Perceraian antara suami isteri boleh berlaku walaupun lafaz cerai itu dituturkan oleh suami dalam keadaan bergurau, tidak sengaja, tidak stabil emosi seperti dalam keadaan marah, tergugat ego, dicabar oleh isteri atau terlalu ikutkan emosi. 

Apabila termaktubnya lafaz perceraian, hubungan suami isteri sudah terputus. Bergantung kepada jenis talak yang dilafazkan, hubungan itu samada boleh dikembalikan dengan rujuk ataupun tidak.

Namun, perceraian bukanlah titik noktah bagi tanggungjawab suami ke atas bekas isteri. Masih ada perkara yang perlu ditunaikan, walaupun telah terputus hubungan perkahwinan.

Antaranya berkaitan tempat tinggal bagi suami isteri yang baru bercerai dan masih dalam iddah.

Firman Allah dalam surah At-Talak:

 

isteri bercerai tinggalkan rumah

 

Berdasarkan ayat 6 surah al-Talaq di atas, hukumnya wajib ke atas bekas suami untuk memberikan nafkah tempat tinggal kepada bekas isteri semasa dalam tempoh iddah.

Wajib dalam keadaan bekas isteri tersebut diceraikan secara talak raj’ie atau ba’in, atau samada dia hamil atau tidak.

 

Bekas Suami Isteri Tinggal Dalam Satu Rumah?

 

isteri bercerai rumah

 

Ayat 1 surah al-Talaq menegah bekas suami daripada menghalau mahupun membiarkan bekas isterinya keluar dari rumah kediaman setelah berlakunya perceraian. 

Di sinilah ada beberapa khilaf muktabar dari segi pandangan ulama’ berkaitan keharusan dan hukum bagi suami isteri yang baru bercerai untuk tinggal dalam satu rumah yang sama.

Adakah wajar mereka masih tinggal bersama sedangkan hubungan suami isteri antara mereka telah berakhir?

 

Khilaf Pandangan Ulama’

Perbezaan pandangan terfokus kepada isu samada wanita yang ditalak raj`ie dianggap isteri ataupun bukan.

Menurut Imam al-Nawawi, isteri yang telah ditalakkan adalah wanita ajnabi (asing) kepada bekas suami itu. Bagaimanapun, ada mazhab lain pula yang tidak mengharamkan bekas suami berkesedudukan dengan bekas isteri yang masih dalam iddah bagi talak raj’ie.

Secara ringkasan..

 

Mazhab Maliki dan Syafie: Tidak harus bekas suami isteri untuk berkesedudukan semasa dalam iddah, samada talak raj’ie atau ba’in kerana dikhuatiri boleh membawa kepada khalwat. Namun jika ada mahram yang tinggal bersama, hukumnya harus tetapi makruh. Mahram mestilah mumayyiz dan celik dan bukannya mahram lelaki bagi bekas suami.

 

Ulama’ Maliki: Tidak boleh bersekedudukan sekalipun ada orang lain, rumah besar atau ramai orang. Hujah pengharaman adalah kerana boleh berlaku khalwat.

 

Ulama Hanafi: Boleh berkesedudukan sekiranya bekas suami itu seorang yang adil. Afdhal dibinakan penghadang antara mereka. Jika bekas suami itu fasiq, maka perlu ada wanita yang tsiqah (terpercaya) yang menemani mereka berdua. Jika sukar untuk tinggal bersama atau rumah terlalu sempit, maka wanita berkenaan perlu beriddah di rumah lain. Tetapi lebih utama jika bekas suami yang keluar daripada rumah tersebut.

 

Mazhab Hanbali: Bekas suami yang mentalak ada hak untuk berkesedudukan bersama bekas isteri jika talak raj`ie, sebagaimana boleh bagi wanita itu untuk berhias baginya, tetapi sabit ruju’ jika berlaku persetubuhan. Adapun wanita yang bertalak ba’in, maka tiada nafkah tempat tinggal baginya dan wanita itu boleh beriddah di mana jua yang dia kehendaki.

 

Bagaimanapun, mengikut uruf dan praktis di Malaysia, disarankan bagi pasangan bercerai untuk menjaga batasan, mengelak daripada berlakunya khalwat dan fitnah.

 

Rujukan: Mufti WP

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Share This
× Berminat?