Aminah Abdullah, 87, ibu kepada arwah Tan Sri Jamaludin Mohd Jarjis, pada 3 Jan 2019 yang lalu telah memfailkan saman terhadap dua cucunya selaku pentadbir bersama bagi harta pusaka arwah, iaitu Nur Anis Jamaludin, 36 dan Ikwan Hafiz Jamaludin.

Cucunya itu didakwa gagal memasukkan saham syarikat bernilai RM1.3 bilion dalam senarai aset harta pusaka arwah bagi permohonan Letter of Administration atau Surat Kuasa Mentadbir, iaitu saham dalam syarikat:

 

  • Rantai Wawasan Sdn Bhd
  • Alpine Motion Sdn Bhd
  • Ivory Insights Wawasan Sdn Bhd.

 

Aminah mendakwa ia dibuat bertujuan menafikan hak dan kepentingannya terhadap harta pusaka arwah anaknya.

Arwah Tan Sri Jamaludin meninggal dunia pada 4 April 2015 apabila helikopter dinaikinya terhempas. Beliau tidak meninggalkan sebarang wasiat.

 

Perkembangan Terbaru Kehakiman Berkaitan Tuntutan Saham Syarikat Arwah JJ

Pada 14 Ogos 2021, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril telah membenarkan saham syarikat Rantai Wawasan Sdn Bhd (3 juta unit saham) dimasukkan ke dalam senarai tuntutan harta pusaka.

Nur Anis dan Ikhwan Hafiz juga diarah membayar kos RM80,000 kepada nenek mereka.

Bagaimanapun, saham syarikat Alpine Motion Sdn Bhd (3 juta unit saham) dan saham syarikat Ivory Insight Sdn Bhd (2 unit saham) ditolak dari disenaraikan dalam harta pusaka arwah.

 

Alasan Hakim Menolak Penyenaraian Pusaka Saham Alpine dan Ivory

Berdasarkan keterangan saksi defendan, saham dalam syarikat Alpine dan Ivory telah dibeli untuk manfaat mereka. Nur Anis dan Ikwan terlibat dalam pengurusan dua syarikat terbabit di bawah bimbingan arwah dari tahun 2011 sehingga 2012.

Berlainan situasinya dengan syarikat Rantai Wawasan yang telah diputuskan hakim agar disenaraikan dalam harta pusaka arwah. Defendan terlibat secara rasmi dalam pengurusan syarikat tersebut hanya selepas arwah meninggal dunia.

Sebelum ini, kedua-dua defendan menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan pada 2019 mendakwa mereka adalah pemilik sah saham di ketiga-tiga syarikat bersama adik-beradik mereka yang lain.

Menurut defendan, bapa mereka berhasrat agar anak-anaknya mengambil alih, menjalankan dan menguruskan perniagaan-perniagaannya dan niat itu disampaikan semasa beliau masih hidup.

 

Tuntutan Lain

Aminah mendakwa defendan tidak menyenaraikan sebuah pangsapuri bernilai RM10 juta di Amerika Syarikat dalam senarai aset pusaka.

Beliau juga mendakwa tidak dimaklumkan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah telah mengeluarkan sijil faraid kepadanya berhubung harta pusaka arwah pada 6 Okt 2016.

Oleh sedemikian, Aminah memohon mahkamah mengeluarkan perintah agar namanya dimasukkan sebagai pentadbir bersama kerana beliau adalah ibu arwah.

Beliau juga menuntut agar kedua-dua defendan membayar dividen, bonus serta keuntungan daripada saham dalam ketiga-tiga syarikat.

 

Sumber: Sinar Harian, Hmetro

 
 
Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This