Saya banyak mendapat pertanyaan dari prospek yang hendak membuat Hibah bagi rumah dua nama di SNP (sales and purchase agreement) tetapi hanya satu nama di dokumen loan atau pembiayaan bank.
 
Kebanyakan yang dirujuk adalah kes suami isteri.
 
Ada pelbagai sebab mengapa mereka berbuat demikian, dan itu yang akan diterangkan dalam artikel ini.
 
 

Salah Faham Tentang Rumah Nama Suami Isteri

 
Ada yang ingat bila dah letak nama suami isteri di SNP, jika salah seorang meninggal dunia, rumah itu automatik jadi milik pasangan yang masih hidup.
 
Jika suami meninggal, isteri mewarisi bahagian rumah suami. Dan sebaliknya apabila isteri yang pergi dulu.
 
Rumah itu automatik jadi 100% milik pasangan yang masih hidup. Ketahuilah bahawa….
 
salah faham hibah
 
Itu adalah kefahaman yang salah. Dan ‘bahaya’ jika meninggal sebelum sempat betulkan kefahaman dan bertindak. Ini sebabnya..
 
 

Bahagian Rumah Yang Meninggal Menjadi Pusaka

Apabila meninggalnya anak Adam, segala harta yang berada di bawah pemilikannya semasa hidup akan menjadi harta pusaka.
 
Harta itu berubah menjadi milik semua waris Faraid yang berhak.
 
 
TIDAK TERKECUALI rumah nama bersama.
 
 
Bahagian pasangan yang masih hidup masih kekal miliknya. Tetapi, bahagian pasangan yang sudah tiada akan menjadi pusaka. Perlu berkongsi dengan waris-waris Faraid yang lain.
 
Rumah yang asalnya ada 2 nama, akan bertambah nama pemilik dalam kalangan waris Faraid pasangan.
 
Rumah itu akan dikongsi bersama dengan mertua, dan adik beradik ipar jika mereka pun termasuk dalam kalangan waris.
 
Jadi kompleks bukan? Sebab itu kena buat perancangan pewarisan cepat-cepat.. Hibahkan bahagian rumah kepada pasangan, back to back.
 
 
Boleh baca mengenainya di artikel Hibah Rumah Nama Bersama.
 
 
 

Kenapa Berkongsi Nama di SNP sahaja, Tidak di Loan?

 
Perkongsian nama di SNP rumah kebiasaannya dilakukan antara suami dan isteri.
 
Ada pelbagai sebab kenapa mereka berbuat demikian.
 
Boleh jadi atas dasar kasih sayang, ataupun atas motivasi untuk merancang kewangan dan membuat pelaburan:
 
Suami sayang isteri
sayang isteri
 
Suami menzahirkan rasa sayangnya terhadap isteri dengan berkongsi pemilikan rumah yang dibayar oleh suami seorang.
 
Jika suami meninggal dahulu, pinjaman bank akan dilangsaikan oleh MRTT (kalau diambil penuh). Isteri tidak perlu menanggung ansuran rumah.
 
Cukup jelas kan rasa cinta suami?
 
 
Isteri tidak bekerja
 
Bagi isteri yang tidak bekerja dan menjadi suri rumah, memang tiada pilihan lah. Bank tidak akan memberikan pinjaman kepada isteri itu kerana dia tiada keupayaan kewangan pun untuk membuat pinjaman.
 
Namun begitu, suami boleh saja meletakkan namanya seorang di SNP.
 
Tetapi diletakkan juga nama isteri atas dasar sayang. Dan untuk menjamin kedudukan isteri yang akan sentiasa ada tempat berteduh sekiranya suami pergi dulu.  
 
Jika ada MRTT, isteri yang tidak bergaji tidaklah terbeban untuk membayar balik pinjaman bank. Dan rumah tidak terlelong.
 
 
Margin Pembiayaan 70% Untuk Pelaburan Rumah
Bagi yang celik pelaburan, bank memberikan margin pembiayaan 90% untuk rumah pertama dan kedua sahaja.
 
Untuk rumah ketiga dan seterusnya bank hanya memberikan maksimum 70% margin pembiayaan sahaja.
 
Baki 10% atau 30% itu perlu ditanggung sendiri oleh pembeli. Maka terpaksalah pembeli mengorek tabung dan keluarkan simpanan sendiri. 
 
pelaburan
 
Suami isteri yang giat melabur dengan membeli aset rumah akan merancang permohonan pinjaman rumah yang dibeli.
 
Jika setiap loan dibuat atas nama salah seorang dari pasangan sahaja, mereka boleh memaksimumkan rumah yang boleh dibeli dengan margin pembiayaan 90%.
 
Setiap orang dapat membeli 2 buah rumah dengan minimum amaun deposit yang perlu dikeluarkan sendiri.
 
Jika loan rumah diletakkan dua nama, kuota margin itu dikira untuk kedua-dua suami isteri. Rugi lah kerana dua kuota margin digunakan untuk sebuah rumah sahaja.
 
Walaupun loan setiap rumah di bawah satu nama, setiap SNP rumah diletakkan nama kedua-dua nama pasangan. Barulah menjadi satu portfolio pelaburan rumah suami isteri yang hebat.
 
 
Adik belum bekerja
Ini contoh perkongsian antara adik beradik. Di SNP rumah nama adik dan abang, tetapi loan nama abang seorang, sebab adik belum bekerja tetap.
 
Abang sayang adik, mohon pinjaman seorang.
 
Apabila adik sudah dapat kerja, adik beli rumah yang baru atas loan sendiri dan letakkan nama abang sekali di SNP.
 
Kalau perancangan berjalan baik, bagus lah. Tetapi kalau tersekat di tengah jalan, boleh terjejas hubungan adik beradik.
 
Maklumlah, harga rumah yang dibeli mungkin berbeza harganya. Yang menanggung loan tersiksalah jika salah seorang tidak dapat membayar.  
 
SNP nama A, Loan nama B
 
Yang ini kes unik. Nama di SNP A, tetapi yang memohon loan B.
 
Senang kata, B belanja rumah untuk A. B tiada hak langsung ke atas rumah.
 
 
Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.
 
 

Third Party Charge

 
Apabila nama di loan berbeza dengan nama di SNP, atau ada dua nama di SNP tetapi hanya satu nama di loan, ini dinamakan third party charge.
 
Mengikut undang-undang tanah, pemilikan rumah adalah nama yang tertera di SNP. Tetapi yang menanggung bayaran ansuran adalah nama di loan.
 
Apabila ansuran rumah tidak dibayar oleh nama di loan, rumah tersebut yang dimiliki oleh nama di SNP akan dilelong. Tiada masalah jika nama di SNP dan loan orang yang sama.
 
Jika orangnya berbeza, isunya jadi kompleks. Bank pun jadi berhati-hati nak beri kelulusan loan.
 
Sebab itu, bila mana bank dapat permohonan untuk rumah SNP dua nama, loan satu nama, bank itu akan menyemak dulu risk profiling klien itu.
 
Pada masa yang sama, kelulusan juga bergantung pada risk appetite setiap bank yang dipohon. Bank pun nak pastikan klien dapat membayar balik ansuran. Rugi bank bila jadi non performing loan.
 
 
 

Suami Sayang Isteri?

 
Berbalik kepada suami letakkan nama isteri sekali dalam SNP kerana sayangkan isteri…
 
Memang benar isteri dapat secure 1/2 bahagian rumah, dan MRTT akan melangsaikan baki pinjaman rumah.
 
Rumah sudah tiada hutang, tetapi 1/2 bahagian rumah yang menjadi pusaka apabila suami meninggal dunia itu bukan milik isteri seorang.
 
Ia milik waris Faraid belah suami.
 
Melainkan jika telah dihibahkan kepada isteri semasa suami masih hidup.
 
 
 
Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.
 
 
 
 
 
Share This
× Berminat?