Ramai orang bekerja keras mengumpulkan harta semasa hidup, namun harta itu hanya kekal miliknya di dunia, dan tidak dibawa bersama-sama ke kubur. Harta pusaka yang ditinggalkan boleh menjadi bekalan bagi waris untuk meneruskan kehidupan, namun yang dibimbangkan ia boleh pula menjadi punca perebutan dan renggangnya hubungan kekeluargaan.

Keadaan mana yang akan terjadi kepada anak dan isteri tidak boleh kita jamin kerana sifat manusia boleh berubah. Namun sekiranya kita telah membuat perancangan harta semasa hidup seperti membuat Hibah, risiko perebutan harta dapat diminimumkan. Kebajikan waris terdekat juga lebih terjamin.  

Berikut saya harap dapat menjawab tujuh persoalan asas yang perlu difahami tentang Hibah, dan menjadi titik tolak untuk anda merancang harta sebelum terlambat.  

 

Kenapa Perlu Buat Hibah?

Hibah adalah produk perancangan harta, kebiasaannya dibuat bertujuan untuk mewariskan harta kepada penerima selepas pemilik harta meninggal dunia. Pemilik harta yang membuat Hibah Bersyarat secara teknikalnya telah menyerahkan harta itu kepada penerima semasa hidup lagi, tetapi proses turunmilik nama di geran ditangguhkan sehingga selepas pemberi Hibah meninggal dunia. 

Hibah Bersyarat menyelesaikan kegusaran ibu bapa yang ingin menghadiahkan rumah kepada anak, tetapi bimbang anak akan menghalau mereka atau menjual rumah tersebut selepas namanya telah bertukar di geran.

Tanggang

 

Selain itu, Hibah menjadi jalan penyelesaian yang efektif untuk merungkai masalah perebutan harta pusaka dan melaksanakan hasrat pemilik harta untuk beramal jariah. Peranan Hibah sebagai instrumen perancangan adalah untuk:

 

Mengelakkan Perebutan Harta Pusaka

👍 Memastikan isteri dan anak-anak terjamin tempat berteduh, tidak perlu menjual rumah atau membayar bahagian rumah yang setimpal dengan nilai semasa kepada waris yang lain.

👍 Sebagai langkah pencegahan, walaupun semasa hidup semua waris berbaik tiada masalah. “Prepare for the worst, Hope for the best”

👍 Bimbang masalah harta pusaka menjadi sebab renggangnya hubungan mertua dan ipar.

👍 Sudah ada bibit pergaduhan untuk merebut harta semasa hidup lagi.

👍 Isu pusaka keluarga tidak selesai bertahun-tahun lamanya kerana tidak sepakat. Tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada keluarga kecilnya.

 

Mendapatkan Pahala Berterusan Dari Harta Yang Ditinggalkan

👍 Mewariskan harta untuk kegunaan wakaf, institusi, atau tahfiz selepas meninggal dunia.

👍 Rancang pembahagian harta kepada anak-anak dan dengannya, mengharapkan anak-anak itu mendoakan kesejahteraannya.

👍 Ingin meninggalkan legasi berterusan dengan memastikan syarikat miliknya dapat terus beroperasi dengan baik selepas ketiadaannya. Banyak syarikat yang mati kerana waris tidak berkebolehan mengurusnya.

 

Apakah Perbezaan Antara Hibah dan Wasiat?

Dokumen Hibah dan Wasiat ada peranan dan skopnya yang berbeza. Secara ringkas:

➡️ Hibah adalah pemberian harta semasa hidup, tiada had berapa banyak dan boleh diberikan kepada sesiapa sahaja.

➡️ Wasiat adalah pemberian harta selepas meninggal dunia, khusus untuk mewariskan harta kepada BUKAN WARIS FARAID, dan terhad 1/3 harta. Jika ditujukan kepada waris, Wasiat boleh terbatal jika ada waris lain yang tidak bersetuju.

Artikel ‘Tiga Salah Faham Tentang Wasiat’ menjelaskan lebih lanjut kekeliruan lazim masyarakat berkenaan wasiat.

Kalau anda seperti kebanyakan pemilik harta yang lain yang ingin mewariskan harta kepada anak dan isteri, buatlah Hibah.

 

Di Mana Letaknya Hibah Dalam Hierarki Pengurusan Pusaka?

Bahagian ini penting untuk anda fahami. Hierarki ini menentukan bagaimana pentadbir harta akan membahagikan harta pusaka arwah mengikut turutan yang telah ditetapkan.

turutan hibah

HIBAH terletak di PRIORITI TERATAS bersama-sama dengan Waqaf dan Amanah. Apabila seseorang itu meninggal dunia,  perkara pertama yang perlu dikenal pasti oleh pentadbir harta ialah samada arwah pernah membuat hibah, waqaf atau amanah semasa hidupnya.

Sekiranya arwah pernah membuat Hibah, harta yang dihibah akan diasingkan terlebih dahulu. TIDAK tertakluk untuk digunakan bagi turutan seterusnya iaitu menyelesaikan hutang arwah, wasiat atau Faraid. 

Di sinilah juga letaknya perbezaan besar antara Hibah dan Wasiat. WASIAT adalah pemberian selepas meninggal dunia, maka kedudukannya adalah yang TERAKHIR sebelum dibahagikan mengikut Faraid. 

 

Siapakah Golongan KRITIKAL Untuk Buat Hibah?

Semua orang boleh merancang harta dengan Hibah. Tetapi bagi golongan kritikal berikut, implikasi kepada waris lebih besar sekiranya tiada perancangan dibuat. Golongan ini dinilai kritikal berdasarkan struktur Faraid mereka.

golongan penting hibah

Pasangan Suami Isteri:

➡️ Pasangan yang ada anak perempuan sahaja.

➡️ Pasangan yang belum mempunyai anak.

➡️ Pasangan yang mengambil anak angkat.

➡️ Isteri yang mempunyai suami berpoligami.

➡️ Pasangan yang ada anak lelaki dan perempuan, tetapi berhasrat untuk sama ratakan bahagian.

➡️ Pasangan yang mempunyai anak kelainan upaya (OKU)

➡️ Membeli rumah dengan nama bersama

 

Juga untuk individu.. :

➡️ Lelaki yang berkahwin dengan isteri yang jauh lebih muda, dan sebaliknya.

➡️ Bujang, belum berkahwin

 

Apakah Jenis Harta Yang Boleh Dihibah?

Hibah yang sah mestilah sempurna dan menepati rukun-rukun dan syaratnya. Antara rukun Hibah ialah harta yang dihibah mesti menepati syaratnya seperti halal, milik pemberi hibah, mempunyai nilai di sisi syarak, boleh diserah milikkan, sudah wujud semasa dihibahkan dan tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh dipisahkan.  

Kebanyakan jenis harta boleh dihibahkan, contohnya seperti rumah, tanah, perniagaan/saham syarikat, kereta, barang kemas, Tabung Haji, Unit Amanah, saham koperasi, dan sebagainya.  

Rumah yang masih dalam pinjaman dengan bank atau LPPSA boleh dihibah. Rumah adalah harta kritikal untuk dihibah kerana bernilai tinggi dan sukar dibahagikan. Takkanlah nak bahagi-bahagikan dapur, ruang tamu, bilik kepada waris kan?

Jenis harta yang tidak boleh diHibah ialah seperti KWSP, pencen terbitan, ganjaran terbitan, harta yang tidak patuh syariah seperti insurans, harta milik orang lain, hutang dan sebagainya.

 

Bila Deadline Untuk Buat Hibah?

Hibah boleh dibuat selagi masih hidup, dan waras.

Dari segi kesihatan, pemilik harta yang dalam kondisi Mardhatul Maut, iaitu sakit kronik yang boleh membawa kepada kematian tidak lagi boleh membuat Hibah. Contohnya seperti pesakit kanser tahap empat, dalam keadaan terbaring atau vegetative state dan sebagainya.

Deadline yang paling ditakuti ialah Mati. Sebab mati boleh datang tanpa adanya petanda, contohnya mati dalam kemalangan.

 

Berapa Kos Untuk Buat Hibah?

Saya kira ini persoalan yang sering menjadi tanda tanya.

Namun sebelum itu, izinkan saya jelaskan bagaimana produk servis kami berbeza dengan syarikat atau peguam lain.

Pelbagai pihak menawarkan servis penyediaan dokumen Hibah. Walaupun nama dokumennya sama, iaitu Hibah, tetapi isi kandungan dokumen yang ditawarkan oleh setiap pihak tidak serupa. Perbezaannya boleh menjadi ketara, namun tidak saya terangkan di sini kerana sangat teknikal untuk dijelaskan.

Implikasinya juga besar.

Sekiranya dokumen hibah yang disediakan didapati TIDAK SEMPURNA rukun dan syaratnya, maka hibah yang dibuat berisiko terbatal apabila ia dibicarakan di Mahkamah Syariah untuk mendapatkan pengesahan hibah

Wasiyyah Shoppe Berhad telah melalui lebih 300 kes pengesahan Hibah yang semuanya berjaya dipertahankan, rekod yang tidak tercapai oleh syarikat lain. Prioriti WSB ialah untuk memastikan dokumen Hibah yang disediakan sentiasa kukuh walau dipertikai.

 

Untuk mengekalkan tahap ini, WSB mengeluarkan peruntukan besar untuk menjalankan penyelidikan berterusan dan melantik panel penasihat yang berpengalaman luas. Kos pembangunan produk yang tinggi, maka nilai yang dibayar oleh pelanggan setara dengan tahap mutu perkhidmatan WSB. 

 

Bagi menjawab persoalan harga, kos penyediaan hibah Wasiyyah Shoppe dari RM1,600 sahaja.

Harga yang berpatutan, untuk sebuah ketenangan.

.

Harapnya persoalan tentang Hibah telah terjawab. Namun faham sahaja tidak mengubah nasib waris terdekat. Tindakan yang membezakan. Buatlah hibah sekarang, ingat deadline di atas!

 

Untuk details tentang hibah atau mendaftar, boleh terus Whatsapp saya Ansari di 019-749 8210 atau KLIK SINI :)

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This