Peneroka FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah rancangan diusahakan sejak lebih 60 tahun lalu kerana wujud sekatan perundangan yang menghalang sebarang pindah milik harta terbabit kepada generasi kedua.

Ini berlaku kerana tanah FELDA tertakluk kepada Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1967, sekali gus menyebabkan statusnya berbeza dengan tanah biasa di bawah Kanun Tanah Negara.

Akta tanah GSA 1960

Sekatan kepentingan Akta GSA 1960 dalam geran

Ketika ini, 40 peratus daripada 112,635 peneroka FELDA di seluruh negara adalah peneroka asal dan daripada jumlah itu, hampir 79,000 adalah generasi kedua dan ketiga.

Sekatan aspek perundangan itu menyebabkan tiada sebarang urusan jual beli, pindah milik, gadaian, sewaan, hibah dan wasiat yang sah boleh dilakukan ke atas tanah itu, melainkan dengan persetujuan bertulis FELDA. Bagaimanapun setakat ini tiada kelulusan pernah dibenarkan.

Sekatan itu menyebabkan urusan pindah milik tanah FELDA kepada waris mereka semakin sukar, walaupun peneroka mempunyai geran hak milik selepas premium tanah dijelaskan sepenuhnya.

Berdasarkan rekod, sehingga 2016, hampir 85 peratus atau 92,595 peneroka sudah menerima geran hak milik.

Walaupun selepas menerima geran individu, tanah itu tetap tidak boleh dianggap milik mutlak peneroka yang boleh diwariskan secara langsung kepada generasi kedua FELDA.

“Keadaan ini berlaku kerana ada perjanjian di antara peneroka asal dan FELDA yang mengikat kedua-dua pihak, sekali gus menghalang milikan sempurna diberikan kepada peneroka terhadap tanah rancangan yang diusahakan

Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1967 yang menyekat milikan mutlak peneroka FELDA ke atas tanah rancangan yang diusahakan mereka, perlu dipinda segera selaras kehendak semasa.

Ketika ini sekiranya peneroka meninggal dunia, hanya dua waris boleh dilantik sebagai pentadbir untuk menguruskan harta berkenaan dan status mereka bukan pemilik aset terbabit.

“Status pentadbir ini tidak sama dengan pemilik tanah. Peranannya hanya mengurus harta berkenaan secara saksama di antara waris. Maksudnya hasil yang diperoleh wajib diagihkan kepada waris lain mengikut bahagian dipersetujui sama ada melalui sistem faraid atau muafakat.

Antara yang sering berlaku, ahli keluarga tidak dapat menyelesaikan proses bicara kuasa iaitu untuk melantik seorang daripada mereka sebagai pentadbir harta yang diberi kepercayaan untuk menguruskan perkara berkaitan pusaka termasuk tanah, pendapatan dan hutang.

“Keadaan ini selalu berlaku disebabkan ahli keluarga tiada persefahaman, enggan bertolak ansur dan tidak mempercayai waris lain,” katanya pada majlis itu, di sini, hari ini.

Dapatkan Perkongsian dan Promosi Terbaru terus ke email anda

Sila semak email dan CONFIRM langganan. Terima kasih!

Share This

Share this post with your friends!

× Berminat?