Apabila timbul sahaja isu viral tentang waris bergaduh dan berebut harta pusaka, lazimnya ramai yang akan mencari-cari solusi bagaimana hendak mengelakkan perkara yang sama berlaku kepada waris terdekat mereka.

Terutamanya apabila isu perebutan pusaka itu melibatkan waris dalam kalangan artis popular dan selebriti. Capaian kesan itu lebih meluas sampai dalam masyarakat.

Paparan berita dipenuhi dengan komen netizen yang hangat membincangkan tentang proses tuntutan pusaka, Faraid dan juga Hibah. Tidak kurang juga ramai yang mengutuk waris arwah berkenaan dengan gelaran ‘tamak’ harta, tidak berhati perut dan tidak kesiankan anak yatim yang ditinggalkan oleh arwah.

Semasa isu tersebut sedang hangat diperkatakan, ramai yang berminat dan bertanya tentang kaedah untuk membuat Hibah. Namun persoalannya… selepas bertanya, berapa ramai yang meneruskan dengan tindakan menyediakan dokumen Hibah?

 

Perebutan Pusaka Sudah Lama Berlaku

Perebutan harta pusaka, waris bergaduh, dan harta pusaka terbeku bukanlah perkara baru. Sudah lama berlarutan sehingga sudah lebih RM70 bilion harta beku terkumpul dan tidak dapat diturunmilik kepada nama pewaris.

 

Tanggungjawab untuk berusaha mengelakkan perebutan tersebut berlaku terletak atas bahu pemilik harta.

 

Pemilik harta boleh menentukan penerima yang khusus dan bahagian yang mereka berhak perolehi, sekiranya telah dirancang awal semasa hidup.

Hibah adalah antara kaedah yang efektif untuk perancangan harta tersebut.

 

Isu Viral Pusaka Artis Menyebabkan Pelawat Laman Web Hibahharta Mendadak Naik

Sekadar perkongsian pengalaman sendiri.

Laman web www.hibahharta.com ini sekitar setahun yang lepas mendapat hits lawatan pengunjung yang mencanak-canak luar biasa berikutan isu pergaduhan pusaka seorang pelawak popular tanah air.

Struktur Faraidnya mudah; hanya ibu, isteri dan seorang anak lelaki. Namun pelbagai isu pentadbiran dan emosi terkait yang menjadikan pengurusan pusaka arwah menjadi penuh berliku.

Begitulah perihal pusaka.     

Pada hari kemuncak isu, lebih 10 kali ganda pelawat masuk ke laman web berbanding hari-hari biasa. Lihat rajah di bawah. Puncak yang tinggi melangit itu menunjukkan peningkatan mendadak bilangan pelawat yang melawat masuk laman web, berbanding hari-hari biasa.

 

 

Fuhh memang lenguh jari menaip Whatsapp. Begitu ramai yang terkesan dengan isu pusaka selebriti terbabit.

Ramai yang nak tahu tentang kaedah Hibah harta terutamanya hibah rumah.

Namun begitu, berapa ramai agaknya daripada jumlah mereka yang menghantar Whatsapp yang akhirnya meneruskan dengan penyediaan dokumen Hibah?

80%?

50%?

30%

 

Agakan kasar saya, kurang 10%!

Pelik?

Tidak pelik sebenarnya.

Isu pusaka yang tular membuatkan mereka berminat untuk tahu. Kesedaran awal sudah ada untuk bertanya, tetapi itu sahaja tidak cukup untuk membuatkan mereka bertindak.

 

Halangan tertinggi dan paling biasa untuk TIDAK BERTINDAK adalah berkaitan kos Hibah yang ‘tinggi’.

 

Bagi apa sahaja produk sekalipun, sebarang caj akan dipandang tinggi melainkan anda ada kayu ukur yang sepadan.

Atas sebab itulah kereta mewah seperti Ferrari boleh juga mendapat tempahan, walaupun harganya sangat jauh lebih tinggi berbanding Myvi. Kerana ada sesuatu yang boleh diperolehi daripada Ferrari, yang tidak dapat dicapai dengan memiliki Myvi.

Oleh yang demikian, bila anda dah sedar tentang pentingnya merancang harta berikutan isu pusaka yang viral itu, lengkapkan dengan persiapan ilmu, kefahaman dan mental.

Jangan bertangguh, kerana kematian tidak datang lebih awal mahupun lebih lewat walau sesaat pun.

Fahami dengan lebih mendalam bagaimana instrumen seperti Hibah menjadi usaha bagi mengelakkan waris berebut harta pusaka yang ditinggalkan.

Jika sudah benar-benar faham, kekangan bajet lagi bukan penghalang.

Kerana jika kurang mampu membayar secara lump sum, kami tawarkan bayaran secara ansuran.

Kesimpulannya…

Tindakan itu yang mengubah keadaan. Tahu, tidak mengubah nasib waris terdekat anda.

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This