Dalam artikel ini, saya menyentuh persoalan sensitif mengenai hibah – kepelbagaian caj perkhidmatan di pasaran.

Mengapa ada syarikat yang mengenakan caj ribuan ringgit; ada yang beratus ringgit; ada yang menjual template; dan ada juga contoh yang dilampirkan dalam buku agama berkaitan pewarisan.

Malah yang tersebar secara percuma pun ada. 

Fokus artikel ini adalah untuk menjawab persoalan berikut:

 

“Apa justifikasi kos hibah mencecah ribuan ringgit?”

 

Hibah Adalah Dokumen Legal

Dokumen hibah sarat dengan teknikaliti yang perlu dikuasai dan difahami. 

Ia adalah dokumen legal di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah; maka ia perlu menepati rukun-rukun dan syaratnya barulah boleh disahkan sebagai hibah.

Selain itu, perlu juga selari dengan akta berkaitan pemilikan harta yang dihibahkan untuk membolehkan turun milik berlaku. 

Penyedia surat cara juga perlu arif tentang gerak kerja pentadbiran pusaka, kerana ada kaitan dari sudut perlaksanaan turunmilik harta hibah.

Tahu secara teori sahaja tidak mencukupi – pengalaman sebenar diperlukan.

Oleh sedemikian, penting untuk anda menilai kredibiliti penyedia dokumen samada pihak tersebut mempunyai kepakaran dan pengalaman.

Dokumen hibah bersyarat hartanah Wasiyyah Shoppe bermula dari RM1,600. Saya akan terangkan enam justifikasi mengapa dokumen hibah yang terhasil setara dengan kosnya.

 

Enam Sebab Mengapa Wasiyyah Shoppe Caj Ribuan Ringgit?

Saya kongsikan enam justifikasi kos Hibah di Wasiyyah Shoppe bernilai ribuan ringgit (bermula dari RM1,600):

 

1) Dokumen Hibah adalah BUKTI UTAMA hibah telah berlaku. Dokumen inilah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah sekiranya perlu disahkan. Lain penyedia, mungkin lain pemahaman tentang hibah, lain juga lah isi kandungan dan ayat klausa yang digunakan.

 

Wasiyyah Shoppe melopori hibah di Malaysia sejak tahun 2004 lagi. Dokumen Hibah Wasiyyah Shoppe dirangka berdasarkan dapatan penyelidikan akademik oleh barisan panel penasihat yang berpengalaman luas dalam bidang syariah, undang-undang pusaka dan kehakiman.

Panel penasihat berhati-hati dan menilai implikasi setiap perkataan dalam dokumen yang dibuat. Semua ini adalah faktor penting untuk memastikan kesahan hibah yang disediakan.

 

2) Dokumen hibah bersifat teknikal. Penyedia dokumen hibah mestilah arif tentang hukum-hakam syara’ berkaitan pewarisan, penjaga harta, undang-undang harta dan prosedur pentadbiran pusaka. Banyak aspek yang perlu dikuasai.

 

Wasiyyah Shoppe sendiri menghimpunkan sebegitu banyak pakar untuk menghasilkan format dokumen yang bertepatan. 

 

3) Apabila dokumen Hibah dipertikai oleh waris Faraid, pelanggan mestilah dapat merujuk kembali penyedia dokumen untuk mendapatkan khidmat pengesahan Hibah di Mahkamah Syariah.

 

Wasiyyah Shoppe berpengalaman mendapatkan lebih 300 kes pengesahan Hibah mewakili klien di Mahkamah Syariah dengan jayanya. Pengalaman luas ini diterjemahkan kepada kualiti dokumen dan penghujahan bagi mempertahankan dokumen yang disediakan.

 

4) Tetapi, bagaimana jika syarikat atau peguam yang menyediakan dokumen hibah telah tiada, atau firma tersebut telah tutup?

 

Tidak mustahil bagi syarikat sdn bhd atau firma. Namun ia insyaAllah tidak akan berlaku kepada Wasiyyah Shoppe dengan statusnya sebagai sebuah syarikat amanah – syarikat yang tidak akan ‘bungkus’.

Jika berhadapan isu pada masa hadapan, penerima dan waris sentiasa boleh merujuk wakil syarikat.

 

5) Dokumen hibah tidak boleh dibuat pukul rata sama sahaja untuk semua keadaan hartanah. Hartanah dalam pinjaman contohnya perlu lebih teliti kerana adanya khilaf dalam kalangan ulama’. Kebanyakan syarikat lain tidak membuat hibah untuk harta dalam pinjaman.


Wasiyyah Shoppe melabur berjuta ringgit dalam penyelidikan. Tujuannya untuk memastikan servis yang diberikan bertepatan dengan syariah dan undang-undang, dan dapat dilaksanakan tanpa masalah.

 

6) Adakah dengan dokumen hibah sahaja selesai semuanya?

 

Wasiyyah Shoppe menawarkan perkhidmatan komprehensif, bukan sekadar penyediaan surat cara. Dokumen Hibah adalah bukti utama, namun untuk perlaksanaan turun milik ada proses selanjutnya yang perlu dilakukan oleh penerima Hibah.

 

Kesimpulan..

Saya harap anda sudah mendapat gambaran mengapa hibah keluaran Wasiyyah Shoppe kosnya ribuan ringgit dan masih mendapat permintaan ramai.

Wasiyyah Shoppe mengutamakan kesempurnaan dokumen hibah agar hasrat pemberi hibah tercapai.

Untuk mencapai objektif itu, syarikat telah dan terus membelanjakan jutaan ringgit untuk penyelidikan dan pembaikan perkhidmatan. Saya tidak pasti sekiranya syarikat lain juga melabur sekian banyak untuk penyelidikan.

Namun itulah keutamaan Wasiyyah Shoppe. 

Sekiranya itu keutamaan anda juga untuk waris dan penerima, maka insyaAllah kita boleh berurusan. 

 

Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.

 

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This