Apabila seseorang itu meninggal dunia, seringkali perkara yang menimbulkan tanda tanya dan perbalahan dalam kalangan waris adalah mengenai pembahagian harta pusaka arwah. Siapakah waris yang berhak, dan berapa bahagian yang diperoleh oleh setiap waris.

Namun begitu, perkara pokok yang kurang diperkatakan ialah tentang hutang arwah. Walhal sebelum pusaka itu dibahagi-bahagikan, hutang arwah wajib dilangsaikan terlebih dahulu.

Waris yang prihatin tentang hak Faraidnya sepatutnya perlu prihatin juga untuk menyelesaikan hutang yang ditinggalkan arwah. Tetapi biasanya tidak begitu. Maka adakah hutang arwah boleh difaraidkan juga sepertimana harta pusaka?

 

Aset dan Hutang Bersangkut Paut

Berhutang itu hukumnya harus. Kita dibolehkan berhutang, namun digalakkan merancang kewangan dan menyelidiki kemampuan kewangan diri sebelum berhutang. Ini kerana implikasi hutang yang tidak dibayar bukan terhenti setakat mati, malah sehingga selepas itu lagi.

Ruh tergantung jika hutang tidak terlangsai.

tanggung hutang

 

Hutang ada pelbagai jenis; ada yang membahagikan antara hutang baik dan jahat. Dari pandangan bank pula, ada pembiayaan yang bercagar seperti rumah, yang boleh dilelong jika culas pembayaran ansuran; dan pembiayaan tiada cagaran seperti pembiayaan peribadi.

Satu bentuk hutang besar yang mengambil masa yang lama untuk dilangsaikan adalah hutang rumah. Majoriti masyarakat kita membeli rumah dengan menggunakan fasiliti bank atau LPPSA.

Ini menimbulkan kebimbangan. Jika meninggal dunia sebelum habis membayar ansuran rumah, apakah yang akan berlaku kepada baki pembiayaan. Adakah waris perlu terus membayar? Bagaimana jika isteri tidak bekerja? Siapa yang akan mewarisi rumah?

 

Hutang Rumah

Rumah yang dibeli secara pinjaman adalah aset pemilik harta, walaupun ada kepentingan bank yang bersangkut paut. Selepas meninggal dunia, rumah itu akan diwariskan kepada waris yang berhak.

Jika tiada perancangan harta dibuat, rumah akan diturunkan kepada waris Faraid.

Jika pemilik ada membuat Hibah Hartanah, rumah itu akan diturunmilik kepada penerima Hibah.

Namun begitu, turunmilik kepada nama penerima atau waris hanya boleh dilakukan selepas selesai ansuran bank dibayar.

Hak bank menuntut bayaran balik pembiayaan tidak luput dengan kematian pemilik harta.

hutang rumah

 

Jika ada ambil MRTT, pentadbir perlu berurusan dengan bank dan syarikat Takaful untuk mereka menyelesaikan baki pembiayaan.

Jika tiada MRTT, maka waris perlu teruskan bayaran sehingga selesai. Yang ini agak rumit. Walaupun hanya isteri yang membayar ansuran, waris Faraid lain masih lagi berhak menuntut hak ke atas rumah itu.

Hak Faraid mereka tidak luput.

Jika tiada waris yang sudi membayar ansuran, bank akan melelong rumah itu.

Sekiranya ada baki yang perlu di top up kerana nilai bidaan tidak sepadan dengan baki pembiayaan, maka masih ada hutang yang tertanggung. Siapa yang patut menanggung hutang itu?

Wallahua’lam, tetapi asal hutang itu dibuat oleh pemilik rumah.

 

Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.

 

Faraid Hutang?

Adakah hutang boleh dibahagikan kepada waris Faraid untuk ditanggung, selaras dengan tuntutan hak Faraid mereka?

Kalau bahagian Faraidnya 1/6, dia kena tanggung 1/6 hutang arwah?

Jawapannya, TIDAK BOLEH.

Hanya harta peninggalan arwah yang dibahagi mengikut Faraid.

Hutang tidak difaraidkan, walaupun harta yang dibeli secara berhutang itu dibahagi mengikut Faraid. Contohnya rumah yang masih dalam pinjaman, seperti yang dibincangkan di atas.

Waris boleh menuntut hak harta pusaka, tetapi tidak dibebankan untuk membayar hutang yang berbaki.

Hutang arwah dijelaskan dengan menggunakan pusaka. Jika tidak cukup, atas ihsan waris untuk membantu melangsaikan baki hutang yang ada. 

Atas ihsan waris.

Jika waris enggan, maka tiada yang boleh memaksa.

Oleh itu, rancanglah pewarisan anda. Dan jangan dilupakan, rancang juga kaedah pelupusan hutang anda.

 

Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This