Harta Sepencarian ialah harta yang diperoleh atau dibeli dalam tempoh perkahwinan suami isteri, hasil daripada bayaran atau usaha bersama. Islam mengiktiraf pemilikan berdasarkan usaha yang telah dilakukan bagi memiliki sesuatu harta, sama ada usaha tersebut disumbang secara langsung atau tidak langsung. Maka atas dasar itu isteri dibenarkan untuk menuntut harta sepencarian suami setelah berlakunya penceraian mati atau hidup.

Tiada dalil khusus di dalam Quran dan Sunnah yang menerangkan tentang kedudukan Harta Sepencarian dalam Islam. Ketetapan ini digunapakai berdasarkan uruf atau adat semasa. Uruf yang baik ini telah diadaptasi dan termaktub dalam perundangan Islam di Malaysia. Oleh itu, ia adalah peraturan dan hak dalam undang-undang Syariah negara kita dan wajib dipatuhi oleh orang Islam.

Asas hak Harta Sepencarian dalam Quran diambil berdasarkan surah an-Nisa:32

Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia Yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian Yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan..”

 

Uruf Adat Temenggung dan Adat Perpatih

Undang-undang Harta Sepencarian di Malaysia dikatakan berasal daripada uruf dan amalan Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan sebahagian kecil Melaka. Adat Temenggung pula diamalkan di negeri-negeri selainnya.

Dalam Adat Temenggung, harta yang didapati semasa perkahwinan dikenali sebagai harta sepencarian yang kebiasaannya berkaitan dengan tanah. Harta sepencarian bagi isteri yang diceraikan akan dibahagikan secara sama rata. Jika isteri yang dicerai tidak bekerja, maka dia berhak mendapat satu pertiga bahagian sahaja.

Jika penceraian itu atas permintaan suami, maka si suami mestilah menyediakan nafkah selama tiga bulan dan harta sepencarian haruslah dibahagi. Hak ke atas harta juga ditentukan oleh sebab perceraian berlaku, sekiranya ia disebabkan oleh perangai buruk isteri atau suami.

Dalam Adat Perpatih pula, harta sepencarian dibahagikan mengikut prinsip berikut: Carian Bahagi, Dapatan Tinggal, Pembawa Kembali, Suku Belah, Suarang Berage.

 

Perbicaraan di Mahkamah Syariah

Walaupun asalnya daripada uruf Adat Temenggung dan Adat Perpatih, ada perbezaan dari segi perlaksanaan dan penentuan hak harta sepencarian menurut Undang-undang Syariah kerana kadar hak ditentukan oleh hakim berdasarkan keadaan kes.

Perbicaraan harta sepencarian dilaksanakan di Mahkamah Syariah. Bidang kuasa yang diperuntukkan untk membicarakan kes ini tertakluk di bawah Akta atau Enakmen Undang-undang Keluarga Islam yang digubal dan diluluskan di semua negeri mulai tahun 1983.

Penentuan bahagian isteri untuk menuntut hak berdasarkan kepada:

i) Kadar sumbangan setiap pihak dalam bentuk wang, harta atau kerja bagi memperoleh aset

ii) Hutang yang dibuat oleh salah satu pihak untuk manfaat bersama

iii) Keperluan anak-anak hasil daripada perkahwinan yang belum dewasa

iv) Kedudukan kewangan sebelum dan semasa pernikahan

v) Sejarah pekerjaan setiap pihak

vi) Dan lain-lain

Bahagian hak isteri juga ditentukan berdasarkan bentuk sumbangan isteri untuk memperoleh aset, iaitu:

i) Sumbangan Langsung: sumbangan berbentuk kewangan

ii) Sumbangan Tidak Langsung: Sumbangan perhatian dan penjagaan dalam rumahtangga, seperti menjaga keperluan keluarga termasuklah anak-anak. Ia berbentuk sokongan dalam menjaga keharmonian keluarga yang memudahkan urusan suami bekerja.

 

Pembahagian Harta Sepencarian

Sebelum isteri dapat menuntut hak Harta Sepencarian, harta pusaka yang ditinggalkan terlebih dahulu perlu digunakan untuk melangsaikan segala hutang arwah. Hutang lebih utama untuk diselesaikan kerana ia berkait dengan hak Allah dan manusia yang akan dituntut ke atas arwah di akhirat.

Setelah diselesaikan hutang, isteri berhak menuntut bahagian harta sepencarian sepertimana yang telah ditentukan dalam perbicaraan di Mahkamah Syariah. Maksimum yang boleh dituntut ialah 50%.

Setelah itu barulah harta pusaka dibahagikan menurut Hibah dan Wasiat jika ada, dan baki akhirnya dibahagi mengikut Hukum Faraid. Isteri berhak menerima extra harta pusaka sekiranya ada hak yang dinyatakan dalam Hibah atau Faraid.

 

Tetapkan Hak Suami Isteri Lebih Awal

Perbicaraan di Mahkamah Syariah akan memerlukan kos peguam dan perbicaraan. Tambah lagi, ia akan melambatkan masa untuk harta pusaka dapat dibahagikan kepada waris kerana hak harta sepencarian perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Untuk memudahkan isteri dan waris menuntut pusaka, anda boleh membuat dokumen harta sepencarian yang mana mengesahkan sumbangan isteri dalam mengumpulkan harta. Ini akan menjimatkan banyak masa dan kos, di samping mengelakkan pertelingkahan yang mungkin berlaku.

.

Untuk mendaftar dengan Wasiyyah Shoppe, PM saya Ansari 019-7498210

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This