Masuk musim haji, tidak kurang banyaknya promosi dan tawaran perkhidmatan untuk servis Badal Haji. Permintaan masyarakat untuk perkhidmatan Badal Haji juga tidak kurang banyaknya.
Permintaan yang tinggi ini membuka ruang dan peluang yang besar bagi syarikat berkaitan menjana pendapatan dengan menawarkan servis. Pada masa yang sama, masyarakat perlu berhati-hati dengan risiko penipuan yang berlaku dalam penawaran servis badal haji.
Ya, dalam amal ibadah pun ada penipuan!
Pada musim haji tahun lepas saya terbitkan artikel berkaitan scam badal haji. Malangnya perkara yang sama dibangkitkan lagi pada musim haji tahun 2022 ini.
Berikutan usaha untuk menyekat penularan pandemik COVID19, kerajaan Arab Saudi telah mengenakan caj permit haji yang tinggi dan peningkatan kos-kos lain. Kos tersebut secara langsung menyebabkan caj badal haji sepatutnya meningkat dengan ketara.
Namun begitu, ‘aneh’nya caj yang dikenakan di Malaysia rata-rata masih di tahap yang rendah. Anda boleh dapati servis badal haji ditawarkan dalam julat RM2 ribu sehingga RM4 ribu sahaja.
Sedangkan kita tahu, kos haji dari institusi haji pun dah meningkat tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Oleh yang demikian, persoalan yang patut dipertimbangkan adalah soal kesempurnaan badal haji yang dilaksanakan.
👉 Adakah seorang pelaksana itu membuat badal haji mewakili seorang sahaja peserta?
👉 Adakah caj yang rendah itu mencukupi untuk menampung kos perlaksanaan haji?
👉 Apa justifikasi pihak terbabit tentang caj yang dikenakan.. bagaimanakah ia boleh ditawarkan pada harta yang sebegitu rendah?
Â
Khidmat Pelajar di Mekah Madinah
Syarikat terbabit boleh menawarkan kos rendah lazimnya atas ‘sebab’ mereka menggunakan khidmat pelajar yang sedia ada berada di Mekah atau Madinah.
Oleh yang demikian, tiada beban syarikat untuk menanggung kos tiket kapal terbang. Kos penginapan juga mungkin dapat dikurangkan.
Masyarakat dengan mudah sahaja boleh menerima ‘sebab’ yang diberikan, kerana ia bukanlah dalam bidang pengetahuan kita.
Namun begitu, terdapat penafian dari institusi dan persatuan yang berkait dengan haji.
Â
1) Persatuan Pelajar Malaysia Mekah
Â
2) Tabung Haji
Â
Â
3) Berita RTM (Sumber Pengarah Operasi Tabung Haji)
Â
Kos Sebenar Jauh Lebih Tinggi
Seperti yang dinyatakan dalam grafik di atas, pakej minimum untuk badal haji adalah RM12 ribu.
Ini merupakan pakej dan harga permit yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi sendiri. Maka mustahil lah jika harga kos yang ditawarkan oleh syarikat lebih rendah dari RM12 ribu, apatah lagi jika sekitar RM3 ribu sahaja!
Melainkan ia dibuat secara ‘haram’ tanpa permit, yang mana denda dan hukuman yang dikenakan adalah berat dan tidak berbaloi. Iaitu dihalang dari masuk ke Arab Saudi selama 10 tahun sekiranya tertangkap!
Dari segi ibadah juga sangatlah tidak bersesuaian – Melanggar undang-undang untuk melaksanakan ibadah.
Adakah amalan itu akan diterima dengan cara itu… atau mungkin juga hilang keberkatan amalan?
Â
Â
- Hibahkan Keseluruhan Harta? - June 5, 2023
- Waris Perlu Tanggung Cukai LHDN Arwah? - June 3, 2023
- Zayd Ibn Thabit Sahabat Nabi Pakar Ilmu Faraid - May 22, 2023