Kesedaran untuk menghibahkan harta semasa hidup semakin meluas dalam masyarakat. Banyak persoalan kes berkaitan pewarisan harta dan pusaka yang timbul dan dijawab sendiri oleh netizen.
Langkah seterusnya ialah untuk mendapatkan khidmat servis penyediaan dokumen hibah yang bersesuaian dan menepati kriteria.
Dalam satu group facebook guaman, seorang netizen membangkitkan soalan mengenai hasil dokumen hibah yang disediakan oleh penyedia-penyedia perkhidmatan, iaitu peguam, syarikat amanah Wasiyyah Shoppe, atau syarikat-syarikat perkhidmatan pusaka yang lain.
Soalannya berbunyi:
Adakah hasil dokumen hibah yang dibuat oleh penyedia servis semuanya SAMA?
Terkejut saya apabila seorang peguam menjawab, sama sahaja!
Isi Kandungan dan Klausa Tak Sama!
Walaupun muka depan dokumen ditulis sebagai ‘hibah’, namun yang menjadi penentu sesuatu itu SAH sebagai Hibah adalah isi kandungannya.
Ada yang buat hibah, tapi isi kandungan mirip wasiat — Adakah ia Hibah atau Wasiat?
Isi kandungan dan klausa yang terkandung juga menentukan implikasi terhadap harta yang dihibah. Begitu juga hak pemberi dan penerima setelah hibah termeterai.
Ada yang buat Hibah Mutlak.
Ada yang buat Hibah Bersyarat.
Ada pula Hibah Amanah.
Dari jenis-jenis Hibah saja pun dah pelbagai, apatah lagi klausa yang ditulis.
Bagaimana boleh dikatakan sama saja Hibah yang dibuat?
Hasrat dan Situasi Klien Tak Sama
Penyediaan Hibah yang terbaik mestilah memenuhi rukun dan syarat Hibah DAN menepati keperluan dan kebajikan klien.
Hibah Mutlak lebih simple dan straight forward.
Tetapi kebajikan penghibah dapat dipelihara dengan Hibah Bersyarat yang lebih kompleks dan perlukan kepakaran mendalam lagi dari penyedia perkhidmatan.
Penyedia bukan sahaja perlu tahu undang-undang berkaitan, tetapi juga perlu fahami teknikaliti hibah, dan mampu menghujahkannya dari sudut syariah, amalan dan penghujahan kes-kes terdahulu.
Jika tidak, bagaimana hendak pastikan hasil dokumen yang dikeluarkan itu dapat dipertahankan di Mahkamah?
Adakah pengetahuan hibah dan pengalaman bicara di Mahkamah SAMA sahaja bagi kesemua peguam dan syarikat pusaka?
Klausa dalam dokumen Hibah yang dirangka adalah refleksi kepada kefahaman peguam/syarikat dan pengalaman mereka mendapatkan pengesahan hibah, sekiranya ada.
Kalau saya, saya lebih yakin memilih penyedia servis yang mana fokus perkhidmatannya hanya khusus dalam hibah dan pewarisan harta.
Berbanding apabila hibah hanyalah job sampingan peguam/syarikat berkenaan.
Perbezaan Pengalaman dan Fokus Industri
Pengalaman industri dan kestabilan syarikat bertapak sekian lama juga adalah testimoni keberkesanan servis yang disediakan.
Wasiyyah Shoppe sudah beroperasi sejak tahun 2004 lagi.
Hampir 2 dekad!
Satu pencapaian yang releven yang perlu saya kongsikan juga ialah kejayaan tanpa kalah Wasiyyah Shoppe mendapatkan pengesahan Hibah di Mahkamah Syariah.
Bukan satu dua, atau sepuluh kes.
Tetapi lebih dari 300 KES PENGESAHAN HIBAH!
Kesinambungan Perkhidmatan
Berkait dengan kestabilan penyedia, ialah satu faktor kritikal yang seringkali kurang diambil berat; iaitu adakah syarikat/peguam itu akan wujud lagi semasa perlaksanaan turunmilik harta yang dihibah dijalankan.
Merancang pewarisan harta adalah satu tindakan jangka masa panjang. Kesannya bukan kita nampak terus pada hari ini.
Panjang umur, mungkin berpuluh tahun lagi. Pada saat itu, pelbagai perkara boleh berubah.
Firma peguam yang menyediakan dokumen hibah anda hari ini boleh ditutup operasi.
Peguam yang memberikan perkhidmatan mungkin telah meninggalkan profesyen guaman.
Mungkin juga telah menemui ajal..
Siapa yang boleh waris anda rujuk untuk mendapatkan khidmat nasihat dan servis nanti?
Semua manusia akan mati.
Syarikat ataupun firma peguam pun boleh tutup dan mungkin tidak bertahan lama — tiada halangan besar ke atas pemiliknya untuk menutup operasi dari sudut undang-undang.
Tetapi berlainan bagi entiti berstatus syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe Berhad.
Keistimewaan berurusan dengan syarikat amanah ialah kesinambungan perkhidmatan klien terjamin kerana syarikat amanah tidak sewenang-wenangnya boleh ditutup sepertimana menurut Akta Syarikat Amanah 1949 (Akta 100).
Undang-undang memastikan amanah klien terus terpelihara.
Alang-alang nak buat hibah, pilihlah yang lebih terjamin untuk kekal lama!
Kesimpulan: Adakah Sama Semua Hibah?
Pastinya TIDAK.
Pengalaman dan kefahaman penulis tidak serupa. Pastinya hasil dokumen Hibah dan kandungan klausa juga berbeza.
Dengan berfikir lebih jauh lagi, pertimbangkan juga bagaimana harta hibah itu akan diturunmilik kepada penerima nanti..
Adakah urusan waris akan dipermudahkan kerana tindakan awal penghibah, atau mereka mungkin terkontang kanting mencari rujukan guaman yang telah tiada, pada kemudian hari?
Untuk Hibahkan Harta dengan Wasiyyah Shoppe, sila Whatsapp saya Ansari 019-749 8210
- Punca Banyaknya Tanah Pusaka Terbiar di Malaysia - November 28, 2023
- Sah ke Hibah Signing Menggunakan Apps? - November 14, 2023
- Meninggal Dunia Tanpa Wasiat Boleh Menyukarkan Proses Pentadbiran Pusaka - November 7, 2023