Pengumuman Moratorium semalam disambut baik oleh masyarakat Malaysia. Moratorium adalah penangguhan bayaran ansuran pembiayaan/loan (bayaran pokok dan profit/faedah) untuk sesuatu jangka masa terhad. Tiada bayaran penalti atau denda dikenakan kerana tidak membayar ansuran.

Penangguhan ini akan memanjangkan tempoh pembiayaan atau sekiranya memilih untuk mengekalkan tempoh bayaran, komitmen bayaran bulanan akan dinaikkan.

 

Kita tak perlu pergi ke bank untuk apply sebab ianya berjalan secara automatik.

Ini adalah pembaikan daripada perlaksanaan moratorium sebelum ini di mana sesiapa yang mahukan  perlu memohon kepada bank. Sudah lah tu, kelulusan sebelum ini hanya diberikan kepada pemohon yang sah dijangkiti COVID-19 atau terkesan secara langsung seperti dibuang kerja dan sebagainya. 

 

Kelebihan Moratorium

Moratorium ini memberi penangguhan selama 6 bulan bagi pinjaman konvensional dan pembiayaan Islamik yang dibuat oleh individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Kriteria yang disyaratkan ialah pinjaman/pembiayaan tersebut tidak tertunggak melebihi 90 hari pada 1 April 2020. 

Hutang yang terlibat seperti pinjaman perumahan (housing loan), pinjaman kereta (hire purchase loan), pinjaman peribadi (personal loan) termasuk individu / SME semua pinjaman yang kita miliki, KECUALI kad kredit (credit card / Aeon credit) dan loan yang tertunggak lebih 90 hari.

Peminjam tidak perlu bayar ansuran bulanan selama 6 bulan ini iaitu bermula dari 1 April (1/4/2020) sehingga 1 September (1/9/2020).

Bagaimanapun, penangguhan ini tidak dilaksanakan untuk hutang kad kredit. Ada penawaran lain yang disediakan.

Sekiranya pemegang kad kredit tidak dapat membayar baki minimum selama 3 bulan terakhir berturut-turut, pengeluar kad kredit akan menukarkan baki tertunggak tersebut kepada bentuk pinjaman bertempoh tidak melebihi 3 tahun dengan faedah efektif tidak melebihi 13% setahun.

 

Bank yang Terlibat

Semua bank berlesen dan institusi kewangan pembangunan (IKP) yang di kawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Setakat saya menulis, sebahagian besar bank sudah memberikan memo kebenaran penangguhan dibuat. 

Antara moratorium daripada bank-bank terlibat yang dikeluarkan:  

Ada Interest yang Dikenakan?

Untuk pinjaman konvensional, faedah akan dikenakan ke atas baki tertunggak (pinjaman pokok dan compounded interest) semasa tempoh moratorium.

Untuk pembiayaan Islamik, profit bank dikenakan ke atas baki pembiayaan pokok, tetapi ia tidak compounded.

 

 

Kesan Jika Terima Penangguhan

Sekiranya moratorium dipersetujui, kesannya ialah jumlah baki pinjaman/pembiayaan yang perlu dibayar akan bertambah, kerana tempoh penangguhan 6 bulan ini tidak dikecualikan faedah/profit bank. Bank akan mendapat untung tambahan ke atas kontrak pinjaman/pembiayaan sedia ada.   

Namun begitu, nilai kesan itu tidaklah besar. Lebih-lebih lagi bagi tempoh pembiayaan yang masih panjang, sangat sedikit bezanya ansuran bulanan yang perlu dibayar berbanding sebelum penangguhan.  

Kelulusan Moratorium ini juga memberi indikasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ancaman COVID-19 yang akan berpanjangan. Ekonomi negara dan rakyat keseluruhannya akan terjejas. Banyak bisnes terpaksa tutup, dan ramai yang akan kehilangan kerja.

Oleh demikian, penangguhan ini sewajarnya digunakan untuk kita membina simpanan tunai (cash reserve) bagi menghadapi masa sukar yang mendatang, tidak lama lagi. Berhati-hati menambah aset tidak liquid seperti rumah semasa ini, melainkan keadaan kewangan anda sangat stabil. Prioriti utama sekarang ini adalah menjaga aliran tunai, atau cash flow.

Segala perbelanjaan perlu dikawal secara cermat.

Seperti yang selalu disarankan oleh perancang kewangan, simpanan tunai dinasihatkan sekurang-kurangnya boleh menampung perbelanjaan selama 6 bulan. Sekiranya tidak mencukupi, tiba masanya untuk anda downgrade gaya hidup setara dengan pendapatan.

Jangan terlalu gembira untuk menggunakan wang terkumpul ini untuk berseronok. Sebaiknya wang itu jangan diusik untuk perbelanjaan tidak perlu. Jadikannya sebagai emergency fund kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku selepas 6 bulan nanti.

Ini juga masanya untuk kita strukturkan semula hutang-hutang yang ada. Jika hendak kurangkan komitmen kad kredit, boleh lakukan ‘balance transfer‘. Pucuk pangkalnya, hutang wajib dibayar.

Berbalik kepada moratorium, saranan saya ialah untuk anda bersetuju dengan penangguhan bayaran tersebut. Usah terlalu memikirkan tentang pertambahan baki pembiayaan, kerana ianya tidak signifikan pada jangka masa panjang.

Dapatkan Perkongsian dan Promosi Terbaru terus ke email anda

Sila semak email dan CONFIRM langganan. Terima kasih!

Share This

Share this post with your friends!

× Berminat?