Jangan Jadi Seperti Prospek Ini

Jangan Jadi Seperti Prospek Ini

Sama ada kita ini penjual atau perunding, saban hari tugasan ini memerlukan kita untuk berkomunikasi dengan prospek. Lebih ramai prospek yang ditemui, lebih tinggi peluang untuk menukar ‘prospek’ tersebut kepada ‘pelanggan’. Dalam bahasa bisnes, proses ini dinamakan closing rate.

Seorang penjual/perunding sentiasa mensasarkan untuk mendapat closing rate yang tinggi kerana..

Well, itulah sumber pendapatan kami vs usaha/learning cost/operational cost sebagai seorang penjual/perunding. Ada pelbagai kos yang perlu ditanggung seperti kos pembelajaran seperti yuran seminar (continuous learning itu pilihan perunding), kos perjalanan, toll, kos marketing dan sebagainya. Kos yang terlibat ini kurang menjadi perhatian pelanggan, sepertimana dalam kerjaya servis2 yang lain juga lah. Maka tanpa closing, efeknya kuranglah bajet untuk bertemu prospek, dan berkuranglah hidangan di atas meja makan keluarga.

Oleh itu, by hook or by crook nak hidup perlulah dicari jalan untuk closing. Namun itu tak menjadikan kami desperate untuk close kes.

Seorang perunding akan men’diagnose’ keperluan pelanggan dan menawarkan solusi yang bersesuaian. Untuk sampai ke tahap itu, perunding perlu menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu teknikal produk, prosedur dan akta undang-undang. Bila perunding sudah mantap dengan pengetahuan prosedur dan teknikaliti, barulah nasihatnya ada nilai. Bukan sahaja menuruti kemahuan pelanggan yang hendak buat Hibah, kerana barangkali pelanggan hanya ada limited knowledge dalam bidang pewarisan ini.

Berapa Kos Hibah?

Saya dah banyak ber’Whatsapp’ dengan potential customer, dan soalan tentang kos servis seperti Hibah di awal-awal perbincangan memang tak asing lagi. Memang dah biasa, perkara pertama yang ditanya dan menjadi concern ialah harga. Dah tahu harga, terus krik krik.. sebab apa tu?

Malah ramai penjual online di Facebook juga yang tidak letak harga.

Bagi pembeli yang tidak pernah menjual, ada yang bengang kerana perlu PM penjual dulu untuk tahu harganya. Tapi bagi penjual online, tidak meletakkan harga itu adalah taktiknya untuk menjual dengan jayanya. Pelanggan perlu PM penjual dahulu, dan ruang itulah yang digunakan untuk penjual membina rapport dan mengenalpasti keperluan pelanggan. Seterusnya penjual akan menapis atau qualify pelanggan yang sesuai dengan produk/servis yang dijual dan mengetengahkan nilai dan manfaatnya. Bila nilai produk sudah jelas di mata pelanggan, barulah pelanggan boleh buat informed decision untuk teruskan dengan pembelian.

Boleh bandingkan nilai yang diperoleh dengan wang RM yang dibayar.

Qualify Pelanggan

Langkah ‘qualify’ customer ini adalah langkah penting untuk mendapatkan info lanjut tentang pelanggan; keperluan dan kemampuannya. Lazimnya ia dilakukan melalui soalan-soalan yang akan merungkai situasi potential customer itu dan hasrat yang hendak dicapai melalui Hibah; adakah beliau perlu untuk Hibah? Dan jika ya, apakah plan yang terbaik untuknya? Dan sebelum itu, siapa waris Faraid?

Perlu diingatkan, bidang pewarisan adalah bidang yang kompleks kerana berhubungkait dengan undang-undang yang menaungi aset tersebut. Untuk umat Islam, pewarisan ini tertakluk kepada bidangkuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Jika tak mahir, mungkin ada lompong dalam perancangan yang dibuat!

Hibah bukanlah solusi plug-and-play yang boleh selesai untuk segala permasalahan. Sebab itu adanya Perunding untuk BERUNDING!

Elakkan Bersikap Seperti Prospek Ini

Dalam banyak-banyak prospek yang saya berhubung, yang ini yang paling rare. Baru nak start enjin, dah dihantuk ke dinding!

Mungkin prospek ini seorang yang kaya, dan mempunyai reputasi tinggi di tempat kerja. Tapi ketahuilah… kita ni nak berbincang tentang pewarisan, yang berkait rapat dengan kematian. Sepatutnya itu menjadikan kita lebih merendah diri dan hormat menghormati.

Qualify pelanggan bermaksud perunding juga berhak memilih pelanggan yang senang untuk berurusan. It’s not a one way street, di mana customer always right dan berhak mengarah perunding untuk mengikut kemahuan sendiri.

Atas dasar itu, saya memilih untuk disqualify potential customer di atas kerana respons nya yang kurang rasional. Bukan atas sebab saya arrogant ya.

Saya mementingkan ‘mutual respect’. Dari respect inilah lahirnya trust. Seorang perunding bukanlah pihak inferior yang harus menurut saja kata dan arahan potential customer. Perunding adalah advisor dalam bidang expertise yang khusus.

Ketengahkan Nilai Produk/Servis

Antara sebab seorang perunding tidak meletakkan harga siap-siap ialah untuk membuka ruang baginya mengetengahkan nilai produk itu, versus harga yang ditawarkan.

Sebabnya simple. Harga itu bersifat relatif. Contohnya mudah saja. Kenapa perlu beli kereta BMW jika tujuannya adalah untuk bergerak dari point A ke point B? Jika hanya harga yang kita nampak, bukankah Kancil ‘legend’ dah mencukupi untuk kita capai tujuan itu? Nilai yang diberi oleh BMW ialah status di mata masyarakat, dan untuk mendapatkan nilai itu, RM yang tinggi perlu dibayar. Jika pembeli tidak mengejar nilai status itu, maka BMW akan jadi ‘mahal’ buatnya.

Kancil ‘legend’ yang viral baru-baru ini

Hibah yang disediakan oleh Wasiyyah Shoppe boleh jadi mahal, dan boleh juga jadi murah di mata pelanggan. Relatif juga. Ia menjadi murah bila pelanggan faham bahawa produk dan servis yang diambil memenuhi keperluannya dan merupakan solusi kepada permasalahan dan kerisauannya.

Yakni jika pelanggan itu meninggal dahulu, semua keperluan pewarisan untuk waris yang ditinggalkan dah taken care.

Tapi jika pelanggan enggan bekerjasama , maka boleh jadi solusi yang diberi tak menyelesaikan masalah sehingga selesai.

Apa Yang Nak Disampaikan Sebenarnya?

Kerjaya perunding sama seperti doktor. Perlu kenalpasti keperluan, diagnose dan barulah tawarkan solusi. Saya tidak beri anda menu dengan harganya macam itu saja. Kalau itu yang anda mahukan, bolehlah ke farmasi beli ubat sendiri tanpa rujuk nasihat pharmacist.

Silap beli ubat, tanggung sendiri 😀

Agensi Adalah Lantikan Wasiyyah Shoppe, Bukan Syarikat Asing atau Pihak Ketiga. Jangan Keliru

Agensi Adalah Lantikan Wasiyyah Shoppe, Bukan Syarikat Asing atau Pihak Ketiga. Jangan Keliru

Pada Hari Raya Aidil Adha hari ke-2 yang baru saja berlalu, saya telah meluangkan masa bertemu dengan prospek suami isteri yang berniat hendak mendaftar Hibah. Walaupun masih dalam mood bercuti Raya, saya setuju untuk berjumpa kerana ini sahaja masa yang mereka ada kerana mereka akan bekerja pada hari berikutnya. Prospek mempunyai sebab yang kuat untuk mendaftar Hibah, kerana mereka masih belum dikurniakan anak. Tambah lagi, loan rumah yang dibuat di bawah nama isteri seorang, tetapi rumah dimiliki bersama dengan suami.

Perbincangan berlangsung seperti yang biasa dilakukan. Saya ceritakan kesemuanya tentang pros and cons Hibah dan plan pengurusan al-Wasitah. Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar saya ambil dan prospek tandatangan dokumen akuan sebagai tanda bersetuju. Namun begitu, tindakannya hanya sekerat jalan. Keesokan harinya, prospek memaklumkan yang dia hendak batalkan pendaftaran Hibah. Alasan yang dinyatakan adalah ‘curiga’ sy adalah ‘pihak ketiga’, bukan directly di bawah WSB. Pihak ketiga, kerana ada tertera nama dan alamat agensi Kausar di name card.

Saya tarik nafas dalam-dalam. Cuba untuk jelaskan dengan tenang. Sebagaimana syarikat Takaful dan hartanah, perunding yang hendak menjual produk dan servis syarikat haruslah berdaftar di bawah agensi sah yang berdaftar dengan syarikat. Syarikat biasanya tidak akan melayan prospek yang ingin berurusan terus dengan HQ, kerana itulah sistem jualan yang dipraktikkan. Syarikat ada peranannya yang tersendiri. Begitu juga agensi dan perunding pun ada peranannya yang tersendiri. Intrusions dalam melaksanakan peranan yang sepatutnya diuruskan oleh pihak lagi satu akan menjejaskan sistem jualan dan servis yang dibina. HQ tidak menjual, kerana ia akan mengakibatkan ‘persaingan’ yang tidak sihat. Malah mereka lebih produktif dan efisien bila fokus dalam job scope yang telah dikhaskan seperti menyediakan dokumen Hibah, product development dan sebagainya. Kerja-kerja jualan di leverage kepada perunding.

Agensi lah yg akan melaksanakan training produk dengan lebih mendalam, mengajar konsep dan skil jualan, memotivasikan perunding dan mewujudkan suasana positif dalam kalangan perunding. Biasanya perunding menjadi produktif bila berada di bawah agensi yg proaktif. Dalam konteks Pewarisan yg sarat dgn ilmu teknikal, agensi juga yang banyak berperanan menjawab persoalan dan berkongsi ilmu. Selain inisiatif perunding dan perkongsian dari Wasiyyah Shoppe itu sendiri lah.

Walaupun setelah saya nyatakan bahawa agensi BUKANLAH PIHAK KETIGA atau syarikat asing, in fact ini adalah sistem yang dilaksanakan oleh WSB, seperti yang dijelaskan di atas (sebagai info tambahan, saya adalah perunding di bawah Kausar, iaitu agensi di bawah Wasiyyah Shoppe yang terbesar), mereka tetap berkeras utk batalkan. Jarang sekali saya dapat prospek yg ada kekeliruan begini, tapi for the sake of clarity ingin sekali lagi saya tegaskan…

Kami perunding berdaftar di bawah WSB dan bukan pihak ketiga. Agensi Kausar tempat kami bernaung bukanlah syarikat yg terasing dari WSB, tapi ia adalah part of sistem jualan dalam WSB.

Bila Last Boleh Buat Hibah?

Bila Last Boleh Buat Hibah?


Bila menyebut tentang syarat untuk memohon perlindungan Takaful, kebanyakan masyarakat sudah tahu bahawa polisi Takaful hanya boleh diambil semasa masih sihat sahaja. Jika sudah sakit, syarikat berhak menolak permohonan sekiranya dinilai sakit itu sudah kronik dan tidak ‘economically feasible’ untuk dilindungi. Jangan salahkan syarikat kerana ia bersangkut paut juga dengan tabung tabarru’ sumbangan peserta-peserta Takaful yang lain.

Persoalan sama juga timbul untuk Hibah. Berbeza dengan Takaful, soalan ‘bila last boleh buat Hibah’ ini jarang timbul kerana umumnya masyarakat masih belum benar-benar memahami tentang konsep Hibah. Maka itulah peranan kami sebagai perunding Wasiyyah Shoppe, iaitu untuk memahamkan masyarakat mengenai Hibah agar mereka menyegerakan penyediaan dokumen Hibah sebelum hilang kelayakan.

Bagi kebanyakan orang, apa yang difahami dengan Hibah ialah ia bermaksud hadiah, dan harta yang dihadiahkan itu diberi oleh pemilik harta semasa hidup. Jika pemilik sudah meninggal, maka tiada lagi ruang untuk Hibah kerana harta tersebut kini menjadi harta pusaka dan tertakluk kepada pembahagian Faraid.

Pendek kata, Hibah itu adalah perancangan harta semasa hidup.

Sebenarnya masih ada syarat lain yang menentukan keadaan di mana Hibah sudah tidak lagi boleh dibuat atas sebab-sebab yang tertentu.

Keadaan ini disebut sebagai ‘Marad al-Maut’.

Marad al-Mawt

Ringkasnya, Marad al-Mawt bermaksud ‘sakit yang membawa kepada kematian’. Sukar untuk membuat senarai kondisi penyakit-penyakit yang dihidapi, tetapi secara umumnya seperti berikut:

  • Penyakit itu membawa kepada kematian
  • Pesakit mati dalam tempoh kurang setahun akibat penyakit tersebut, atau selepas setahun dalam keadaan penyakit bertambah serius.
  • Penyakit itu boleh melupakan pesakit itu daripada kepentingan yang bersifat keduniaan.

Untuk mudah memahami, antara contoh Marad al-Mawt ialah kanser kronik tahap empat, terlantar dalam vegetative state dan sebagainya.

Hibah Semasa Marad al-Mawt

Sekiranya Hibah dibuat dalam keadaan pemilik harta Marad al-Mawt, kesannya amatlah besar terhadap waris yang sepatutnya menjadi penerima Hibah. Hibah yang dibuat itu boleh ditolak dan taraf dokumen tersebut samalah seperti pemberian Wasiat dan tertakluk kepada hukum Wasiat iaitu:

  • Maksimum 1/3 daripada harta
  • Penerima bukan dalam kalangan waris, melainkan mendapat persetujuan waris-waris yang lain.

Kesimpulan

Masyarakat kita memang suka bertangguh, terutamanya apabila melibatkan perancangan harta dan kewangan. Malangnya, masa terakhir untuk Hibah tidak berada di bawah kawalan kita. Sakit dan mati itu termasuk dalam ilmu dan rahsia Allah. Dan bila ia tiba, hilang sudah kelayakan untuk Hibah. Yang ada cuma wasiat, atau pusaka.

Buatlah Hibah, agar waris tidak Hiba. Whatasapp saya Ansari, 019-749 8210 untuk details

Siapa Yang Berhak Dapat Pampasan Takaful Syarikat

Siapa Yang Berhak Dapat Pampasan Takaful Syarikat

Bagi para graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian universiti, kriteria yang selalu menjadi prioriti ketika memilih tempat kerja yang ideal ialah gaji yang ditawarkan. Gaji yang diberi mestilah tinggi dan kompetitif. Bonus tahunan pun biasanya boleh dapat berbulan-bulan. Tetapi sebenarnya ada benefit lain yang sama pentingnya, namun seringkali tidak diberi perhatian. Benefit itu ialah perlindungan Takaful yang dibayar oleh syarikat bagi melindungi pekerja-pekerja syarikat. Secara umumnya, perlindungan Takaful ini merangkumi benefit Medical dan pampasan berbentuk wang yang diberi kepada pekerja tersebut atau waris-warisnya.

Secara ringkas, perlindungan Medical syarikat adalah corporate plan, maka benefit yang diperoleh tidak sama dengan pelan personal Medical Card. Lazimnya pelan Medical Card syarikat ada kelebihan dari segi ia turut cover outpatient atau klinik. Namun, coverage untuk inpatient, iaitu untuk kes warded atau pembedahan kebiasaannya jauh lebih rendah berbanding personal plan dan biasanya memberi perlindungan secara berkelompok, bukan secara individu.

Rasanya saya perlu betulkan sedikit pernyataan di atas. Ramai yang peka tentang coverage Medical yang diberi oleh syarikat untuk klinik sebab ia lebih biasa digunakan. Tetapi tak ramai yang tahu atau ambil berat polisi yang syarikat ambil untuk Medical inpatient.

Dan lebih kritikal lagi apabila lebih ramai lagi yang tidak tahu jika syarikat ada mencarum polisi Takaful untuk pekerjanya yang memberi pampasan wang apabila berlaku kematian, hilang upaya kekal atau sakit kritikal. Inilah fokus artikel kali ini.

Takaful..atau insurans?

Apabila berlaku kematian, perkara yang biasanya dilakukan oleh waris ialah mengumpulkan kesemua harta dan aset yang di bawah nama arwah. Segala dokumen harta diselidik, termasuklah sebarang polisi insurans atau Takaful yang diambil oleh arwah atau diberi oleh syarikat…walaupun semasa masa hidupnya, arwah tidak pernah tahu tentang benefit yang itu.

Apabila syarikat berhubung dengan waris tentang bayaran pampasan kematian arwah, perkara pertama yang perlu dipastikan ialah adakah pampasan itu datangnya dari polisi insurans atau Takaful. Bunyinya seperti sama, tetapi sebetulnya bezanya ibarat langit dan bumi. Halal dan Haram. Malangnya masih ada orang Islam di negara kita yang tidak faham, dengan mudahnya masih mengambil insurans walaupun dah banyak pilihan plan Takaful.

Sekiranya didapati syarikat pampasan itu dibayar dari polisi insurans, maka ia termasuk dalam harta tak patuh syariat. Sebagai seorang Islam yang taat, harta pampasan itu tak wajar diambil walaupun nilai pampasannya sangat tinggi. Selanjutnya boleh baca Insurans Konvensional Boleh Hibah?

Pampasan Takaful Syarikat

Jika pampasan itu hasil dari sumbangan Takaful dan akad yang dimeterai ialah Hibah (bukannya Wasi), maka pampasan itu adalah Halal. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara juga telah memutuskan bahawa pembayaran manfaat takaful tidak akan menjadi sebahagian daripada harta pusaka dan tidak tertakluk kepada hutang peserta takaful yang meninggal dunia.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dalam Muzakarah kali ke-49 pada 19 Sempter 2000 telah membincangkan dan memutuskan isu Wang Pampasan Kematian Pekerja Yang Dianugerahkan Oleh Kerajaan Atau Syarikat Swasta bahawa wang pampasan yang diperolehi dari kematian pekerja, wang pampasan melalui tuntutan mahkamah, wang SOCSO dan seumpamanya tidak dianggap harta pusaka. 

Siapa Yang Berhak Terima Pampasan Takaful Syarikat?

Polisi Takaful personal yang dibayar sendiri lebih straight forward – pampasan itu akan diberikan kepada peneriama Hibah yang telah diletakkan semasa mendaftar polisi Takaful. Dalam keadaan polisi Takaful ini disediakan oleh syarikat sebagai benefit pekerja, pihak syarikat berhak untuk memberikan wang pampasan tersebut mengikut cara dan kepada siapa yang difikirkan layak. Sekiranya terdapat perjanjian antara pekerja dan pihak syarikat berhubung penama atau waris yang akan menerima pampasan tersebut, maka hendaklah dihormati perjanjian tersebut dan diberikan kepada penama. Sekiranya penama atau waris itu enggan menerima dan mencadangkan nama orang lain, pihak syarikat sewajarnya mengambil kira dan menghormati cadangan tersebut dengan memberikan wang tersebut kepada nama yang dicadangkan.

Maka, syarikat yang mencarum yang berhak menentukan kepada siapa pampasan tersebut diberikan.

balu ditinggal

Jika anda bergantung harap kepada pampasan Takaful syarikat untuk kelangsungan hidup waris, wajarlah untuk anda semak siapakah penerima yang telah diletak dalam rekod syarikat. Tapi jangan lupa, perindungan itu hanya berkuatkuasa selama mana anda kekal sebagai pekerja syarikat. Sekiranya anda berhenti atau diberhentikan, perindungan itu pun terhenti secara automatik. Makanya, jika anda mahu lebih secure, ambillah plan polisi Takaful personal – kadangkala ia dipanggil sebagai Hibah Takaful.

Rujukan: Muftiwp


Bolehkah Hibah Wang KWSP?

Bolehkah Hibah Wang KWSP?

Saya banyak terima pertanyaan tentang cara untuk membuat Hibah KWSP. Ada yang berkata itu sahaja antara harta yang dia ada untuk diwariskan kepada penerima. Maka sukarlah untuk saya jawab persoalan ini kerana jawapannya bakal mengecewakan penanya, iaitu wang KWSP TIDAK BOLEH DIHIBAH. Ada yang terlalu kecewa sehingga terus ‘blue tick’ walaupun niat asalnya hendak bertanya tentang Hibah Rumah juga.

Memang benar wang KWSP itu sebahagiannya adalah caruman yang diambil langsung dari gaji kita. Dan sebahagian lagi ialah caruman dari majikan. Setelah berpenat lelah membanting tulang, kenapa kita tidak boleh Hibahkan wang KWSP yang pada asalnya sebahagian dari gaji yang kita peroleh?

Akta KWSP

Sebab mengapa wang KWSP tidak boleh dihibah adalah kerana ia tidak menepati rukun Hibah yang berkait rapat dengan sekatan pengeluaran wang KWSP mengikut Akta KWSP. Dalam bahasa lain, kita tidak bebas untuk mengeluarkan wang dari KWSP yang hanya boleh dikeluarkan apabila kita telah mencapai umur 55 tahun atau dalam keadaan tertentu mengikut terma syarat yang digariskan oleh pihak KWSP.

Seksyen 55A. Pengeluaran daripada Kumpulan Wang bagi ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun

(1) Lembaga boleh membenarkan seseorang ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun untuk mengeluarkan semua jumlah wang atau sebahagian daripada amaun yang ada pada kreditnya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.

Oleh itu, selagi mana wang KWSP masih belum boleh dikeluarkan, maka wang tersebut tidak boleh dihibahkan kepada penerima. Namun setelah wang itu dikeluarkan, tiada halangan lagi untuk Hibah dibuat.

Keliru Fungsi Penama KWSP

Kita seringkali diingatkan untuk meletakkan penama di akaun KWSP untuk memudahkan pengurusan pusaka jika kita meninggal nanti. Namun ramai yang tersalah anggap dengan menyangka penama yang diletakkan itu adalah penerima mutlak wang tersebut. Maka ada si isteri yang enggan meletakkan suami sebagai penama kerana bimbang suaminya akan menggunakan wang yang diperoleh untuk berkahwin lain. Isteri itu pun meletakkan nama anaknya yang di bawah umur tanpa menyedari implikasi daripada tindakannya itu akan menyukarkan pengeluaran kerana anak bawah umur tidak layak mengeluarkan harta.

hibah kwsp
Gambar hiasan: Meletakkan penama KWSP

Ada juga yang meletakkan beberapa orang penama dan peratusan untuk setiap orang. Sekali lagi, ini bukanlah pembahagian mutlak. Apa yang dilakukan hanyalah menetapkan hak setiap orang penama untuk mengeluarkan wang KWSP mengikut peratusan itu dan kemudiannya membahagikan wang tersebut mengikut hak Faraid. Contohnya Ali hanya berhak mengeluarkan 25% sahaja daripada akaun KWSP arwah dan seterusnya menunaikan amanah hak kepada waris-waris Faraid yang berhak.

Jadi, buat apa letakkan penama KWSP?

Sepertimana diterangkan secara ringkas di SINI, penamaan ini akan memudahkan proses tuntutan wang KWSP. Setelah arwah meninggal, penama hanya perlu ke KWSP dengan dokumen tertentu untuk mengeluarkan wang tersebut. Jika tidak ada membuat penamaan semasa hidup, wang KWSP akan dibekukan sepertimana harta pusaka arwah yang lain dan pengeluaran hanya boleh dibuat setelah melalui prosedur pusaka dan memperoleh Perintah Pembahagian dari Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi.

Tiada Cara Lain Untuk Hibah Wang KWSP?

ADA caranya, tetapi ia hanyalah sebahagian kecil daripada wang yang asalnya daripada akaun KWSP.

Wang yang boleh dihibah ialah wang yang dikeluarkan dari Akaun 1 KWSP untuk dilaburkan ke Unit Amanah atau Unit Trust. Semakan di laman web KWSP mendapati bermula 1 Januari 2019 pengeluaran Akaun 1 untuk tujuan pelaburan Unit Trust diperketat bagi membolehkan simpanan ahli cukup untuk menyara kehidupan selepas persaraan. KWSP menetapkan ahli perlu mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM240,000 pada umur 55 tahun, iaitu pada kadar sara hidup RM1,000 sebulan selama 20 tahun selepas bersara. Ini selaras dengan jangka hayat rakyat Malaysia iaitu 75 tahun.

Oleh itu, KWSP menetapkan bahawa jumlah yang boleh dilaburkan mestilah tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1. Syarat lain ialah jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000 dan pelaburan hanya boleh dibuat dalam jangka masa 3 bulan sekali. Simpanan Asas ini bertambah mengikut penambahan umur, seperti dalam Jadual di bawah:

Umur
(Tahun)
Simpanan Asas
(RM)
Umur (Tahun) Simpanan Asas
 (RM)
18 2,000 37 68,000
19 4,000 38 74,000
20 6,000 39 80,000
21 8,000 40 86,000
22 10,000 41 93,000
23 13,000 42 101,000
24 15,000 43 108,000
25 18,000 44 116,000
26 21,000 45 125,000
27 24,000 46 134,000
28 27,000 47 144,000
29 31,000 48 154,000
30 35,000 49 164,000
31 39,000 50 175,000
32 43,000 51 187,000
33 47,000 52 199,000
34 52,000 53 212,000
35 57,000 54 226,000
36 62,000 55 240,000

Contoh pengiraan kelayakan pelaburan:

Ahli Umur Simpanan di dalam Akaun 1 (RM) Simpanan Asas Baharu
(RM)
Pengiraan untuk Pelaburan (30%) Kelayakan
A 22 4k 10kAhli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada Simpanan Asas baharu.
B 22 11k 10kRM11k – RM10k x 30% = RM300  Ahli tidak layak memohon. Kelayakan minimum adalah RM1,000.00
C 25 24k 18kRM24k – RM18k x 30% = RM1,800  Ahli layak memohon. Amaun kelayakan minimum adalah RM1,000.00 dan maksimum adalah RM1,800.00

Untuk penjelasan lanjut atau tentang Hibah harta, boleh Whatsapp saya Ansari, 019-749 8210 atau klik ke SINI, tak perlu save nombor.