Industri kewangan digital giat berkembang di Malaysia. Kebanyakan masyarakat sudah selesa membuat transaksi atas talian, menggunakan e-banking, payment gateway malah membayar dengan e-wallet. Satu lagi inovasi penting yang bakal merubah industri adalah pengenalan bank digital. 

Bank digital merupakan produk servis yang bakal menjadi disrupter dalam industri kewangan.

Disrupter adalah lingo bisnes yang merujuk kepada produk atau servis yang secara signifikan mengubah cara hidup masyarakat. Wujudnya produk itu memberi impak yang besar kepada gaya hidup kita.  

Contoh disrupter dalam industri pewarisan adalah hibah harta bercagar yang dipelopori oleh Wasiyyah Shoppe. Sebelum itu, jarang sekali ada syarikat yang menyediakan servis membuat dokumentasi hibah untuk harta atau rumah yang masih dalam pinjaman. Malah semasa ia diperkenalkan pun tidak kurang kritikan diterima. Namun lihat bagaimana ia berkembang sekarang ini.

Itu sebagai contoh ya.    

 

Pengenalan Kepada Bank Digital

Bank digital bakal merubah perkhidmatan perbankan di Malaysia. Kalau sekarang ini ada urusan perbankan yang memerlukan kita pergi ke cawangan bank, bagi bank digital nanti semua urusan dilakukan secara atas talian atau menggunakan apps. 

Bank digital tidak mempunyai cawangan bank secara fizikal untuk perkhidmatan pelanggan kerana kesemua komunikasi dan servis dijalankan secara online. Efeknya, kos operasi dapat dijimatkan. Penjimatan tersebut seterusnya dipindahkan kepada pelanggan… harap-harapnya lah.

Penggunaan teknologi digital sepenuhnya akan membolehkan data pelanggan diurus secara sistematik. Ini akan membolehkan aplikasi big data, artifical intelligence, cloud dan automasi dilakukan dengan efisyen.

 

Apa manfaatnya kepada pengguna?

Pengguna akan mendapat manfaat dari segi pembaikan customer service dan experience dalam perkhidmatan bank. Contohnya seperti penawaran pakej, kadar faedah lebih rendah, kemudahan kredit dan promosi dapat dipersonalized kepada setiap pelanggan. 

Bagaimanapun, manfaat ini sekadar jangkaan. Manfaat yang ditawarkan bergantung kepada penyedia servis yang berjaya nanti. 

 

Bila Bank Digital Akan Diperkenalkan?

Banyak negara di Asia telah memulakan usaha memperkenalkan bank digital, selaras dengan meningkatnya penggunaan transaksi perbankan secara digital berikutan pandemik COVID-19.

Di negara kita, pihak yang hendak membuka bank digital perlu mendapatkan lesen dari Bank Negara Malaysia. Hanya lima lesen dibuka untuk direbutkan, dan permohonan tersebut baru sahaja ditutup pada 30 Jun 2021 yang lalu.

Boleh tahan sambutan yang diterima. Mereka nampak potensi besar bank digital pada masa hadapan.

Sebanyak 29 permohonan diterima oleh BNM. Pemohon terdiri daripada pelbagai industri; bank, konglomerat industri, firma teknologi, penyedia perkhidmatan e-dagang, syarikat Fintech, koperasi dan beberapa kerajaan negeri.

Kita mengharapkan ada beberapa pemohon yang menawarkan perkhidmatan perbankan Islam yang berjaya mendapat lesen tersebut.

Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan pada suku pertama tahun depan, menjawab persoalan bila bank digital dijangka akan mula beroperasi. 

 

Segmen Pasaran Bank Digital

Bank digital tidak menyasarkan kepada kesemua segmen masyarakat sepertimana bank biasa, tetapi dikhususkan kepada segmen pasaran mikro yang spesifik dan yang ‘tercicir’ daripada mendapatkan manfaat perbankan biasa; contohnya seperti golongan B40, usahawan kecil, syarikat-syarikat SME, pekerja gig dan penduduk pedalaman.

SME menghadapi kesukaran untuk mendapatkan loan dari perbankan biasa disebabkan oleh credit score yang rendah dan tempoh proses permohonan yang panjang. Dengan menggunakan machine learning dan data analitik, pihak bank dapat membuat penilaian kredit dengan lebih tepat dan mempercepatkan keputusan untuk meluluskan pembiayaan. 

Pekerja gig atau freelancer seperti Foodpanda atau Grab menggunakan model operasi yang berbeza atau tiada slip gaji – membuatkan mereka sukar untuk mendapat kelulusan kredit pinjaman daripada bank biasa.

Penduduk di kawasan pedalaman pula tiada mempunyai akses kepada cawangan bank biasa.

Golongan ini adalah sasaran pengguna bank digital.   

Untuk seterusnya, kita tunggu pelancarannya pada tahun 2022. 

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This