Untuk menyediakan dokumen hibah, anda boleh mengambil servis pakar bidang (subject matter expert) seperti kami di Wasiyyah Shoppe, atau membuat dokumen hibah sendiri

Bagi yang memilih untuk menyediakan dokumen hibah sendiri – yang lazimnya disebabkan kerana tidak jelas perbezaannya, tidak mahu berbelanja atau tidak mampu membayar kos khidmat profesional – maka perlulah cakna risiko yang penerima akan hadapi. 

Ya.. penerima yang berhadapan dengan risiko terbesar andai kata hibah yang dibuat diputuskan tidak sah. 

Sebagaimana kontrak jualbeli, kesan dari tindakan hibah ialah perpindahan hakmilik harta yang dihibahkan.

Dalam perihal jualbeli, kita serahkan kepada peguam yang pakar untuk menyediakan kontrak jualbeli.. maka mengapa boleh pula kita terfikir untuk menulis dokumen hibah sendiri sedangkan tidak faham akta berkenaan hibah harta

Penyediaan suratcara hibah mengandungi teknikaliti dan prosedur perlaksanaan yang mesti digarap kemas oleh penyedia dokumen untuk mengelakkan terdedah kepada unnecessary risk yang sepatutnya boleh dielakkan. 

 

Nak tulis sendiri, perlu kefahaman mendalam

Dokumen hibah adalah bukti hitam putih berlakunya penyerahan harta yang dihibahkan. Apabila terdapat argumen dan pertikaian terhadap hibah yang dibuat, maka sandarannya berbalik kepada dokumen hibah yang telah disediakan.

Dokumentasi hibah dan prosedur yang dijalankan adalah bukti penting yang akan dikaji dan dihujahkan di Mahkamah Syariah. Lebih kritikal lagi dalam keadaan pemberi telahpun tiada, maka bukti tersebut mestilah dalam keadaan yang cukup sempurna.

Sempurna segala rukun dan syarat hibah, dan boleh dihujahkan dengan baik.  

Bagi penyediaan hibah harta yang masih bercagar atau dalam pinjaman bank, lebih tinggi kebarangkalian untuk membuat silap apabila kita menulis klausa tanpa memahami khilaf dan hujahan mengenainya. 

 

Nak tulis hibah sendiri, perlu tahu bagaimana ia nak dilaksanakan

Prosedur hibah tidak terhenti sekadar membuat dokumen sahaja. Malah perlu difahami juga pada kaedah perlaksanaan turunmiliknya.

Kaedah perlaksanaan berbalik semula kepada format dan klausa yang terkandung dalam dokumen hibah yang dibuat. Ada pelbagai kaedah yang digunapakai oleh pemain industri pewarisan harta, yang boleh jadi sangat berbeza antara satu sama lain. 

Oleh yang demikian, sekiranya anda bercadang membuat sendiri dokumen hibah tetapi tidak arif A-Z seawal klausa yang hendak digunakan, sandaran hujah dan akta yang dirujuk, dan perincian bagaimana perpindahan hakmilik tersebut akan diuruskan, maka tidak disyorkan untuk anda teruskan hasrat tersebut.

Sudilah untuk mengambil khidmat servis menerusi saya sebagai perunding berdaftar Wasiyyah Shoppe Berhad dengan menghubungi menerusi Whatsapp 019-749 8210.

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This