Bajet 2019 Dari Segi Perancangan Harta Dan Urus Pusaka

Bajet 2019 Dari Segi Perancangan Harta Dan Urus Pusaka

Semua orang berdebar mendengar pembentangan Bajet 2019 hari ini. Saya hanya nak ulas dalam konteks perancangan harta dan urus pusaka sahaja. Bab lain biarlah pakar ekonomi ulas.

Bajet 2019: Duti Setem Hartanah Dinaikkan

Duti setem untuk pindahmilik hartanah bernilai RM 1 juta ke atas telah dinaikkan dari 3% kepada 4% mulai 1 Januari 2019.

Duti setem ini berkuatkuasa untuk tujuan pindahmilik di antara pemberi dan penerima semasa hidup DAN turunmilik yang berlaku berdasarkan DISTRIBUTION ORDER yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Sivil.

1. URUSAN PINDAHMILIK SEMASA HIDUP.

Kebetulan baru semalam saya ulas isu pandangan bahawa hibah mesti disusuli dengan perlaksanaan Borang 14A. Ulasan saya semalam ialah pindahmilik atau tidak, kedua2 kaedah sama berkesan. Cuma ada orang perlu kepada kaedah pindahmilik dan ada orang tidak perlu pindahmilik semasa hidup. Cukup sekadar dokumen hibah yang lengkap rukun dan syaratnya.

Hari ini YB Menteri Kewangan mengumumkan kenaikan kadar duti setem bagi hartanah bernilai RM 1 juta ke 4% dari 3%.

Maknanya apa? Maknanya selepas 1 Jan 2019 kos untuk pindahmilik menjadi SEMAKIN MAHAL bagi orang yang ingin memindahmilik hartanah bernilai lebih RM 1 JUTA! Barang perlu diingati. Kita mungkin bukan orang kaya tetapi nilai hartanah kita sentiasa meningkat pada masa depan.

So apa penyelesaiannya jika kita inginkan anak kita memiliki hartanah kita sekarang? Buatlah HIBAH BERDOKUMEN di Wasiyyah Shoppe Bhd yang telah terbukti sama berkesan seperti pindahmilik! Jika kemudian hari kita nak jual atau tukar formula hibah pun senang.

Tapi kalau nak pindahmilik pun ok. Bayar je lah duti setem. Hasilnya pun akan digunakan untuk kesejahteraan kita juga ?

2. URUSAN TURUNMILIK DI PEJABAT TANAH MELALUI DISTRIBUTION ORDER MAHKAMAH TINGGI SIVIL.

Dari segi amalan dan bidang kuasa bila seseorang rakyat Malaysia meninggal dunia, agensi yg mempunyai bidang kuasa membicarakan kes pusaka ialah :

  • Amanah Raya Berhad – harta alih RM 600 000 ke bawah.
  • Pejabat Pusaka Kecil – harta alih DAN tak alih RM 2 juta ke bawah.
  • Mahkamah Tinggi Sivil – harta alih dan / atau harta tak alih RM 2 juta ke atas.

Walaupun demikian ada pihak yang membawa kes yang sepatutnya dibicarakan di Pejabat Pusaka Kecil ke Mahkamah Tinggi Sivil. Pihak ini dilantik melalui wasiat yang melantik wasi. Alasannya, proses di Mahkamah Tinggi Sivil lebih cepat which is true.

Tetapi implikasi kosnya adalah sangat besar. Di Pejabat Pusaka Kecil, waris sendiri boleh failkan permohonan tetapi di Mahkamah Tinggi Sivil waris perlu lantik peguam. Selain itu ada pelbagai kos2 lain.

Apabila Pejabat Pusaka Kecil mengeluarkan Perintah Pembahagian yang mengandungi arahan pembahagian tanah dan waris mendaftarkannya di Pejabat tanah, tiada duti setem dikeluarkan.

Tetapi apabila Mahkamah Tinggi mengeluarkan Distribution Order yang mengandungi arahan pembahagian tanah dan waris mendaftarkannya di pejabat tanah, ada setem duti ďikenakan. Berapa kadarnya? Ikut apa yang YB Menteri Kewangan umumkan hari ini untuk hartanah bernilai RM 1 juta ke atas.

Udah le kena bayar fi pengurusan pusaka beberapa % dan pelbagai caj lain kepada pihak berkenaan, duti setem pun kena bayar juga.

Membawa kes pusaka kecil ke Mahkamah Tinggi Sivil selepas 1 Jan 2019 ini akan menyebabkan waris terbeban kos yang tidak perlu. Sepatutnya waris ini tidak perlu pun membayar duti setem in the first place jika kesnya dibicarakan di Pejabat Pusaka Kecil.

Ini dua kesan utama yang saya dapat lihat ke atas urusan perancangan harta dan urus pusaka.

Rakyat Malaysia ! Fahami kesan Bajet 2019 ke atas urusan perancangan harta dan urus pusaka anda!

RANCANG HARTA DAN URUS PUSAKA KINI TEPAT & MUDAH.

BIAR JADI PUSAKA JANGAN JADI PUAKA 2018

~ Tn Hj Ariffin Sabirin, Pengarah Wasiyyah Shoppe

Hibah Amanah Tabung Haji

Hibah Amanah Tabung Haji

Kalau dulu, ramai orang menyimpan di Tabung Haji sebab nak pergi Haji dengan harga subsidi. Kos pergi Haji cuma dalam RM10,000, tetapi ramai yang menyimpan jauh lebih banyak dari jumlah itu. Simpanan di TH dilihat lebih menguntungkan berbanding simpanan di bank biasa. TH memberikan pulangan bonus dividen 5 – 8% setiap tahun. Dari segi kecairan dan kemudahan untuk keluarkan simpanan, Tabung Haji boleh di’link’ dengan bank seperti Maybank. Dengan banyaknya wang yang disimpan, maka timbul keperluan dan concern untuk perancangan harta dan pusaka. Antara cara yang dipraktikkan ialah dengan meletakkan penama dan membuat Hibah Simpanan Tabung Haji.

Penyimpan boleh meletakkan penama untuk akaun TH tetapi perlu diketahui, fungsi penama TH sama sepertimana penama di akaun KWSP. Penama bukanlah penerima mutlak, tugasnya adalah sebagai pemegang amanah yang akan membahagikan wang di TH itu mengikut pembahagian Faraid. Sebagai alternatif baru-baru ini TH telah memperkenalkan Hibah Amanah yang membolehkan penyimpan menamakan penerima Hibah wang simpanan TH. Berbeza dengan penama, Penerima Hibah adalah penerima mutlak. Dia adalah penerima wang mengikut bahagian Hibah yang telah diletakkan oleh Pemberi Hibah.

Untuk makluman, Wasiyyah Shoppe pun ada produk Hibah Tabung Haji. Adakah ia redundant? TIDAK, kerana produk Hibah Wasiyyah Shoppe ada kelainan berbanding HIbah dari TH dari segi kontrak Hibah yang dimeterai, iaitu jenis hibah yang digunapakai. Ada kesannya yang signifikan kepada Pemberi Hibah. Sila baca lanjut untuk tahu..

Untuk permulaan artikel ini, saya akan membincangkan dahulu tentang Hibah dari Tabung Haji sendiri. Kebanyakan bahan diambil direct dari sumber TH.

 

Hibah Amanah Tabung Haji

1. Harta Hibah dipegang oleh Pemegang Amanah dan diserahmilikkan kepada Penerima selepas kematian Pemberi.

2. Sekiranya PENERIMA MENINGGAL DAHULU sebelum Pemberi, Hibah Amanah tersebut akan menjadi HARTA PUSAKA PENERIMA Hibah.

3. Boleh Hibah sebahagian dan sebahagian lagi letak penama untuk dibahagi mengikut Faraid. Atau dihibah kesemuanya. Pembahagian mengikut peratusan wang simpanan dalam akaun.

4. Menggunakan Surat Kuasa Wakil yang melantik TH sebagai wakil untuk bertindak bagi pihak Pemberi Hibah.

5. TH sebagai Pemegang Amanah Gantian yang akan mentadbir Harta Hibah Amanah selepas kematian Pemberi.

6. Syarat-syarat dan kelayakan Penerima Hibah Amanah:

  • Individu warganegara Malaysia ataupun bukan warganegara Malaysia;
  • Tiada had bilangan Penerima Hibah Amanah;
  • Beragama Islam atau bukan beragama Islam;
  • Waras (sekiranya tidak waras, Pemberi Hibah Amanah hendaklah melantik Penjaga Sah); dan
  • Tiada had umur (sekiranya Penerima Hibah Amanah berumur di bawah 18 tahun, Pemberi Hibah Amanah hendaklah melantik Penjaga Sah).

7. Yuran-yuran yang terlibat ialah Yuran Pendaftaran dan Yuran Tuntutan Pengeluaran apabila Penerima membuat tuntutan. Yuran lain dikenakan jika hendak membuat pindaan atau membatalkan hibah.

Boleh rujuk syarat2 yang lain di Laman TH atau Utusan.

 

Kelebihan Hibah Tabung Haji yang Disediakan Oleh Wasiyyah Shoppe

Perbezaan utama ialah dalam terma (2) di atas:

Sekiranya PENERIMA MENINGGAL DAHULU sebelum Pemberi, Hibah Amanah tersebut akan menjadi HARTA PUSAKA PENERIMA Hibah

Wasiyyah Shoppe menggunakan HIBAH BERSYARAT RUQBA. Bezanya, sekiranya penerima meninggal dahulu dari pemberi, harta yang dihibahkan akan BERPATAH BALIK KEPADA PEMBERI.

Untuk lebih faham, ini perbezaannya jika anda menggunakan Hibah dari TH (tiada syarat Ruqba dalam kontrak Hibah):

i) Ibu hibahkan wang simpanan TH kepada anak. Anak eksiden dan meninggal dunia. Disebabkan wang itu sudah dihibahkan kepada anak, wang itu akan menjadi pusaka anak. Menurut hukum Faraid, ibu hanya berhak 1/6 daripada jumlah wang itu. Jika nilai Hibah RM100,000, maka ibu berhak untuk dapat RM16,666 sahaja!

ii) Ibu hibahkan kepada anak angkat. Anak angkat bukan waris Faraid. Sekiranya anak angkat meninggal dahulu, maka ibu takkan dapat LANGSUNG wang yang dihibahkan. Siapa yang dapat? Waris faraid anak angkat, iaitu ibu ayah kandung, datuk nenek kandung atau adik beradik kandungnya! Orang yang tiada kaitan dengan si ibu!

Perbezaan ini nampak kecil, tapi implikasinya besar.

Memang ada perbezaan dari sudut kos, tetapi mudah untuk justify bila dinilai dari sudut kesannya.

Jika berminat, boleh Whatsapp saya Ansari, 019-749 8210 atau di goo.gl/EM7eo8

Hibah Takaful Sahaja Tidak Selesaikan Masalah Harta Pusaka

Hibah Takaful Sahaja Tidak Selesaikan Masalah Harta Pusaka

Ramai agen Takaful yang mempromosikan Hibah Takaful sebagai penyelesai masalah harta pusaka. Prospek pada mulanya disedarkan dengan masalah harta yang ditinggalkan si mati termasuklah wang simpanan di bank akan dibekukan. Polisi Hibah Takaful menjadi penyelamat di mana syarikat Takaful akan memberikan pampasan sejumlah wang untuk waris teruskan hidup.

Tiada masalah jika agen berhenti setakat itu. Memang polisi Takaful ada peranan tersebut yang merupakan elemen penting dalam perancangan pusaka.

Tetapi jika agen meneruskan dengan mendakwa Hibah Takaful sebagai penyelesai masalah pusaka, maka itu sudah misleading – sama ada agen sengaja menyembunyikan fakta atau tidak. Masalah pembekuan harta pusaka tidak akan selesai melainkan ada Wasi/ pentadbir yang menguruskan prosedur pencairan harta tersebut di Pejabat Pesaka Kecil atau Mahkamah.

 

Prosedur Pencairan Harta

Majoriti masyarakat kita tidak tahu bagaimana hendak menjalankan urusan pencairan harta. Dan itulah yang menjadi antara punca banyaknya harta umat Islam khususnya terbeku sehingga mencapai angka RM66 bilion setakat ini. Harta tersebut tidak dapat dimanfaatkan dengan dipindahmilik kepada nama waris kerana wasi yang dilantik tidak dapat menjalankan prosedur pencairan harta sehingga selesai.

 

Polisi Takaful Tidak Selesaikan Bab Pemilikan Harta

Prosedur pencairan harta memerlukan pendedahan ilmu serta komitmen masa dan wang. Di sinilah Syarikat Takaful tidak dapat membantu, kerana kepakaran mereka adalah dalam pengurusan risiko dan perlindungan, bukan dalam pembahagian pusaka. Mereka boleh membantu dalam merancang, tetapi bukan membahagi pusaka.

Merancang ialah semasa hidup, membahagi selepas si mati meninggal dunia.

Dengan Hibah Takaful, prospek telah merancang ‘suntikan’ sejumlah wang untuk kegunaan waris. Amaun pampasan optimum yang disarankan ialah yang cukup untuk menampung hidup selama 10 tahun. Sekiranya sesebuah keluarga memerlukan bajet RM60,000 setahun untuk keperluan rumah, kereta, groceries, sekolah dan sebagainya, maka pampasan Hibah yang diperlukan ialah sekurang-kurangnya RM600,000.

Apabila prospek meninggal dunia, wang pampasan boleh digunakan untuk keperluan tersebut dan membayar ansuran rumah. Rumah boleh dibayar, tetapi adakah rumah itu automatik berpindah milik kepada isteri dan anak-anak?

Jawapannya.. TIDAK SEMESTINYA. Jika ada waris lain yang berhak, maka mereka adalah PEMILIK BERSAMA rumah tersebut.

Ini adalah aspek pewarisan pusaka yang tidak dirancang dan tidak dapat diselesaikan dengan Takaful.

 

Takaful Tidak Selesaikan Risiko Perebutan Harta Pusaka

Apabila prospek tidak merancang pembahagian harta semasa hidup lagi, akan timbul risiko perebutan harta selepas dia meninggal. Sudah tentu si isteri akan mempertahankan rumah yang diduduki bertahun lamanya dan dibeli dengan susah payah. Apatah lagi waris lain tidak menyumbang langsung untuk membayar ansuran rumah. Malah ada yang hanya muncul setelah sekian lama untuk menuntut harta.

Walau sekuat mana pun isteri mempertahankan, secara hukum dan undang-undang, waris berhak menuntut hak mereka.

Kebiasaannya si isteri tiada pilihan melainkan membayar hak mereka berdasarkan harga rumah (menggunakan pampasan Takaful?) atau dengan menjual rumah tersebut.

 

Takaful Tidak Menjamin Hutang Dilangsaikan

Salah satu fungsi yang dicanang oleh agen Takaful ialah melangsaikan hutang si mati. Dalam Islam, hutang tidak boleh dibuat main. Hutang Wajib dilangsaikan walaupun kita telah meninggalkan dunia. Jika tidak, ruh tidak aman dan tergantung-gantung.

Kebiasannya nilai pampasan Hibah yang dikira selain untuk kegunaan waris, turut mengambil kira hutang yang ada. Jika si mati ada membuat hutang personal loan tertunggak RM200,000, maka pampasan yang dicadangkan naik kepada RM800,000.

Persoalannya ialah, apakah jaminan pampasan tersebut akan digunakan untuk melangsaikan hutang tersebut?

Jawapannya, TIADA JAMINAN.

Hibah Takaful adalah hak milik mutlak penerima Hibah. Penerima boleh menggunakannya untuk tujuan apa sahaja yang dikehendakinya. Walaupun si mati semasa hidupnya ada memesan kepada si isteri untuk melangsaikan hutang menggunakan pampasan yang diterima, tiada apa yang mengikat si isteri untuk melaksanakan pesanan itu.

Malah si mati tidak akan hidup kembali untuk mengutuk si isteri yang enggan berbuat seperti yang dikehendakinya.

 

Macam tu, apa guna Hibah Takaful?

Secara ringkasnya, ia berguna untuk memberi pampasan wang untuk keperluan waris teruskan hidup. Jika isteri diletakkan sebagai penerima hibah tunggal, maka waris lain tidak berhak menuntut bahagian. Mereka tidak boleh mencabar hak isteri kerana Hibah Takaful termaktub di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) 2013.

Maka disebabkan itu, ia adalah bahagian penting dalam merancang pusaka. Tetapi kekurangannya ialah ia tidak merancang aset seperti rumah, kereta, tanah dan sebagainya. Peranan itu diambil oleh syarikat pewarisan pusaka seperti Wasiyyah Shoppe.

 

Wasiyyah Shoppe + AIA Public Takaful

Selain Wasiyyah Shoppe, saya juga agen AIA Public Takaful. Peranan Takaful telah saya terangkan. Peranan Wasiyyah Shoppe pula secara ringkasnya menyelesaikan semua masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Takaful yang di atas.

Peranan Wasiyyah Shoppe:

1) Menjadi Wasi/pentadbir harta yang dilantik untuk menguruskan semua prosedur pencairan harta secara PERCUMA kepada waris.

2) Membuat perancangan harta menggunakan instrumen Hibah dan Wasiat

3) Menjadi orang tengah (mediator) apabila berlakunya perebutan pusaka. Turut menghantar wakil sebaik berlaku kematian untuk menerangkan proses tuntutan pencairan pusaka.

4) Surat Ikatan Amanah mengikat penerima hibah untuk menggunakan pampasan Hibah Takaful sepertimana yang dikehendaki oleh pemberi Hibah.

5)  Menguruskan perbicaraan di Mahkamah sekiranya ada waris yang mencabar Hibah yang disediakan.

 

Hubungi Saya

Boleh direct Whatsapp saya, Ansari di SINI , tak perlu save nombor.

Atau 019-7498210

4 Langkah Awal Sebelum Merancang Harta Pusaka

4 Langkah Awal Sebelum Merancang Harta Pusaka

Kerana berita viral..

Seringkali seseorang itu tersedar perlunya merancang harta pusaka apabila berlakunya musibah kematian dalam kalangan ahli keluarganya ataupun melalui berita viral. Seperti iman yang bergolak, kesedaran ini ada naik dan turunnya – dan bermusim. Apabila sesuatu isu keluarga waris berebut harta banyak berlegar di ruangan viral, netizen pun sama rancak membincangkan solusi. Istilah hibah, wasiat dan juga faraid mula menjadi sebutan. Tetapi apabila isu viral berubah topik, yang sedihnya kesedaran ini mula lenyap sama.

 

Bagi yang membuat tindakan susulan sementelah mengambil teladan daripada berita viral, syabas kepada anda. Namun jangan sembereno mendaftar apa sahaja di depan mata. Sebelum mendaftar dokumen perancangan, anda perlu buat homework dahulu. Secara ringkasnya, anda perlu senaraikan kesemua aset yang ada dan anggarkan nilai keseluruhannya mengikut harga semasa. Anda perlu berbincang bagaimana harta tersebut hendak dibahagikan sebelum memutuskan dokumen perancangan yang paling sesuai digunakan untuk mencapai tujuan tersebut. Seterusnya siapa yang akan dipertanggungjawab untuk menguruskan prosedur tuntutan pusaka tersebut.

 

Maka sebelum anda perancangan hibah atau wasiat dibuat, pastikan anda sudah buat due dilligence sewajarnya.

 

4 langkah awal merancang pusaka

 

1) Membuat senarai aset dan hutang terkini

 

Ini adalah langkah yang penting bukan sahaja dalam perancangan pusaka malah dalam perancangan kewangan semasa anda hidup lagi. Dengan menyenaikan kesemua aset dan hutang/liabiliti, anda dapat gambaran kedudukan kewangan semasa:

i) Adakah anda perbelanjaan hampir menyamai pendapatan.

ii) Berapa lama lagi tempoh pinjaman yang perlu dilangsaikan.

iii) Dan yang penting, sekiranya anda mati hari ini, adakah aset dan tunai yang ada cukup untuk kegunaan waris dan melangsaikan hutang yang ada.

 

Tidak ketinggalan ialah menyenaraikan perlindungan Takaful yang diambil, sama ada ia berbentuk pampasan nyawa/ Hibah Takaful ataupun Takaful ke atas pinjaman perumahan seperti MRTA yang akan melangsaikan baki pinjaman. Berkenaan MRTA, anda perlu pastikan MRTA yang diambil

 

 i) melindungi sepanjang tempoh pinjaman, DAN

ii) nilai coverage cukup untuk melindungi nilai harga rumah.

 

Sekiranya kedua-dua syarat ini tidak dipenuhi, bank tidak akan melangsaikan keseluruhan pinjaman rumah seperti yang anda mahukan. Akibatnya waris terpaksa top up untuk membayar baki pinjaman. Untuk mengelakkan beban ke atas waris, aoa yang anda boleh buat ialah revise kontrak MRTA yang tidak cukup tu dengan menambah coverage atau memanjangkan tempoh coverage.

 

Cara lain ialah dengan top up baki yang tidak dilindungi MRTA itu dengan mengambil Hibah Takaful. Tentang ini saya nak tambah sikit.. tiada arahan yang akan mengikat waris bagaimana pampasan Hibah itu digunakan. Untuk PASTIKAN Hibah Takaful digunakan untuk melangsaikan baki pinjaman rumah, anda perlu buat Surat Ikatan Amanah dengan Wasiyyah Shoppe.

 

Sebab saya tekankan mengenai Surat Ikatan Amanah ialah kerana ia bersangkut dengan hutang yang perlu dilangsaikan. Seperti yang saya kongsikan di SINI, hutang akan di bawa sehingga ke akhirat, bukan terhenti di dunia sahaja. Jika kita mati tanpa sempat melangsaikan hutang yang ada, pemiutang boleh menuntutnya di akhirat. Jangan sesekali pandang ringan. Tuntutan hutang di akhirat itu sangat lah buruk azabnya.

 

Selain daripada fungsi di atas, senarai aset ini juga akan menentukan prosedur tuntutan – sama ada ianya diproses di pejabat pesaka kecil, amanah raya, ataupun mahkamah. Ke mana waris perlu tuju bergantung kepada nilai harta keseluruhannya dan bentuk harta – sama ada harta itu harta alih, harta tak alih atau keduanya. Jika tersilap, ia akan menyusahkan waris kerana terpaksa berulang alik membuat tuntutan. Perlu disebut, tiadanya komitmen masa dan wang untuk membuat tuntutan ini antara faktor yang membuatkan banyak tuntutan pusaka tergendala dan harta tak dituntut bertambah setiap tahun.

 

Lihat jadual ini untuk tahu institusi mana yang akan memproses tuntutan pusaka waris anda..

 

 

2) Ketahui waris yang berhak menerima bahagian mengikut Faraid

 

Pembahagian harta menurut Faraid telah digariskan dalam al-Quran dengan jelas menerusi surah an-Nisa’:11, 12, 176.

Adakah ini bermaksud kita ditegah membuat Hibah dan Wasiat kerana ia seperti ‘membelakangkan’ faraid, yakni suruhan Allah?

 

Sudah tentunya TIDAK.

 

Hibah dan Wasiat adalah pelengkap. Kerana setiap struktur keluarga kita berbeza. Perangai berbeza. Pegangan agama berbeza. Ada keluarga yang menjaga tanggungjawab, ada yang melepas tangan. Ada yang hanya berminat merebut harta. Faraid bersangkut paut dengan tanggungjawab memelihara waris menggunakan bahagian harta pusaka yang ditinggalkan. Malangnya adakah itu yang masyarakat faham? Untuk kefahaman lebih baik mengenai isu ini, anda boleh baca persoalan Hibah vs Faraid yang dijawab oleh CEO Wasiyyah Shoppe, En Ariffin Sabirin di SINI.

 

Faraid ini umpama pembahagian secara default. Sekiranya tiada perancangan lain seperti Hibah atau Wasiat yang dibuat, maka waris yang berhak adalah secara automatik menurut pembahagian faraid. Ayat al-Quran yang menerangkan Faraid seperti berikut:

 

SURAH AL-NISA’ AYAT 11 (Bahagian anak, ibu dan bapa)

.

“Allah perintahkan kamu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.

.

Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh simati.

.

Dan jika anak perempuan itu seorang saja, maka bahagiannya ialah seperdua (separuh) harta itu.

.

Dan bagi ibu-bapa (simati), tiap-tiap seorang dari keduanya, seperenam dari harta yang ditinggalkan oleh simati, jika simati itu mempunyai anak. Tetapi jika simati tidak mempunyai anak, sedangkan yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya sahaja, maka bahagian ibu ialah sepertiga.

.

Kalau simati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah seperenam.

.

(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh simati, dan sesudah dibayar hutangnya…”

.

SURAH AL-NISA’ AYAT 12 (Bahagian suami isteri dan adik beradik seibu)

.

“Dan bagi kamu (suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu, jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta..

.

Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula seperempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak, maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah seperlapan dari harta..

.

…yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau seorang saudara perempuan (seibu), maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah seperenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada sepertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dan perempuan)

.

wasiat-wasiat tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudharat (kepada waris-waris)”

.

SURAH AL-NISA’ AYAT 176 (Bahagian adik-beradik kandung dan adik beradik sebapa)

.

“…yang tidak mempunyai anak dan dia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalkannya, dan dia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuan, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak.

.

Kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh simati.

.

Dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan.”

.

 

3) Mengenalpasti pemberian kepada Bukan Waris/Wakaf

 

Siapakah golongan Bukan Waris?

 

Bukan waris adalah individu yang tidak mendapat bahagian pusaka menurut pembahagian Faraid. Antaranya orang luar yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan, anak angkat, anak susuan, anak tidak sah taraf terhadap harta pusaka ayah zinanya, saudara bukan Islam dan sebagainya. Bukan waris juga merujuk kepada harta yang hendak diwakafkan dan disedekahkan ke jalan Allah.

 

Dalam Islam, pemberian harta pusaka untuk bukan waris dihadkan MAKSIMUM 1/3 daripada harta sahaja. Ini adalah berdasarkan hadis Rasullullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Saad Bin Abi Waqas. Beliau memohon untuk mewasiatkan keseluruhan hartanya, tetapi Rasullullah menegahnya walaupun sebanyak 2/3 bahagian. Akhirnya Rasullullah membenarkan beliau mewasiatkan sebanyak 1/3 daripada hartanya.

 

Baginda bersabda:

“Sesungguhnya kamu tinggalkan waris kamu itu kaya lebih baik daripada kamu tinggalkan mereka dalam kemiskinan.”

 

Pelaburan akhirat adalah pelaburan yang tidak akan rugi dan pahalanya akan kita peroleh berkekalan sehingga kiamat. Maka peruntukan untuk Bukan Waris perlu dikenalpasti untuk dimasukkan dalam perancangan pusaka.

 

4) Mengenalpasti Wasi/Pentadbir Harta

 

Siapakah Wasi?

 

Wasi adalah individu atau syarikat amanah yang diberikan tanggungjawab untuk menguruskan pentadbiran harta pusaka selepas kematian pemilik harta. Wasi mestilah dipilih dari kalangan individu atau syarikat yang dipercayai kerana tanggungjawab yang dipikul sangat besar.

 

Sebaiknya Wasi lantik semasa kita masih hidup. Perlantikan Wasi lazimnya dibuat menerusi dokumen Wasiat. Sekiranya kita meninggal tanpa membuat perlantikan tersebut, proses tuntutan akan menjadi lebih sukar. Waris harus sebulat suara melantik seseorang untuk menjadi Wasi. Nampak seperti mudah, tetapi dengan situasi perebutan harta, ditambah dengan komitmen masa dan wang, bukan mudah seseorang untuk bersetuju menjadi Wasi. Dan bukan mudah juga untuk waris lain kesemuanya bersetuju melantik seseorang individu itu sebagai Wasi.

 

Sekiranya anda mempunyai anak belum cukup umur yang di bawah umur 18 tahun, anda perlu kenalpasti penjaga amanah harta untuk mereka.  Ini kerana bahagian harta pusaka yang berhak mereka terima akan ditahan sehinggalah mereka cukup umur. Melalui Wasiyyah Shoppe, solusi yang ditawarkan ialah dengan membuat Hibah Amanah di mana bahagian anak tersebut akan diserahkan kepada individu yang diamanahkan untuk dibelanjakan ke arah kebajikan dan penjagaan hal ehwal mereka. Dengan ini, harta pusaka tersebut dapat dimanfaatkan segera.

.

 

Saya akui, bukan mudah untuk kita luangkan masa untuk lakukan 4 Langkah di atas. Ada sahaja yang nak ditangguhkan. Sebab itu, 4 langkah di atas adalah antara perkara yang saya akan guide through dalam membuat perancangan harta pusaka anda.

 

PM/Whatsapp saya, Ansari 019-7498210 untuk book masa appointment!

Kenapa Wasiyyah Shoppe Pakar Pewarisan Pusaka Pilihan

Kenapa Wasiyyah Shoppe Pakar Pewarisan Pusaka Pilihan

Sebagai pengguna, adalah suatu kebiasaan dan lumrah untuk membandingkan produk dan perkhidmatan sesebuah syarikat dengan syarikat yang lain. Wasiyyah Shoppe bukanlah satu-satunya syarikat yang menawarkan perkhidmatan perancangan pusaka di Malaysia. Ada beberapa syarikat lain yang sudah berpengalaman dalam bidang ini.

Namun perlu dinyatakan, produk yang ditawarkan memang berbeza. Wasiyyah Shoppe adalah antara syarikat yang paling terkehadapan, menawarkan produk dan perkhidmatan yang komprehensif dan menjadi pilihan saya dan ramai pengguna sebagai pakar dalam bidang pewarisan harta pusaka.

 

Kenapa Wasiyyah Shoppe menjadi pilihan:

 

1. Kes yang telah terbukti di Mahkamah.

Keberkesanan dokumen yg disediakan oleh Wasiyyah Shoppe telah terbukti berkesan di Mahkamah sejak tahun 2004 apabila kes2 pusaka dapat diselesaikan dalam tempoh purata antara 4 hingga 6 bulan sahaja.

.

2. Produk perancangan dan pengurusan harta pusaka Syariah paling komprehensif.

 

 

 

 

 

 

Dengan 14 jenis produk dan perkhidmatan, Wasiyyah Shoppe menawarkan produk dan perkhidmatan yg paling komprehensif di Malaysia. Hampir kesemua jenis aset boleh dirancang pewarisannya melalui Wasiyyah Shoppe malah melalui kerjasama strategik dengan syarikat amanah antarabangsa, pelanggan yg mempunyai aset di luar negara juga boleh merancang pewarisan aset mereka melalui Wasiyyah Shoppe.

.

3. Perkhidmatan pelanggan cemerlang yg memuaskan hati pelanggan dan waris.

hibah wasiyyah

 

 

 

Ramai waris dan pelanggan telah menikmati manfaat daripada perkhidmatan Wasiyyah Shoppe dan mereka telah berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan. Boleh rujuk testimoni di dalam laman web Wasiyyah Shoppe.

.

4. Perkhidmatan peribadi.

Wasiyyah Shoppe ialah satu-satunya organisasi di dalam industri yg memberikan perkhidmatan peribadi dengan berkunjung ke rumah bertemu waris pada bila-bila waktu sekalipun utk memberikan perundingan berkenaan pengurusan harta pusaka. Perunding juga dilantik di seluruh negara demi memberi pekhidmatan yg cemerlang.

.

5. Perkhidmatan yg tidak membebankan waris.

Hakikatnya di dalam industri hari ini, yuran pengurusan pusaka sehingga 5% dari nilaian harta pusaka yg dikenakan kepada waris adalah satu bebanan yg berat utk ditanggung. Oleh itu kesemua produk dan modul perkhidmatan Wasiyyah Shoppe telah dibentuk supaya waris menerima perkhidmatan pengurusan harta pusaka secara PERCUMA!

.

6. Organisasi yg berdaftar dgn Kerajaan.

Wasiyyah Shoppe berdaftar sebagai Francaisor dgn Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) di bawah Akta Francais 1998. Ini bermakna operasi Wasiyyah Shoppe dipantau dan dikawal sepenuhnya oleh Kerajaan sekaligus menambahkan keyakinan pelanggan.

.

7. Pakar menyediakan dokumen pengurusan harta

Kepakaran Wasiyyah Shoppe ialah di dalam penyediaan dokumen2 pengurusan harta seperti Hibah, Wasiat, Harta Sepencarian, Amanah dan proses tuntutan harta pusaka di Mahkamah Syariah, Pejabat Pesaka Kecil dan Mahkamah Tinggi Sivil dan semua agensi yg berkaitan utk mempercepatkan pengurusan tuntutan harta pusaka.

.

8. Organisasi yang beroperasi berlandaskan Syariah sepenuhnya.

Objektif kami adalah menegakkan Sunnah Rasulullah saw di dalam industri sebagai sasaran utama dan kerana itu segala operasi syarikat adalah mematuhi prinsip Syariah sepenuhnya seperti yang dipantau oleh Panel Syariah Wasiyyah Shoppe Berhad.

.

9. Organisasi milik penuh orang Islam.

Wasiyyah Shoppe adalah organisasi yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam sekaligus menjadikan misi dan perjuangannya jelas dan tepat.

.

.
Jika anda berhasrat untuk memastikan waris atau sesiapa sahaja yg anda ingini (seperti anak angkat, adik beradik, isteri2 atau sesiapa shj) mewarisi harta-harta tertentu seperti rumah, saham amanah, syarikat perniagaan atau apa sahaja bentuk harta mengikut formula yg anda kehendaki tetapi masih mengikut syarak…

Satu-satunya pilihan yang anda ada di Malaysia ialah melalui WASIYYAH SHOPPE BERHAD.

HUBUNGI saya untuk details lanjut!!