Kebanyakan rumah dibeli dengan berhutang, iaitu menggunakan pembiayaan atau pinjaman bank. Ada yang diambil bersama takaful yang melindungi pembiayaan rumah – Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) dan ada yang tidak dilindungi sebarang takaful atau insurans.

MRTT pula ada yang diambil untuk melindungi penuh tempoh dan nilai pembiayaan, dan ada yang melindungi sebahagian sahaja.

MRTT hanya melindungi individu yang membuat pembiayaan.

Contohnya, untuk rumah nama bersama tetapi pembiayaan bank dibuat oleh salah seorang sahaja (dengan MRTT), maka sekiranya individu yang tidak meminjam itu yang meninggal dunia, tiada tuntutan MRTT yang boleh dibuat oleh individu yang seorang lagi.

Pembayaran ansuran bulanan perlu dibuat seperti biasa. Tetapi bahagian rumah individu yang telah meninggal dunia itu perlu diagihkan hak kepada waris-waris Faraidnya.

 

Siapa yang patut teruskan bayaran rumah? 

Sekiranya hutang rumah masih berbaki disebabkan tidak mengambil MRTT; atau perlindungan MRTT tidak mencukupi untuk melindungi keseluruhan pembiayaan yang berbaki; atau harta pusaka tidak mencukupi, maka perlu ada seseorang yang meneruskan bayaran rumah kepada bank.

 

Secara asasnya, hutang rumah itu adalah hutang arwah. Maka, tiada istilah siapa dalam kalangan waris yang ‘patut’ atau ‘bertanggungjawab’ menyambung bayaran.

 

Kebiasaannya, isteri yang ‘terpanggil’ untuk terus membayar kerana beliau adalah keluarga terdekat yang tinggal bersama-sama di rumah tersebut bersama arwah suami.

Untuk terus tinggal di situ dan mengelakkan rumah dari dilelong, ansuran bank perlu terus diservis seperti sediakala.

 

Kajian Kes

Kes berikut berkaitan adik beradik yang mahukan hak pusaka, tetapi tidak mahu menanggung hutang (sumber: fb Dr Azizul Azli).

Mengikut ‘persetujuan’ bersama, adik beradik arwah suami pada asalnya ingin melepaskan hak ke atas rumah dan kereta pusaka suami kepada si isteri kerana tidak ingin terlibat sama membayar hutang yang berbaki dengan bank.

 

warisisteri langsai hutang,waris tuntut hak rumah

 

Namun lain ceritanya apabila si isteri tersebut telah melangsaikan kesemua hutang rumah dan kereta dengan menggunakan pampasan kematian yang diperolehi.

Adik beradik arwah suami kembali datang menuntut ‘hak’ dengan menggunakan alasan ‘tidak mahu harta itu disalah guna’.

Alasan yang dinyatakan tersebut logik atau tidak, itu belakang cerita. Realitinya, pelbagai alasan yang direka dan dikemukakan asalkan matlamat mereka tercapai. Itulah dia penangan harta pusaka yang direbutkan…

 

warisisteri langsai hutang,waris tuntut hak rumah

 

 

Persoalan dan Isu Berbangkit

Sukar untuk mengulas kerana kurangnya maklumat terperinci. Namun antara persoalan berbangkit yang timbul:

🤨 Adakah proses tuntutan pusaka telah dijalankan?

🤨 Siapakah pentadbir pusaka?

🤨 Apakah bentuk surat pelepasan harta yang ditandatangani? Adakah sah di sisi undang-undang?

 

Isu berbangkit:

🤨 Dengan anggapan pampasan kematian yang diperolehi itu adalah ‘hibah’ Takaful, mengapakah masih ada isu tuntutan hak ke atas rumah?

🤨 Bukankah ini contoh bagaimana wang pampasan atau ‘tebus pusaka’ mungkin tidak cukup untuk menyelesaikan isu pusaka dan tuntutan hak Faraid ke atas rumah?

🤨 Bukankah lebih mudah, direct dan clear cut sekiranya yang dibuat adalah hibah harta, iaitu hibah rumah itu sendiri kepada isteri, berbanding membuat ‘hibah’ takaful untuk tujuan ‘tebus pusaka’? 

🤨 Mungkinkah sekiranya ada orang tengah atau pihak profesional seperti Wasiyyah Shoppe membantu proses tuntutan pusaka, adik beradik tidak lagi ‘berani’ berpaling dari persetujuan asal untuk tidak menuntut?

 

Pengurusan pusaka bukanlah perkara mudah kerana ia melibatkan hubungan emosi kekeluargaan dan ilmu yang kurang difahami masyarakat, iaitu ilmu faraid.

Begitu juga ilmu berkaitan prosedur tuntutan pusaka, tebus pusaka dan sebagainya.

Sekiranya anda ada polisi ‘hibah’ takaful untuk tujuan tebus pusaka rumah, kajian kes di atas sangat releven.

Fikir-fikirkan.. dan bertindak.

Tindakan merancang pewarisan itu yang penting.

Rancang dengan Wasiyyah Shoppe, dan boleh hubungi saya.

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This