Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sejak Ogos 2017 telah mula menawarkan pelan insurans travel untuk pelanggan yang menaiki bas ekspres ke seluruh Malaysia dan Singapura. Plan ini dinamakan TBS Passenger Insurance Protection (TPIP). Ia adalah pelan insurans kemalangan yang memberi pampasan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan tangan, kaki atau mata sepanjang perjalanan tersebut, di samping pampasan untuk kehilangan beg. Perlindungan ini sangat MURAH, hanya RM0.40 sahaja untuk setiap tiket. Bayar 40 sen dapat perlindungan pampasan sehingga RM25,000…memang no-brainer kalau tak ambil. Tapi ada satu masalah…

 

 

Masalahnya ialah plan TPIP ini adalah produk ‘insurans’, BUKAN TAKAFUL. Dari segi syariat, ia adalah MASALAH BESAR kerana hukum insurans itu HARAM, yang halal adalah Takaful. Insurans berkait dengan gharar dan riba’ manakala Takaful asasnya adalah Tabarru’ (derma).

 

Syarikat penyedia insurans TBS ini ialah MPI Generali Insurans Berhad yang berdaftar dengan Bank Negara di bawah Financial Services Act (FSA) 2013. Untuk makluman, syarikat penyedia produk Takaful seperti AIA Public Takaful berdaftar di bawah akta yang berbeza, iaitu Islamic Financial Services Act (IFSA) 2013.

 

Hukum insurans nyawa

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah membincangkan mengenai insurans. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:

  1. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
  2. Mengandungi unsur judi.
  3. Mengandungi muamalah riba.

 

Kesimpulannya, ambillah Takaful, jauhi Insurans konvensional. Walaupun mungkin ada perbezaan harga dan benefit sekalipun, pilih yang Halal kerana ia menurut syariat, suci dan lebih berkat. Jika berminat dengan plan AIA Public Takaful boleh hubungi saya Ansari 019-7498210. Tapi jangan ditanya tentang produk Takaful khusus untuk travel, sebab saya bukan agen 🙂

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This