Pengurusan harta pusaka dan perancangan pewarisan harta melibatkan pematuhan dan perlaksanaan undang-undang. Maka tidak hairanlah sesekali saya ditanya samada saya sebagai perunding harta pusaka dan juga berlatarbelakangkan peguam.  

Terus terang, saya bukan peguam. Latar belakang akademik saya dalam bidang kejuruteraan dan data sains. Dalam kerjaya, sudah beberapa tahun berkecimpung dalam bidang kewangan.

Tetapi ia tidak menjadikan saya tidak layak menjadi perunding harta pusaka. Malah ramai dalam kalangan perunding yang datang dari pelbagai latar belakang!

Walaupun bukan peguam, perunding perlu memahami akta berkaitan harta yang hendak diwariskan, carta alir pengurusan pusaka di Malaysia, dan bidang kuasa Mahkamah Sivil serta Mahkamah Syariah yang berkait dengan harta pusaka. 

Pengetahuan tersebut diperoleh daripada latihan dan seminar yang dijalankan oleh syarikat dan pembelajaran kendiri dari sumber luar. Malah secara peribadinya saya banyak merujuk bahan bacaan buku dan jurnal.

Bukan perkara mudah untuk dikuasai, dan perlu kepada dedikasi. Ia melibatkan banyak aspek undang-undang sivil dan syariah, di samping perlu juga memahami teknikaliti hibah bersyarat yang dibolehkan. 

 

Konsultan, atau jurujual?

Namun begitu, tidak semua perunding serupa.

Tidak dinafikan, terdapat juga perunding yang menjadi seperti jurujual – hanya mengetahui perkara minimal tentang produk yang dijual. 

Dalam industri lain pun tidak berbeza. Contohnya seperti penjual kereta. 

Ada penjual kereta yang mengetahui luar dalam spesifikasi kereta. Ada pula yang dapat menjual dengan berbekalkan ayat manis. 

Dari segi kualiti produk, umumnya tidak berbeza untuk jenis kereta yang sama. Kereta dibina oleh kilang dan bukannya penjual kereta. Pelanggan yang membeli dari mana-mana jenis penjual pun akan mendapat kereta dari kilang yang sama. 

Walau bagaimanapun, mungkin kereta yang disarankan jenis yang berbeza. Antara jurujual dan konsultan, terdapat perbezaan dari sudut khidmat nasihat dan membantu pelanggan membuat keputusan yang tepat.

Penjual yang bertindak sebagai konsultan memberikan nilai tambah dengan membuat diagnosis keperluan pelanggan terlebih dahulu, sebelum memberikan saranan berdasarkan pengetahuannya kereta yang menepati keperluan pelanggan. 

Boleh jadi setelah diteliti keperluannya, kereta B didapati lebih sesuai berbanding kereta A. 

Berbalik kepada persoalan asal, penjual yang menguasai pengetahuan teknikal kereta tidak semestinya berlatarbelakangkan jurutera automotif. Tetapi dia dapat menerangkan kepada pelanggan spesifikasi kereta tersebut dan dapat memberikan konsultasi yang berkesan hasil dari latihan dan pembelajaran

Sepertimana juga perunding harta pusaka.

Tidak semestinya perlu datang dari latar belakang peguam baru dapat memberikan konsultasi yang bermanfaat kepada klien.

Tidak kira latar belakang, asalkan saranan yang diberikan berasaskan pengetahuan dan bonus jika ada pengalaman peribadi.

Oleh sedemikian, sekiranya anda ada keraguan kerana saya bukan peguam, harap penulisan ini dapat menjernihkan kefahaman.

Jika nak jadi perunding harta pusaka dari latar belakang apa pun, boleh hubungi saya.  

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This