Hibah Amanah Tabung Haji

Hibah Amanah Tabung Haji

Kalau dulu, ramai orang menyimpan di Tabung Haji sebab nak pergi Haji dengan harga subsidi. Kos pergi Haji cuma dalam RM10,000, tetapi ramai yang menyimpan jauh lebih banyak dari jumlah itu. Simpanan di TH dilihat lebih menguntungkan berbanding simpanan di bank biasa. TH memberikan pulangan bonus dividen 5 – 8% setiap tahun. Dari segi kecairan dan kemudahan untuk keluarkan simpanan, Tabung Haji boleh di’link’ dengan bank seperti Maybank. Dengan banyaknya wang yang disimpan, maka timbul keperluan dan concern untuk perancangan harta dan pusaka. Antara cara yang dipraktikkan ialah dengan meletakkan penama dan membuat Hibah Simpanan Tabung Haji.

Penyimpan boleh meletakkan penama untuk akaun TH tetapi perlu diketahui, fungsi penama TH sama sepertimana penama di akaun KWSP. Penama bukanlah penerima mutlak, tugasnya adalah sebagai pemegang amanah yang akan membahagikan wang di TH itu mengikut pembahagian Faraid. Sebagai alternatif baru-baru ini TH telah memperkenalkan Hibah Amanah yang membolehkan penyimpan menamakan penerima Hibah wang simpanan TH. Berbeza dengan penama, Penerima Hibah adalah penerima mutlak. Dia adalah penerima wang mengikut bahagian Hibah yang telah diletakkan oleh Pemberi Hibah.

Untuk makluman, Wasiyyah Shoppe pun ada produk Hibah Tabung Haji. Adakah ia redundant? TIDAK, kerana produk Hibah Wasiyyah Shoppe ada kelainan berbanding HIbah dari TH dari segi kontrak Hibah yang dimeterai, iaitu jenis hibah yang digunapakai. Ada kesannya yang signifikan kepada Pemberi Hibah. Sila baca lanjut untuk tahu..

Untuk permulaan artikel ini, saya akan membincangkan dahulu tentang Hibah dari Tabung Haji sendiri. Kebanyakan bahan diambil direct dari sumber TH.

 

Hibah Amanah Tabung Haji

1. Harta Hibah dipegang oleh Pemegang Amanah dan diserahmilikkan kepada Penerima selepas kematian Pemberi.

2. Sekiranya PENERIMA MENINGGAL DAHULU sebelum Pemberi, Hibah Amanah tersebut akan menjadi HARTA PUSAKA PENERIMA Hibah.

3. Boleh Hibah sebahagian dan sebahagian lagi letak penama untuk dibahagi mengikut Faraid. Atau dihibah kesemuanya. Pembahagian mengikut peratusan wang simpanan dalam akaun.

4. Menggunakan Surat Kuasa Wakil yang melantik TH sebagai wakil untuk bertindak bagi pihak Pemberi Hibah.

5. TH sebagai Pemegang Amanah Gantian yang akan mentadbir Harta Hibah Amanah selepas kematian Pemberi.

6. Syarat-syarat dan kelayakan Penerima Hibah Amanah:

  • Individu warganegara Malaysia ataupun bukan warganegara Malaysia;
  • Tiada had bilangan Penerima Hibah Amanah;
  • Beragama Islam atau bukan beragama Islam;
  • Waras (sekiranya tidak waras, Pemberi Hibah Amanah hendaklah melantik Penjaga Sah); dan
  • Tiada had umur (sekiranya Penerima Hibah Amanah berumur di bawah 18 tahun, Pemberi Hibah Amanah hendaklah melantik Penjaga Sah).

7. Yuran-yuran yang terlibat ialah Yuran Pendaftaran dan Yuran Tuntutan Pengeluaran apabila Penerima membuat tuntutan. Yuran lain dikenakan jika hendak membuat pindaan atau membatalkan hibah.

Boleh rujuk syarat2 yang lain di Laman TH atau Utusan.

 

Kelebihan Hibah Tabung Haji yang Disediakan Oleh Wasiyyah Shoppe

Perbezaan utama ialah dalam terma (2) di atas:

Sekiranya PENERIMA MENINGGAL DAHULU sebelum Pemberi, Hibah Amanah tersebut akan menjadi HARTA PUSAKA PENERIMA Hibah

Wasiyyah Shoppe menggunakan HIBAH BERSYARAT RUQBA. Bezanya, sekiranya penerima meninggal dahulu dari pemberi, harta yang dihibahkan akan BERPATAH BALIK KEPADA PEMBERI.

Untuk lebih faham, ini perbezaannya jika anda menggunakan Hibah dari TH (tiada syarat Ruqba dalam kontrak Hibah):

i) Ibu hibahkan wang simpanan TH kepada anak. Anak eksiden dan meninggal dunia. Disebabkan wang itu sudah dihibahkan kepada anak, wang itu akan menjadi pusaka anak. Menurut hukum Faraid, ibu hanya berhak 1/6 daripada jumlah wang itu. Jika nilai Hibah RM100,000, maka ibu berhak untuk dapat RM16,666 sahaja!

ii) Ibu hibahkan kepada anak angkat. Anak angkat bukan waris Faraid. Sekiranya anak angkat meninggal dahulu, maka ibu takkan dapat LANGSUNG wang yang dihibahkan. Siapa yang dapat? Waris faraid anak angkat, iaitu ibu ayah kandung, datuk nenek kandung atau adik beradik kandungnya! Orang yang tiada kaitan dengan si ibu!

Perbezaan ini nampak kecil, tapi implikasinya besar.

Memang ada perbezaan dari sudut kos, tetapi mudah untuk justify bila dinilai dari sudut kesannya.

Jika berminat, boleh Whatsapp saya Ansari, 019-749 8210 atau di goo.gl/EM7eo8

Pakar dedahkan sebab RM60b harta pusaka terbiar

Pakar dedahkan sebab RM60b harta pusaka terbiar

Setiap tahun kita menyaksikan peningkatan nilai harta pusaka yang tidak dituntut, dan majoritinya dimiliki oleh orang Islam. Apakah puncanya ia berlaku, dan sejauh manakah kita dapat meningkatkan kesedaran orang ramai untuk merancang harta pusaka?

Dapatkan jawapannya dan penjelasan lanjut menerusi wawancara bersama dua orang pakar pengurusan harta pusaka, Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali dan Azrin Sabirin.

======================================================

Dr Nuradli Ridzwan 

Pengarah Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI), Universiti Sains Islam Malaysia

 

S: Jabatan Tanah dan Galian melaporkan nilai harta pusaka yang tidak dituntut di negara ini melebihi RM60 bilion. Pada pandangan Dr, apakah punca mengakibatkan situasi ini?

 

J: Punca nilai harta pusaka tidak di tuntut meningkat setiap tahun disebabkan banyak faktor luar kawalan. Antaranya, waris gagal dikesan kerana mereka tidak mengetahui ada harta si mati yang perlu dituntut dan pewaris harta si mati (misalnya bapa, ibu, datuk, nenek, moyang) tidak diperturunkan pemilikannya kepada waris berhak. Selain itu, kerenah birokrasi menguruskan harta menyebabkan waris bersikap lepas tangan dan enggan bertanggungjawab memastikan harta pusaka si mati diagihkan.

 

Ada kes, berlaku harta pusaka tergantung kerana jumlah cukai tanah menimbun selepas puluhan tahun tidak diselesaikan dan dibayar. Hal ini menyebabkan waris tidak mahu pening kepala menanggung kos berkenaan dan membiarkan aset pusaka terus ‘beku’. Selain itu, tiada kerjasama dan muafakat antara waris menyebabkan mereka meletakkan beban mengagihkan harta kepada waris sulung sahaja menyelesaikan harta warisan. Bagaimanapun, kebanyakan kes berlaku kerana waris kurang pengetahuan ilmu harta pusaka dan pewarisan.

 

S: Dalam Islam, lelaki diberikan keutamaan dalam sistem faraid 2:1. Sejauh mana ia boleh menyelesaikan masalah yang berlaku?

 

J: Anak lelaki diberikan bahagian lebih banyak berbanding anak perempuan mengikut faraid kerana tanggungjawab anak lelaki terhadap harta dan tanggungannya itu selepas kematian si mati. Sekiranya berlaku penyelewengan atau salah laku pengurusan harta, pewaris layak dan berhak boleh menuntut harta pusakanya di Mahkamah Syariah kerana harta pusaka di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Tuntutan akan diperdengarkan Mahkamah Syariah.

 

S: Mentaliti pengurusan harta di negara ini masih rendah. Buktinya masih berlaku kes berebut harta akibat tahap kesedaran orang ramai di negara ini mengenai wasiat dan harta pusaka? Bagaimanakah cara membuat wasiat yang betul?

 

J: Tahap kesedaran orang ramai sebenarnya sudah meningkat dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, langkah ini memerlukan kerjasama erat semua pihak iaitu menjalankan kempen secara berterusan daripada semua agensi pelaksana, majlis agama Islam termasuk syarikat swasta. Wasiat perlu dilakukan dengan wasi agar dapat dilaksanakan secara bersistematik. Wasiat digalakkan dibuat secara bertulis. Pesanan Imam Ghazali, ‘setiap orang Islam hendaklah menulis wasiat setiap kali sebelum ingin tidur malam’.

 

S: Bagaimanakah isu masalah tunggakan harta pusaka boleh diselesaikan?

 

J: Masalah tunggakan harta pusaka boleh diselesaikan dengan sangat mudah, iaitu mengurus harta kita semasa kita masih hidup. Kita boleh melantik pentadbir harta dan hartanah Majlis Agama Islam, syarikat Bumiputera atau institusi swasta yang menawarkan khidmat sedemikian. Saya melihat ilmu pengurusan harta seperti faraid, wasiat, hibah boleh dijadikan pendidikan tambahan dalam sistem pendidikan di negara ini. Pendidikan pengurusan harta boleh dilaksanakan secara berperingkat di sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk menyediakan masyarakat berilmu tinggi.

 

S: Bagaimana status kes pembahagian harta untuk wanita yang tidak mendaftarkan perkahwinan secara sah di negara ini sekiranya suami mati mengejut?

 

J: Jika si mati merahsiakan perkahwinan poligami beliau dan tidak mendaftarkannya, isteri dan anak hasil perkahwinan tidak didaftar itu, masih layak mewarisi harta si mati. DENGAN SYARAT perkahwinannya didaftarkan semula di Malaysia terlebih dahulu dan status anak berkenaan diiktiraf sebagai anak si mati. Sekiranya proses ini masih belum selesai, permohonan faraid hendaklah ditangguhkan sehingga pengenalpastian semua waris diselesaikan, termasuk sehingga permohonan pengesahan nikah dan nasab anak selesai dilaksanakan.

 

S: Apakah cara menguruskan harta si mati yang tiada waris dan pada masa sama, tidak meninggalkan wasiat?

 

J: Si mati yang tidak mempunyai waris dan tidak membuat wasiat kepada hartanya, sebahagian hartanya akan diuruskan BaitulMal. Pada pandangan saya, lebih elok sekiranya mereka yang tidak mempunyai waris membuat wasiat sedekahkan atau infaq harta kepada masyarakat untuk dijadikan tapak masjid, rumah anak yatim atau yayasan kebajikan.

 

S: Ramai melihat ketiadaan wasiat daripada si mati menyebabkan berlaku perebutan harta. Sejauh mana situasi itu boleh berlaku?

 

J: Perebutan harta adalah satu daripada sebab kita disarankan untuk membuat wasiat dalam Islam, terutama kalau ada pengagihan spesifik kepada individu tertentu misalnya, anak angkat dan anak kurang upaya. Apabila kita melakukan wasiat dan melantik wasi, urusan peninggalan harta dapat diuruskan secara profesional oleh wasi dilantik seperti Perbadanan Wakaf Negeri untuk Majlis Agama Islam Negeri dan Amanah Raya Berhad.

 

Sekiranya ada wasi telah dilantik, pembahagian harta dapat dijalankan secara telus. Bagi kes harta kepada anak di bawah umur 18 tahun, pengurusan harta akan diserahkan kepada pemegang amanah sebelum dipindahkan kepada pewaris apabila waris cukup umur dan berupaya mentadbir hartanya sendiri.

 

S: Apakah perbezaan harta alih dan harta tidak alih? Sejauh mana peratusan agihan jenis harta yang tidak dituntut?

 

J: Dari sudut undang-undang sivil, harta tidak alih adalah tanah, hartanah tetap seperti bangunan atau kediaman atau kepentingan berkaitan dengan tanah. Pejabat, kilang, kebun atau ladang dikategorikan sebagai hartanah. Ada orang menyebut hartanah itu sebagai ‘harta tak alih’ (immovable property) manakala wang tunai dan simpanan, syer dan kenderaan ‘harta alih’ (movable property). Sehubungan itu, orang ramai kena membezakan jenis harta alih dan harta tidak alih sebelum membuat wasiat. Setakat ini, tiada maklumat tepat mengenainya.

 

Data pengurusan harta tidak dituntut sehingga 2014, menunjukkan jumlah harta alih yang tidak dituntut adalah RM6.5 bilion (Bengkel Pindaan Akta Wang Tak Dituntut 1965, 2014), Tabung Haji (RM65 juta), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (RM188 juta) dan wang menunggu dituntut Amanah Raya Berhad (ARB) (RM250 juta). Menurut Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan (INSAN) 2014, jumlah aset beku dan tidak dituntut pada 2009 adalah RM40 bilion, 2010 (RM41 bilion), 2011 (RM42 bilion), 2012 (RM52 bilion) dan 2013 (RM60 bilion). Trend peratusan harta tidak dituntut meningkat mendadak pada 2011 daripada dua peratus kepada 24 peratus pada 2012.

===========================================================

Azrin Sabirin

Ketua Pegawai Eksekutif Wassiyah Shoppe

 

S: Banyak laporan mendedahkan harta pusaka di negara ini tidak dituntut. Pada pandangan tuan apakah punca berlaku kes sebegini?

 

J: Punca utama masalah perebutan harta pusaka yang tergantung, kerana waris tidak faham prosedur tuntutan di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil. Bagi daerah yang tiada unit pusaka kecil, urusan penerimaan borang permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Tanah di daerah berkenaan. Maklumat lanjut mengenai pembahagian harta di bawah RM2 juta boleh disemak dalam laman sesawang Pejabat Tanah dan Galian – www.jkptg.gov.my/ms/content/pembahagian-harta-pusaka-kecil. Tidak dinafikan, kos pengurusan harta pusaka yang mahal menyebabkan waris tidak sanggup menyelesaikan isu harta pusaka selain, kurangnya pengetahuan mengenai ilmu faraid. Ketika ini, kebanyakan harta pusaka yang tidak dituntut waris adalah hartanah.

 

S: Ramai melihat ketiadaan wasiat daripada si mati menyebabkan berlaku perebutan harta. Sejauh manakah situasi itu berlaku?

 

J:

Wasiat sebenarnya adalah dokumen atau surat kuasa untuk melantik pentadbir harta pusaka (dokumen melantik wasi). Dari sudut undang-undang sivil dan syarak, wasiat adalah pemberian tidak melebihi satu pertiga daripada harta pusaka untuk tujuan amal jariah. Bagaimanapun, ramai beranggapan wasiat adalah pemberian harta kepada waris. Dalam isu pemberian harta kepada waris, wasiat boleh terbatal kalau ada waris yang layak dalam hukum faraid menentang wasiat berkenaan.

 

Oleh itu, kekeliruan dan ketidakfahaman mengenai fungsi wasiat, turut menjadi satu daripada sebab perebutan harta pusaka masih berlaku, walaupun sudah ada (disediakan) wasiat.

 

S: Sejauh mana ketelusan pembahagian harta kepada waris. Sebagai contoh, anak perempuan berusia 9 tahun kepada pasangan suami isteri yang meninggal akibat kemalangan. Apakah jaminan pewarisan harta boleh berlaku dengan telus?

 

J: Masih ramai yang tidak memahami bahawa sebagai pemilik harta, kita boleh merancang harta kita ketika hidup menggunakan instrumen syarak atau sivil. Satu daripada cara untuk melindungi pembahagian harta kepada waris mengikut formula yang kita kehendaki adalah hibah.

 

Hibah adalah pemberian milik tanpa balasan oleh penghibah secara sukarela ketika hayat atas dasar kasih sayang. Sesiapa sahaja boleh menerima hibah dan harta yang dihibahkan terkeluar daripada pentadbiran harta pusaka. Waris juga tidak boleh menuntut harta yang dihibahkan dengan cara sempurna. Hibah adalah kaedah pembahagian harta yang tepat dan kuat daripada sudut syarak.

 

S: Sejauh mana pengurusan harta si mati yang tiada waris dan tidak meninggalkan wasiat?

 

J: Sekiranya pemilik harta mati dalam keadaan tiada waris dan tiada wasiat, maka harta pusakanya perlu dituntut oleh waris terdekat yang sah mengikut hukum faraid. Dalam Islam, harta pusaka sudah ditentukan hak warisnya secara tepat. Di Wassiyah Shoppe, kami menggunakan sistem perundingan dan kaedah perancangan harta pusaka syariah yang boleh dirancang pada bila-bila masa. Melalui konsep ini, penggunaan maksimum instrumen syariah seperti dokumen hibah, dokumen wasiat Islam, dokumen harta sepencarian, dokumen amanah dan dokumen waqaf diselesaikan segera.

 

S: Bagaimanakah isu masalah tunggakan harta pusaka boleh diselesaikan dan apakah tahap kesedaran orang ramai di negara ini mengenainya?

 

J: Masalah harta pusaka di negara ini tidak sukar diselesaikan. Orang ramai perlu ada kesedaran kepentingan pengurusan pusaka selain, ilmu pengurusan harta pusaka dapat diterapkan bermula dari sekarang kepada pemilik harta hari ini. Pemilik harta perlu memastikan harta yang ditinggalkan kelak tidak akan menyusahkan dan membebankan waris untuk menguruskannya. Kerajaan boleh mengadakan program pengurusan harta pusaka secara konsisten misalnya, program turun padang pejabat tanah bersama masyarakat.

 

Selain itu, menyediakan klinik pengurusan harta pusaka bergerak atau atas talian (online) supaya masyarakat mudah membuat rujukan dan khidmat nasihat profesional. Galakkan orang ramai untuk menyediakan dokumen pengurusan yang lebih tepat dan praktikal berbanding wasiat selain, pemilik harta membuat perancangan awal menyediakan senarai harta, hutang, waris dan dokumen penting berkaitan untuk memudahkan proses pengurusan oleh waris kelak.

 

Sumber: Berita Harian

Berat tanggungjawab seorang pentadbir menguruskan harta pusaka

Berat tanggungjawab seorang pentadbir menguruskan harta pusaka

Apabila seorang anak Adam meninggal, dia akan meninggalkan harta pusaka kepada para waris. Untuk melindungi hak waris yang berhak, harta pusaka yang berdaftar akan dibekukan daripada sebarang pengeluaran dan pindahmilik.

 

Pembekuan harta ini juga bertujuan untuk melindungi kepentingan si mati. Ini kerana sebelum diagihkan kepada waris, harta pusaka tersebut terlebih dahulu akan digunakan untuk melangsaikan hutang yang ditinggalkan. Samada ianya hutang dengan manusia, ataupun hutang dengan Allah seperti badal haji, nazar dan sebagainya. Hutang itu wajib dilangsaikan meskipun kita sudah meninggal.

 

Harta yang dibekukan tidak akan ‘cair’ dengan sendiri. Ianya perlu diurus oleh seseorang, iaitu pentadbir yang dilantik semasa si mati masih hidup. Sekiranya tiada pentadbir atau penama yang dilantik, perkara akan jadi lebih rumit. Mahkamah yang akan menentukan siapa pentadbir yang berkelayakan untuk dilantik. Sudah tentu ini akan memanjangkan urusan dan tempoh pembahagian.

 

Siapa pentadbir yang boleh dilantik?

 

Pentadbir ialah seseorang yang memegang amanah untuk menguruskan permohonan harta pusaka sehinggalah ke tahap pembahagian. Beliau boleh jadi antara penerima pusaka (benefisiari) ataupun tidak. Ada yang salah faham dengan menyangka pentadbir ini yang akan menerima kesemua harta pusaka kerana beliau yang bersusah payah membuat permohonan. Ini adalah fahaman yang tidak tepat dan boleh menyebabkannya individu itu bersalah dengan memakan harta batil dan mengambil hak waris.

 

Berat sebenarnya amanah sebagai seorang pentadbir. Kerana itu, langkah terbaik ialah melantik institusi amanah seperti Wasiyyah Shoppe yang akan mengambil alih tugasan pentadbir. Sekiranya meninggal, waris tidak perlu bersusah payah menguruskan pusaka kerana ianya telah diuruskan oleh Wasiyyah Shoppe.

 

Cabaran pentadbir

Bagi mendalami tugasan seorang pentadbir, berikut saya sertakan antara cabaran dan tanggungjawab dalam menyelesaikan tugasan tersebut:

 

1) Bukti Kematian

Sijil perakuan kematian perlu dilampirkan sebagai bukti kematian arwah. Bukti ini penting bagi mengelakkan berlakunya penipuan dalam tuntutan harta pusaka arwah. Sijil tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara setelah kematian arwah didaftarkan.

 

2) Kematian berlapis

Kematian berlapis berlaku apabila waris yang berhak menerima harta pusaka meninggal semasa prosedur tuntutan sedang dijalankan. Bahagian waris tersebut kini menjadi hak kepada waris-warisnya yang ditinggalkan pula.

Masalah ini timbul antaranya kerana waris lambat membuat permohonan mentadbir, tiadanya muafakat antara waris, atau pantang larang yang dipercayai oleh waris yang menyebabkan tertangguhnya proses pengurusan harta pusaka.

Kematian berlapis menjadikan prosedur semakin rumit dan memakan masa yang lebih panjang kerana bertambahnya waris yang berhak menuntut.

 

3) Penentuan waris

Pentadbir perlu memastikan pembahagian harta pusaka dibuat kepada waris yang sah. Bukti pertalian darah dan nasab seperti dokumen sijil pernikahan dan sijil kelahiran perlu dikemukakan bagi membuktikan waris tersebut berhak mendapat harta pusaka.

 

4) Penentuan aset – bukti milik arwah

Pentadbir perlu mengesahkan aset pusaka milik arwah. Aset tanah contohnya perlu disahkan melalui carian rasmi di Pejabat Tanah. Terdapat juga kes yang sukar diselesaikan apabila geran tanah atau rumah tidak dapat diperolehi.

 

5) Penentuan Liabiliti

Pentadbir bertanggungjawab menyelesaikan hutang arwah menggunakan harta pusaka yang ditinggalkan, sebelum bakinya dibahagikan kepada waris. Pentadbir perlu menyenaraikan segala hutang waris dan setiap tuntutan hutang itu perlu dipastikan sahih sebelum dilangsaikan.

Tuntutan harta sepencarian juga perlu diselesaikan sebelum baki pusaka diagihkan.

 

6) Penentuan pembahagian – Mendapatkan persetujuan waris

Waris yang berhak dan bahagian hak masing-masing telah ditentukan menerusi hukum syarak bagi orang Islam dan Akta Pembahagian 1958 bagi bukan Islam. Bagaimanapun, ada situasi di mana waris enggan bersetuju dengan bahagian yang diterima dan mengemukakan bantahan. Pertikaian seumpama itu perlu diselesaikan di Mahkamah, dan akan melibatkan kos yang tinggi dan masa yang panjang.

 

Pentadbir yang amanah akan menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas dan jujur, tanpa mengambil sesen pun daripada harta pusaka yang bukan daripada haknya. Namun ada kalanya harta pusaka disalah guna secara tidak sengaja kerana waris jahil dan tidak tahu. Contoh yang biasa ialah waris mengambil sedikit harta pusaka untuk mengadakan kenduri arwah.

 

Jika anda sayangkan waris, anda sebolehnya mahu mengelakkan mereka memakan harta batil secara sengaja ataupun tidak sengaja. Solusi yang bernas ialah dengan melantik Wasiyyah Shoppe sebagai pentadbir dan pengurus harta pusaka anda. Urusan waris menuntut harta pusaka akan menjadi mudah. Malah ianya PERCUMA bagi mereka, kerana kos pengurusan tersebut telahpundibayar awal-awal lagi oleh anda, semasa hidup.