Perintah Kawalan Pergerakan (Restricted Movement Order – ROM) telah dilaksanakan bermula pada 18 Mac yang lalu bagi mengawal penularan wabak COVID-19. Premis kerajaan dan swasta dipaksa tutup, dan hanya essential services yang dibenarkan beroperasi. Objektifnya adalah untuk ‘flatten the curve‘ kes positif COVID-19.

kawalan jarak covid 19

 

Pengamalan social-distancing sangat penting untuk mengelakkan jangkitan melalui sentuhan. Namun permulaannya agak mengecewakan apabila Terminal bas TBS dipenuhi pelajar IPT yang diarah mengosongkan asrama. Orang ramai pula beratur panjang di balai polis untuk menghantar borang memohon kebenaran memandu merentas negeri. Sangatlah bertentangan dengan arahan untuk #stayathome

Dengan perkembangan ini, saya sangsi ROM ini akan terhenti setakat dua minggu sahaja. Kemungkinan besar ia akan dipanjangkan lagi kerana sikap rakyat Malaysia yang tidak memandang serius kesannya.

 

Bisnes dan Staf Terjejas

Dari awal wabak lagi kedengaran berita industri penerbangan terjejas teruk. Staf dinasihatkan bercuti tanpa gaji untuk beberapa bulan. 

Industri lain juga turut terjejas apabila premis diarahkan tutup. Banyak syarikat dalam dilema kerana tidak mampu membayar gaji staf apabila jualan bakal merosot teruk.

Teringat saya membaca sebuah buku mengenai bisnes Alibaba.

Semasa nama Alibaba masih baru lagi dan belum menjadi mainstream, syarikat tersebut telah melalui peristiwa getir semasa SARS melanda pada tahun 2003. Pekerja-pekerja syarikat menjalani kuarantin di rumah masing-masing dan mereka bekerja dari rumah.

Namun dari sudut positifnya, peristiwa SARS adalah turning point bagi Alibaba. E-commerce yang semasa itu masih asing dalam kalangan rakyat China mula mendapat tempat. Ramai yang beralih ke platform Alibaba untuk mendapatkan barangan China. Pembekal China pula meningkatkan pelaburan dalam pemasaran online menerusi Alibaba.  

Industri pewarisan juga turut terjejas. Kami tidak dapat meneruskan appointment dengan prospek kerana tidak boleh keluar dari rumah.

Namun dari sudut positif, masa ini dapat dimanfaatkan untuk memantapkan pengetahuan tentang industri. Hampir setiap hari latihan dan perkongsian ilmu diadakan dengan menggunakan teknologi digital seperti aplikasi ‘Zoom’. Ini tidak dapat dilakukan sebelum wabak, kerana tenaga pengajar dan perunding sibuk dengan urusan-urusan lain.

Sebagaimana Alibaba, tekanan yang berpunca dari faktor luar kawal menjadi pemangkin untuk menggunakan teknologi sedia ada yang kurang dimanfaatkan sebelum ini. Mungkin lebih banyak aplikasi digital digunakan setelah wabak berakhir.

Bagaimana dengan anda… ada perubahan yang diperkenalkan oleh syarikat majikan?

 

Operasi Wasiyyah Shoppe

Mematuhi arahan kerajaan, ofis Wasiyyah Shoppe di Kota Damansara ditutup sepanjang tempoh kawalan. Namun begitu, operasi bisnes masih dapat diteruskan oleh staf yang bekerja dari rumah.

 

Bagi menjalankan tugasan saya sebagai perunding, konsultasi dan perbincangan tentang servis dan perancangan harta masih boleh dijalankan secara maya, melalui Whatsapp atau phone call. Kekangan untuk memenuhi appointment masih boleh diatasi dengan perbincangan menggunakan smartphone

 

Saranan untuk Prospek

Selain itu, prospek juga perlu menggunakan peluang ini untuk membuat keputusan tindakan.

Bagi para prospek yang saya pernah berhubung sebelum ini, bolehlah gunakan kesempatan ini untuk:

  • Berbincang dengan suami/isteri secara serius
  • Mengumpulkan dokumen yang diperlukan untuk mendaftar, jika sebelum ini sibuk dengan kerja
  • Menyediakan fail pusaka untuk mengumpulkan dokumen berkaitan harta yang dimiliki 

Kita semua sibuk.

Tetapi sesibuk mana pun, tariklah handbrake sebentar bagi menguruskan perancangan harta untuk pewarisan. Sayangkan harta yang dikumpul, ia akan ditinggalkan jua. Eloklah ia ditinggalkan dalam keadaan ia kekal memberikan manfaat kepada kita walau di alam barzakh.

Allahu musta’an.

Mudah-mudahan kita diselamatkan mengharungi wabak COVID-19 dengan jayanya.

Dapatkan Perkongsian dan Promosi Terbaru terus ke email anda

Sila semak email dan CONFIRM langganan. Terima kasih!

Share This

Share this post with your friends!

× Berminat?