Merancang pewarisan harta pusaka bukanlah perkara kecil dalam hidup. Malah apabila seseorang itu terdetik untuk merancang, bermakna dia sedang memikirkan tentang alam yang sudah pasti ditempuhinya selepas hidup, iaitu kematian. Tidak ramai yang suka memikirkan tentang mati, lebih-lebih ketika sedang selesa hidup dalam kemewahan.

Namun dalam gigihnya mengumpul harta dunia, seseorang itu sedar harta kemewahan itu tidak akan dibawa ke kubur. Harta itu akan ditinggalkan jua, samada dalam kita sudah bersedia atau tidak.

Harta yang dikumpul bersama pasangan diharapnya dapat dinikmati berterusan oleh keluarga kecilnya sekiranya dia pergi dahulu.

Itulah antara ‘big why’ mengapa seseorang itu membuat Hibah dan merancang pewarisan harta pusaka.

Namun dalam pada sudah adanya kesedaran tinggi untuk menghibahkan harta, ramai yang tewas untuk memasuki tahap bertindak dengan penyediaan dokumen Hibah.

Seakan big why itu masih belum cukup untuk menggerakkannya ke arah tindakan yang perlu untuk mengubah keadaan.

 

Mati Tidak Menunggu Sedia

Memikirkan tentang mati itu adalah pemutus kenikmatan hidup di dunia kerana ia mengingatkan kita tentang nasib di akhirat.

 

Rasulullah SAW menerusi sabda Baginda yang bermaksud: “Perbanyakkanlah mengingati mati yang akan menghapuskan kelazatan. Jika ia diingati dan direnung pada waktu susah, nescaya perasaan akan menjadi lapang dan tenang dan jika ia diingati pada waktu senang, nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi diri.”

.

(Riwayat al-Bazzar dan al-Baihaqi)

 

Bila kita berfikir mendalam tentang mati, harta dunia yang dikejar-kejar akan jatuh nilainya dari sudut pandang kita.

Neraca dan keutamaan kita terhadap harta berubah kepada apa yang boleh kita bawa bersama dalam alam kubur dan alam akhirat nanti.

Rumah agam yang besar, kereta mewah dan emas perak akan ditinggalkan.

Apa yang dibawa ke alam seterusnya adalah doa anak soleh dan para waris yang mensyukuri manfaat rumah yang telah diwariskan kepada mereka.

 

Dah Faham Big Why, Tetapi Kenapa Masih Bertangguh?

Banyak sebab yang menyebabkan hasrat merancang pewarisan harta itu tertangguh.

Alasan paling biasa adalah disebabkan kos Hibah yang ‘tinggi’.

Betulkah begitu?

Ini adalah petanda ‘big why’ masih belum kuat untuk bertindak segera.

Mungkin kita masih in denial atau menidakkan realiti kematian boleh menjengah tanpa kita sedari. Kematian tidak akan diawal mahupun dilewatkan walau sesaat pun.

 

Kos penyediaan hibah itu jika difahami betul-betul hanyalah sekelumit kecil daripada nilai harta yang dihibahkan.

 

Malah jika kita letakkan diri dalam keadaan desperate untuk mencapai ‘big why’, apa-apa sahaja kos akan dibayar asalkan hasrat itu dapat dicapai. 

Saya berikan satu kisah perumpaan.

Seorang yang kaya sesat di kawasan yang kering kontang, keseorangan, berkeliaran sana sini, dalam keadaan separuh nyawa kehausan mencari setitis air.

Jangka hayatnya dalam keadaan kritikal. Sekiranya dia gagal mendapatkan air, dia akan mati dalam beberapa jam sahaja lagi.

 

Desert, Drought, Dehydrated, Arid, Badlands, Erosion

 

Nasibnya baik. Dia terserempak dengan seorang pengembara yang mempunyai sedikit air. Namun di padang yang kering itu, air adalah satu barang yang sangat berharga.

Nilainya tinggi kerana ia adalah keperluan teras untuk terus hidup. Pengembara itu enggan memberikannya separuh botol air melainkan dengan tukaran segala harta kekayaan orang kaya itu.

Pada ketika itu, neraca keutamaan orang kaya itu adalah untuk terus hidup.

Itulah ‘big why’ nya pada masa itu. Dia desperate memerlukan air. Air yang sedikit itulah solusi yang diperlukannya, walaupun harganya teramatlah mahal.

Dia pun bersetuju dengan tukaran itu tanpa ragu. Tukaran itu nampak berat sebelah dalam keadaan biasa, tetapi no brainer untuk ditolak dalam keadaannya yang separa mati.

Desperate untuk membuat Hibah bukanlah dalam erti kata jika tidak dibuat, kita akan mati.

Tetapi kerana yakin hibah adalah solusi berkesan yang boleh menghilangkan rasa risau kebajikan waris akan terabai sekiranya harta tertentu tidak dikhususkan kepada mereka. 

Seorang ibu yang risau anak perempuannya terpaksa berkongsi hakmilik rumah dengan pakcik mereka, sehingga menjadikannya sukar untuk tidur bila teringat tentang waris-waris lain yang berhak menuntut pusaka, mengikut hukum Faraid.

Maka keutamaannya adalah memastikan harta itu berjaya diturunmilik kepada anak-anaknya sahaja. Kos Hibah dinilainya sangat kecil, sepertimana separuh botol air tadi. 

 

Kenalpasti Big Why Anda

Kebanyakan suami isteri risaukan tentang kebajikan suami/isteri dan anak-anak setelah peninggalannya.

Bagaimanakah harta yang dimiliki boleh disalurkan kepada keluarga kecil mereka.

Sekurang-kurangnya waris yang ditinggalkan ada tempat berteduh yang tidak dipecah-pecahkan pemilikannya kepada waris-waris Faraid yang lain.

Juga mempunyai wang yang cukup untuk teruskan kehidupan.

Bagi keluarga muda, anak-anak masih kecil dan belum layak memiliki dan menguruskan harta. Apatah lagi bekerja dan mendapatkan wang untuk meneruskan hidup.

Begitu juga bagi isteri yang tidak bekerja. Hanya suami yang membanting tulang, manakala isteri menguruskan urusan anak-anak dan rumah. Sekiranya suami sebagai breadwinner pergi dahulu, sudah tentu isteri itu perlu mencari sumber alternatif wang untuk kehidupan.

Hendak terus lompat ke alam pekerjaan semula pastinya tidak mudah.

Bila difikirkan kesukaran yang boleh timbul itu, itulah big why yang mendesaknya untuk tidak bertangguh merancang pewarisan harta.

Malah, bukankah itu makna ‘kasih sayang’ yang diharapkan daripada tindakan membuat hibah? Sanggup berbelanja wang sekarang bagi memastikan anak isteri dapat mewarisi harta secukupnya?

Seringkali kesedaran kita tentang big why ini bermusim. Apabila timbul isu pusaka, semangat itu naik menjulang. Namun tika musim itu berlalu pergi, semangat itu kembali suram.

Oleh itu, pada waktu kesedaran itu sedang berada di tahap tertinggi, jangan bertangguh lagi. Buat terus!

Kerana kita tidak tahu bila deadline kita akan tiba.

 

Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This