Kerajaan beri insurans sakit kritikal percuma

Kerajaan beri insurans sakit kritikal percuma

Kerajaan pada 28 Disember 2018 telah mengumumkan untuk memberi perlindungan insurans ke atas 36 jenis sakit kritikal, bermula 1 Januari 2019 yang lalu. Ia adalah di skim Perlindungan Nasional B40, khusus untuk golongan berpendapatan rendah dengan dana permulaan RM2 bilion. Tujuannya adalah untuk membantu mereka menghadapi cabaran dari segi kewangan apabila menghidapi penyakit kritikal yang boleh menjejaskan aliran pendapatan mereka.

Bentuk perlindungan yang diberikan pembayaran sehingga had RM8,000 apabila menghidap sakit kritikal dan elaun hospital RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari setahun.

Golongan yang layak memohon ialah individu berusia 18 hingga 55 tahun dalam kategori B40. Pendaftaran ialah melalui talian tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan untuk pengesahan kelayakan. Penerima yang layak akan dimaklumkan melalui SMS.

Ulasan saya

Ini adalah inisiatif yang baik oleh kerajaan dengan memberikan perlindungan insurans PERCUMA. Bagaimanapun, polisi insurans ada pelbagai jenis benefit, maka jangan mudah menyangka mereka yang layak dilindungi skim ini sudah tidak perlu lagi ambil polisi Takaful personal.

Apabila menghidapi sakit kritikal, ada dua bentuk kos besar yang terlibat, iaitu kos perubatan dan kos sara hidup. Skim Perlindungan Nasional B40 memberikan kos sara hidup sebanyak maksimum RM8,000 dan tambahan elaun hospital mengikut hari pesakit ditahan di wad dengan kadar maksimum RM700 setahun. Ini hanya MEMBANTU KOS SARA HIDUP. Dan biasanya tidak mencukupi. Bila menghidapi sakit kritikal, kebiasaannya pendapatan akan terjejas. Pesakit diberhenti kerja. Penjaga mungkin juga terpaksa berhenti juga untuk menjaga kebajikan pesakit. Jika tidak berhenti sekalipun, kos beulang alik ke hospital, ubat-ubatan juga adalah kos yang signikan. Begitu juga orang yang sakit perlu penjagaan khusus. Kos lagi..

Perlu tahu, sefaham saya skim ini TIDAK MELINDUNGI KOS PERUBATAN SAKIT KRITIKAL. Anda tidak dapat Medical Card yang boleh digunakan untuk menanggung kos perubatan. Kos perubatan sakit kritikal contohnya kanser tersangatlah tinggi…boleh mencecah ratusan ribu RM. Ini TIDAK DITANGGUNG, melainkan ada polisi Takaful personal yang diambil, semasa masih sihat. Kerana kosnya terlalu tinggi dan tak dapat ditampung dengan saving, biasanya ada lah mesej viral di whatsapp atau media sosial meminta simpati dan derma orang ramai.

Skim ini boleh menjadi pengenalan kepada mereka yang tidak tahu kepentingan insurans sebagai plan perlindungan kewangan mereka. Ataupun boleh menjadi salahfaham bahawa mereka tidak perlukan tambahan polisi Takaful yang lain kerana sudah dilindungi dengan skim ini.