Heboh jadinya apabila didedahkan tentang maklumat pemilik saham Farm Fresh. Ramai yang terkejut kerana tidak menyangka ‘boss susu‘ brader Azmi Zainal hanya memegang kuantiti saham yang kecil dalam Farm Fresh.

Beliau bukan pemilik majoriti syarikat mahupun pengasas syarikat. Beliau adalah staf syarikat, dan pemilik majoriti syarikat Farm Fresh adalah bukan Melayu Muslim.

Mungkin kerana brader Azmi seringkali menjadi muka depan Farm Fresh, beliau terus disalah anggap sebagai pemilik Farm Fresh sepertimana Tan Sri Tony Fernandes menjadi muka dan acapkali bercakap mewakili AirAsia. 

 

Saham ‘Boss Susu’ dalam Farm Fresh

Dalam rekod pemilikan syarikat di SSM yang didedahkan itu, peratusan saham syarikat yang dimiliki oleh brader Azmi kurang dari 1%.

Pemilikan Farm Fresh agak berbelit dan tidak straight forward.

Farmfresh dimiliki 100% oleh The Holstein Milk. The Holstein Milk pula dimiliki oleh senarai pemegang saham berikut:

pemilik farm fresh

 

Tidak ada nama Azmi Zainal kan dalam senarai pemegang saham The Holstein Milk (pemilik Farm Fresh)?

Memang bukan di situ. Kena gali dalam sikit.

Perhatikan Farmchoice Foods yang memegang 23.3% saham The Holstein Milk.

‘Boss susu’ memegang 1.3% saham dalam Farmchoice Foods.

pemilik farm fresh

 

Kesimpulannya, brader Azmi memegang 1.3% daripada 23.3% = 0.3029% daripada kepentingan dalam Farm Fresh.

 

Persepsi dan Isu yang Timbul

Isu pemilik sebenar syarikat Farm Fresh ini mula tular setelah didedahkan oleh seorang pengguna facebook, Aliff Ahmad III. Snapshot rekod pemilikan di atas juga diambil dari facebook beliau.

Walaupun pendedahannya kelihatan neutral, pelbagai persepsi dan isu yang timbul berikutan itu.

 

Antara isu dan persepsi yang menjadi perbincangan netizen termasuklah isu

i) Farm Fresh syarikat milikan bukan Melayu dan bukan Muslim,

ii) membeli dari syarikat tidak ‘BMF’,

iii) brader Azmi sebagai ‘tunggangan’ untuk dapatkan market Melayu dan tidak lupa juga,

iv) isu individu yang mendedahkan itu nak menaikkan jenama sendiri dengan men’jatuh’kan jenama pesaing.

 

Brader Azmi adalah individu yang sangat sinonim dengan Farm Fresh. Dalam banyak acara dan penajaan yang dikelola oleh Farm Fresh, seringkali beliau menjadi muka hadapan yang mewakili syarikat sehinggakan timbul anggapan beliau adalah pemilik syarikat.

Gelaran ‘boss susu’ itu pun menjadi satu sebab orang jadi keliru. Siapa yang memulakan gelaran itu saya tidak pasti, namun ada yang menganggap bos itu gelaran sebagai pemilik majoriti syarikat.   

Maka timbul rasa kecewa dalam sebahagian masyarakat Melayu khasnya, kerana beralasan brader Azmi telah memanipulasi isu, dan tidak bersikap telus dengan membiarkan sahaja persepsi Farm Fresh sebagai syarikat ‘Melayu’ itu terus dimainkan. 

 

Isu Tersurat dan Tersirat

Maklumat pemilik syarikat Farm Fresh boleh dicari dengan mudah di SSM. Hanya dengan membayar fi beberapa puluh RM, anda boleh dapat lihat siapa yang memegang saham syarikat.

Oleh itu, tidak wajar bagi kita menyalahkan brader Azmi tidak telus. Maklumat berada di hujung jari, hanya perlukan sedikit usaha untuk memastikan kesahan maklumat, jika isu membantu syarikat Melayu atau BMF itu yang digusarkan.

Begitu juga bagi individu yang mula mendedahkan itu. Apa yang dipersembahkan adalah data dan fakta pemilikan syarikat. Niat individu itu untuk menjejaskan bisnes orang, memainkan sentimen bangsa atau sebaliknya itu tersirat – boleh jadi benar atau tidak.

Apa yang boleh kita kawal dan penting buat sendiri adalah reaksi kita terhadap apa yang didedahkan itu.

Apa yang saya nak tekankan adalah kita sebagai pengguna perlu jadi bijak berfikir. Bukan hanya menerima apa saja maklumat yang datang. Fikirkan dengan kritis dan tapis.

 

Staf Makan Gaji, Pemegang Saham, Dan Pemilik

Seorang staf bahagian pengurusan tertinggi syarikat tidak semestinya pemilik syarikat tersebut. CEO, CFO, COO… ini adalah jawatan bergaji dalam sesebuah syarikat. Mereka ini merupakan top management yang bekerja untuk syarikat.

 

bos

 

Begitu juga Pengarah dalam Board of Directors. Pengarah dilantik oleh pemegang saham syarikat. Mereka mendapat elaun untuk menetapkan hala tuju syarikat, bukannya pemilik syarikat.

 

Pemilik syarikat adalah mereka yang memegang saham syarikat tersebut.

 

Brader Azmi memegang peratusan kecil saham Farm Fresh, iaitu hanya 0.3029%. Beliau adalah pemilik minoriti syarikat. Nak kata syarikat Melayu atau Muslim, agak tidak kena lah kerana majoriti saham dipegang oleh bangsa lain.

Namun peranan beliau untuk capture pasaran Melayu memang penting. Betapa ramainya agen yang memperoleh pendapatan lumayan menjual dan mengedarkan produk Farm Fresh terutamanya susu kurma yang menjadi rebutan dan selalu out of stock suatu ketika dulu.

susu kurma farm fresh

Bagaimanapun, itu isu yang berasingan dan tidak patut dicampur. Peranan itu menunjukkan kredibiliti dan prestasi cemerlang beliau menjalankan tugas dalam syarikat.

Ia tidak menafikan isu pokok yang dibincangkan iaitu pemilikan saham yang sedikit dan syarikat Farm House bukan sebuah syarikat Melayu atau Muslim.

 

Pewarisan Saham Syarikat

Dari segi pewarisan aset, saham 0.3029% itulah yang akan diwariskan kepada para waris beliau.

Itulah harta yang boleh dihibahkan juga.

Staf syarikat yang mengembangkan bisnes syarikat ditimbal balas dengan gaji dan bonus. Sekiranya staf itu meninggal dunia, jawatannya itu akan diisi oleh orang lain.

Syarikat yang berkembang atas usahanya itu tidak dapat diwariskan kepada warisnya, melainkan ada pegangan saham.

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This