Cerai fasakh bermaksud membatalkan atau memutuskan ikatan yang wujud antara suami isteri, atau membatalkan akad perkahwinan dengan sebab kerosakan yang berlaku semasa akad perkahwinan itu atau dengan sebab-sebab mendatang yang menghalang perkahwinan itu daripada berkekalan.

 

Cerai Fasakh Mengikut Enakmen di Selangor

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor, memperuntukkan bahawa seorang perempuan berhak mendapat perintah untuk membubarkan perkahwinan (fasakh) atas satu alasan atau lebih daripada alasan berikut:

 

1. Tidak diketahui di mana suami berada selama tempoh lebih daripada SATU TAHUN.

2. Suami telah cuai atau telah tidak memberi nafkah selama tempoh TIGA BULAN.

3. Suami telah dihukum penjara selama tempoh TIGA TAHUN ATAU LEBIH.

4. Suami tidak memberikan nafkah batin (tanpa alasan yang munasabah) selama tempoh SATU TAHUN.

5. Suami telah MATI PUCUK pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk.

6. Suami telah gila selama tempoh 2 TAHUN atau sedang menghidap penyakit kusta atau vitiligo atau penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit.

7. Isteri, setelah dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sebelum mencapai umur 16 tahun, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur 18 tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya.

8. Suami MENGANIAYA ISTERI. Contohnya dalam keadaan berikut;

  • Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan kelakuan aniaya tersebut.
  • Berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan syarak.
  • Cuba memaksa isteri hidup secara lucah.
  • Melupuskan harta isteri atau melarang isteri daripada menggunakan haknya di sisi undang-undang terhadap harta tersebut.
  • Menghalang isteri daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agama.
  • Jika dia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak hukum syarak.

9. Walaupun empat bulan telah berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi atau oleh sebab suami sengaja enggan menyetubuhinya.

10. Isteri tidak mengizinkan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah sama ada kerana paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal atau lain2 hal yang diakui oleh hukun syarak.

11. Pada masa perkahwinan itu walaupun isteri berkebolehan memberi izin yang sah tetapi dia seorang yang sakit otak sama ada sekali-sekala atau berterusan dan sakit otaknya itu menjadikannya tidak layak untuk berkahwin.

12. Apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau fasakh di bawah hukum syarak.

 

Tulisan asal: Sahabat Mahkamat Syariah

Dapatkan Perkongsian dan Promosi Terbaru terus ke email anda

Sila semak email dan CONFIRM langganan. Terima kasih!

Share This

Share this post with your friends!

× Berminat?