Kita sering mendengar isu waris berebut pusaka, bermasam muka dan putus hubungan silaturrahim disebabkan keluarga dan kerabat berselisih menentukan hak ke atas harta peninggalan arwah.

Antara kaedah untuk mengurangkan risiko berebut pusaka adalah dengan pemilik aset merancang pewarisan harta semasa masih hidup. Sekiranya penerima yang dinamakan adalah dalam kalangan waris, instrumen yang sesuai digunakan adalah hibah. 

Bagaimanapun, sedarkah anda… hibah yang tidak sempurna juga boleh menjadi punca waris berebut pusaka?

 

Berebut Pusaka Atau Makan Harta Batil?

Apabila kita menyebut tentang ‘berebut pusaka’, perkara yang terlintas dalam fikiran adalah ahli keluarga tidak bertegur sapa sesama sendiri kerana ada dari mereka yang cuba membolot bahagian pusaka.

Ada yang menzahirkan rasa tidak puas hati.

Ada pula yang tidak redha, namun hanya berdiam diri kerana hendak menjaga hubungan kekeluargaan.

Hukum Faraid telah menetapkan hak ke atas harta pusaka – siapa waris yang berhak dan pecahan hak masing-masing.

Melainkan jika pemilik harta telah membuat perancangan pewarisan seperti hibah, wasiat dan sebagainya, maka pembahagiannya jelas mengikut hak Faraid. 

Apabila hak masing-masing telahpun jelas, maka waris bukannya ‘berebut pusaka’. Tetapi individu yang mengambil lebih bahagian tanpa redha telah mengambil hak Faraid orang lain secara batil.

Sebagai contoh, abang long yang mengambil lebih banyak bahagian pusaka dari yang sepatutnya telah berlaku zalim dan memakan harta batil. Alasan dia lebih ‘berhak’ kerana dia yang tertua dalam kalangan adik beradik tidak terpakai.

Begitu juga perebutan pusaka boleh berlaku apabila sesuatu hak itu tidak jelas.

Tidak jelas contohnya apabila ada waris yang mendakwa arwah telah meng’hibah’kan harta tersebut kepadanya semasa hidup.

Maka harta tersebut telahpun menjadi hak orang lain semasa pemilik asal harta masih hidup. Disebabkan itu, harta itu sepatutnya tidak lagi difaraidkan.

Jika wujud pertikaian, individu yang mendakwa mesti membuktikan hibah itu benar-benar berlaku.

Apabila pemberian hibah telah disahkan oleh Hakim Mahkamah Syariah, maka ia bukan lagi berebut pusaka. Kerana hak ke atas harta itu telah jelas milik penerima, bukan hak waris Faraid. 

 

Hibah Dibuat Tidak Sempurna Boleh Menyebabkan Waris Berebut Pusaka?

Sebelum ada yang memandang sinis terhadap Hibah, biar saya jelaskan biar terang agar tidak keliru.

 

hibah signing

 

Hibah tidak sempurna yang dimaksudkan di sini adalah pemberian yang tidak direkodkan dengan jelas dan sukar dibuktikan telah menepati rukun dan syarat hibah.

Contohnya:

🧐 Hibah secara lisan.

🧐 Hibah yang ditulis sendiri, tanpa asas dan ilmu.

🧐 Disediakan mengikut template, atau diupah kepada peguam yang kepakarannya bukan dalam bidang pewarisan.

🧐 Dokumen hibah yang keliru dan lebih hampir kepada wasiat.

🧐 Dokumen yang bertentangan dengan akta dan enakmen.

 

Kesan Hibah Terhadap Pusaka

Harta yang telah dihibah dengan sempurna akan diasingkan dari pembahagian Faraid. Bermakna, para waris yang mengharapkan bahagian Faraid mereka ke atas harta tersebut terpaksalah berputih mata.

Maka tidak menghairankanlah apabila waris yang tiba-tiba sahaja mendakwa pemilik harta telah menghibahkan harta berkenaan kepadanya semasa hidup berkemungkinan menemui tentangan dari waris lain.

Waris lain akan meminta bukti dokumentasi hibah tersebut. Apabila dibawa bukti, waris akan mempertikaikan kesahan hibah yang dibuat.

 

hakim mahkamah

 

Pada pandangan saya, inilah keadaan waris berebut pusaka.

Penerima hibah dan para waris saling bertelagah dan berselisih hak ke atas harta pusaka yang ditinggalkan.

Masing-masing mendakwa mereka berhak, dan keadaan menjadi keliru.

Dokumentasi hibah itu boleh dibawa ke Mahkamah Syariah untuk dibicara dan mendapatkan pengesahan Hakim.

Namun anda boleh jangkakan kesudahan bagi dokumen hibah yang dibuat dengan tidak sempurna…

 

Elakkan Hibah Menjadi Musibah

Kita digalakkan dalam Islam untuk membuat hibah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga.

Untuk mengelakkan perselisihan kemudian hari, wajar untuk pemilik harta berbincang dengan kesemua ahli keluarga sebelum membuat keputusan formula pembahagian yang dikehendaki.

Apabila keputusan dah dicapai, buatlah dokumentasi yang sempurna dengan syarikat penyedia yang memang kepakarannya terbukti dalam bidang pewarisan harta orang Islam.

Elakkan keluarga berebut pusaka setelah peninggalan.

Jika nak hibahkan harta, pastikan ia dibuat dengan sempurna.

Elakkan Hibah bertukar menjadi musibah.

 

Boleh PM/Whatsapp saya Ansari, 019-749 8210 untuk merancang pewarisan harta dengan instrumen hibah, wasiat, dan amanah.

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This