Siapa Yang Berhak Dapat Pampasan Takaful Syarikat

Siapa Yang Berhak Dapat Pampasan Takaful Syarikat

Bagi para graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian universiti, kriteria yang selalu menjadi prioriti ketika memilih tempat kerja yang ideal ialah gaji yang ditawarkan. Gaji yang diberi mestilah tinggi dan kompetitif. Bonus tahunan pun biasanya boleh dapat berbulan-bulan. Tetapi sebenarnya ada benefit lain yang sama pentingnya, namun seringkali tidak diberi perhatian. Benefit itu ialah perlindungan Takaful yang dibayar oleh syarikat bagi melindungi pekerja-pekerja syarikat. Secara umumnya, perlindungan Takaful ini merangkumi benefit Medical dan pampasan berbentuk wang yang diberi kepada pekerja tersebut atau waris-warisnya.

Secara ringkas, perlindungan Medical syarikat adalah corporate plan, maka benefit yang diperoleh tidak sama dengan pelan personal Medical Card. Lazimnya pelan Medical Card syarikat ada kelebihan dari segi ia turut cover outpatient atau klinik. Namun, coverage untuk inpatient, iaitu untuk kes warded atau pembedahan kebiasaannya jauh lebih rendah berbanding personal plan dan biasanya memberi perlindungan secara berkelompok, bukan secara individu.

Rasanya saya perlu betulkan sedikit pernyataan di atas. Ramai yang peka tentang coverage Medical yang diberi oleh syarikat untuk klinik sebab ia lebih biasa digunakan. Tetapi tak ramai yang tahu atau ambil berat polisi yang syarikat ambil untuk Medical inpatient.

Dan lebih kritikal lagi apabila lebih ramai lagi yang tidak tahu jika syarikat ada mencarum polisi Takaful untuk pekerjanya yang memberi pampasan wang apabila berlaku kematian, hilang upaya kekal atau sakit kritikal. Inilah fokus artikel kali ini.

Takaful..atau insurans?

Apabila berlaku kematian, perkara yang biasanya dilakukan oleh waris ialah mengumpulkan kesemua harta dan aset yang di bawah nama arwah. Segala dokumen harta diselidik, termasuklah sebarang polisi insurans atau Takaful yang diambil oleh arwah atau diberi oleh syarikat…walaupun semasa masa hidupnya, arwah tidak pernah tahu tentang benefit yang itu.

Apabila syarikat berhubung dengan waris tentang bayaran pampasan kematian arwah, perkara pertama yang perlu dipastikan ialah adakah pampasan itu datangnya dari polisi insurans atau Takaful. Bunyinya seperti sama, tetapi sebetulnya bezanya ibarat langit dan bumi. Halal dan Haram. Malangnya masih ada orang Islam di negara kita yang tidak faham, dengan mudahnya masih mengambil insurans walaupun dah banyak pilihan plan Takaful.

Sekiranya didapati syarikat pampasan itu dibayar dari polisi insurans, maka ia termasuk dalam harta tak patuh syariat. Sebagai seorang Islam yang taat, harta pampasan itu tak wajar diambil walaupun nilai pampasannya sangat tinggi. Selanjutnya boleh baca Insurans Konvensional Boleh Hibah?

Pampasan Takaful Syarikat

Jika pampasan itu hasil dari sumbangan Takaful dan akad yang dimeterai ialah Hibah (bukannya Wasi), maka pampasan itu adalah Halal. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara juga telah memutuskan bahawa pembayaran manfaat takaful tidak akan menjadi sebahagian daripada harta pusaka dan tidak tertakluk kepada hutang peserta takaful yang meninggal dunia.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dalam Muzakarah kali ke-49 pada 19 Sempter 2000 telah membincangkan dan memutuskan isu Wang Pampasan Kematian Pekerja Yang Dianugerahkan Oleh Kerajaan Atau Syarikat Swasta bahawa wang pampasan yang diperolehi dari kematian pekerja, wang pampasan melalui tuntutan mahkamah, wang SOCSO dan seumpamanya tidak dianggap harta pusaka. 

Siapa Yang Berhak Terima Pampasan Takaful Syarikat?

Polisi Takaful personal yang dibayar sendiri lebih straight forward – pampasan itu akan diberikan kepada peneriama Hibah yang telah diletakkan semasa mendaftar polisi Takaful. Dalam keadaan polisi Takaful ini disediakan oleh syarikat sebagai benefit pekerja, pihak syarikat berhak untuk memberikan wang pampasan tersebut mengikut cara dan kepada siapa yang difikirkan layak. Sekiranya terdapat perjanjian antara pekerja dan pihak syarikat berhubung penama atau waris yang akan menerima pampasan tersebut, maka hendaklah dihormati perjanjian tersebut dan diberikan kepada penama. Sekiranya penama atau waris itu enggan menerima dan mencadangkan nama orang lain, pihak syarikat sewajarnya mengambil kira dan menghormati cadangan tersebut dengan memberikan wang tersebut kepada nama yang dicadangkan.

Maka, syarikat yang mencarum yang berhak menentukan kepada siapa pampasan tersebut diberikan.

balu ditinggal

Jika anda bergantung harap kepada pampasan Takaful syarikat untuk kelangsungan hidup waris, wajarlah untuk anda semak siapakah penerima yang telah diletak dalam rekod syarikat. Tapi jangan lupa, perindungan itu hanya berkuatkuasa selama mana anda kekal sebagai pekerja syarikat. Sekiranya anda berhenti atau diberhentikan, perindungan itu pun terhenti secara automatik. Makanya, jika anda mahu lebih secure, ambillah plan polisi Takaful personal – kadangkala ia dipanggil sebagai Hibah Takaful.

Rujukan: Muftiwp


Kerajaan beri insurans sakit kritikal percuma

Kerajaan beri insurans sakit kritikal percuma

Kerajaan pada 28 Disember 2018 telah mengumumkan untuk memberi perlindungan insurans ke atas 36 jenis sakit kritikal, bermula 1 Januari 2019 yang lalu. Ia adalah di skim Perlindungan Nasional B40, khusus untuk golongan berpendapatan rendah dengan dana permulaan RM2 bilion. Tujuannya adalah untuk membantu mereka menghadapi cabaran dari segi kewangan apabila menghidapi penyakit kritikal yang boleh menjejaskan aliran pendapatan mereka.

Bentuk perlindungan yang diberikan pembayaran sehingga had RM8,000 apabila menghidap sakit kritikal dan elaun hospital RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari setahun.

Golongan yang layak memohon ialah individu berusia 18 hingga 55 tahun dalam kategori B40. Pendaftaran ialah melalui talian tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan untuk pengesahan kelayakan. Penerima yang layak akan dimaklumkan melalui SMS.

Ulasan saya

Ini adalah inisiatif yang baik oleh kerajaan dengan memberikan perlindungan insurans PERCUMA. Bagaimanapun, polisi insurans ada pelbagai jenis benefit, maka jangan mudah menyangka mereka yang layak dilindungi skim ini sudah tidak perlu lagi ambil polisi Takaful personal.

Apabila menghidapi sakit kritikal, ada dua bentuk kos besar yang terlibat, iaitu kos perubatan dan kos sara hidup. Skim Perlindungan Nasional B40 memberikan kos sara hidup sebanyak maksimum RM8,000 dan tambahan elaun hospital mengikut hari pesakit ditahan di wad dengan kadar maksimum RM700 setahun. Ini hanya MEMBANTU KOS SARA HIDUP. Dan biasanya tidak mencukupi. Bila menghidapi sakit kritikal, kebiasaannya pendapatan akan terjejas. Pesakit diberhenti kerja. Penjaga mungkin juga terpaksa berhenti juga untuk menjaga kebajikan pesakit. Jika tidak berhenti sekalipun, kos beulang alik ke hospital, ubat-ubatan juga adalah kos yang signikan. Begitu juga orang yang sakit perlu penjagaan khusus. Kos lagi..

Perlu tahu, sefaham saya skim ini TIDAK MELINDUNGI KOS PERUBATAN SAKIT KRITIKAL. Anda tidak dapat Medical Card yang boleh digunakan untuk menanggung kos perubatan. Kos perubatan sakit kritikal contohnya kanser tersangatlah tinggi…boleh mencecah ratusan ribu RM. Ini TIDAK DITANGGUNG, melainkan ada polisi Takaful personal yang diambil, semasa masih sihat. Kerana kosnya terlalu tinggi dan tak dapat ditampung dengan saving, biasanya ada lah mesej viral di whatsapp atau media sosial meminta simpati dan derma orang ramai.

Skim ini boleh menjadi pengenalan kepada mereka yang tidak tahu kepentingan insurans sebagai plan perlindungan kewangan mereka. Ataupun boleh menjadi salahfaham bahawa mereka tidak perlukan tambahan polisi Takaful yang lain kerana sudah dilindungi dengan skim ini.

Perlu ke Takaful medical coverage RM1 juta setahun?

Perlu ke Takaful medical coverage RM1 juta setahun?

Kalau dahulu sukar untuk bayangkan kos rawatan mencapai beratus ribu ringgit untuk satu sesi rawatan pembedahan. Dan sebab itu, coverage tahunan untuk Medical Card yang ditawar syarikat insurans Takaful dulu sangat rendah.. minimum sekitar RM50,000 dan ke bawah sahaja. AIA mengorak langkah awal sejak beberapa tahun yang sudah dengan menaikkan coverage kepada RM100,000 setahun. Malah boleh di boost kepada lebih RM1 juta setahun dengan tambahan wang sedikit sahaja. Ada yang mencemuh, katanya itu hanya marketing ploy AIA. Tapi kes keluarga Abd Manaf, 81 tahun baru-baru ini memang membuka mata. Bil yang perlu dibayar – hampir RM800,000!

 

Walaupun itu kos rawatan pembedahan jantung di Korea Selatan, namun jangan sesekali memandang mudah dengan menyangka ia tidak akan berlaku di negara kita pada masa hadapan. Di negara kita pun, kos rawatan hospital dianggar naik sekitar 10% setiap tahun. Dalam kes Abd Manaf ini, baik kita teladani apa yang berlaku tanpa bantuan Takaful. Walaupun keluarganya dah berjaya kutip RM475,000 dalam masa yang singkat, tetapi ayahnya masih tidak dibenarkan keluar selagi tidak menjelaskan bakinya. Dan tiada cara lain melainkan meminta bantuan daripada orang ramai..

 

 

Saya akan jelaskan tentang prosedur claim rawatan jika melancong di luar negara.

 

Kalau ada Medical Card AIA sekalipun, untuk kes di luar negara, anda tidak akan dapat Guarantee Letter (GL) kerana semestinya ia bukan hospital panel. Maka perlu ‘pay and claim’ kemudiannya. Tapi jangan pula kata 2 x 5 sebab masih perlu kumpulkan duit sendiri.. mestilah tidak sama. Kalau AIA cover, anda dapat semula duitnya. Tanpa Medical Card, semua wang yang dibayar burn..dalam kes ini, RM800,000.

 

Kalaulah ada Takafulā€¦ jimat RM800,000. Hanya orang yang membayar akan terasa pentingnya ambil Takaful. Kalau nak ambil Medical Card AIA, PM saya Ansari 019-7498210..

 

Yang sebenarnya saya nak bincangkan tentang travel insurance kerana ada berkait dengan kes ini.. sakit yang berlaku semasa melancong di luar negara. Tapi mungkin menjadi topik seterusnya dalam post mendatang..