Dalam perbicaraan saman fitnah plaintif terhadap defendan iaitu balu Abam Bocey, Siti Nor Hidayah Mohd Ali, Hakim Mahkamah Sesyen, Zulqarnain Hassan membuat kesimpulan yang berpihak kepada defendan:
“Pihak yang mengejar harta bukannya isteri arwah (Abam Bocey) sebaliknya plaintif-plaintif”
Empat orang plaintif bagi kes tersebut adalah daripada keluarga Ali Puteh:
- Allahyarham Sabariah Arshad (ibu)
- Syed Mohd Ridzuan Syed Hassan (bapa)
- Sharifah Nor Wahidah Syed Mohd Ridzuan (kakak)
- Ali Puteh
Fakta kes penghakiman dan ulasan Hakim
👉 Ahli keluarga plaintif adalah pihak yang mengajak Siti Nor Hidayah untuk berbincang mengenai harta arwah.
👉“Malah telefon arwah diambil oleh Ali Puteh manakala beg duit arwah diambil (arwah) ibunya. Perbuatan itu seolah-olah tidak memahami kesedihan isteri arwah yang juga dalam dilema sedang memikirkan bagaimana untuk mengharungi masa depan dan membesarkan anak yang masih kecil,”
👉 Kenyataan Ali Puteh terhadap Siti Nor Hidayah menerusi Instagram pada Februari 2020, bagi Hakim ianya amat keras, melampau, menjatuhkan maruah dan mengaibkan. Seolah-olah isteri Allahyarham adalah spesies asing yang kerjanya merompak harta.
👉 Ali Puteh diperintah membayar RM60,000 kepada Siti Nor Hidayah
👉 Dalam prosiding sama, mahkamah turut menolak saman fitnah yang dikemukakan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya yang lain terhadap Siti Nor Hidayah dan Aliff Syukri dengan kos sebanyak RM13,000. Tuntutan saman ini berkaitan temu bual yang disiarkan secara langsung di akaun YouTube usahawan kosmetik itu.
Sumber: Sinar Harian
- Hukum Faraid Mengangkat Martabat Wanita Dari Sistem Pewarisan Jahiliyah - June 21, 2022
- Proses Pengeluaran Hakmilik Strata Untuk Bangunan Bertingkat dan Komuniti Berpagar - June 19, 2022
- Siapa Yang Layak Menyediakan Dokumen Hibah? - June 14, 2022