Pandemik COVID telah banyak menjejaskan ekonomi dan perjalanan aktiviti bisnes. Sebagai perunding hibah pusaka, kesannya saya terpaksa mengehadkan pergerakan fizikal bagi konsultasi klien dan akad Hibah signing bagi mengekang penularan wabak.

Namun dari sudut positif, efek pandemik dan sekatan PKP telah ‘memaksa’ syarikat untuk mengadaptasi kaedah digital, disebabkan kekangan untuk melaksanakan prosedur menerusi kaedah konvensional secara face-to-face.

Sejurus itu, sejak tahun lepas lagi Wasiyyah Shoppe telah memperkenalkan akad Hibah secara online. Pada masa ini, syarikat menggunakan aplikasi Zoom untuk video conference akad. 

Ini adalah suatu inovasi yang membolehkan urusan hibah dapat dilaksanakan meskipun berjarak jauh

 

Pemberi, penerima dan saksi boleh berada di rumah masing-masing di berlainan negeri (malah berlainan negara) dan masih boleh melaksanakan akad Hibah secara sah.

 

Jika anda masih tertanya mengapa saya katakan ia suatu inovasi, teruskan membaca.

 

Transformasi Digital

Transformasi ke arah digital bukanlah perkara baru, namun aplikasinya di Malaysia agak perlahan. Misalnya, aplikasi video conference telah lama pun wujud, tetapi kurang digunapakai oleh masyarakat umum.  

Pandemik ini mempercepatkan perubahan digital kerana terpaksa. Terhalang untuk berjumpa secara fizikal dan terpaksa mengurangkan staf yang bekerja di ofis.  

Bagaimanapun, arah tujuannya selari kerana kita memang pun sedang memacu ke arah Revolusi Industri 4.0. 

 

Inovasi Akad Hibah Atas Talian

Mengapa saya sebutkan akad Hibah atas talian sebagai suatu inovasi dalam perancangan pewarisan?

Hibah signing adalah prosedur penting sebagai pembuktian hibah telah dijalankan.

Dokumen Hibah dan akad yang dibuat wajib perlu selari dengan syariah, undang-undang harta dan diterima oleh Mahkamah.

Isu boleh timbul antaranya apabila:

 

  • Integriti rakaman video akad atas talian itu dipersoalkan, sehingga rukun dan syarat Hibah boleh dipertikai

 

  • Akad Hibah yang dibuat dengan kaedah ini mestilah dipastikan dapat diterima oleh Hakim Mahkamah, untuk mengelakkan timbulnya isu untuk mendapatkan pengesahan Hibah

 

Oleh sedemikian, pengenalan akad Hibah Online tidak boleh dibuat dengan semberono begitu sahaja, tanpa memastikan kesahan hibah tidak terjejas. 

Wasiyyah Shoppe bertanggungjawab memastikan hibah yang dibuat dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan oleh klien. 

Maka sebelum memperkenalkan pilihan akad Hibah atas talian kepada klien, panel Wasiyyah Shoppe yang terdiri dari pelbagai bidang spesifik telah berbincang secara intensif dari segi praktikaliti ia dibuat.  

Sepengetahuan saya, akad Hibah Online adalah prosedur baru yang tidak pernah atau jarang dibuat dalam industri hibah pusaka.

Sebab itulah ia suatu inovasi dalam pewarisan! 

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This