Pada 13 Februari 2020, Mahkamah Persekutuan telah mengeluarkan keputusan kes perbicaraan permohonan pasangan suami isteri yang memohon untuk meletakkan nama suami itu dalam sijil lahir sebagai bapa kepada anak tak sah taraf mereka. Anak itu dikategorikan sebagai tak sah taraf kerana tempoh mengandung kurang daripada 6 bulan, iaitu 5 bulan 27 hari dari tarikh perkahwinan.   

Kes ini telah berlarutan lama. Sebelum ini Mahkamah Rayuan pada 25 Mei 2017 telah membenarkan semakan penghakiman dibuat untuk untuk mendesak Ketua Pengarah JPN menggantikan nama ‘Abdullah’ pada kanak-kanak itu dengan nama bapa kandungnya dalam sijil kelahiran.

Pada 25 Julai 2017 pula,  Mahkamah Rayuan memutuskan nama anak orang Islam yang dilahirkan luar nikah boleh ‘dibin atau dibinti’ nama bapanya, bukannya ‘Abdullah’. Alasan penghakiman ialah Ketua Pengarah JPN tidak terikat dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk memutuskan nama ‘dibin atau dibinti’ kepada anak luar nikah.

Perbicaraan Mahkamah Persekutuan yang terbaru ini ialah untuk menentukan sama ada tindakan Ketua Pengarah JPN mempunyai kuasa di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 untuk menyatakan ‘bin Abdullah’ dalam sijil kelahiran atau sepatutnya meletakkan nama bapa biologi bagi kes anak kelahiran luar nikah.

 

Akta S.13A

Akta ini membenarkan mana-mana bapa untuk meletakkan surname kepada anak, termasuklah untuk kes anak tidak sah taraf dan Islam/Bukan Islam.

Namun begitu, oleh kerana responden adalah Melayu Islam, maka pendaftaran di bawah S.13A tidak terpakai kerana responden tidak menggunakan surname. Tambahan lagi, pemakaian S.13A hanyalah memberikan pilihan dan bukanlah satu kewajipan mandatori kepada JPN. 

Mahkamah juga memutuskan responden tertakluk kepada undang-undang Islam di negeri Johor kerana mereka berkahwin dan bersalin anak ini di Johor.

S. 111 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003 tidak membenarkan anak tidak sah taraf dibinkan kepada bapa biologi. Oleh itu, tindakan JPN menolak tuntutan responden adalah selaras dengan enakmen ini.

Tindakan JPN yang bergantung kepada dua fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan adalah silap kerana bidangkuasa berkaitan Islam adalah di bawah kuasa negeri. Fatwa Kebangsaan hanyalah mengikat jika ianya digazetkan di negeri Johor. 

Dapatkan Perkongsian dan Promosi Terbaru terus ke email anda

Sila semak email dan CONFIRM langganan. Terima kasih!

Share This

Share this post with your friends!

× Berminat?