Berlegar khabar angin memuji tindakan ‘bijak’ pemain bola PSG terkenal berketurunan Morocco, Achraf Hakimi yang semasa dalam perkahwinannya telah memindahmilik harta kepada nama ibunya dan dengan itu mungkin dapat mengelak tuntutan divorce settlement yang besar setelah bercerai.

Sebagai pemain bola sepak yang hebat, Achraf mendapat gaji yang lumayan yang mana net worth atau nilai kekayaan terkumpul dikhabarkan mencecah $24 juta. Usianya masih lagi muda, iaitu baru mencecah 24 tahun. Walaubagaimanapun, dikatakan 80% dari gajinya yang tinggi di PSG itu dimasukkan terus ke dalam akaun ibunya. 

Pemberian, hibah atau hadiah itu dibuat kerana dia begitu sayangkan ibunya. Tanggungjawab kepada ibu bapa perlu dijaga walaupun setelah berkahwin. Namun begitu, bagi kita yang bergaji jauh lebih rendah dari Achraf, pastikan pemberian itu dilaksanakan selari dengan tanggungjawab memberikan nafkah dan keperluan gaya hidup yang selesa kepada isteri dan anak-anak.     

 

‘Anak Mak’?

Adakah Achraf seorang mommy’s boy atau ‘anak mak’?

Kalau ya sekalipun, tindakan perlu dikawal supaya tidak meninggalkan kesan negatif dalam perkahwinan. Pasangan boleh jadi mudah terasa jika terlalu melebihkan perhatian kepada mak, berbanding isteri dan anak-anak.  

Walaupun 20% daripada gaji mungkin masih mencukupi untuk keluarga kecil, namun peratusan 80% yang diperuntukkan kepada mak boleh menjadi isu pertikaian dari pihak isteri. Ataupun anak-anak.  

 

Pindahmilik Terus – Bagaimana Jika Penerima Yang Pergi Dulu?

Dalam merancang pembahagian harta, ataupun merancang pewarisan harta selepas kematian, antara faktor yang perlu dititikberatkan ialah kesan dari pemberian harta sekiranya penerima meninggal dunia dahulu. 

Katakan gaji atau rumah telah dipindahmilik kepada nama mak. Kalaulah mak meninggal dunia, yang memberi itu tidak boleh menuntut kembali kesemua wang tersebut atas alasan tujuannya memindahmilik ialah kerana dia mahukan mak seorang sahaja yang memanfaatkan duit itu – Bukan adik beradik, atau waris-waris mak yang lain.

Walaupun hasratnya begitu, namun dari segi perundangan tuntutannya untuk ‘mengambil balik’ harta yang telah diserahkan itu tidak berasas. Ini kereana harta berkenaan telahpun menjadi milik mak sepenuhnya. Maka apabila mak meninggal dunia, ia akan menjadi harta pusaka mak, iaitu milik waris-waris Faraid mak.   

Dalam masyarakat kita, ia sinonim dengan tindakan pindahmilik hartanah terus kepada penama yang baru; Contohnya dari mak kepada anak. Dengan tujuan apabila mak tiada, tiada lagi pertikaian bahawa anak itu pemilik rumah yang baru. 

Tetapi kalau anak yang pergi dulu, mak tidak boleh menuntut balik sepenuhnya hak ke atas rumah itu. Sebab dah jadi rumah pusaka anak.  

 

Solusinya?

Sekiranya anda nak wariskan harta, dan pada masa yang sama menjaga kepentingan pemberi dalam keadaan penerima yang pergi dahulu, buatlah Hibah Bersyarat Ruqba.

 

Sedikit trivia.. Kisah Achrat Ini Berita Palsu?

Walaupun berita di atas telah tersebar luas, namun ada pula berita susulan yang mendakwa ianya palsu dan direka-reka. 

Dalam kenyataan Ibu Achraf beberapa hari kemudiannya, beliau memaklumkan bahawa beliau ‘tidak sedar’ harta Achraf telah dipindahmilik kepadanya.

Namun beliau tidak menolak, malah mempertahankan tindakan anaknya itu sekiranya ia betul berlaku. 

“If he has taken any action to protect himself, I’m unaware of it. What’s the problem if the news is true? If my son does not do this, he will not be able to get rid of that woman [Hiba Abouk].”

Palsu atau tidak, tidak penting bagi kita.

Yang bermanfaat ialah apa yang kita boleh ambil pengajaran darinya.

Wallahua’lam..

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This