Hibah seringkali diterjemah kepada maksud ‘hadiah’. Sebagai contoh, kita hibahkan atau hadiahkan harta dan rumah kepada isteri dan anak-anak.

Bagaimana pula dengan memberi hadiah kepada cikgu sempena Hari Cikgu, adakah ini juga disebut sebagai Hibah?

Tidak sesuai, bukan? Kita tafsirkan pemberian seperti ini sebagai hadiah, bukannya Hibah.

Nampak sama, tapi tak serupa.

Apa yang membezakan keduanya ialah niat tindakan memberi itu dilakukan.

Hadiah diberi untuk memuliakan seseorang seperti cikgu tersebut manakala Hibah pula adalah pemberian atas dasar kasih sayang.

Hibah dari segi bahasa adalah suatu pemberian semasa hidup harta yang dimiliki oleh pemberi hibah kepada penerima secara sukarela dan tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Ada beberapa keyword penting dalam definisi hibah di atas yang menjadi teras perbezaaan antara hibah dan wasiat.

Selain hadiah, sedekah juga ada sedikit persamaan dengan hibah.

Dari segi tujuan, sedekah dilakukan bagi mengharapkan pahala dan keberkatan rezeki, bukan atas dasar kasih sayang.

Tidaklah kritikal untuk anda tahu perbezaan antara hibah, hadiah dan sedekah.

Namun menulis dari pengalaman, semakin lama dalam industri, semakin banyak bertembung dengan urusan prospek dan client yang menggunakan hibah untuk mencapai objektif yang tidak sepenuhnya atas dasar kasih sayang.

Niat di hati siapa yang tahu..

Dapatkan Perkongsian dan Promosi Terbaru terus ke email anda

Sila semak email dan CONFIRM langganan. Terima kasih!

Share This

Share this post with your friends!