Ramai yang terkejut apabila Hari Raya diumumkan sehari lebih awal daripada yang termaktub dalam kalendar ‘kuda’. Huru hara dibuatnya kerana ada persiapan atau perjalanan balik kampung yang dirancang untuk dibuat pada malam raya.

Kita sudah biasa menyambut Hari Raya yang sama seperti yang di’tetap’kan dalam kalendar. Seakan seperti kita sudah confirm 1 Syawal akan menjelma pada hari yang dijadualkan.

Walaupun luar dari ke’biasa’an praktis perlaksanaan di Malaysia, tarikh tersebut sebenarnya tidak tetap; boleh jadi awal atau lambat sehari dari yang ditetapkan, bergantung kepada hasil cerapan yang digunapakai.

Menurut hadis Rasulullah s.a.w, bulan hijriyah terdiri daripada 29 atau 30 hari:

 

إِنَّمَا الشَّهْرُ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ فَلاَ تَصُومُوا حَتَّى تَرَوْهُ وَلاَ تُفْطِرُوا حَتَّى تَرَوْهُ فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَاقْدِرُوا لَهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya bulan (hijriyah) antara 29 hari (atau 30 hari). Janganlah kamu berpuasa sehingga kamu melihat hilal (anak bulan). Dan janganlah kamu berhari raya sehingga kamu melihat hilal. Jika hilal tidak kelihatan, maka genapkanlah bulan Sya’ban menjadi 30 hari.

 

Asas yang menentukan samada bilangan hari dalam bulan tersebut adalah 29 atau 30 hari ialah dengan melihat kemunculan anak bulan.

Begitu juga tarikh Hari Raya ditetapkan mengikut kaedah Imkanur-Rukyah. 

 

hari raya 2022

 

Namun dalam huru hara kita beraya tanpa cukup persiapan, kita sebenarnya HANYA AWAL SEHARI beraya.

Hanya sedikit persiapan yang kita tangguhkan sehingga ke malam raya yang perlu dipercepatkan sehari.

Saya tertarik kerana ramai yang mengaitkan Raya mengejut ini dengan kematian yang tidak diketahui bila.

Tentunya ada ibrah dan pengajaran yang boleh diambil tindakan.

 

Persediaan Jika Mati ‘Mengejut’ Tanpa Cukup Persiapan

Tiada sesiapa pun tahu bila tarikh kematian masing-masing. Tiada deadline yang nyata dan ia termasuk dalam ilmu ghaibiyat.

Malah tiada kaedah hisab mahupun cerapan yang boleh memberi jawapan bila kita akan mati.

 

“… tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan- Nya.” (Surah Luqman, ayat 34)

 

Kunci perkara ghaib ada lima. Pertama, Allah SWT saja yang mengetahui bila tibanya hari Kiamat. Kedua, Dialah yang menurunkan hujan. Ketiga, Dia juga mengetahui keadaan bayi dalam kandungan. Keempat, seseorang pun tidak mengetahui apa yang akan dilakukannya esok. Kelima, seorang pun tidak akan tahu di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Mengawasi.” (Riwayat Bukhari Muslim)

 

Sesetengah dari kita diberi diberi petanda awal seperti mengalami sakit kronik.

Maka ia mengingatkan tentang kematian dan menggesa tindakan segera untuk beramal, pengagihan harta dan merancang pewarisan.

Namun tidak semestinya sakit itu yang membawanya kepada kematian kerana dia boleh pulih jika telah ditakdirkan.

Tua dan sakit bukan syarat mati.

Waktu kematian adalah rahsia yang hanya Tuhan Maha Mengetahui.

Adakah anda bersedia sekiranya ditakdirkan mati ‘mengejut’?

 

Mati mengejut yang mana kita tidak sempat membuat cukup persediaan menghadapi kematian:

🥲 Amalan kebaikan masih belum cukup. Dosa yang banyak.

🥲 Hubungan dengan Allah dan manusia masih perlu diperbaiki.

🥲 Harta Benda belum dirancang pewarisan dan pengagihan.

🥲 Hutang banyak yang tertunggak.

🥲 Suami, isteri dan anak pinak yang ditinggalkan – adakah akan terbela?

🥲 Persediaan akhirat dan dunia yang ditinggalkan telah siap dirancang?

🥲 Waris yang ditinggalkan telah disediakan dengan sumber bekalan secukupnya?

 

Bila Dah Mati, Tiada Peluang Kedua

Raya mengejut mengingatkan kita tentang peri pentingnya persediaan.

Kelam kabutnya kita kerana nak siapkan juadah, kostum dan persediaan pada Hari Raya Pertama.

Padahal masih ada Hari Raya kedua dan seterusnya jika tidak berkesempatan dan dipanjangkan umur.

Tetapi jika kita mati mengejut tanpa persediaan, tiada sudah peluang kedua.

Hidup di dunia hanya sekali.

Dunia tempat kita mengutip bekalan untuk akhirat yang kekal.

Hanya ada satu sahaja peluang untuk kita bersedia dengan amalan dan bekalan.

Begitu juga menyelesaikan perancangan yang tertangguh buat waris yang bakal ditinggalkan.

 

Salam Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca dan klien yang dihormati 🙂

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This