Pada tahun lepas, kita diberitakan dengan kematian anak AR Badul, Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang meninggal dunia akibat tertembak ketika melakukan demonstrasi di Kem Kok Lawi, Sabah.

Baru-baru ini timbul pula isu perselisihan tentang pembahagian harta pusaka arwah.

AR Badul mendakwa haknya ke atas pusaka arwah sebagai ayah telah dinafikan. Balu arwah pula ada penjelasan lain.

 

Ringkasan Kes

Ringkasan kes ini saya ambil dari sumber mstar (1) (2):

 

👉🏼 Hubungan AR Badul dengan arwah tidak rapat. Mereka jarang bertemu setelah AR Badul dan bekas isterinya yang kini menetap di Sabah berpisah.

 

“Sampai dia besar saya memang jarang lihat dia..  Suatu ketika dulu saya pernah nak pergi ambil dia. Tapi anak-anak sendiri kata saya bukan bapa mereka..”

 

👉🏼 AR Badul kecewa keretakan hubungannya dengan anak dijadikan alasan untuk menafikan haknya ke pusaka arwah.

Beliau tidak mendapat apa-apa dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan insurans kerana dikatakan tidak layak.

 

👉🏼 Arwah meninggalkan seorang balu, Nour Shafinar Harun, 32 dan lima orang anak, termasuk dua daripada perkahwinan terdahulu.

 

👉🏼 Nour Shafinar pula menjelaskan arwah sebenarnya telah muflis sejak perkahwinan pertama. Tidak meninggalkan sebarang harta.

 

👉🏼 Insurans kelompok telah diterima dan dibahagikan kepada ibu mertua di Sabah, ibu angkat arwah di Setapak, anak-anak untuk disimpan dan bahagian AR Badul masih belum sempat diserahkan.

 

👉🏼 ATM telah menguruskan agihan pencen arwah dan elaun. Penerimanya adalah Nour Shafinar, anak-anak dan ibu kandung arwah.

 

Update 4/12/2020: Hari ini ATM telah mengadakan press conference bagi menjelaskan secara terperinci jumlah bayaran one off, pencen, ex gracia orang tanggungan yang telah dibayar kepada waris.

 

👉🏼 Shafinar menyekat nombor telefon AR Badul dan adik arwah kerana katanya menerima tekanan daripada mereka berkaitan isu harta.

 

 

Ulasan Isu

Sebagai orang luar, kita wajar berhati-hati menghukum, stereotaip dan membuat kesimpulan melulu daripada fakta kes yang tersurat di media sosial.

Mungkin ada fakta tersirat yang kita tidak tahu dan tidak diceritakan kepada umum untuk menjaga aib dan rahsia keluarga.

Namun begitu, inilah kesempatan yang baik untuk kami terangkan tentang pewarisan secara umumnya, berkait dengan isu yang timbul.

Apabila sudah ada konteks kes, lebih mudah untuk masyarakat fahami isu emosi, hubungan silaturrahim, dakwaan dan sebagainya apabila pusaka diuruskan. Lebih mudah difahami, meresap dan bertindak merancang pewarisan sendiri.

 

Isu Pusaka Yang Timbul

Jika diteliti, ada pelbagai isu berkaitan tuntutan hak pusaka dalam kes ini. Antaranya..

😥 Isu hak Faraid seorang ayah yang jarang bertemu dengan arwah anak.

😥 Isu pencen dan insurans berkelompok – adakah ia pusaka dan perlu dibahagi kepada waris Faraid.

😥 Isu muflis, dan sekatan terhadap pemilikan harta. Membabitkan juga isu pentadbiran dan pengurusan prosedur tuntutan pusaka.

 

Isu-isu ini akan diterangkan dengan lebih terperinci dalam artikel seterusnya, insyaAllah.

Share This
× Berminat?