Bayi yang baru dilahirkan tertukar di hospital bukanlah sesuatu yang biasa kita dengar, namun ia tidak mustahil berlaku. Baru-baru ini dua kes ‘tertukar’ bayi dilaporkan di akhbar; kes pertama dikesan awal setelah didiscaj dari hospital, mujur disedari dari tanda nama di kaki bayi yang tertera nama wanita lain. 

Tetapi bagi kes kedua, dua orang bayi yang tertukar keluarga tersebut telahpun mencecah umur 20 tahun baru disedari adanya kesilapan.

Bayangkan kesannya apabila mengetahui mereka selama ini bukannya tinggal dengan ibu bapa kandung!

Kesannya tidak kecil; implikasi hukum dari sudut aurat, hubungan antara keluarga, perwalian dan pewarisan perlu diperhalusi.

 

Pertemuan Tidak Sengaja

Mesti anda terfikir-fikir.. setelah 20 tahun berlalu, macam mana mereka akhirnya dapat tahu bahawa mereka bukan adik beradik kandung?

Secara ringkasnya begini kisahnya..

Salah seorang daripada mereka yang tertukar itu adalah kembar dua. Selama 20 tahun hidup bersama sebagai ‘adik beradik’ kembar, mereka menyangka wajah mereka berbeza kerana kembar tak seiras.

 

isu tertukar bayi kembar

Foto BERNAMA

 

Banyak ‘kebetulan’ yang ditakdirkan berlaku. Bagaikan dalam drama sinetron, bezanya ini bukan khayalan atau rekaan cerita.

Adik beradik kembar ‘sebenar’ ini bertemu di kem motivasi semasa tingkatan 4 – pertama kali menyedari rupa seiras, kemudian bertemu sekali lagi, mengetahui mereka berkongsi tarikh lahir yang sama, yang akhirnya membawa kepada mengesahkan hubungan pertalian mereka menerusi ujian DNA.

 

Ibu Ayah Sebenar Sudah Meninggal Dunia

Situasi boleh menjadi lebih rumit sekiranya ada dalam kalangan pemilik harta dan waris yang telah meninggal dunia, atau ada yang telah berkahwin dengan menggunakan wali ayah ‘angkat’.

Ternyata ia berlaku kepada keluarga ini.

Mujur kedua-dua mereka belum berkahwin. 

Tetapi terdapat ibu dan ayah mereka yang telah meninggal dunia sebelum mengetahui anak yang dijaga itu bukan anak kandung mereka. Salah seorang ayah mereka pula pergi menemui Ilahi setelah dua bulan ujian DNA diketahui.

Sudah tentu pukulan emosi dirasai kerana tidak berkesempatan mengenali ibu bapa kandung sebenar yang telah tiada.

Disebabkan ada ibu bapa mereka yang telah meninggal dunia, isu pusaka dan pewarisan harta perlu diuruskan sebaiknya dan dirujuk kepada hakim, alim ulama’ dalam pewarisan dan pihak berautoriti.

Sekiranya pusaka arwah ibu atau ayah mereka telah diagihkan kepada para waris, adakah dia boleh menuntut hak Faraidnya dari setiap waris?

Begitu juga sebaliknya.. jika dia telah pun mendapat ‘pusaka’ daripada ibu atau ayah yang kemudiannya baru diketahui bukan ibu ayah kandungnya, adakah dia patut memulangkan harta pusaka tersebut kepada para waris? 

 

Hukum ‘Binti’ Kepada Bapa Kandung, Aurat dan Pewarisan

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegaskan mereka perlu menukar bin atau binti daripada bapa ‘angkat’ kepada bapa sebenar. Tindakan ini bagi mengelakkan isu berbangkit berlaku pada kemudian hari.

Namun sekiranya penukaran ‘binti’ tidak dapat dilakukan, perlulah dipastikan ahli keluarga lain maklum mengenai pertalian darah dengan ibu bapa yang sebenar.

Dengan anggapan mereka telah memenuhi syarat menjadi anak susuan kepada ibu bapa ‘angkat’, aurat dan perhubungan dengan ibu ayah susuan adalah mahram, sepertimana mahram yang disebabkan oleh nasab keturunan. Maka tidaklah menjadi isu mereka bersentuhan atau aurat sesama mereka sebelum mengetahui perkara sebenar. 

 

Dalam surah an-Nisa:23, Allah menyebut..

“Diharamkan ke atas kamu ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu…. ibu-ibu susuan kamu, adik-beradik perempuan susuan kamu, …”

 

Meskipun menjadi mahram, anak susuan tetap tidak mewarisi harta pusaka ‘ayah’ dan ‘ibu’ susuannya. Begitu juga sebaliknya – hubungan susuan tidak waris mewarisi secara hukum Faraid, walaupun mereka telah hidup selama 20 tahun bersama.

Isu pewarisan ini perlu difahami dengan baik bagi mengelakkan mereka dari ter’makan’ harta batil dengan mengambil bahagian Faraid yang tidak wujud daripada harta pusaka ibu bapa angkat. 

Hubungan ibubapa-anak tersebut saya yakin telah terjalin tidak ubah seperti hubungan kandung.

Pastinya ada keinginan untuk melindungi anak itu dan memastikan kebajikan mereka terpelihara.

Solusi pewarisan kepada anak susuan atau anak angkat adalah dengan membuat Hibah atau Wasiat.

 

Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.

 

 

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This