datang menjenguk. Sekiranya kemunculan semula mereka hanya kerana nak menuntut hak, maka tiada yang dapat menghalang. Kerana dari segi hukum Syariah, mereka memang ada hak, walaupun mereka sebelumnya gagal menunaikan tanggungjawab sebagai ibubapa kandung menjaga anak mereka.

Oleh sedemikian, keluarga yang mempunyai anak angkat adalah antara golongan kritikal yang perlu membuat perancangan harta untuk pewarisan. Kebajikan anak akan terjejas sekiranya ibubapa angkat meninggal dahulu dan menyebabkannya hilang tempat pergantungan sumber kewangan, fasiliti dan tempat berteduh. Adik beradik angkat yang merupakan anak kandung mereka mungkin enggan untuk menyerahkan sebahagian hak mereka kepada kepada anak angkat itu, kerana statusnya yang kekal sebagai ‘orang luar’.

Sebagaimana kita tidak boleh menduga pakcik berkopiah akan berkeras apabila menuntut harta pusaka, lebih kritikal lagi bagi anak angkat yang sememangnya tidak layak mendapat sebarang bahagian pusaka.

Wasiat Atau Hibah?

Bagi merancang pewarisan, ada dua pilihan iaitu untuk membuat wasiat atau hibah.

i) Wasiat. Anak angkat bukan waris Faraid, maka tiada halangan untuk meletakkannya sebagai penerima dalam surat wasiat. Hadnya tertakluk kepada batasan umum wasiat, iaitu terhad kepada 1/3 harta setelah ditolak peruntukan hutang, kos kebumi dan sebagainya. Untuk harta tak alih, kurang isu untuk membahagikan 1/3 harta. Tetapi jika hasratnya untuk memastikan anak angkat ada tempat berteduh, maka agak sukar untuk mewasiatkan 1/3 daripada nilai rumah, yang tertakluk juga kepada penyusutan harta pusaka apabila digunakan untuk membayar hutang tinggalan arwah.

ii) Hibah. Hibah tiada had; boleh diberikan kepada sesiapa sahaja dan tiada had berapa banyak yang hendak diberikan. Maka ini adalah solusi yang baik jika hendak memastikan anak angkat akan dapat rumah sebagai tempat berteduh. Hibah terlaksana semasa hidup, maka ia tidak tertakluk kepada penyusutan harta pusaka berikutan penyelesaian hutang. Harta yang dihibah diasingkan daripada pusaka dan Faraid. Ini bermakna waris Faraid tidak berhak menuntut hak ke atas harta yang dihibah. Namun begitu, ada sedikit cabaran dari segi prosedur tuntutan Hibah di Malaysia amnya dan khasnya untuk penerima bukan waris qadim seperti anak angkat. Isu ini telah dikenalpasti oleh Wasiyyah Shoppe dan ada penyelesaiannya dalam produk yang ditawarkan.

Untuk mendaftar Hibah Anak Angkat, boleh Whatsapp terus ke saya, Ansari di 019-749 8210 atau KLIK SINI.

Pendaftaran Pengangkatan Anak

Undang-undang Malaysia tidak mensyaratkan pengambilan anak angkat didaftarkan. Namun begitu, anak yang tidak didaftarkan akan mengalami kesukaran untuk melengkapkan urusan rasmi seperti mendaftar sekolah, permohonan kad pengenalan, passport. Malah penjaga tersebut juga tidak boleh mengambil polisi Takaful bagi melindungi anak itu kerana sijil pengangkatan diperlukan untuk mendaftar polisi.

Proses pendaftaran pengangkatan de facto memerlukan mereka yang berhasrat agar memelihara anak tersebut selama sekurang-kurangnya 2 tahun sebelum boleh didaftarkan sebagai anak angkat di Jabatan Pendaftaran Negara secara sah.

Tempoh 2 tahun itu bermula di saat ibu bapa kandung menyerahkan anak mereka kepada ibu bapa angkat melalui Surat Keizinan Berkanun. Setelah cukup tempoh,mereka boleh memohon untuk mendapatkan sijil pengangkatan yang akan dikeluarkan oleh JPN. Pengiktirafan sijil pengangkatan ini penting untuk melindungi hak ibu bapa dan anak angkat; contohnya apabila ibu bapa kandung berhasrat untuk mengambil semula jagaan anak mereka, walaupun setelah bertahun-tahun lamanya anak tersebut telah diserahkan kepada orang lain untuk dijaga. Dengan adanya sijil ini, pengangkatan itu sudah muktamad dan tindakan mereka salah dari segi undang-undang sivil.

Agensi Adalah Lantikan Wasiyyah Shoppe, Bukan Syarikat Asing atau Pihak Ketiga. Jangan Keliru

Agensi Adalah Lantikan Wasiyyah Shoppe, Bukan Syarikat Asing atau Pihak Ketiga. Jangan Keliru

Pada Hari Raya Aidil Adha hari ke-2 yang baru saja berlalu, saya telah meluangkan masa bertemu dengan prospek suami isteri yang berniat hendak mendaftar Hibah. Walaupun masih dalam mood bercuti Raya, saya setuju untuk berjumpa kerana ini sahaja masa yang mereka ada kerana mereka akan bekerja pada hari berikutnya. Prospek mempunyai sebab yang kuat untuk mendaftar Hibah, kerana mereka masih belum dikurniakan anak. Tambah lagi, loan rumah yang dibuat di bawah nama isteri seorang, tetapi rumah dimiliki bersama dengan suami.

Perbincangan berlangsung seperti yang biasa dilakukan. Saya ceritakan kesemuanya tentang pros and cons Hibah dan plan pengurusan al-Wasitah. Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar saya ambil dan prospek tandatangan dokumen akuan sebagai tanda bersetuju. Namun begitu, tindakannya hanya sekerat jalan. Keesokan harinya, prospek memaklumkan yang dia hendak batalkan pendaftaran Hibah. Alasan yang dinyatakan adalah ‘curiga’ sy adalah ‘pihak ketiga’, bukan directly di bawah WSB. Pihak ketiga, kerana ada tertera nama dan alamat agensi Kausar di name card.

Saya tarik nafas dalam-dalam. Cuba untuk jelaskan dengan tenang. Sebagaimana syarikat Takaful dan hartanah, perunding yang hendak menjual produk dan servis syarikat haruslah berdaftar di bawah agensi sah yang berdaftar dengan syarikat. Syarikat biasanya tidak akan melayan prospek yang ingin berurusan terus dengan HQ, kerana itulah sistem jualan yang dipraktikkan. Syarikat ada peranannya yang tersendiri. Begitu juga agensi dan perunding pun ada peranannya yang tersendiri. Intrusions dalam melaksanakan peranan yang sepatutnya diuruskan oleh pihak lagi satu akan menjejaskan sistem jualan dan servis yang dibina. HQ tidak menjual, kerana ia akan mengakibatkan ‘persaingan’ yang tidak sihat. Malah mereka lebih produktif dan efisien bila fokus dalam job scope yang telah dikhaskan seperti menyediakan dokumen Hibah, product development dan sebagainya. Kerja-kerja jualan di leverage kepada perunding.

Agensi lah yg akan melaksanakan training produk dengan lebih mendalam, mengajar konsep dan skil jualan, memotivasikan perunding dan mewujudkan suasana positif dalam kalangan perunding. Biasanya perunding menjadi produktif bila berada di bawah agensi yg proaktif. Dalam konteks Pewarisan yg sarat dgn ilmu teknikal, agensi juga yang banyak berperanan menjawab persoalan dan berkongsi ilmu. Selain inisiatif perunding dan perkongsian dari Wasiyyah Shoppe itu sendiri lah.

Walaupun setelah saya nyatakan bahawa agensi BUKANLAH PIHAK KETIGA atau syarikat asing, in fact ini adalah sistem yang dilaksanakan oleh WSB, seperti yang dijelaskan di atas (sebagai info tambahan, saya adalah perunding di bawah Kausar, iaitu agensi di bawah Wasiyyah Shoppe yang terbesar), mereka tetap berkeras utk batalkan. Jarang sekali saya dapat prospek yg ada kekeliruan begini, tapi for the sake of clarity ingin sekali lagi saya tegaskan…

Kami perunding berdaftar di bawah WSB dan bukan pihak ketiga. Agensi Kausar tempat kami bernaung bukanlah syarikat yg terasing dari WSB, tapi ia adalah part of sistem jualan dalam WSB.

Bila Last Boleh Buat Hibah?

Bila Last Boleh Buat Hibah?


Bila menyebut tentang syarat untuk memohon perlindungan Takaful, kebanyakan masyarakat sudah tahu bahawa polisi Takaful hanya boleh diambil semasa masih sihat sahaja. Jika sudah sakit, syarikat berhak menolak permohonan sekiranya dinilai sakit itu sudah kronik dan tidak ‘economically feasible’ untuk dilindungi. Jangan salahkan syarikat kerana ia bersangkut paut juga dengan tabung tabarru’ sumbangan peserta-peserta Takaful yang lain.

Persoalan sama juga timbul untuk Hibah. Berbeza dengan Takaful, soalan ‘bila last boleh buat Hibah’ ini jarang timbul kerana umumnya masyarakat masih belum benar-benar memahami tentang konsep Hibah. Maka itulah peranan kami sebagai perunding Wasiyyah Shoppe, iaitu untuk memahamkan masyarakat mengenai Hibah agar mereka menyegerakan penyediaan dokumen Hibah sebelum hilang kelayakan.

Bagi kebanyakan orang, apa yang difahami dengan Hibah ialah ia bermaksud hadiah, dan harta yang dihadiahkan itu diberi oleh pemilik harta semasa hidup. Jika pemilik sudah meninggal, maka tiada lagi ruang untuk Hibah kerana harta tersebut kini menjadi harta pusaka dan tertakluk kepada pembahagian Faraid.

Pendek kata, Hibah itu adalah perancangan harta semasa hidup.

Sebenarnya masih ada syarat lain yang menentukan keadaan di mana Hibah sudah tidak lagi boleh dibuat atas sebab-sebab yang tertentu.

Keadaan ini disebut sebagai ‘Marad al-Maut’.

Marad al-Mawt

Ringkasnya, Marad al-Mawt bermaksud ‘sakit yang membawa kepada kematian’. Sukar untuk membuat senarai kondisi penyakit-penyakit yang dihidapi, tetapi secara umumnya seperti berikut:

  • Penyakit itu membawa kepada kematian
  • Pesakit mati dalam tempoh kurang setahun akibat penyakit tersebut, atau selepas setahun dalam keadaan penyakit bertambah serius.
  • Penyakit itu boleh melupakan pesakit itu daripada kepentingan yang bersifat keduniaan.

Untuk mudah memahami, antara contoh Marad al-Mawt ialah kanser kronik tahap empat, terlantar dalam vegetative state dan sebagainya.

Hibah Semasa Marad al-Mawt

Sekiranya Hibah dibuat dalam keadaan pemilik harta Marad al-Mawt, kesannya amatlah besar terhadap waris yang sepatutnya menjadi penerima Hibah. Hibah yang dibuat itu boleh ditolak dan taraf dokumen tersebut samalah seperti pemberian Wasiat dan tertakluk kepada hukum Wasiat iaitu:

  • Maksimum 1/3 daripada harta
  • Penerima bukan dalam kalangan waris, melainkan mendapat persetujuan waris-waris yang lain.

Kesimpulan

Masyarakat kita memang suka bertangguh, terutamanya apabila melibatkan perancangan harta dan kewangan. Malangnya, masa terakhir untuk Hibah tidak berada di bawah kawalan kita. Sakit dan mati itu termasuk dalam ilmu dan rahsia Allah. Dan bila ia tiba, hilang sudah kelayakan untuk Hibah. Yang ada cuma wasiat, atau pusaka.

Buatlah Hibah, agar waris tidak Hiba. Whatasapp saya Ansari, 019-749 8210 untuk details

Perbezaan Pendapat Tentang Hibah Harta Bercagar

Perbezaan Pendapat Tentang Hibah Harta Bercagar

Saya tertarik dengan ulasan sahabat saya tentang hibah harta bercagar. Rasanya perlu saya ulas kerana secara direct ia berkaitan tentang perkhidmatan yang ditawarkan Wasiyyah Shoppe Bhd. Walaupun telah beberapa kali saya ulaskan isu ini, saya tetap akan mengulasnya kembali apabila ditimbulkan.

Untuk pengetahuan masyarakat, kami telah menjalankan satu kajian ilmiah tentang hibah harta bercagar. Laporan penyelidikan setebal 380 ms ini telah menjadi panduan kepada kami dalam penghasilan perkhidmatan HIBAH HARTA BERCAGAR.

geran penyelidikan hibah harta bercagar
DARI kiri: Pensyarah kanan FPI UKM, Dr Noor Lizza Mohamed Said; Timbalan Dekan FPI UKM, Prof Madya Dr Salasiah Hanin Hamzah; Koordinator Undang-Undang Wasiyyah Shoppe, Affendy Nanyan; Pengarah Eksekutif Wasiyyah Shoppe, Ariffin Sabirin; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri UKM, Prof Dato Dr Imran Ho; Dekan FPI UKM , Prof Dr Wan Kamal Mujani dan Ketua Jabatan Syariah FPI UKM, Dr Mat Noor Mat Zain. (Sumber: Berita Harian)

Pandangan ulama’ muktabar dan kes-kes yg telah diputuskan Mahkamah Syariah Malaysia menjadi kajian dan telah ditemui satu panduan jelas baik dari segi hukum mahupun undang-undang yg terguna pakai di Malaysia bahawa hibah harta bercagar adalah SAH & MENGIKAT tetapi mestilah berdasarkan panduan ketat tertentu. Bukan semberono sahaja amalannya.

Hujah Dibenarkan Hibah Harta Bercagar

Walaupun hujah saya banyak tetapi saya akan hanya ketengahkan 4 hujah sahaja.

1. Pemindahan hakmilik dari sudut undang2 sivil dan hukum syarak adalah berbeza sifatnya.

Undang-undang Sivil menafsirkan ‘pemindahan hakmilik’ ialah tukar nama dari nama ayah kepada nama anak. Ini adalah PINDAHMILIK & bukan HIBAH secara harfiahnya.

Hukum syarak pula menafsirkan hibah sebagai tindakan pemberian secara sukarela dan ia sempurna apabila lengkap rukun dan syaratnya. Pindahmilik nama dalam geran TIDAK PERNAH menjadi syarat kepada sempurnanya hibah. Ada puluhan kes di dalam Jurnal hukum yang disahkan oleh mahkamah syariah tetapi tidak berlaku pindahmilik.

Rukun hibah ialah harta, pemberi, penerima, ijabqabul dan disempurnakan dengan al qabd. Pindahmilik nama dalam geran hanyalah salah satu bentuk al qabd iaitu al qabd hukmi.

Al qabd juga boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Antaranya ialah saya hibahkan rumah saya kepada anak dan sempurna rukunnya . Saya tidak pindahmilik nama dalam geran sebaliknya saya hanya memberikan kunci rumah sahaja kepada anak. Itupun al qabd dan hibah itu sempurna.

Undang-undang hibah Brunei yang telah diwartakan secara jelas menyebut bahawa hibah itu sempurna apabila rukun dan syarat al qabd berlaku. Undang2 Brunei juga secara jelas menyatakan bahawa PINDAHMILIK nama dalam geran tidak perlu berlaku ketika aqad hibah dilaksanakan. Pindahmilik boleh berlaku pada bila-bila masa selepas aqad. Perlu kita faham Brunei memegang ketat pandangan Shafie jauh lebih ketat dari Malaysia sendiri.

2. Mahkamah Syariah bebas menggunapakai pandangan selain Shafie dalam urusan muammalat.

Benar kebanyakan hakim Mahkamah Syariah berpegang kepada pandangan Shafie namun bukan dalam semua keadaan rigidnya begitu. Hakim akan membuat keputusan berdasarkan hujah peguam, maslahah, panduan kes-kes lepas ( namun bukan precedent ) dan ijtihad. Enakmen Pentadbiran Islam Negeri2 juga memperuntukkan kebenaran penggunaan pandangan mazhab lain dan juga penggunaan ijtihad.

Peguamlah yang perlu berhujah kenapa kes hibah harta bercagar tersebut adalah sah berdasarkan pandangan2 ulamak. Untuk menyampaikan hujah yang baik pula para peguam perlulah melengkapkan diri dengan ilmu yang mantap.

3. MRTT / MRTA sebagai jaminan hutang.

Isu ini juga diulaskan sahabat saya. Pandangan yang diberikan ialah secara logik. Secara ilmiahnya perlu dihujahkan pandangan ini dari konteks kes-kes yang telah diputuskan dan kitab2 ulamak muktabar.

Dari sudut kes-kes yg telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah, ada alasan penghakiman Mahkamah Syariah telah menyebut secara jelas bahawa Mahkamah mengambilkira MRTA sebagai salah satu bentuk dhaman. Jika hakim yang bijaksana dan mempunyai kuasa undang-undang boleh menerima MRTA/MRTT sebagai jaminan siapa pula kita orang biasa ini nak menidakkan kebijaksanaan hakim ? Kes mana yang alasan penghakimannya begitu ? Boleh search sendiri😊.

Dari segi pandangan ulamak pula ada pandangan Allahyarham Dr Wahabah Zuhaili di dalam kitabnya yang menyebut secara jelas bahawa hibah harta bercagar boleh dilaksanakan dengan syarat didatangkan satu bentuk jaminan kepada pembiaya. Kitab mana? Kena search sendiri jugalah 😊

4. Hibah ini kuasa Mahkamah Sivil atau kuasa Mahkamah Syariah?

Antara sebab utama kekeliruan dalam masyarakat tentang hibah ini ialah apabila ia dlihat dari perspektif undang-undang sivil. Kita bicara tentang hibah tetapi kita melihat dari perspektif sivil sedangkan hibah itu bidangkuasa mahkamah syariah. Kanun Tanah Negara juga memperuntukkan tentang bidang kuasa mahkamah syariah.

Ya saya faham pandangan sivil tidak boleh diketepikan tetapi ia juga tidak boleh digunakan 100% untuk mentafsir hibah. Kalau inilah yang kita buat, maka apa gunanya kita ada mahkamah dan undang-undang syariah? Baik kita balik semula kepada zaman sebelum 1988 apabila kes2 berkaitan Islam dibicarakan di mahkamah sivil oleh hakim sivil & kadi hanya dipanggil sebagai saksi sahaja.

Bukankah kita sebagai orang Islam bertanggungjawab untuk memertabatkan undang-undang dan mahkamah syariah? Kalau bukan kita siapa lagi? Ini jugalah antara misi Ketua Hakim Syariah Malaysia Dato Dr Na’im apabila saya bertemu dengannya 22hb Jun yang lepas.

Kesimpulan

Ulasan tentang hibah harta bercagar perlulah dibuat berdasarkan kajian ilmiah dan bukan sekadar bertanya2 kepada dua tiga orang kawan atau sekadar dari pengalaman sendiri sahaja kerana kapasiti kita secara individu adalah terhad.

Di Wasiyyah Shoppe Berhad, kami melalui proses yang panjang dengan disiplin ilmiah yang sangat ketat sebelum dihasilkan apa2 perkhidmatan. Dapatan penyelidikan dibentang di depan pakar undang2 Syariah dan dibahaskan secara terperinci. Keputusan dibuat secara kolektif bukan individu.

Malah pengerusi panel syariah kami yang baru Dato Seri Dr Hj Md Yusup Che Teh juga merupakan salah seorang mantan hakim mahkamah rayuan syariah yg telah meluluskan kes hibah harta bercagar yg ‘landmark’. Secara peribadi saya banyak belajar selok belok perundangan syariah dari beliau.

Apapun kita meraikan pandangan yang pelbagai ini dan semua orang berhak kepada pandangan masing2 berdasarkan pengetahuan dan pengalaman masing2. Khilaf itu rahmah dan tidak menjadikan kita bermusuh. Kita tetap bersaudara walaupun berbeza pandangan sebagaimana adabnya ulamak2 terdahulu dalam berkhilaf. Wallahuaklam.

~ En. Ariffin Sabirin, CEO Wasiyyah Shoppe

Hibah rumah nama bersama

Hibah rumah nama bersama

Membeli rumah adalah satu keputusan besar dalam hidup. Tempoh pembayaran balik pinjamannya panjang, malah ada yang memanjangkan tempoh sehingga 40 tahun bagi mengurangkan komitmen bulanan. Maka sebarang kesilapan dalam pembelian samada dari segi lokasi rumah, kawasan kejiranan, fasiliti, kemudahan sekitar, mahupun dari segi kontrak pemilikan dan kemudahan pinjaman yang diambil boleh menimbulkan kesan yang besar dan panjang.

Sukar untuk dinafikan, nilai rumah semakin meningkat dari tahun ke tahun, khasnya di kawasan bandar. Jika tidak meningkat sekalipun, harganya tidak turun dengan banyak. Setiap keluarga pasti mempunyai hasrat untuk memiliki rumah idaman yang besar dan selesa untuk keluarga. Rumah idaman ini tidak murah, dan dengan gaji golongan pertengahan, harga rumah tersebut melangkaui had pembiayaan pinjaman yang ditawarkan oleh pihak bank. Namun, sekiranya pembiayaan bank digabung daripada kedua-dua suami isteri, mungkin akan mencukupi.

rumah baru
Saat bahagia suami isteri

Pembiayaan atau loan bersama tidak bermakna rumah dimiliki oleh kedua-dua individu. Adakalanya hanya nama suami yang diletakkan dalam Perjanjian Jual Beli (Sales and Purchase Agreement – SNP) kerana suami yang membayar keseluruhan bayaran bulanan. Nama isteri di kontrak loan hanyalah untuk mendapatkan kelulusan pembiayaan bank. Adakalanya perletakan satu nama di SNP itu tidak disengajakan, mungkin kerana tidak faham kesannya. Atas apa sebab sekalipun, pemilikan rumah adalah berdasarkan nama di SNP atau geran, bukan nama di dokumen loan offer.

Bahaya ke Rumah Dua Nama?

Sistem Torrens yang menjadi dasar pentadbiran Kanun Tanah Negara 1965 mengiktiraf pemilikan rumah mengikut nama yang tertera di dalam geran. Untuk rumah yang masih dalam pinjaman, nama tersebut ialah nama yang diletakkan dalam SNP. Namun untuk kepastian jika adanya pertikaian, pemilik sebenar ialah nama yang ada dalam rekod Pejabat Tanah yang boleh disahkan melalui carian persendirian atau rasmi.

Jika dua nama diletakkan dalam kontrak SNP, pemilikan rumah dibahagikan sama rata; suami memiliki 50% rumah dan isteri 50% juga. Bahaya atau tidak rumah nama bersama bergantung kepada sejauh mana anda faham implikasinya jika berlaku perceraian atau apabila salah seorang meninggal dunia.

Isteri Automatik Dapat Bahagian Rumah Suami?

Apabila suami pergi dahulu, ada yang berfahaman rumah itu akan menjadi milik isteri 100%. Bahagian suami akan secara automatik berpindah milik kepada isteri. Ini salah dan bahaya, kerana isteri akan menjadi complacent dan tidak berbuat sebarang perancangan seperti Hibah. Dan apabila waktunya tiba, si isteri tersentak dari lamunan; bahagian rumah arwah suami menjadi hak bersama waris Faraid.

Rumah Bawah Satu Nama Sahaja

Sekiranya rumah hanya di bawah nama suami, isteri memang sah-sah tidak mempunyai hak pemilikan ke atas rumah.

Jika suami meninggal dalam tempoh perkahwinan atau dalam tempoh iddah talak raj’ie, rumah tersebut akan menjadi pusaka suami. Mengikut hukum pembahagian Faraid, hak isteri ke atas rumah adalah 1/8 (jika ada anak) atau 1/4 (tiada anak). Rumah yang menjadi tempat berteduh sekeluarga menjadi milik bersama dengan waris Faraid yang lain.

Jika berlaku perceraian, hak isteri ke atas rumah tidak terjamin kerana nama isteri tiada di dalam geran. Isteri boleh failkan tuntutan harta sepencarian untuk menuntut hak ke atas rumah dan harta yang lain. Namun proses tuntutan ini tidak mudah, berlarutan dan melibatkan kos peguam. Di samping itu, isteri perlu mengemukakan bukti sumbangan yang diberikan. Setelah itu, Hakim akan menentukan peratusan hak sepencarian isteri berdasarkan hujah dan nilai sumbangan isteri. Peratusan hak yang diperoleh berkemungkinan tidak akan mencecah 50% pun.

Fikir masak-masak tentang nama di SNP

Ada pelbagai sebab dan kemungkinan kenapa TIDAK diletakkan kedua-dua nama suami isteri di dalam SNP:

  • Tidak tahu boleh meletakkan nama pemilik rumah lebih daripada seorang.
  • Hanya satu nama di dokumen loan offer, maka di SNP pun diletakkan satu nama sahaja.
  • Hanya suami yang bekerja, isteri suri rumah
  • Merancang untuk membeli beberapa buah rumah setiap orang dan mendapatkan margin pinjaman 90%. Rumah yang dimiliki bersama, walaupun setiap seorang hanya memiliki 50% bahagian rumah, tetap dikira sebagai rumah yang pertama.

Perlukah Hibah Kalau Sudah Ada MRTT?

Salah faham yang sering diajukan ialah bila sudah ambil MRTT, rumah akan automatik menjadi milik pasangan yang masih hidup.

Ini adalah satu pandangan yang SALAH dan BAHAYA. Bahaya kerana ia akan menyebabkan seseorang itu rasa senang hati dan tidak berbuat apa-apa kerana menyangka isu rumah ini sudah diselesaikan dengan adanya MRTT.

MRTT atau Mortage Reducing Term Takaful ialah produk syarikat Takaful yang fungsinya adalah untuk melangsaikan baki hutang rumah sekiranya peminjam meninggal dunia (dan hilang upaya kekal* – bergantung kepada benefit polisi yang diambil) sebelum bayaran pembiayaan habis diselesaikan. Untuk pengetahuan anda, beneficiary atau penerima manfaat MRTT adalah pembiaya, iaitu bank atau kerajaan (loan lppsa). Concern pembiaya ialah loan yang diberikan dibayar dengan cukup.

Apabila baki hutang telah dilangsaikan, waris tidak dibebankan untuk meneruskan pembayaran ansuran rumah. Satu isu telah selesai. Tapi isu yang kritikal, khususnya bagi ahli keluarga terdekat seperti isteri dan anak-anak, masih ada. Isunya ialah hak milik rumah sudah menjadi hak milik bersama dengan waris-waris Faraid yang lain.

Jika tiada MRTT, waris perlu meneruskan bayaran ansuran rumah. Selagi belum habis berbayar, selagi itu masih belum boleh diturunmilik kepada penerima pusaka. Secara logiknya, sepatutnya kesemua waris Faraid yang menuntut hak masing-masing lah yang berkewajipan untuk menghulurkan wang untuk membayar ansuran.

Tapi realitinya, mungkin mereka akan mengambil jalan mudah dengan menyarankan rumah itu dijual dan hasilnya dibahagikan mengikut hak Faraid. Isteri dan anak-anak yang menghargai nilai sentimental terhadap rumah arwah suami mungkin enggan menjual dan terpaksa terus membayar sendiri. Malangnya bila pembiayaan habis dibayar, waris Faraid masih lagi boleh menuntut hak masing-masing walaupun tidak membantu membayar.

Hibah Rumah Bersama

Seperti yang diterangkan di atas, pemilikan rumah nama bersama dibahagi dua antara suami dan isteri. Setiap pemilik boleh hibahkan bahagian sendiri sahaja. Oleh itu, sekiranya suami hendak menghibahkan bahagiannya kepada isteri, dan isteri hibahkan kepada suami, maka kedua-duanya perlu membuat dokumen Hibah.

Bagaimanapun jika ada kekangan dari segi bajet, tiada halangan untuk menghibahkan salah satu bahagian sahaja, yang mana lebih kritikal dan memerlukan.

Namun sebelum anda memutuskan untuk mengambil solusi yang lebih murah seperti ini, anda perlu terlebih dahulu fahami implikasi jika sebahagian rumah saja yang dihibah. Kerana takut sahaja kesannya pada masa hadapan jauh lebih mahal.

Sebagai contoh, hanya suami yang menghibahkan bahagiannya kepada isteri. Jika suami meninggal dulu, isteri akan dapat bahagian hibah suami. Tetapi jika isteri yang meninggal dulu, bahagian isteri yang tidak dibuat Hibah akan dibahagi ikut Faraid. Suami akan berkongsi hak rumah bahagian arwah isteri dengan waris-waris Faraid yang lain.

Berapa nilai rumah berbanding kos Hibah yang dibayar?

Kesimpulan

Pandangan saya, meletakkan kedua-dua nama dalam SNP adalah langkah yang lebih bijak. Kebajikan suami isteri lebih terpelihara jika ditakdirkan hubungan terputus di tengah jalan. Bahaya yang disebut-sebut dalam artikel lain lebih menjurus kepada kesan terhadap pemilikan rumah tersebut sekiranya salah seorang suami atau isteri meninggal dahulu.

Untuk menyelesaikan bahaya ini, buatlah Hibah Bersyarat dengan Wasiyyah Shoppe. Secara syariatnya, bahagian rumah yang dihibahkan sudah diserahkan kepada penerima Hibah semasa hidup lagi, tetapi Hibah itu belum sempurna sehinggalah setelah pemberi meninggal dunia.

Untuk details tentang hibah, boleh terus Whatsapp saya Ansari di 019-749 8210 atau KLIK SINI untuk maklumat lanjut :)