Ramai rakyat Malaysia yang membeli rumah dengan menggunakan pinjaman bank menjadi buntu apabila kebanyakan syarikat pewarisan hanya menyediakan dokumen hibah untuk rumah yang tiada hutang sahaja. Kenapa jadi begitu?

Ini kerana proses penyediaan dokumen hibah bersyarat rumah dalam pinjaman lebih kompleks. Ia melibatkan kepentingan bank atau LPPSA sebagai pembiaya, dan rumah sebagai cagaran.

Syarikat yang menyediakan dokumen hibah anda perlu mahir dan arif tentang aspek perundangan syariah dan sivil. Sekiranya ada kelompongan yang boleh dipertikaikan, penerima hibah yang akan menanggung kesannya.

 

Dah Ada Faraid, Kenapa Nak Hibah?

Rumah dan tanah adalah aset bernilai tinggi. Maka jika ada harta pusaka yang direbutkan, rumah dan tanah lah yang paling sukar untuk dilepaskan kerana nilainya yang besar berbanding harta pusaka yang lain.

hibah rumah pinjaman

Banyak isu dan konflik waris berebut yang melibatkan rumah dan tanah pusaka. Bukan salah Faraid, kerana kita wajib beriman bahawa Faraid itu hukum Allah yang adil. Tetapi ia adalah masalah manusia.

Setiap waris Faraid telah ditentukan hak dan bahagian masing-masing dalam surah an-Nisa’ ayat 11, 12 dan 176. Kalau sudah jelas hak setiap orang, mengapa masih berlaku perebutan harta?

 

Isu Emosi Manusia

Ini kerana pembahagian harta pusaka menyentuh emosi manusia. Pelbagai isu dan perangai manusia yang bersangkut paut, terutamanya apabila berkait dengan harta.

😔 Anak sulung berpendapat dia yang paling berhak sebab dia yang paling tua.

😔 Adik beradik tidak berpuas hati sebab abang penagih dadah yang menyusahkan hidup arwah bapa tetap mendapat bahagian Faraid bapa. 

😔 Semua waris Faraid lain bersetuju untuk mengikut pembahagian hak Faraid. Tetapi masalahnya harta yang dipersetujui itu bukan hasil usaha mereka. Isteri yang berusaha senang susah bersama arwah suami. 

Walaupun isteri mengiktiraf peranan ibu ayah yang membesarkan arwah suami, sebolehnya hak rumah tidak mahu dikongsi bersama kerana adanya nilai nostalgik dan isu besar bila berkongsi rumah dengan waris lain. Pilihan lain, hak ibu ayah boleh diberi dalam bentuk harta alih seperti wang tunai.

 

Penasihat 25%

Jikalau pun ibu ayah tidak berkehendakkan rumah atau melepaskan hak Faraid, jangan lupa kemungkinan adanya penasihat 25% yang ‘membantu’ memberi ‘nasihat’.

Adik beradik juga ada kepentingan untuk menggesa ibu ayah menuntut hak ke atas rumah. Apabila ibu ayah yang mendapat hak Faraid rumah itu meninggal dunia, bahagian mereka diturunkan pula kepada anak-anak mereka.

Timbullah isu berbangkit..

😔 Jika hubungan ipar tidak baik, adakah isteri dan anak masih dibenarkan tinggal di rumah.

😔 Rumah tidak boleh dijual melainkan dengan persetujuan mereka. Jika nak disewa pun, bahagian sewaan dibahagi mengikut hak Faraid.

😔 Bagi rumah yang masih belum terlangsai hutang, siapakah yang akan meneruskan bayaran pembiayaan rumah untuk elakkan rumah itu dilelong? Kebiasaannya isteri, kerana isteri yang menetap di rumah itu. Tapi hak rumah masih milik waris Faraid.

rumah pusaka

Selain itu, timbul juga masalah kerana kurang memahami isu undang-undang tanah. Berlaku perselisihan tentang hak rumah kerana orang yang keluarkan duit berlainan dengan orang yang memiliki tanah/rumah di sisi undang-undang.

 

Kurang Kefahaman Tentang Undang-undang Tanah

Perselisihan ini boleh berlaku semasa hidup lagi, tetapi lebih parah lagi jika tidak dirancang dan yang terlibat sudah meninggal dunia. Waris Faraid berselisih siapa yang berhak menuntut..

😔 Tanah nama orang lain, tapi orang lain yang keluarkan bajet untuk bina rumah.

😔 Tumpang nama orang untuk dapatkan kelulusan pembiayaan rumah. Nama orang tumpang itu dimasukkan dalam SNP.

😔 Loan nama suami seorang, tapi SNP nama isteri. Atau nama kedua-dua suami isteri.

 

Segala konflik yang berlaku ini sebenarnya perlu diteliti puncanya sebelum ia melarat menjadi pusaka yang terbeku lama. Pemilik harta lah yang bertanggungjawab merancang pembahagian harta semasa hidup. Supaya waris tidak bertelagah selepas ketiadaannya.

Salah satu instrumen untuk merancang harta adalah Hibah.

 

Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI

 

Bagaimana Hibah Membantu Menyelesaikan Pertikaian Waris

Hibah adalah instrumen perancangan pewarisan yang dibuat semasa hidup, tiada had harta yang hendak dihadiahkan kepada penerima, dan penerima boleh jadi dalam kalangan sesiapa pun. 

Tiada had, kerana hibah adalah pemberian yang terlaksana semasa hidup. Sepertimana hadiah, kita tidak disekat untuk memberi kepada sesiapa pun kerana ianya harta milik kita.

Setelah meninggal, harta itu yang kita miliki semasa hidup bertukar menjadi milik waris Faraid.

Maka kerana itu, wasiat yang terlaksana selepas kematian tertakluk kepada syarat-syaratnya iaitu terhad kepada 1/3 harta sahaja dan pemberian kepada bukan waris sahaja.

Istimewanya Hibah, harta yang dihibah akan diasingkan dari pembahagian Faraid. Waris Faraid tidak berhak ke atas harta hibah kerana harta itu secara syariahnya telah menjadi milik penerima Hibah.

 

Kaedah Perlaksanaan Hibah Dan Turunmilik Kepada Nama Penerima

Dari segi perlaksanaan hibah dari segi undang-undang dan pendaftaran harta, dokumen hibah menjadi bukti secara syarak bahawa rumah itu telah diserahkan kepada penerima.

Namun turunmilik kepada nama penerima di pejabat tanah dibuat setelah pemberi hibah meninggal dunia.

Kaedah ini sebenarnya baik untuk pemberi Hibah. 

Jika semasa hidup rumah terus ditukar kepada nama penerima di pejabat tanah, pemberi akan menghadapi risiko tertentu apabila hilang hak pemilikan ke atas rumah.

Setelah pindahmilik berlaku, anaknya boleh berubah perangai, menghalau ayahnya keluar dari rumah atau menjual rumah tersebut.

Berbeza keadaannya jika dokumen hibah bersyarat yang dibuat. Rekod pemilikan rumah di pejabat tanah masih di bawah nama ayah. Maka anaknya terhalang dari menjual rumah tersebut.

Malah jika ayah berubah niat atas apa sebab sekalipun dan ingin membatalkan hibah kepada anaknya, penarikan balik Hibah mudah dan boleh dibuat tanpa caj di Wasiyyah Shoppe.

Si ayah tidak perlu melalui proses litigasi yang sukar untuk membatalkan nama anak di pejabat tanah jika rumah telah dipindahmilik menggunakan Borang 14A.    

 

Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI

 

 

Wasiyyah Shoppe Peneraju Hibah di Malaysia

Sejak awal penubuhan pada tahun 2004, Wasiyyah Shoppe telah giat mempromosikan penggunaan Hibah sebagai instrumen pewarisan umat Islam di Malaysia, di kala kebanyakan syarikat lain mempromosikan wasiat.

Kini setelah 18 tahun berlalu, Wasiyyah Shoppe mengukir nama sebagai pengeluar dokumen Hibah terbanyak di Malaysia.

Bagi Wasiyyah Shoppe, hibah bersyarat rumah dalam pinjaman adalah antara forte syarikat. Kami merupakan syarikat amanah pertama yang menyediakan servis membuat dokumen hibah bagi hartanah yang masih dalam pinjaman.

Perkhidmatan ini ditawarkan dengan berbekalkan kepakaran ilmu, dapatan geran penyelidikan hibah harta bercagar bersama UKM, panel syariah berkaliber dan pengalaman luas dalam industri pewarisan sejak 2004.

Dokumen Hibah yang disediakan oleh Wasiyyah Shoppe terbukti berkesan dan mendapat pengiktirafan Mahkamah Syariah dengan rekod bersih hampir 400 kes hibah yang dibicara dan berjaya disahkan. Anda boleh yakin dan tenang bahawa hibah yang dibuat akan selamat diturunmilik kepada penerima yang dinamakan.  

Sebagai sebuah syarikat amanah yang berdaftar, para waris pelanggan tidak akan terkapai-kapai dibiar bersendirian kerana Wasiyyah Shoppe akan sentiasa ada, tidak tutup kedai. Status sebagai syarikat amanah ini menandakan komitmen untuk terus berkhidmat lama, bukanlah sebagai sebuah syarikat touch and go.

Perkara terpenting setelah memahami situasi yang dihuraikan di atas adalah bertindak sebelum terlambat.

 

Untuk Merancang Pewarisan dengan syarikat 100% patuh syariah, boleh PM saya Ansari, dengan KLIK SINI

 

 

 

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This