Hanya segelintir masyarakat kita yang peka dan sudah membuat perancangan harta. Berbeza dengan pandangan masyakarat, merancang harta bukanlah eksklusif kepada golongan berharta dan kaya sahaja. Mereka yang mempunyai hasrat untuk mewariskan harta kepada penerima tertentu haruslah merancang pembahagian harta semasa hidup lagi bagi memastikan hasratnya terlaksana.

Bergantung kepada siapa penerima dan berapa banyak harta yang hendak diwariskan, perancangan harta boleh dibuat dengan menggunakan instrumen Hibah atau Wasiat. Sekiranya tiada perancangan dibuat, harta peninggalan akan dibahagikan kepada waris-waris Faraid.

.

Harta KRITIKAL untuk dirancang -> Rumah

Antara harta yang WAJIB anda rancang ialah harta tidak alih seperti rumah kerana ia adalah keperluan asas hidup dan sukar untuk dibahagikan. Anda boleh hidup tanpa kereta dan barang kemas, tetapi semua orang perlukan rumah sebagai tempat berteduh. Sepertimana ungkapan “Rumahku Syurgaku“, rumah adalah tempat keluarga mencurahkan kasih sayang.

Nilai nostalgia sebuah rumah juga menjadikannya sesuatu yang sangat berharga. Lebih-lebih lagi bagi pasangan suami isteri yang berikhtiar bersama-sama mencari dan membeli rumah idaman, dan seterusnya hidup bertahun-tahun di rumah yang sama, pastilah nilai nostalgia rumah tersebut tidak ternilai dengan wang ringgit.

Dengan nilai sebegitu tinggi di hati, adakah anda sanggup melepaskan hak rumah itu begitu sahaja kepada waris Faraid yang lain?

Sedarkah anda.. Menurut Hukum Faraid, bahagian hak isteri (ada anak) adalah 1/8 daripada rumah kesayangan anda sahaja! Bayangkan rumah dibahagi 8, bahagian isteri anda mungkin hanya dapur sahaja! Ruangan rumah yang lain perlu diserah kepada waris yang lain. Sudah tentu hidup isteri dan anak akan berubah 180 darjah berbanding semasa suami masih hidup

Hibah rumah

Ilustrasi untuk Joint Loan rumah. Apabila suami meninggal, isteri hanya dapat 1/8 atau 12.5% sahaja daripada bahagian suami.

.

Anak baru 2 & 5 tahun apabila suami meninggal. Terpaksa menjual rumah dan urus prosedur apabila ibu mertua tuntut hak. Walaupun bahagiannya (1/8) lebih sedikit dari mertua (1/6)

Jalan TERAKHIR bahagikan Hak Rumah: JUAL

Apabila waris datang menuntut hak ke atas rumah, tidak praktikal rasanya jika anda hendak membahagikan hak mengikut ruangan fizikal rumah – seorang dapat dapur, ruang tamu,bilik dan sebagainya. Begitu juga jika mereka hendak menuntut hak dengan berkongsi tinggal bersama di rumah, tentunya akan ada rasa kurang selesa.

Setelah mengetahui hak Faraid masing-masing, waris boleh memilih untuk melakukan ‘takharuj‘, iaitu melepaskan hak Faraid mereka ke atas rumah tersebut. Mereka juga boleh memilih untuk ‘muafakat‘, iaitu para waris kesemuanya bersetuju sebulat suara dengan cara pembahagian mengikut formula yang tertentu.

Namun begitu, adakalanya perlepasan hak ataupun muafakat itu dipersetujui dengan syarat isteri itu memberikan balasan berbentuk pampasan wang. Jangan disangka pakcik berkopiah mahupun Datuk yang kaya dengan mudahnya akan melepaskan hak mereka.

Bukan sedikit nilai pampasan yang perlu diberi ganti, apatah lagi jika nilai yang dituntut haruslah setimpal dengan HARGA SEMASA rumah tersebut. Maka jika simpanan tidak mencukupi, jalan terakhir ialah dengan MENJUAL rumah tersebut. Apabila rumah telah dijual, maka anak dan isteri perlu mencari tempat tinggal yang baru pula.

Lebih perit ialah sebahagian nostalgia hidup bersama arwah akan hilang tanpa ganti.

.

Anda SAYANG keluarga?

Dasar dan sebab kita merancang ialah kerana sayangkan keluarga dan tidak mahu mereka menanggung beban yang berat sekiranya kita sudah tiada. Bagi yang hanya pentingkan diri, mereka menganggap kematian itu penutup tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Terpulanglah kepada waris yang hidup ini untuk menyambung hidup.

Untuk ketua keluarga yang bertanggungjawab yang nak pastikan isteri dan anak tak perlu lalui peristiwa getir seperti di atas, saya kongsikan cara dan solusinya, iaitu…

“HIBAHKAN RUMAH”

.

APA ITU HIBAH?

Diharap pembaca sudah faham kesannya jika Rumah tidak dibuat perancangan dan dibahagikan mengikut Faraid. Begitu juga dengan Wasiat. Jika anda menggunakan Wasiat untuk mewariskan rumah kepada waris faraid, anda harus tahu bahawa Wasiat akan terbatal sekiranya ada waris yang membantah.

Di sinilah datangnya peranan Hibah.

Hibah secara umumnya bermaksud akad pemberian milik sesuatu harta oleh pemilik harta semasa hidupnya secara sukarela dan tanpa mengharapkan balasan. Dalam bahasa lain, ia membawa maksud hadiah yang diberikan atas dasar kasih sayang.

Antara syarat hibah ialah harta yang hendak dihibahkan mestilah dimiliki sepenuhnya (pemilikan sempurna) oleh pemberi. Untuk rumah yang masih dalam pinjaman dengan bank, secara teknikalnya bank adalah pemilik bersama rumah anda. Maka mengikut kaedah asal hibah, rumah yang bercagar tidak boleh dihibah.

Namun begitu, ia menimbulkan isu serius dalam konteks masyarakat kita. Majoriti rakyat Malaysia membeli rumah dengan pinjaman bank untuk satu tempoh pinjaman yang panjang dan berakhir pada umur pencen. Sekiranya mereka terhalang untuk membuat hibah rumah, ada kemungkinan jumlah harta beku umat Islam akan terus meningkat.

Ada kah solusi yang praktikal untuk menyelesaikan isu ini?

.

HIBAH BERSYARAT RUMAH BERCAGAR (HBRB)

Syarat ‘pemilikan sempurna’ dipenuhi dengan syarat adanya JAMINAN hutang tersebut akan dilangsaikan setelah pemberi hibah meninggal dunia. Bentuk jaminan yang dibolehkan ialah seperti mengambil perlindungan Takaful sama ada MRTT atau MLTT ke atas pinjaman.

Maka apabila pemilik meninggal dunia, baki pinjaman tersebut akan dilangsaikan oleh syarikat Takaful dan waris tidak lagi terbeban untuk menanggung baki hutang yang ada.

KLIK SINI: Ruh Tergantung Akibat HUTANG
KLIK SINI: RM60 Bilion Harta Pusaka TERBIAR

.

HBRB WASIYYAH SHOPPE

Wasiyyah Shoppe adalah SATU-SATUNYA syarikat amanah di Malaysia yang menawarkan khidmat Hibah Bersyarat untuk Rumah Bercagar.

Walaupun keperluan membuat Hibah untuk Rumah Bercagar semakin kritikal, tetapi hanya Wasiyyah Shoppe yang menyediakan servis ini.

Anda mesti tertanya-tanya kenapa kan?

Setiap syarikat ada metodologi, pendekatan dan solusi tersendiri untuk menyelesaikan masalah pusaka dalam kalangan umat Islam di Malaysia. Bagi Wasiyyah Shoppe, solusi tersebut ialah dengan menggunakan Hibah. Produk HBRB adalah hasil daripada pengalaman dan geran penyelidikan berkaitan hibah harta bercagar yang diberikan kepada penyelidik UKM.

HBRB ada isu tersendiri, seperti yang dibincangkan di atas. Oleh itu, amatlah penting untuk memilih syarikat pewarisan pusaka yang berpengalaman jika hendak membuat dokumen HBRB. Sekiranya ada kelompongan dalam dokumen Hibah yang disediakan, HIBAH itu berisiko untuk TERBATAL apabila Hibah itu dibawa ke Mahkamah Syariah untuk disahkan.

Akibatnya akan ditanggung oleh waris penerima. Apabila Hibah terbatal, rumah itu akan kembali dibahagikan mengikut Hukum Faraid.

.

KEPAKARAN WASIYYAH SHOPPE TERBUKTI DENGAN..

>> Lebih dari 300 kes Pengesahan Hibah, dan kesemuanya berjaya disahkan di Mahkamah Syariah. Tiada syarikat lain yang mempunyai track record cemerlang seperti ini.

>> Pengalaman sejak tahun 2004 lagi dalam menyediakan dokumen pewarisan harta. Wasiyyah Shoppe merupakan pengeluar terbanyak dokumen Hibah di Malaysia.

>> Panel syariah terdiri daripada kalangan ilmuan dan practitioner yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran khusus dalam harta pusaka, termasuklah bekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.

Baca Lanjut: Kenapa Pilih Wasiyyah Shoppe

.

APA TUNGGU LAGI..

Menangguh untuk merancang pusaka berarti memperjudikan nasib anak dan isteri. Kita tidak tahu cabaran yang menanti mereka, terutamanya apabila berlaku perebutan harta. Nak permudahkan hidup mereka, atau macam mana?

Adik beradik arwah tiada hak ke atas. Nak halau ke macam mana?

.

Hubungi Saya

Boleh direct Whatsapp saya, Ansari di SINI , tak perlu save nombor. Atau boleh call 019-749 8210

Dapatkan Perkongsian dan Promosi Terbaru terus ke email anda

Sila semak email dan CONFIRM langganan. Terima kasih!

Share This

Share this post with your friends!